Search This Blog

Loading...

Quotable Quotes



The best of people are those that bring most benefit to the rest of mankind

My Loyal Readers

Wednesday, June 29, 2011

Survivor

Aku selalu dengar orang cakap –
“Apa ada pada nama?”,
seolah-olah nama itu adalah sesuatu yang tidak penting.
Saya selaku pembangkang pertama sama sekali tidak bersetuju dengan tajuk perdebatan kita pada hari ini. Ehhh, tetiba perasan jadi pembahas. Kahkahkah! Sapa nak jadi pembangkang kedua, ketiga dan pembangkang simpanan sila ambil tempat masing-masing. Nak jadi tukang buat air pun boleh, kita di sini menghargai keistimewaan setiap orang ya puan-puan, setiap manusia adalah sama di sisi Allah dan apa yang membezakannya cuma iman dan amal soleh. Dan sesungguhnya yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling banyak manfaatnya kepada orang lain. Ecececece. Sekian tazkirah hari Rabu saya :P
Kembali kepada tajuk asal tadi.
Aku saja nak bagi satu contoh kenapa pemilihan nama itu sangat penting.
Aku ada ramai kawan bernama Hayati. Aku tanya Pakcik Google, apa maksud Hayati – Pakcik Google cakap Hayati bermaksud Kehidupan. Aku rasa macam tak berapa tepat. Aku lebih suka perkataan Survivor. Tapi apakah perkataan Melayu yang paling serasi untuk menerangkan makna Survivor?
Semua kawan aku yang bernama Hayati, adalah pejuang dalam bidang masing-masing.
Aku ada kawan bernama Yati yang mengorbankan kerjayanya untuk suami dan anak-anak.
Aku ada kawan bernama Yati yang mengorbankan masa senggangnya demi keghairahan dalam kerjaya, mengambil pendekatan yang terbaik untuk jabatannya - meskipun itu membuatkan beliau tidak popular.
Aku ada 2 orang kawan bernama Yati yang berasal daripada keluarga susah dan akhirnya keluar dari kepompong kesusahan itu atas tiket pelajaran. Ya, kesanggupan bersusah-payah dalam pelajaran telah membawa mereka keluar dari kampung, dan membawa mereka merantau ke dunia yang lain.
Aku ada kawan bernama Yati yang sekarang sudah bergelar Ketua Pengarah – dan ketegasannya sangat menggerunkan orang lain. Gerun bukan dalam erti kata takut, tetapi lebih kepada segan dan hormat atas sebab ilmu dan prinsipnya.
Aku ada kawan bernama Yati, yang menurut ceritanya beliau dinamakan Hayati kerana hampir-hampir lemas dan tersengkang ketika dilahirkan - tetapi berjaya meneruskan kehidupan! :P
Mereka adalah Yati-Yati yang aku kenali. Bersemangat kental. Memang Survivor dalam erti kata sebenar.
Nasib baik aku belum ada anak perempuan. Kalau ada, mungkin aku menamakannya Hayati. Hahaha.
Orang tanya aku, kenapa nama anak kedua aku materialistik sangat? Maklumlah, namanya bermaksud “tambahkan kepadaku kekayaan”. Kahkahkah. Memang kebendaan sungguh!
Aku jawab selamba,
“Aku masa mengandungkan dia ni, aku nak makan benda mahal-mahal aje. Tengahari mesti makan Pizza Hut, KFC, McDonald, Dominos. Tak mainlah makan kat mamak. Sebab tu, dia mesti jadi kaya. Aku takut kalau kemiskinan akan menjadikan dia kufur”

