Satu jawapan balas daripada aku sebagai komentar terhadap apa yang dicatatkan oleh Mynie. Hahaha. Aku sebenarnya kecewa. Selepas panjang berjela aku berhujah di blog beliau, tetiba ada gangguan Internet. Lalu komen aku pun lesap. Apakahhhhh?!
Untuk mengubati kekecewaan tersebut, aku pun membawa jiwa yang lara ke blog sendiri. Apakahhhh?!
Sepertimana kelaziman seorang isteri, pernah aku tanyakan soalan itu. Dan jawapan beliau ialah –
“Sebab awak cinta pertama saya. Saya sukakan awak sejak pertama kali saya nampak awak dalam kumpulan Rumah Rajawali, masa kita minggu orientasi”
Wahhhhhh. Aku pun tangkap syahdu pastu terus berdesup ke dapur mencari kuali telinga untuk menggoreng Cekodok Ikan Bilis Extra Special Bersama Kentang Cincang yang diadun dengan kasih sayang sebagai ganti ucapan I Love You Too. Hanya kerana Cintaku Bukan Di Atas Kertas dan Cintaku Sedalam Minyak Di Kuali. Kahkahkah!
Hakikatnya, tatkala Mr Daddy sedang jatuh cinta kepadaku – aku sikit pun tak perasan siapakah beliau – maklumlah, aku tengah sibuk tersengih-sengih kat Abang Form Five yang mengendalikan Rumah Rajawali. Kahkahkah! Itulah namanya kuman di seberang sungai nampak, gajah di depan mata tak nampak. Apakahhh ko samakan laki ko dengan gajah?!
Tetiba teringat lagu Masam-Masam Manis –
Di ingatan ku terlukis wajah
Abangku yang gagah
Baik budi serta ramah tamah
Handsome macam gajah
Abangku yang gagah
Baik budi serta ramah tamah
Handsome macam gajah
Kahkahkah!
Adakah aku percaya kepada cinta pandang pertama?
Tidak sama sekali.
Pada aku, cinta hanya pencetus kepada perkahwinan. Setapak kita memasuki gerbang perkahwinan, bukan hanya cinta yang kita perlukan. Perkahwinan menuntut begitu banyak usaha, tenaga dan masa – dan itu termasuklah membuat perkara-perkara yang mungkin kita tak berapa gemar seperti errrr memasak, mengemop, mengemas dan errrr errrrr memaksa diri untuk belajar menggunakan Breadmaker kerana tidak tahan melihat jiran sebelah menggoreng donat dan menghantar sepiring ke dapur rumah kita. Kahkahkah! Tercabar keegoanku :P
Sekali-sekala, perkahwinan itu terasa seperti begitu pudar dan tawar – maka kita pun melancarkan agenda Kelab Isteri Remaja. Sedetik kemudian, kita terasa begitu lelah dan letih - lalu kita pun merungut tidak cukup masa dan tidak cukup tidur, serba-serbinya tidak kecukupan. Maka Mr Daddy pun sedaya-upaya memujuk –
“Takpe, takpe. Awak tak perlu buat semua itu”
Hasilnya?
Ulat sampah pun keluar menggelintin sebab sudah 2 hari menunggu tindakan susulan Mr Daddy.
Kahkahkah! Padan muka aku. Aku jugakkkkk yang kena selesaikan ulat-ulat itu. Yucks!


