Search This Blog

Loading...

Quotable Quotes



The best of people are those that bring most benefit to the rest of mankind

My Loyal Readers

Thursday, March 31, 2011

Kenapa, Melur? Kenapa?

Kepala aku panas.
Tudung bukan Ariani aku juga panas. Rasa macam dah terbakar tapi hanya aku yang nampak betapa maraknya api yang menjulang tinggi. Kalaulah dibukak tudung bukan Ariani aku ni, nescaya korang boleh nampak rambut aku dah tukar jadi rambut Son Goku.
Macam biasa, tengahari tadi aku balik sekejap. Aku kan Si Tanjung - tinggalkan susu bila Si Melur laung “Mak, adik Pekan lapar susu!”.
Si Melur ni kan, betul-betul buat aku menyirap.
Hampir 15 minit aku tunggu kat luar dengan cuaca yang panas terik, dia haghammmm tak keluar amik susu. Aku telefon, tak angkat. Aku bagi salam, tak jawab. Aku nak ketuk mangga pagar depan, tapi takut kalau-kalau anak-anak Taska ni terbangun. Rasa nak aje aku panjat pintu pagar ni, nasib baiklah aku spesies gayat. Kahkahkah. Kantoi.
Akhirnya aku pegi pintu pagar belakang. Tambah lagi 15 minit dok ulang prosedur yang sama.
Siap orang bujang yang menyewa rumah sebelah Taska menegur aku –
“Tido agaknya tu, Kak”
Ok. Aku paham waktu tengahari memang anak-anak Taska tido. Naluri semulajadi, kan? Aku jugak paham yang Cikgu Taska mungkin akan buat join venture menjadi pekongsi lelap sama. Tapi, kamon la beb – kan pagi tadi aku dah cakap pukul 130 petang aku akan sampai bagi susu – so please la siap-siap tunggu kat luar dan jangan sampai aku cekup korang tido sewaktu menjalankan tugas.
Kenapakah ko begitu tegar menduga kesabaranku, wahai Melur?
Cer cite, cer cite.
Ko hanguskan botol MLO aku – aku sabar.
Ko bocorkan botol MLO aku – aku sabar.
Ko campur susu penuh-penuh satu botol – aku sabar.
Ko keluarkan semua susu dari cooler bag, letak pada suhu bilik (dan aku tak paham apakah motip?) – aku sabar.
Aku cuba bersabar dan bersabar dan terus tersenyum, Melur. Masih manis tersenyum walaupun hakikatnya aku kepingin sekali menghempuk kepala ko ke jubin Cap White Horse.
Aku sedaya-upaya mempermudahkan segala kerja kau, Melur.
Aku hantarkan anak-anak aku dalam keadaan bersih, wangi, sudah siap mandi, sudah siap makan, sudah siap tetek. Aku terima semula anak aku dalam keadaan muka berdarah bercakaran sebab ko kata aku tak potong kuku dia. Aku terima semula anak aku dalam keadaan badan penuh bintat kena geget nyamuk. Aku terima anak aku dengan kesan lebam sebesar ibu jari di perutnya. Aku terima semula anak aku dalam keadaan dia tak mau ke Taska lagi.
Kenapa, Melur? Kenapa?
Hancur luluh hatiku, Melur.
Hancur.


Wednesday, March 30, 2011

Mak, adik Pekan lapar susu!