p/s: abis tu, orang yang bernama Ana bukan pejuang ke? tak boleh jadi kaya? :P

Monday, June 27, 2011

PhD

Minggu lepas aku pegi kenduri kawen. Terserempak dengan kawan lama, lalu kutanyakan padanya –
“Woi, mana oghang ghumah?”
“Pegi Belanda”
“Ha? Bukan ke tahun lepas baru balik?”
“Amik PhD pulak”
“Abis tu engko?”
“Aku? Aku menganga laaa”
Pergh!
Aku macam tergamam. Sedikit terkilan dengan pencapaian diri sendiri yang sampai sekarang tak nampak jalan penyudahnya. Tapi yang paling banyak ialah perasaan kagum dan tabik spring dalam bursa saham ditutup bercampur-campur. Hahaha. Aku rasa bini dia memang hati kering. Tak kusangka, perempuan yang berhati tisu itu sudah berubah menjadi pemilik sekeping hati yang kering. Woha!
Saja nak bagitau korang yang aku dulu pernah duduk sebelah meja bini dia dalam kelas. Senang cite, aku, Mr Daddy, dia dan bini dia memang satu kelas la – ehhh macam tak berkembang-biak pulak asik-asik kawen dengan budak sekelas. Kahkahkah. Ini yang buat aku musykil ni. Apa pasal semua orang telah maju ke depan, aku jugakkkk yang ketinggalan dalam arus perdana ni? Why? Why? Why? Ini yang buat aku semakin melankolik ni *cepat-cepat amik tisu Premier dan mengelap hingus*
Aku pun nak pegi Holland jugak la. Amik PhD. Kahkahkah! Jadi Mr Daddy, pepandai awaklah nak jaga anak-anak kita ni. Saya nak kejar impian saya. Saya pun ada hati nak dapat title Doktor jugak. Apa awak ingat otak saya ini cuma berupaya untuk menghapal cara-cara membuat Kari Kambeng Cemerlang, Gemilang dan Terbilang aje ke? Kahkahkah! Danggggg. Hantuk kepala sikit :P
Menurut emosi aku, bab nak sambung PhD beribu-ribu batu di luar negara dan nekad meninggalkan suami dan anak-anak 3 orang di Malaysia adalah pengorbanan yang tidak terperi. Dua daripada anak-anaknya sebaya Ziyad dan Zidni pulak tu, maka aku dengan ini bagi sembah ratu bertubi-tubi kepada kawan aku itu. Terimalah lambaian selamat maju jaya daripada Presiden Kelab Isteri Remaja untuk Presiden Kelab Isteri Hati Kering yang kini berada di Holland, dengan ucapan - Kau Memang Superwoman! :P
Aku ni, setakat nak masuk kelas hujung minggu pun rasa nak tercirit-birit. Nak hantar anak-anak ke Taska pun rasa resah gelisah – tapi bila anak-anak kat rumah rasa nak menyinga pulak. Kahkahkah.
Kawanku, andai kata kita berjumpa lagi di rumahku Aidilfitri ini, dan kalau ko tetiba gatal mulut nak tanya perihal kemajuan aku, sukacita dimaklumkan bahawa cogankata terkini aku ialah –
Suami didahulukan, anak-anak diutamakan!
Kahkahkah.
Yang benar,
Aku yang dengki :P (PhD)

Thursday, June 23, 2011

Yesterday once more


Yesterday Once More ialah sebuah lagu yang pernah aku minati.
Sekarang pun masih minat. Dan masih suka. Walaupun aku tidak lagi mendengarnya sekerap dulu :P

Aku masih ingat masa Miss Tan, Cikgu Addmaths ketika aku dalam Tingkatan 5 menyanyikan lagu ini dalam kelas - aku rasa nak meloncat mengenangkan adanya titik persilangan yang menghubungkan aku dengan beliau - dan titik persilangan itu ialah lagu Yesterday Once More. Hahaha.
Aku ni kan, spesies melankolik tau. Melancholic Choleric, to be specific. Hahaha.
Dengan mudahnya aku terikat kepada masa yang telah berlalu. Dan segala memori yang bersangkutan dengannya. Ada memori yang indah. Ada juga memori yang tak berapa indah.

Lookin’ back on how it was

In years gone by

And the good times that I had

Makes today seem rather sad

So much has changed

Tapi bak kata KNVLet go. Choose. Decide what you want to carry with you. And be happy with it.
Aku pilih untuk membawa memori yang indah sahaja. Sebab hidup ini terlalu singkat untuk dibazirkan dengan kesedihan.
:P

All my best memories

Come back clearly to me

Some can even make me cry

Just like before

It’s
yesterday once more


Tiba-tiba airmata aku menitis.

Kerana  menyedari bahawa sesungguhnya kita yang dulunya masih hingusan, kini telah pun menginjak dewasa!

