Search This Blog

Loading...

Quotable Quotes



The best of people are those that bring most benefit to the rest of mankind

My Loyal Readers

Thursday, April 28, 2011

Superwoman

Assalamualaikum kengkawan sekalian. Saya sudah berniat untuk membalas semua komen hari ini, tapi saya tak terdaya. Lenkali saya balas, okey?
Saya sebenarnya terperanjat gorilla pagi ini, sebab sedar-sedar dah hari Khamis! Adoiyai. Lemah-longlai seluruh tubuh saya – rasa macam nak demam – lalu saya pun tetiba demam. Buleh gitu?
Dalam seminggu ini, anak-anak saya semuanya tak sihat.
Sakit mata. Demam. Batuk. Selesema.
Saya sangat letih.
Secara fizikalnya saya penat. Secara emosinya saya penat. Secara mentalnya juga saya penat.
Kenapakah sangat penat menjadi seorang Ibu?
Saya rasa saya lebih sesuai menjadi seorang Bapak. Dengan itu, bolehlah saya pergi Outstation, tido di hotel secara percuma, tak payah kemas cadar dan lepas mandi terus memecut bersarapan sebanyak 8 pusingan. Pergi main hoki. Pergi tengok Harimau Muda beraksi di Stadium Shah Alam. Main tenis di Presint 11. Serta aktiviti-aktiviti yang seumpama dengannya. Saya juga teringin untuk pergi berjalan-jalan mencari jersi murah di Danau Kota dan pulang ke rumah pada jam 3 pagi. Tak kisahlah walaupun saya bukannya minat pakai jersi. Kahkahkah! 
Saya tahu, bila saya merungut begini tentu orang kata saya tak layak masuk syurga.
Saya pun rasa saya tak layak. Tapi mungkin layak sikit berbanding John Travolta dan Mel Gibson. Hehe.
Entah kenapa saya rasa masa depan saya gelap.
Setiap kali saya ingin mendaki tangga, setiap kali itulah anak-anak menjadi penyebab saya turun semula.
Saya teringin sangat untuk maju ke depan, tetapi selalu saja anak-anak membuatkan saya berundur.
Semakin gigih saya mengheret anak-anak saya, semakin terjerut leher saya dibuatnya.
Adakah saya sedang menyalahkan anak-anak? Entahlah. Saya pun pening.
Pekerjaan saya ke laut. Saya ada 3 tugasan tertunggak, yang mana kalau tidak diselesaikan serta-merta akan mengakibatkan kecederaan parah untuk menamatkan pengajian saya.
Saya betul-betul nak menangis.
Saya ingatkan saya tabah, tapi saya silap. Saya tak tabah langsung.
Saya nak jadi Superwoman, tapi Superwoman itu bukan saya.



Friday, April 22, 2011

Artis ke sekolah? Part 3

Persoalannya sekarang – kenapa artis?
Kenapa artis yang berkempen ke sekolah? Kenapa bukan golongan so-called cerdik pandai yang lain? Kenapa bukan Jowo Fadzillah Kamsah? Kenapa bukan Nur Amalina? Kenapa bukan errrr….Ana Bukan Raffali? Kenapa bukan aku? Ekekeke.
Mungkin Jowo Fadzillah hanya mampu menarik minat sesetengah kelompok sahaja. Contohnya yang sekepala dengan Ana Bukan Raffali. Yang berIQ tinggi. Yang sanggup dengar JFK sebut “Cermin-cerminkan diri, sucikan minda, maafkan semua orang sebelum tidur” banyak-banyak kali.
Aku cuma nampak satu sebab.
Sebab golongan artis yang dipanggil bukanlah untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar bijak.
Aku pasti pelajar-pelajar bijak lebih teruja kalau Sheikh Muszaphar yang datang bagi ceramah. Jangankan budak-budak, mak budak macam aku pun tumpang seronok dan tiba-tiba rasa nak belajar buat roket. Tak kisahlah walaupun aku takkan paham dia cakap pasal Teori Angkasa ke, Black Hole ke. Whatever. Janji dia berdiri je kat situ dan senyum sikit pun okey. Kahkahkah!
Yes! Program Artis Ke Sekolah adalah untuk pelajar-pelajar yang tergolong dalam kategori-
1. Pelajar-pelajar yang berpotensi sederhana, tapi terawang-awang
2. Pelajar-pelajar yang kurang berpotensi dari segi akademik tetapi berbakat dalam bidang lain
Menurut pengalaman aku yang pernah mengikuti satu program Bertemu Sufiah masa Tingkatan 4 dulu – aku tidak merasakan kewujudan hubungan batin dengan kebijaksanaan Sufiah.