Aku teringat kisah klasik Batu Belah Batu Bertangkup – terutamanya babak Si Tanjung memerah susunya untuk si Pekan. Lalu susu itu ditinggalkan di atas sehelai daun sewaktu adegan kejar-mengejar menuju ke Gua Batu Belah.
Aku dan Si Tanjung mempunyai satu titik persilangan yang sama – iaitu kami ialah ibu-ibu yang nekad menyusukan anaknya. Eceh.
Bezanya, aku pam susu pakai Medela Gaya Bebas. Si Tanjung kemungkinan besar pakai kaedah Marmet. Woha!
Aku jugak kejar-mengejar macam Si Tanjung. Tapi bukan untuk menyerah diri kepada Gua Batu Belah, sebaliknya mengejar masa berulang-alik dari Kilang Kicap ke Taska ketika waktu rehat tengahari sambil menekan pedal minyak sampai cecah lantai kereta. Woha!
Ya, hasil pengepaman aku memang sangat-sangat kritikal ketika ini.
Minggu lepas lebih kritikal. Lepas itu kembali pulih.
Hari ini mula menunjukkan tahap kronik semula. Dengan ketiadaan stok beku – langsung tak ada! – aku berhempas-pulas mencukupkan bekalan susu 24oz ke Taska. Ini memaksa aku untuk balik sekejap dan tinggalkan susu perahan yang dipam pada sebelah pagi.
Walau bagaimanapun, setakat ini kami masih berjaya mengekalkan status menyusu badan secara eksklusif. Keadaan ini aku anggap jauh lebih baik daripada resmi ayam yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Sebab aku perah hari ini minum esok, perah esok minum lusa. Kahkahkah! Masih dikira lebih maju berbanding ayam, ok? :P
Aku telah mengenal pasti punca utama masalah tak cukup susu ini.
Pertama, tak cukup makan. Ke, tak makan langsung? Hahaha.
Kedua, tak cukup tido. Tido setakat 3-4 jam sehari selama beberapa minggu menyebabkan aku keletihan. Gue capek!
Kombinasi tak cukup makan dan tak cukup tido sudah menjadi Kombo KFC yang mengakibatkan aku stress. Hohoho. Susu tak keluar padahal aku dah cuba sedaya-upaya buat power pumping, malah anak aku menyusu bergelen-gelen macamlah kita ni tinggal kat padang pasir. Hohoho. Yang aku perasan, bila aku makan secara teratur aku takde masalah nak mencukupkan stok sehari-hari. Jadi aku anggap ini hanyalah sesuatu yang bersifat sementara dan cuaca mendung ini diramalkan kembali cerah sebaik sahaja aku jaga pemakanan dan jaga kesihatan badan.
Dan sekarang aku tengah pikir macam mana aku nak dapatkan 24oz sebelum jam 730 pagi esok memandangkan aku sudah pigi kasik itu chekgu taska sebanyak 8oz tengahari tadi.
Pikir-pikir aje nak buat apa! Sila sangkut Medela Gaya Bebas itu di bra anda sekarang la berghhhh.
Wokeh. Wa callo dulu.
Hidup Si Tanjung! :P

Asmara 2

Malam tadi aku tengok Asmara 2.
Ya, sila gelak beramai-ramai sebab aku pun rasa nak gelak jugak. Hahaha.
Motif sampingan aku membazirkan masa untuk menonton drama tersebut ialah kerana Adiknya Si Ziyad dah tido awal selepas Marathon Susu. Motif utama yang tidak dapat disembunyikan ialah kerana hero drama tersebut dikatakan pernah menjalinkan hubungan chenta dengan Maria Farida. Woha!
Terdapat satu babak dalam drama tersebut yang membuatkan aku sedikit keliru.
Si isteri yang sedang hamil berkata kepada suaminya –
“Boleh tak saya ajak Aman temankan saya ke klinik?”
Lantas si suami menjawab –
“Boleh, asalkan si Aman tak mengaku yang dia suami awak sudahlah”
Si Aman yang dimaksudkan ialah seorang rakan sekuliah (kot) si isteri.
Aku yang dah berjaman tak tengok drama Melayu tetiba macam sentap. Maksud aku – adakah aku sudah begitu kolot kerana merasakan bahawa ada sesuatu yang tak kena dengan dialog drama itu? Atau adakah aku sebenarnya mempunyai potensi terpendam sebagai seorang Ustajah untuk memberi tazkirah?
Dunia hari ini telah membuatkan aku berasa bingung dan mula mempersoalkan ke manakah ilmu-ilmu asas dalam Islam yang sepatutnya diketahui umum. Garis panduan pergaulan, batas-batas hubungan sesama insan seolah-olah tidak dipedulikan lagi. Jangan kata pasal dialog drama, tayangan umum video seks yang disyaki melibatkan seorang Ketua Pembangkang turut membuatkan aku loya. Tambah meloyakan apabila Zaid Ibrahim menyifatkan bahawa beliau tidak menganggap itu merupakan filem pornografi, tetapi lebih kepada filem dokumentari.
Aku rasa mungkin Zaid Ibrahim betul, sebab aku sendiri hampir-hampir tengok ular mengawan dalam National Geographic. Tapi sebab aku ada Sindrom-Geli-Geleman-Terhadap-Binatang-Tak-Berkaki  maka aku tutup mata. Geli NM. Mungkin Zaid Ibrahim menganggap bahawa ular mengawan dan manusia mengawan boleh diklasifikasikan dalam kategori yang sama. Baguslah. Zaid Ibrahim telah berjaya menyamaratakan perlakuan manusia dengan binatang. Woha!
Kembali kepada Asmara 2.
Aku tanyakan kepada Mr Daddy –
“Kalau saya cakap dialog yang sama macam pelakon perempuan tu boleh tak?”
“Dialog apa?”
“Boleh tak saya ajak Aman temankan saya ke klinik?”
“Buatlah kalau berani!”
Woha!
:P