Kelab Isteri Remaja

Ok. Aku ada sedikit masa yang boleh dikorbankan untuk kepentingan diri sendiri.
Dan aku memilih untuk menyembelih masa yang suntuk itu dengan menaip di blog.
Hahaha.
My mojo jojo is blogging. Buleh? :P
Semalam aku pergi dating. Sepertimana rutin dating seorang mak budak yang ingin kembali ke zaman remaja berdarah muda, aku sarungkan seluar jeans dan t-shirt ala remaja. Lukis garisan kat bibir kaler pinky-pinky dan oles sedikit gincu yang senada sambil buat aksi pouch lips - smoooch! Fuh, kalo tengok side view memang ada iras-iras Nora Danish. Haha. Pastu sarung kasut tumit rata dulu kini dan selamanya sambil galloping ala remaja jugak.
Cuma satu fesyen yang tak berapa remaja – iaitu pakai tudung ekspress. Dulu-dulu masa remaja kita pakai tudung belit-belit. Maklumlah, terlalu banyak masa. Sampai boleh bukak-lilit-bukak-lilit tudung dua tiga kali. Sekarang ni belum sempat pakai kerongsang, anak ko dah tawaf sampai ke bawah meja makan. Terima kasih daun keladi kepada pencipta tudung ekspress, kerana anakmu begitu berharga. Kahkahkah.
Kembali kepada cerita dating aku.
Kami pegi tengok X-Men. Makan di Pizza Hut sebab ada diskaun 50%. Pastu jalan-jalan pegang tangan. Kahkahkah! Serius, aku rasa sungguh remaja. Tang jalan-jalan pegang tangan tu – entah kenapa aku geli-geli katak pulak mengingatkannya. Auwww. Sampai sekarang aku sengih hingga ke telinga. Hahaha.
Nasib baik Mr Daddy tak baca blog aku. Sumpah, aku rasa pipi aku mesti hangus sebab terasa malu *blushing* :P Kenapa hangus? Mengaku je la, dah kulit kaler theobroma cacao kan :P
Aku telah memberitahu Mr Daddy bahawa karekter yang aku paling suka dalam X-Men ialah Mystique. Bukan sebab dia biru macam Smurf - tapi sebab bila dia tak mutant, dia tetiba didapati bogel. Kahkahkah. Jangan anggap aku lucah kerana sesungguhnya aku tidak bermaksud begitu. Kalau aku boleh jadi Mystique, aku pilih untuk menjelma sebagai Queen Rania of Jordan. Sungguh gojes :P Oh, patutlah dia gojes – dia rupa-rupanya seorang Virgo, sama macam aku. Dan Madam Keji Kesuma Dewi. Dan Noya. Kahkahkah.
Aku harap Queen Rania bukan OCD. Hahaha.
Kalau OCD pun ok jugak, sebab dia kan ramai bibik. I jas kenot imejin Queen Rania is moping de flo en wering pensel sket. Veri  de kenot.  Sapa tak paham sudah. Hahaha.
Jadi, apakah motif aku sebenarnya ni?
Aku nak tubuhkan Kelab Isteri Remaja. Dan salah satu misi kelab ini ialah dengan meletakkan anak anda di Taska pada hari Rabu lalu menonton X-Men pada harga RM7 bersama suami dan jalan-jalan pegang tangan.
This works wonders! :P

He is 6!

Hello.
Finally, I’m back. Hahaha. With happy news.
Very happy news.
Cer teka, cer teka?! :P
Berita gumbira itu ialah – yes! – tomorrow my son is going to be 6 months old. Phewww. Kurang dari 24 jam saja lagi dan aku akan menggenggam Bachelor in Exclusive Breastfeeding. Exclusive okey, Exclusive! Adalah sesuatu yang sangat penting untuk memberi penekanan terhadap perkataan ‘Exclusive’ – sebab itu adalah berita utama yang membuatkan aku berbangga dan hidung kembang-kempis. Tolong bagi ruang dan peluang untuk aku mengagumi diri sendiri. Boleh tak, boleh tak? :P Sebagai balasan, korang semua dibenarkan untuk menyampah kat aku. Hahaha.
Aku sangat gembira. Teramat sangat. Sebab, dalam banyak-banyak perkara dalam hidup – menyusukan anak adalah satu-satunya pencapaian teragung yang pernah aku capai. Hahaha.
Sebab dengan penuh rasa rendah diri dan mengenepikan segala keegoan, aku telah menyedari kelemahan aku yang paling besar iaitu – I never finish what I start. Ok, aku enggan bercerita lebih mendalam untuk mengelakkan kecederaan kekal di jiwa. Hahaha. Lagipun, hari ini ialah hari gembira – mari kita lupakan perkara-perkara yang menyumbang depresi :P
Zidni anakku, berbahagialah kerana dikaulah anak Mama yang berjaya disusukan dalam masa sejam selepas dilahirkan *mode terkenang semasa dulu, hatiku terasa pilu* Berjaya disusukan sepenuhnya selama hampir 6 bulan. Dan perjuangan ini akan kita teruskan sehingga 2 tahun. Atau lebih. Atau bergantung kepada sama ada kemungkinan Mama akan termengandung dalam sela masa tersebut.
Hahaha.
Makan KitKat kejap. Sambil togok-togok air Root Beer barang segelen dua. Hahaha. Root Beer tak mabuk, ok? :P Sila angkat tetikus masing-masing dan ucapkan Cheers! Yang kat Parkdale tu takkan cakap Cheers! aje? Blackforest Trifle mana? :P
Ok bye. Memandangkan aku dah hampir terlepas daripada penyeksaan mengepam ketet kais pagi minum tengahari, kais malam minum pagi besok – nampaknya akan ada satu lagi cabaran yang akan menjelma.
My baby’s first food.
Errrr. Zidni nak kari kambeng tak? :P