Aku dengan Sufiah, memang tak sekufu.

Dengan sesi temubual yang dijalankan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris – dengan keadaan Henglish Hedukesyen aku yang tunggang-langgang – aku langsung tak dapat catch-up apa kejadahnya yang si Sufiah dok merapu atas pentas ni? Dalam hati aku – there’s no way I can be as brilliant as Sufiah kecuali dalam Pertandingan Pantun - kahkahkah! Aku balik dengan perasaan kecewa. Kecewa sebab tak mungkin aku dapat selesaikan Bab Pengamiran yang paling aku benci ketika itu. Kahkahkah.
This is impossible. I hate myself. And I hate Sufiah more. Kahkahkah.
Jadi?
Adakah dengan adanya Program Artis Ke Sekolah ini akan membuatkan budak-budak kategori 1 dan 2 di atas yang mungkin mengalami masalah Bab Pengamiran macam aku – tetiba mendapat kegeniusan luar biasa dan muncul sebagai Pelajar Terbaik Matematik Tambahan Peringkat Daerah Taiping?
Kahkahkah!
Of course, NOT.  Not at all.
Not in your dreams, bak kata Lightning McQueen, hero filem animasi Cars.
Tapi apa yang artis ini mampu berikan?
Inspirasi. Imaginasi. Harapan.
Sebab Albert Einstein pernah berkata,
“Imagination is more powerful than knowledge”