Aku tak mahu ke taska

Minggu ini memang meletihkan.
Setiap pagi terpaksa melayan drama swasta Aku-Tak-Mahu-Ke-Taska. Pergelutan batin seorang Ibu dan Anak yang sangat dahsyat ya puan-puan sekalian.
“Kita nak pegi mana?”
Aihhh. Mula dah. Nak jawab ke, tak nak jawab? Nak jawab ke, tak nak jawab?
“K-I-T-A N-A-K P-E-G-I M-A-N-A?”
Woha! Pitching sudah naik yea, puan-puan. Nak tipu ke, tak nak tipu? Nak tipu ke, tak nak tipu? Hahaha.
“Mama pegi ofis. Yad dengan adik pegi taska”
“Yad tak nak pegi taskaaaaaaaa”
Uuuuuu. Uuuuuuu. Uuuuuu. Berjuraian air matanya.
Aiseh, terjejas reputasiku sebagai Ibu Mithali Cawangan Jalan Reko. Mata sempat menjeling pintu rumah Puan Jiran. Kang tak pasal-pasal jadi topik Gosip-Hari-Ini-di-Rumah-Calon-Ketua-Wanita kang. Ekekeke. Cemana nak bukak Taska ni, anak sendiri takleh handle? Kahkahkah. Nak jual goreng pisang dah memang out. Cer cite, cer cite :P
Dengan berbekalkan ilmu Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang diperturunkan oleh Pensyarah Lulusan United Kingdom – aku pun cuba mempraktikkan Ciri-Ciri Ibu Bapa Gaya Authoritative
“Mama kena pegi ofis. Jadi, Yad kena jaga adik kat taska. Petang nanti Mama jemput. Ok?”
“Yad tak nak pegi taskaaaaaaaa”
“Kenapa Yad menangis, tak mahu pegi taska? Cer cite, cer cite?”
“YAD TAK NAK PEGI TASKAAAAAA”
Ok. Nampaknya anakku cuma ada satu skema jawapan ya, puan-puan. Tiada jawapan aneka pilihan, sekian harap maklum. Aku harap dia takkan jadi Pemeriksa Kertas Bahasa Melayu SPM – kerana kalau itu berlaku, akan ramailah pemuda harapan bangsa pemudi tiang negara yang gelap masa depan akibat gagal bahasa ibunda. Ekekeke :P
“Kalau tak nak pegi taska, Yad nak pegi mana? California?”
Kenapa California? Aku pun tak paham. Tapi California adalah tempat di mana semua serangga yang tak disukai akan dihalau pergi oleh Ziyad. Contoh ayat –
“Shooo shooo shooo lalat! Jangan masuk umah Yad. Pegi sana California” *sambil bercekak pinggang*
Pujuk punya pujuk, kaunseling punya kaunseling – akhirnya aku tanya lagi,
“Kalau Yad tak nak pegi taska, Yad nak Mama letak kat mana?”
“YAD NAK PEGI JUSCOOOOOOOOOO”
Ko nak carik apa kat Jusco tu, anakku?!!
Cer cite, cer cite :P

Tuesday, March 29, 2011

Pisang panas gerai depan

Goreng pisang, goreng pisang, goreng pisang sekarang,
Pisang apa, pisang apa, pisang apa sekarang?
…..ialah satu lagu (?) aktiviti yang sangat popular dalam setiap program motivasi yang pernah aku hadiri beribu-ribu tahun selepas kepupusan Dinosaur. Mungkin lebih popular daripada lagu Kelopak, Jantung, Kelopak, Jantung, Kelopak, Kelopak, Kelopak, Jantung, Jantung, Jantung, Jantung. Heh!
Dan kepada sesiapa yang pernah gila rap sekejap dengan 4U2C zaman tok kadok dulu mungkin biasa dengan lagu –
Pisang Panas Gerai Depan (ulang 2 kali) :P
Ya, aku belum habis cakap lagi pasal goreng pisang dan pisang-pisang yang sewaktu dengannya.
Woha! :P
Oleh yang demikian, aku akan terus bercakap tentang goreng pisang sepanjang hari ini sehinggalah aku puas hati. Hahaha. Bak kata pepatah aku - alang-alang bercakap pasal goreng pisang biar sampai rasa nak muntah dan tak sanggup walaupun sekadar lalu depan gerai goreng pisang.
Woha! :P
Sebelum aku mengupas lebih lanjut persoalan goreng pisang ini – aku ingin menyatakan kekompiusan yang bersarang di dada –
Kenapa kita panggil goreng pisang? Bukankah sepatutnya pisang goreng? Kerana pisang ialah kata nama manakala goreng adalah kata adjektif? Mynie, sila jawab soalan ini. Hahaha.
Ok. Satu-satunya yang aku ingat dan akan terus ingat tentang mantan Perdana Menteri AAB selain daripada konsep Islam Hadhari ialah kata-katanya dalam satu teks ucapan  yang berbunyi lebih kurang begini –
“Orang Melayu hendaklah menjauhi sikap gerai goreng pisang dalam perniagaan. Apabila kita nampak satu gerai goreng pisang yang cukup laku di tepi jalan, maka 2-3 hari kemudian sepanjang jalan tersebut penuh dengan gerai goreng pisang”
“Jangan sebab satu orang jual goreng pisang – dan berjaya - maka semua orang pakat-pakat nak jual goreng pisang juga”
Ok. Aku ikut nasihat beliau. Aku tak jual goreng pisang. Aku jual Banana Split di tepi pantai yang menawarkan sukan rekreasi Banana Boat sambil berpakaian Banana-In-Pyjama. Hahahaha. Cukup canggih? :P
Betapa hebat dan inovatifnya para penjual goreng pisang sehinggakan gempar sekejap pasal peniaga goreng pisang bubuh cebisan plastik dalam bancuhan tepung goreng pisang agar pisang tersebut kekal garing dan krapkrup bila digeget. Fuh. Betapa majunya!
Aku sebenarnya nak cakap, betapa dahsyatnya bidang yang menawarkan 9 daripada 10 cabang rezeki itu sehinggakan nak menjual goreng pisang/pisang goreng (?) pun memerlukan inovasi yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Itu baru cerita pasal goreng pisang 3 keping seringgit - belum lagi cerita pasal jual tong sampah harga juta-juta.
Woha! :P
Sudahlah. Muak pulak asyik cakap pasal pisang :P