Thursday, June 9, 2011

...bukan alasan untuk berlaku curang

Heboh. Tiba-tiba heboh satu Malaya tentang salah satu cabang dalam ilmu nikah kahwin ini. Aku dulu tak pernah bersekolah agama di sebelah petang, tapi kawan-kawan aku cakap ilmu ini kita panggil Ilmu Munakahat.
Aku rasa, selepas berita tentang Salleh Yaacob bernikah dengan isteri keempatnya - dan menghadiahkan rumah baru kepada 3 orang isteri terdahulu - inilah isu yang berjaya membuatkan mulut aku melongo.
OOOOOOO.
Melopong mulut aku. Huruf O. Besar. Bulat.
Dulu, aku pernah taip satu entry tentang Perkahwinan Bukan Sekadar Seks. Boleh baca kalau minat. Kalau tak minat tak payah baca. Hahaha. Tak sangka, entry yang pernah ditulis kira-kira setahun yang lalu masih relevan. Ternyata, menulis blog merupakan cara yang bagus untuk menentukan sama ada apa yang pernah aku katakan masih boleh digunapakai pada hari ini atau tidak :P
Dan hari ini aku berani cakap, pendirian aku masih sama. Perkahwinan itu bukan sekadar seks. Tetapi seks itu mesti ada dalam perkahwinan. Buktinya, errrr…..aku telah dikurniakan dua orang anak sekarang. Kahkahkah!
Ok. Kembali kepada topik. Untuk bersikap adil dan saksama tanpa menyentuh sensitiviti mana-mana pihak, aku dengan ini menjadikan diri aku sebagai objek penilaian. Aku tanyakan diri aku sendiri –
“Malam ini malam Jumaat. Mr Daddy mintak *toooot*. Aku tak bagi. Adakah kemungkinan bahawa Mr Daddy mencapai kunci kereta lalu memandu ke Lorong Haji Taib?”
Errrr….apasal aku rasa perkara ini mengandungi unsur-unsur lucah? Tetiba urat saraf aku sentap dan aku kehilangan upaya untuk menulis ayat seterusnya. Ini kerana, aku sangat ayu dan sopan maka berbicara tentang perkara sebegini adalah tidak bagus untuk imej aku yang anggun itu. Kahkahkah.
Ok. Aku rasa aku dapat satu idea. Sebelum dia berniat nak keluar memandu ke Lorong Haji Taib, aku sorok dulu kunci kereta dia. Brilliant! Hahaha.
Aku masih berpendapat bahawa dalam hubungan suami isteri - apa juga yang berlaku - tak kira tsunami dari luar, atau gelora dari dalam, atau ombak dari tepi, mahupun petir dari atas – itu tidak menghalalkan seseorang yang bergelar Muslim untuk berlaku curang. Curang yang aku maksudkan di sini ialah zina. Bukankah seorang Muslim itu sepatutnya menundukkan pandangannya? Kerana memandang yang haram itu saja sudah dikatakan zina mata. Apatah lagi zina yang itu!
Aku taip SMS kepada Mr Daddy –
“Yang, malam ini malam Jumaat. Adakah awak akan mencari sesuatu yang haram sekiranya yang halal itu tidak available?”
Aku tunggu jawapan Mr Daddy. Ehhh, apa kejadahnya aku tunggu jawapan? Aku taip SMS je, tapi tak tekan punat SEND ponnnnnnn. Kahkahkah! Buat lawak betol la.
Dunia ini hanya sementara. Itu azimatku untuk menyedapkan hati.
I Love to Talk About Ideas
I like my conversations to be deep and meaningful. I am not a big fan of small talk.
I am open to all sorts of conversation topics, especially if they are unique or interesting. I love it when a conversation takes me somewhere unexpected.

I will talk about anything, even if it's controversial or weird. I'm not shy about speaking my mind.
I may shock people with what I'm willing to talk about, but at least it's more interesting than discussing the weather.