*bersambung*

Artis ke sekolah? Part 2

Ok, sambung balik cerita tadi. Kahkahkah!
Aku sebenarnya sokong bebenor Kempen Artis Ke Sekolah. Sepertimana yang aku katakan dalam cerita tadi – kalaulah John Travolta datang berkempen ke sekolah aku suatu ketika dulu di Zaman Batu Paleolitik – nescaya aku akan lebih berjaya di mata manusia – dan berjaya menayang koleksi kasut Prada Made In Italy di blog ini. Memandangkan John Travolta sememangnya tidak berkempen di sekolah aku, maka yang aku ada sekarang cuma kasut Bata sajalah nampaknya. Kahkahkah!
I blame you, John Travolta! Kahkahkah.
Aku berpendapat golongan artis adalah mereka yang memiliki dominasi otak kanan. Sukar dimengerti. Pelik. Lain daripada yang lain. Subjektif. Satu campur satu tak semestinya dua. Kertas Dua Bahasa Melayu SPM (kahkahkah!). Begitulah tafsiran aku tentang otak kanan. Kepada sesiapa yang pernah membaca Lasykar Pelangi, pasti akan menyamakan golongan artis dengan watak Mahar.
Untuk mengatakan bahawa golongan artis Malaysia adalah tidak berpelajaran – aku rasa dakwaan ini tidak berasas. Sudirman was the singing lawyer. Ida Nerina is the acting lawyer. Lisa Surihani juga graduan bidang undang-undang. Fahrin Ahmad dan Farid Kamil adalah produk keluaran UiTM. Azhar Sulaiman ialah lulusan Senibina, kot? Aku sungguh prejudis dengan beliau sebab aku dulu belajar Architecture gak, tapi aku takde masa pulak nak berlakon. Kahkahkah! Irma Hasmi kalau tak salah aku ialah pemegang Diploma Kejuruteraan Elektrik UTM Semarak. Aku tak tau banyak pasal Maya Karin, tapi aku tahu dia suka baca novel - mungkin penulis kegemarannya ialah Jodi Picoult. Hehehe. *Mynie tetiba sentap :P*
Kempen Artis Ke Sekolah, pada pandangan aku – boleh dilihat secara positif – apabila artis yang dipilih diberikan ruang dan peluang untuk menggunakan bakat dan kemahiran mereka dalam memberikan halatuju kepada pelajar-pelajar sekolah.
Aku paham ramai yang akan tersentak, tersentap, tersingkap dan sebagainya dengan kenyataan aku. Takpe. Korang bebas untuk tidak bersetuju.
Salah satu kecintaan aku selain daripada bidang bahasa ialah muzik dan persembahan pentas.
Dulu la. Masa sekolah-sekolah. Masa zaman gedik-gedik.
Pantang orang bagi mikrofon, aku terus pi petik bunga selit kat telinga, tak dapat naik pentas dapat naik atas kerusi makan pun kira halal -  tak cukup tinggi gak aku naik pulak atas meja makan - pastu nyanyi lagu –
“Jangankan Gunung Fujiama
Puncak Himalaya ku ikut kamu
Jangankan ke Kemboja
Ke Ethiopia ku ikut kamu
Kalau memang kamu cinta aku
Ke Kutub Utara, aku ikut kamu”
Apa? Korang ingat dalam hiburan kita tak belajar ke? Korang silap! Celik-celik mata aku dah belajar Geografi disebabkan lagu ini la wey. Siap bukak diari Bapak aku, dan tanya –
“Bapak, di manakah letaknya Ethiopia?”
Sebab aku bajet, mungkin Ethiopia itu terletak atas sikit dari Jalan Reko - sebab aku rasa Jalan Reko tu memang dah jauh sangat dah dari rumah. Selepas Bapak tunjuk World Map yang ada dalam diari beliau, barulah kutahu betapa besarnya dunia ini – dan aku sangsi sama ada Jalan Reko itu benar-benar wujud kerana memang kita tak nampak Jalan Reko dalam World Map tersebut. Kahkahkah!
Belajar pasal Geografi ya, tapi bukan belajar lari dari rumah pergi ikut Jejaka Lombok, okey? Oh, sekarang aku nak kena tanya Pakcik Google pulak Lombok tu sebenarnya kat mana? Kahkahkah!