Aku ingin terbang tinggi - Babak 2

*disambung dari Aku Ingin Terbang Tinggi – Babak 1
Aku tau, jauh di sudut hati – sepupu aku tentu ingat aku memperlekehkan kemampuan kognitif beliau.
Tidak, tidak sama sekali.
Aku bahkan sangat kagum dengan bakat interpersonal yang dimilikinya berdasarkan Teori Kecerdasan Pelbagai Howard Gardner.
Sayangnya, beliau tidak menyedari betapa besarnya bakat yang dimiliki itu. Katanya bawak kapal terbang boleh jadi kaya-raya. Jual goreng pisang di Kuantan, 5 keping baru seringgit – bila nak kaya?
Puas sudah bertanam ubi, nanas juga ditanam orang. Puas sudah menabur budi, emas juga dipandang orang. Begitulah hakikat hidup ini. Woha! :P
Aku cakap lagi – sapa kata jual goreng pisang tak boleh hidup kaya-raya?

Aku pun bukak buku sejarah Hikayat Merong Mahawangsa (bukan hikayat sebenar) yang menceritakan tentang -
"......tersebutlah kisah seorang kawan Mr Daddy telah berhenti kerja sebagai Juruteknik dan mengusahakan perniagaan goreng pisang dan air kelapa muda. Setelah 3 tahun, beliau kini mempunyai 3 buah gerai yang menyumbang kepada pendapatan bersih 10 ribu ringgit sebulan serta memiliki hartanah yang disewakan".

Woha!
Jadi, bagaimana yea?

Kalau di Bangi, 3 keping goreng pisang bernilai seringgit manakala air kelapa muda sebiji berharga tiga ringgit – oleh itu berapa banyakkah goreng pisang dan air kelapa yang perlu dijual untuk mendapatkan 10 ribu ringgit sebulan? Bunyi macam kacang gila punya soalan matematik Darjah Satu tapi mengapakah aku tetiba pening nak jawab soalan ni. Woha! :P
Aku serahkan kepada korang untuk merungkai masalah kira-kira ini kerana soalan berkaitan nombor bukanlah bidang kepakaran aku. Aku cuma pakar dalam hal-ehwal menggoreng perkataan sahaja. Woha! :P
Lantas sepupu aku melakukan serangan balas ketika servis bertukar tangan –
“Kalau goreng pisang boleh jadi kaya-raya, kenapa Kak Intan masuk universiti dulu? Kenapa tak goreng pisang aje?”
*gelaran Kak Intan adalah ialah singkatan Cik Sri Siantan iaitu panggilan manja penulis blog di kalangan sepupu-sepapat*
Serius, aku rasa macam nak debik aje kepala budak ni menggunakan kepala lutut aku. Hahaha. Dengan beraninya aku menjawab –
“Sebab akak dulu tau goreng cekodok aje, tak tau goreng pisang!”
Woha! :P
Sekian, tamatlah sudah cerita yang tragis ini ;)