*bersambung*

Artis ke sekolah? Part 1

Errrr. Aku sebenarnya sedang sibuk gile dengan kerja-kerja di Kilang Kicap Cap Ayam. Yalah, mana nak peram soya lagi, nak awetkan kicap lagi, nak botolkan kicap lagi, nak pandu forklift angkat kontena kicap naik atas lori lagi. Beginilah hakikat hidup di Kilang Kicap, semuanya hakuuuu jugak yang kena buat. Takpe. Besok aku bukak Kilang Kicap Cap Haku. Buat sementara ini, aku redho dan pasroh ajelah. Kahkahkah!
Dalam kesibukan itu, fikiran aku sangat terganggu dek kerana tulisan Akak Demi Moore, maka aku tinggalkan sebentar botol-botol kicap itu untuk membuat hujahan balas. Hanya kerana merepek di blog adalah My Mojo Jojo. Ahak! Ahak! Kellasssss :P
Artis ke sekolah? Begitu tajuk perdebatan Akak Demi Moore.
Pada pendapat aku yang agak pandai jugalah ketika di sekolah dulu – well, aku rasa mungkin aku akan lebih berjaya di mata manusia hari ini sekiranya John Travolta datang berkempen ke sekolah aku – lalu berkata –
“You’ll never end up in Chicken Brand Ketchup Factory. Never. Ever.”
Kahkahkah! Serius, weh. Tak kisahlah, walaupun mungkin John Travolta tak pernah amik SPM pun. Tapi, aku tatapppp akan semat kukuh nasihat John Travolta itu. Bagaimana? Adakah ini pernyataan yang mengerikan? Errrr. Ya, aku juga ngeri. Kahkahkah!
Fakta ini, mungkin berkadar terus dengan pemikiran Cikgu Murad, bekas Guru Disiplin yang tak sebulu dengan aku. Dan syukurlah beliau cuma berada di sekolah aku untuk tempoh 2 tahun sahaja memandangkan betapa banyaknya kerosakan yang telah beliau lakukan sepanjang pemerintahan beliau itu. Tau apa dia buat? Dalam satu perhimpunan pagi, beliau telah melantik sekumpulan Pengawas Sekolah yang baru. Aku tak tau apa yang ada dalam kepala Cikgu Murad ni, tapi dia pakai lantik Pengawas Sekolah sewenang-wenangnya sama ada sebab,
Budak tu tinggi.
Budak tu besar.
Budak tu gemuk.
Budak tu Ketua Samseng Sekolah.
Budak itu mempunyai Bapak yang kebetulannya merupakan Pengerusi PIBG Sekolah,
Dan memandu motokar Cap Volvo << keji!
Dan yang paling aku panas hati ialah apabila Cikgu Murad melantik anak Tuan D.O sebagai Ketua Pengawas Sesi Petang dan anak Cikgu Veteran sebagai Penolong Ketua Pengawas Sesi Petang tanpa mempertimbangkan kecemerlangan akademik, ko-kurikulum, sahsiah dan ketrampilan, seniority serta dedikasi pengawas-pengawas seperti….errrr….aku! Hahaha.
Sekali lagi, syukurlah kerana tahun seterusnya, Cikgu Disiplin baru merupakan Guru Catur aku, maka aku dipilih secara veto untuk mengetuai pengawas-pengawas tersebut. Suka! Suka! Suka!
Apapun, aku berterima kasih kepada Cikgu Murad kerana telah mengajar aku istilah kronisme, nepotisme dan dasar apartheid secara live. Cukup berbekas di hati aku!
Aku tak tau apasal tapi aku mula syak wasangka bahawa idea Artis Ke Sekolah ini adalah idea Cikgu Murad. Kahkahkah!
Dan aku juga tak paham apasal seseorang pernah menjadikan Demi Moore sebagai idola beliau – padahal bukankah Jillian lebih layak? Haaa....cer cite, cer cite :P 
Peace to Akak Demi Moore (yang mungkin akan menembak aku sekejap lagi)
Woha! :P