Aku ingin terbang tinggi - Babak 1

SPM. Sudah lama aku tinggalkan jaman itu.
Yea, saya ialah batch SPM ’97. Yahooo! Gua lagi muda dari TTM :P
Semalam aku telah kepochi bertanya di sana sini keputusan SPM sepupu-sepapat Generasi Y sekalian. Ceh. Berita dah basi baru nak tanya. Ekekeke :P
Seorang sepupu yang agak rapat telah memberitahu bahawa beliau ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang yang ada sangkut-paut dengan teknologi penerbangan.
Aku sedikit pesimis.
Pesimis ialah perkataan yang berunsur negatif. Bahasa positifnya ialah berpijak di bumi nyata.
Realistik.
Buat keputusan berdasarkan fakta. Fakta bahawa ko cuma dapat 3A. Dan A itu ialah Bahasa Melayu, Pendidikan Islam dan Sejarah. Bukan sebab ko rasa Kopi Janda itu sedap semata-mata kerana jurucakap produk yang dilantik ialah Anne Ngasri. Hahaha.
Hebat merempit di jalan raya dengan motor kapcai di selekoh-selekoh merbahaya lalu menyeberangi titian sempit di kampong halaman bukanlah satu tiket yang akan menjanjikan kejayaan ko mengemudi pesawat di angkasa raya. Paham?
Haihhh. Aku tak sanggup hancurkan harapan dia dengan kata-kata aku yang membunuh perasaan – jadi aku hanya mampu berkata “okey, bagus cita-cita tu” dan “selamat berjaya, semoga Tuhan merahmatimu”. Tidak dilupakan satu lagi ayat yang aku suka sebut - “semoga berani gagal”. Woha! :P
Aku tanya dia, apa dia buat sekarang?
“Tukang buat air dan goreng pisang kat gerai depan”
Aku katakan kepadanya bahawa – aku lebih suka dia teruskan buat air dan goreng pisang daripada mengadap ilmu hisab yang menyakitkan kepala masa final exam semata-mata untuk menuntut ilmu terbang-terbang ni. Lagipun, kalau dia nak terbang sangat, lebih baik dia memajukan ilmu persilatan sedia ada ke ilmu kungfu – Wong Fei Hung tak payah belajar aeronautik pun buleh terbang dari bumbung ke bumbung. Barulah namanya “Now Everyone Can Fly”. Woha! :P
Apatah lagi, kebarangkalian orang mati sebab kapal terbang terhempas adalah lebih tinggi berbanding mati sebab kena minyak panas ketika menggoreng pisang. Hahaha. Aku sengaja bagi statistik sebegini bukan saja-saja, tapi aku sebenarnya sedang menguji tahap penguasaan Matematik Tambahan beliau. Haaa. Aku dengan ini mengatakan bahawa beliau gagal dua topik penting iaitu Kebarangkalian dan Statistik. Woha! :P
Untuk membuatkan suasana bertambah dramatik, aku cabar dia supaya kekal goreng pisang dan buat air kat gerai depan dalam masa 5 tahun. Dan aku kata kat dia –
“Dalam masa 5 tahun akak nak kau beli rumah banglo kat Bandar Indera Mahkota. Akak jamin masa tu kawan-kawan ko masih terhegeh-hegeh benam kepala dalam buku teks”
Bandar Indera Mahkota di Kuantan, mempunyai Persamaan Tangent dengan TTDI di Kuala Lumpur dan boleh juga dikatakan memiliki Persamaan Garis Lurus dengan Putrajaya. Kalau perumpaan ini pun susah nak hadam, aku berani kata beliau bukan saja gagal Topik Kebarangkalian, Topik Statistik serta Topik Geometri Koordinat, malah turut gagal mencari nilai anu dalam Persamaan Kuadratik apabila diberi hubungan dua punca.
Woha!


*akan bersambung
:P

Friday, March 25, 2011

Frog in the well

….ialah satu cerita tentang seekor katak yang tinggal dalam sebuah telaga dan menganggap telaga itu adalah tempat yang cukup hebat untuknya. Uhuk! Uhuk! Uhuk! Tetiba aku tersedak. Hahaha.
Ohhhh. Sedikit perkembangan tentang Projek Besar.
Akhirnya debaran selama berminggu-minggu telah berakhir. Kahkahkah!
Di sebalik kobaran semangat dengan kadar pecutan 140km/jam menggunakan kereta mini buatan Malaysia 1.2 untuk menjayakan Projek Besar itu – dukacita dimaklumkan bahawa upacara menandatangani perjanjian sewa premis dengan tuan tanah kedaung telah gagal. Tak perlulah aku nyatakan sebab khusus, kerana yang penting ialah kegagalan itu bukan datangnya daripada aku. Aku terima kesudahan ini dengan anggapan bahawa inilah petanda istikharah yang aku dok tunggu-tunggu.
Dan sekarang aku berpendapat bahawa kadar pecutan sebenarnya tak penting. Yang penting ialah memecut secara sekata. Biar lambat asalkan berterusan. Ya, istiqamah adalah perkataan yang sesuai.
Tak apa, tak apa. One step backward, two steps forward.
Adakah aku sedih?
Tak.
Lebih kepada perasaan lega yang teramat sangat. Fuhhh. Selamat duit aku. Kahkahkah!
Aku akui, cebisan pengalaman yang dikutip sepanjang 8 minggu untuk merealisasi matlamat bekerja sendiri adalah jauh lebih banyak berbanding 7 tahun pengalaman bekerja dengan orang.
Untuk pertama kalinya aku benar-benar duduk dan bermain dengan nombor – sesuatu yang paling aku benci dalam hidup ini – ya, nombor! Aku rasa pening, nak muntah, usus tergeliat dan cirit-birit kerana deretan nombor membuatkan aku rasa tidak keruan. Tapi aku cuba jugak dan menebalkan muka bertanya di sana-sini – apa itu overhead – apa itu breakeven – apa itu cash flow projection -semua istilah ini sebenarnya aku dah lama tau, tapi tak pernah ambik kesah. Tahu sekadar teori, praktikal ke Sungai Langat jugalah adanya. Haha.