Thursday, April 7, 2011

Jane of all trades

Antara bekas Pensyarah yang meninggalkan jejak paling mengesankan dalam hati aku ialah Encik Jak.
Masih kuingat satu tampalan di luar biliknya yang bertulisan tangan di bawah plat nama beliau – Jak Of All Trades. Kehkehkeh. Untuk makluman – Jak Of All Trades mengambil sempena kata-kata popular dari Barat iaitu Jack Of All Trades, Master Of None yang diberi nafas Melayu :P
Hampir kesemua Pensyarah aku suka buat terjemahan songsang sehinggakan ada antara mereka yang mengaku berasal dari Newcastle. Memanglah Newcastle, kan? Kota Bharu :P
Encik Jak sangat pelik.
Dan sukar difahami.
Masa Lumba Jalan Kaki Antara Budak-Budak Archi dan Para Pensyarah Sekalian, dia pakai seluar senteng dengan baju pagoda dan bertopi Pakcik-Seman-Turun-Ke-Sawah. Sebenarnya yang dikatakan topi itu - menurut aku -  lebih mirip kepada tudung saji mengkuang milik arwah Nenek bersaiz XS. Boleh bayangkan? Kekeke. Atas nama seni – aku terima fesyen beliau dengan penuh kekaguman.
Aku pernah nampak dia bercakap dengan rumput. Hasilnya, rumput tersebut nampak lebih hijau daripada kebiasaan. Mungkinkah kebolehan ini telah menjangkiti Amjah, pengusaha daun kesum tersohor? :P
Rumah dia penuh artistik macam ala-ala IKEA mini, tapi buatan tangan. Cool, kan?
Dapur dia juga errrr….cukup artistik – aku carik bekas serbuk teh dekat setengah jam baru jumpa siap kompius “Eh, betul ke ni serbuk teh? Macam kulat kering aje”kahkahkah! Oh, kami pelajar-pelajar Senibina memang ada beberapa kali datang ke rumah bujang beliau secara segerombolan sebab selalu aje dia jadikan rumah dia tu sebagai Case Study. Hahaha.
Aku sangat terpengaruh dengan gerakan dakyah Encik Jak sehinggakan aku letak penerangan dalam profil blog aku sebagai “……Jane of all trades in the making”.
Lepas tu aku menyesal.
Hakikatnya, menjadi tahu serba sedikit tentang semua perkara bukanlah sesuatu yang bagus. Mungkin bagus untuk orang lain – tapi bukan untuk aku. Aku kongsikan satu artikel yang best kot-kot korang rasa rajin nak baca - dan selepas itu mungkin korang berisiko untuk feeling-feeling jadi Jane :P
Terlalu banyak pilihan, terlalu banyak minat, terlalu banyak topik, semua benda nak buat sendiri – semua ini sememangnya mengujakan – namun begitu, multitasking terbukti berupaya membunuh aku secara senyap. Aku sepatutnya duduk diam-diam aje dan fokus untuk buat roti menggunakan BM yang sudah jadi perangkap habuk dalam stor – nanti aku tengok sama ada BM kepunyaan Makcik Rehan masih mengalami mabuk laut atau tidak. Apabila kita rasa hopeless, adalah penting untuk mencari regu yang senasib ya, puan-puan – agar kita tidak menderita keseorangan. Kekeke.
Jack Of All Trades, Master Of None. Dalam bahasa Kantonis, terdapat satu perumpamaan yang menyamai maksud ini,
"....chong cheng kaw meng aaa chii sing ang pow na lai ham sap"
yang setelah diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris berbunyi –
“….equipped with knives, none are sharp”

Wednesday, April 6, 2011

Why people have to leave each other?

Terima kasih kepada Drwati, kerana sudi berkongsi artikel ini di blog beliau.
Aku, sepertimana Yasmin Mogahed – mempunyai masalah perhubungan.
Aku seorang yang berdikari, lone-ranger, anti-sosial, bergiat secara solo – atau apa-apa saja istilah yang seangkatan dengannya – tapi aku masih ada masalah perhubungan. Aku susah meninggalkan orang-orang tertentu. Meninggalkan dari segi unwilling to let go.
Pertama kali aku tinggalkan rumah ialah ketika aku berusia 13 tahun. Tapi masa tu aku tak sedih – sebaliknya aku gembira gile sebab akhirnya tamatlah kerjaya aku sebagai tukang potong bawang dan tukang cuci pinggan kat rumah. Yahoooo, aku merdeka! Aku harap Ibu akan rasa kehilangan dan menyesal seumur hidup sebab dia sentiasa komplen aku basuh pinggan tak bersih – dan sebab dia komen aku potong bawang senget. Hehehe.
Kali kedua aku tinggalkan rumah ialah ketika aku berusia 18 tahun. Serius, masa ni aku dah mula rasa sedih. Tiap-tiap kali aku naik KTM Kajang-JB, aku akan menghabiskan 10 minit yang pertama dengan linangan airmata. Berlinang saja, tak meleleh ya – sebab aku keras hati. Hahaha. Aku mula mempertikaikan kenapa dalam banyak-banyak universiti tempatan yang mengelilingi kawasan rumah aku – aku tetap pilih untuk ke Skudai? Bodoh. Penderaan batin.
Kali ketiga aku tinggalkan rumah ialah ketika aku berusia 30 tahun, sudah bersuami dan punya seorang anak. Sekali lagi aku rasa sedih. Ya, masih lagi sedih walaupun rumah aku dengan rumah keluarga aku cuma berjarak 20 minit sekiranya memandu pada kelajuan 100km/jam termasuk waktu berhenti di tol dan lampu isyarat. Beberapa bulan pertama, aku masih berulang-alik dari rumah sendiri ke rumah keluarga aku hanya kerana – yes – I find it soooo hard – to let go!
Namun begitu, walau betapa payahnya aku rasakan untuk meninggalkan orang, lebih payah lagi rasanya apabila diriku yang ditinggalkan.
Ibu aku pergi ke Makkah untuk menunaikan haji – aku rasa pedih betul – sebab seumur hidup aku, Ibu tak pernah tinggalkan aku walaupun sehari. Aku aje yang tinggalkan dia. Hahaha. Lepas tu, tiap-tiap tahun dia pergi tinggalkan aku untuk menunaikan umrah sepanjang Ramadhan sampailah ke Syawal - ok, aku dah lali - so I'm okay with it. Aku anggap Ibu pergi umrah tu macam dia pegi shopping kat Chow Kit. Apalah sangat, kan? :P
Dan bila Mr Daddy kata kena pegi outstation sehari – ya, sehari sahaja – aku sekali lagi rasa pedih teramat sangat. Why? Whyyyyy?! Kenapa dah anak dua orang baru ko kena pegi outstation? Kenapa bukan 4 tahun lepas? Kenapa bukan masa mula-mula kawen (supaya aku boleh pegi beronggeng)?
Kenapa? Kenapaaaaaaa?!