Aku berpeluang mengaplikasi teknik-teknik How To Win Friends and Influence People. Serta How To Talk So Kids Will Listen. Walaupun tuan tanah kedaung bukanlah my friends apatah lagi my kids. Kahkahkah.

Dan terima kasih juga kepada Cikgu Aminah, guru Kemahiran Hidup yang pernah mengajar aku Prinsip Asas Akaun masa Tingkatan 3. Berguna jugak ilmu itu, ya Cikgu Min? Sungguh tak disangka! Seronok jugak buat Imbangan Duga ni dalam dok pitam-pitam tu. Hahaha. Semoga berpanjanganlah pahala Cikgu atas ilmu yang bermanfaat ini.
I’m still ahead of where I was before.
Far beyond the starting line.
Ok. Sekarang ialah masa untuk aku bergerak ke Plan B. Sebab Plan A telah menemui kegagalan.
I am the frog who wants to get out of the well.
Hahahahahahaha.


Wednesday, March 23, 2011

Why don't you let me go?

Aku susah hati betul.
Semalam Bos Besar menawarkan sesuatu yang menarik.
Kerja dari rumah. Tak perlu datang ke Kilang Kicap Cap Ayam. Tak payah punch card. Tak payah mintak cuti. Asalkan aku terus bekerja di Kilang Kicap Cap Ayam. Aku boleh kerja mengikut masa aku sendiri, pakai baju tido duduk depan PC, tak gosok gigi pun tak apa janji kerja siap sebelum tarikh akhir. Hahahaha.
“I don’t want you to leave. Do you understand what I’m saying or not?”
Wahhhhh. Ulang lagi 88 kali boleh tak Bos? Hahaha.
“Or maybe you can work with us on project basis. From your home”
Wahhhhh. Tawaran semakin hebat. Buat seketika, aku rasa tak tetap pendirian. Hahaha.
“You can still change your mind. I give you time to think about it”
Aku diam lagi. Pada aku, telah aku letakkan hitam putih. Susah untuk aku ubah. Atau mungkin aku yang tak mahu berubah.
Melihatkan muka aku yang poyo – plain vanilla - dan tidak ada reaksi langsung – sebab sebenarnya aku tengah pikir kat mana ceruk lagi aku nak cari Pengasuh Taska – hahaha – maka Bos Besar sekali lagi cuba menarik perhatian aku,
“I don’t want to accept this letter. You can keep it. I don't allow you to resign”
Woi. Sentap aku. Apahal ko ni Bos? Tetiba jadi Drama King pulak :P
Aku tunggu jugak kot-kot dia kata,
“I give you extra one thousand”
Hahahahaha.
Sumpah, kalau dia cakap gitu memang aku tunggu sampai awal tahun depan. Lepas tu aku akan buat drama lagi. Dan lagi. Dan lagi. Sampailah Bos Besar penat asyik-asyik kena naikkan gaji aku. Hahahahaha.
Jadi?
Apa perlu aku lakukan sekarang?
Ahhhhh.
Bedebah punya Boss. Suka tawwww buat aku gundah-gulana. Patutkah aku tangguhkan Projek Besar aku tu untuk setahun lagi? Maksud aku, ok jugak kalau aku kerja dari rumah dan ada lebih banyak masa untuk memotong rumput dan mengemop lantai. Kahkahkah!
Errrr....kalau korang jadi aku, apa korang buat? Mari fikirkan bersama-sama.

Hahahahahaha.