Sebagaimana tulisan Yasmin Mogahed,

"Dunya is a place where people are with you today, and leave or die tomorrow"
Subhanallah walhamdulillah walaa ilaa ha illallahu wallahu akhbar.
Baca 33 kali.
:P

S-C-H-O-O-L = school! Part 1

Ada ketikanya aku rindu sangat nak balik ke sekolah.
Betul-betul rindu!
Sekolah banyak membentuk keperibadianku.

Aku lebih sukakan suasana sekolah berbanding suasana universiti – sebab di sekolah aku adalah a big fish in a small pond, tapi di universiti aku cuma a small fish in a big pond. Ini juga mungkin antara penyebab yang menjelaskan kenapa aku sukarela terperuk di Kilang Kicap Cap Ayam. Yes. I simply loveeeee being a big fish. Kahkahkah!
Ada banyak perkara merepek dan tak masuk akal yang aku buat di sekolah.
Aku berpantun, bersyair, bersajak, berpidato, berforum.
Aku tak suka bercerita, sebab aku ada memori pahit. Dalam satu pertandingan bercerita yang pertama dan terakhir aku masuk – dan tajuk cerita aku ialah Gadis Kecil Bertudung Merah – aku tetiba diserang short term memory loss lalu mengutarakan ayat –
“Nenek, Nenek, kenapa telinga Nenek sangat besar – lalu Serigala menjawab – supaya senang memakan kamu!”
Pastu kan, ada sorang Budak Darjah Satu yang duduk kat depan pentas tanya aku (ketika aku sedang bercerita) –
“Eh, patutnya awak cakap kenapa GIGI Nenek besarlah – bukannya TELINGA Nenek besar”
Keji betol budak itu. Aku rasa macam nak ketuk kepala dia dengan mikrofon. Sukati aku la - aku punya cerita, kan? Tetiba aku rasa gigi taring aku tumbuh - aku nak jadi Serigala - dan makan telinga budak tu. Boleh?
Yang paling aku hangin, boleh pulak satu Dewan pakat-pakat buat konspirasi politik untuk menjatuhkan kredibiliti aku lalu berbisik-bisik –
“A’ah la kan, dia cerita salah la kan? Patutnya sebut gigi la, bukan telinga, bla bla bla”
Aku terussssss angkat tangan lalu berkata kepada Barisan Panel Hakim –
“Cikgu, saya nak cerita lagi sekali. Diorang ni MENGGANGGU penceritaan saya la”
And there you go – aku cerita balik bermula daripada,
“Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh dan salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, Barisan Panel Hakim Yang Adil Lagi Bijaksana, bla…bla…bla…Berdirinya saya di sini ialah untuk menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Gadis Kecil Bertudung Merah”
Penceritaan aku versi kedua adalah lebih dahsyat dengan suara Serigala yang lebih macho dan mengerikan. Aku siap menyinga sambil buntang-buntang bijik mata depan Budak Darjah Satu tadi sampai dia lari ke belakang Dewan. Grrrrr auuuuu auuuuu. Kahkahkah. Nanti ko, balik karang aku sorok beg ko kat belakang kantin :P
Dipendekkan cerita, aku kalah. Nombor tiga pun tak dapat (?!). Niat aku untuk menyorokkan beg Budak Darjah Satu makin meluap-luap. Ekekeke. Barisan Panel Hakim Yang Arif Lagi Bijaksana memberitahu aku –
“Kamu tak menang bukannya sebab kamu tak bagus. Kamu cuma terlebih masa aje, sebab kamu cerita dua kali”