Tuesday, March 15, 2011

Jawatan Kosong Untuk Sebuah Taska Baru di Kajang

Sebuah Taska baru yang akan dibuka di Kajang, mengalu-alukan warga kerja yang dinamik untuk memulakan operasi.
Syarat am bagi kesemua jawatan ialah sihat tubuh badan, bertenaga dari segi fizikal dan berperwatakan ceria untuk bekerja dalam persekitaran kanak-kanak yang aktif bermula dari Isnin hingga Jumaat seawal jam 7 pagi hingga 7 malam.
Permohonan adalah dipelawa daripada semua warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:

Penyelia Taska (1 kekosongan)
Syarat-syarat permohonan:
*berumur 21 tahun ke atas
*telah menghadiri dan lulus Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak
*berpengalaman bekerja di Taska sekurang-kurangnya 2 tahun
*pemegang Diploma dalam apa jua bidang digalakkan memohon
*bersedia untuk menghadiri latihan dan kursus peningkatan kerjaya dari semasa ke semasa
*gaji permulaan RM1000

Pengasuh Taska (4 kekosongan)
Syarat-syarat permohonan:
*lulus SPM, atau pernah mengikuti aliran vokasional dengan pengkhususan Perkembangan dan Perkhidmatan Kanak-Kanak
*keutamaan diberikan kepada calon yang telah mengambil Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak, namun kepada yang tidak memilikinya akan dihantar menyertai KAAK atas tanggungan Pengusaha Taska
*pengalaman bekerja di Taska adalah satu kelebihan
*bersedia untuk menghadiri latihan dan kursus peningkatan kerjaya dari semasa ke semasa
*gaji permulaan RM600

Semua jawatan bertaraf tetap, bersifat jangkamasa panjang dan calon-calon yang berjaya dikehendaki mengikat kontrak kerja selama 2 tahun. Pekerja sambilan tidak akan dilayan demi memastikan kebajikan kanak-kanak berada pada tahap optimum.
Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar butiran peribadi lengkap dengan gambar berukuran passport, nombor telefon dan gaji terdahulu  menerusi emel kepada nazufa_zen@yahoo.com. Calon-calon yang berpotensi akan dihubungi serta-merta dan diminta untuk mengemukakan sijil-sijil dan dokumen-dokumen lain yang berkaitan untuk temuduga segera. 

Thursday, March 10, 2011

What marriage taught us

Ayat-ayat cinta yang paling bermakna dan paling relevan untuk aku buat masa sekarang ialah –
“Yang, saya dah amik anak-anak kita kat taska”
Fuhhh. Betapa romantiknya ayat itu. Hahaha.
Ketika itulah aku akan menarik napas kelegaan teramat sangat dan sujud syukur. Maka terselamatlah segala pengguna yang bertebaran di jalan raya daripada dimaki-hamun olehku kerana pemanduan mereka yang lembab, pemanduan mereka yang kurang sopan dan pemanduan mereka yang tak reti pakai signal.
Untuk seketika, dapatlah aku menekan minyak penuh keayuan sambil membayar tol seringgit si dua kupang diiringi senyuman ikhlas kepada adik manis petugas tol. Ehehehe. Kelazimannya, tak sempat cakap terima kasih pun – siap bagi penggera amaran -
“Dik, tolong naikkan palang ni laju-laju sikit bleh tak? Ahkak nak cepat ni!”
Itulah dia – Aku Seorang Ibu Yang Penyayang tetapi Pemandu Yang Emo. Hahaha. Kalau aku jadi Pemandu Yang Baik maka aku terpaksa jadi Ibu Yang Kedana sebab kalau lambat amik anak dah kena charge overtime untuk 2 orang sekarang ni. Ok. Tak payah nak buat jalan kerja matematik kat sini because I hate numbers. Haha.
Errr. Ada sesapa yang nak tanya apa aku makan untuk dinner semalam? Ekekeke.
Bukan benjo ok? Sila jangan underestimate selera aku. Hahaha.
Menu malam tadi ialah Telur Goreng Mata Kerbau Dilumuri Bebawang dan Disimbahi Kicap Cap Kipas Udang, Sambal Ikan Bilis Dengan Hirisan Kentang Holland, Nasi dari Jenama Beras Berkualiti Tinggi Jasmin Super 5 serta Teh O Panas Dari Peket Lipton Diperbuat Daripada Daun Teh Terpilih. Dimasak dengan penuh kasih sayang oleh Chef Mr Daddy yang menerima pendidikan awal periuk belanga dari Culinary Institute of Rembau. Hahaha. Eksklusippp gitu. Bunyi macam Menu Hotel Lima Bintang :P
Pada pendapat aku, 2 tindakan di atas adalah manifestasi cinta teragung mengalahkan Epik Puteri Gunung Ledang selama tujuh keturunan Mahsuri.
Maksud aku, pernahkah korang mendengar Hang Tuah tolong pegi amik anak-anak dari Taska?
Pernah korang dengar Hang Tuah tolong masakkan makan malam untuk Puteri Gunung Ledang?
Tak pernah khennnn….? Sesungguhnya cintamu tak cukup agung Tuah! *tetiba*
Secara peribadi, aku berpendapat bahawa Universiti Perkahwinan telah mengajar aku bagaimana untuk melaksanakan pengagihan kerja secara berperingkat-peringkat. Ini kerana selama ini aku adalah seorang yang tamak lagi OCD dan beranggapan bahawa aku perfect dan tiada siapa dapat menandingi aku dalam kategori mengelap lantai pakai tangan sampai berkilat. Kini, tak koserrrr haku nak mengadap lantai lagi. Takde masa. Beta sibuk dengan agenda-agenda lain. Berhabuk pun berhabuklahhhh - janji takde sapa jatuh lebam akibat terlanggar bangkai lipas gaya kuak lentang ittew.