*bersambung :P

Friday, April 1, 2011

Bibik ooo bibik

Sekejap tadi Mr Daddy hantar SMS –
“Bibik dari Jawa berumur 40++, RM1500 untuk 3 bulan. Mau nggak?”
Aku tetiba rasa Pride and Prejudice. Terasa Pride aku sebagai The Domestic Goddess tercalar. Dan rasa Prejudice sebab dia sebut Jawa. Aku ni, walaupun tak berapa Jawa – tapi tempe dan tapai tu makanan ruji, ok? Sentap tawww. Kahkahkah.

Dear JFK,
To take Bibik, or not to take Bibik? Please help.
p/s: Do I have healing hands?
Sincerely,
MIO


Eceh. Tetiba teringin menulis surat kepada Jowo Fadzillah Kamsah. Siap cakap Jerman tu. Kahkahkah. Mesti Ana Bukan Raffali buat spekulasi bahawa aku cuba meniru beliau. Woha!

Keadaan rumah aku sekarang sememangnya tunggang-terbalik.
Semalam aku telah berjaya mencapai status ISO apabila bertindak menyidai baju rakyat jelata sekalian di atas sofa dan meja makan. Kalau nak menyidai di luar rumah, mesti pakai penyangkut baju – sedangkan jam sudah menunjukkan pukul 730 pagi! Oleh itu, menyidai baju mengikut pola petempatan berselerak adalah penyelesaian tuntas yang aku temui dalam masa 60 saat. Yeeba! Syukurlah, kerana aku akhirnya pulih sepenuhnya daripada penyakit Obsessive-Compulsive Personality Disorder yang kuderitai sejak lahir.
Mr Daddy pula telah bergelar Maharaja Lawak Musim Pertama sebab semalam dia masak Sambal Ikan Bilis Petai Bergaul Telur. Buleh? Aku takut betul nak makan kombinasi eksotik sebegini. Jadi aku tunggu beliau terlena di atas sofa lalu menggoreng Telur Mata Kerbau secara rahsia. Kahkahkah!
Aku berprasangka bahawa kejadian-kejadian di atas telah membawa Mr Daddy kepada idea mengambil Bibik dari Jawa.
Mungkin untuk membetulkan keadaan keretapi yang sudah terkeluar daripada landasan ini. Kahkahkah.
Demi membuang yang keruh dan ambil yang jernih, aku tanyakan Mr Daddy –
“Awak nak buat apa ambik Bibik?”
“Untuk awak boleh, untuk tolong lipat kain dan jaga hero-hero pun buleh”
“Oooo. Ingatkan nak suruh kopek petai”
“Kopek petai, masak petai ngan tempe DAN cuci jamban yang berbau petai”
Hahaha. Jamban petai. Aku memang anti jamban petai :P

I Love to Talk About Ideas
I like my conversations to be deep and meaningful. I am not a big fan of small talk.
I am open to all sorts of conversation topics, especially if they are unique or interesting. I love it when a conversation takes me somewhere unexpected.

I will talk about anything, even if it's controversial or weird. I'm not shy about speaking my mind.
I may shock people with what I'm willing to talk about, but at least it's more interesting than discussing the weather.