Yang paling utama, Universiti Perkahwinan juga telah mengajar Mr Daddy untuk meningkatkan skil di dapur – daripada sekadar merendam Megi Tom Yam kepada masakan yang lebih mencabar kemahiran motor kasar dan motor halus seperti errrr....Cempedak Goreng Pakai Premix Adabi. Hahaha.
Dengan pengakuan ini aku menyeru The Law Of Attraction moga-moga paling cikai pun ada Ayam Masak Merah yang terhidang di bawah tudung saji sekembalinya aku dari medan Kilang Kicap petang nanti. High-tea pun ok :P
Nak mengharap Kari Untuk Isteri, kambingnya masih meragut rumput, belum sampai lagi ke Pasar Carrefour :P

Wednesday, March 9, 2011

Happiness is....

Hai. Aku kembali lagi. Kahkahkah!
Seperti biasa, aku hanya ada 2 sebab kenapa aku menaip di blog.
Yang pertama – sebab aku terlalu musykil.
Yang kedua – sebab aku tak musykil langsung.
Haha.
Sekiranya korang mendapati bahawa aku tidak membebel di blog ini, maka itu bermakna aku dalam fasa bertenang. Average. Biasa-biasa. Emosi tetap. Stagnant. Cuaca stabil. Dan hidup bosan kerana tiada apa yang aku nak komen. Atau komplen. Haha.
Dalam erti kata lain, aku kena emo tahap dewa petala langit ketujuh, atau aku kena emo di bawah paras beku – maka barulah aku berupaya menaip selaju Azizulhasni Awang mengayuh basikal. Sapa tak kenal Azizulhasni Awang sila taip nama beliau dan hantar ke Pakcik Google untuk pertanyaan lanjut - tapi kalau malas boleh klik terus. Jadi, apakah signifikannya Azizulhasni Awang dalam hidup aku? Entah. Aku cuma tertarik sebab dia berbintang Capricorn. Kahkahkah! Aku tau alasan ini agak tolol – tapi tak kisahlah. Korang dibenarkan mengutuk aku belakang-belakang tapi kalau sampai ke telinga aku memang aku kutuk korang balik. Kahkahkah.
Ok. Sambung balik penceritaan asal aku tadi.
Aku baru sahaja menjalani rutin pertapaan 10 minit. Bila aku kata rutin – maknanya memang tiap-tiap hari aku buat. Ya, korang bebas menggunakan imaginasi masing-masing untuk membayangkan bagaimanakah aksi pertapaan itu – adakah seperti orang sedang beryoga – atau seperti patung Buddha emas yang ada dalam bilik Bos Sederhana – tapi lokasi yang paling tepat ialah aku bertapa di Bilik Termenung. Tetttttt!
Rutin pertapaan telah membawa aku membuat imbasan Hari Ini Dalam Sejarah.
Saat bila mana aku buat praktikal dan disuruh mewarna 3 set lukisan untuk mendapatkan kelulusan Bomba, PBT dan entah apa satu lagi aku pun tak ingat. Tak tido pun takpe. Tapi aku hepi. Hepi walaupun dengan RM300 sebulan. Hepi walaupun cuma dapat RM3 sejam untuk bekerja di luar waktu pejabat. Terlebih hepi apabila seorang Arkitek bernama Riyadh-Yang-Hensem memerli aku sambil berkata “Eh, cantik you kaler”. Serius, itu adalah ayat ganja dan membuatkan aku mewarna lebih deras. Dan lebih bahagia daripada kebiasaannya. Hahaha.
Saat bila mana aku buat aksi I’m A Little Teapot dengan bontot tonggek dan menyaksikan anak-anak murid juga cuba meniru ketonggekan itu. Juga apabila Nisha menjerit dari Bilik Jamban dengan ayat “I don’t want you. I want Teacher Zufa” sambil Cikgu Loga terkikik kelegaan kerana terlepas daripada mencebok nyahtinja si Nisha. Adakah aku bahagia? Ya. Bahagia sebab dipilih oleh Nisha untuk mencuci montotnya. Budak-budak memang berjiwa murni. Kalau ko adalah seorang cikgu yang fofular – dia memang akan pilih ko – dan itu termasuklah dalam kes-kes terpencil yang berlaku di jamban. Haha.
Bahagia.
Bahagia atau tidak – itu semua terpulang.
Dalam kebanyakan situasi, bahagia itu tak ada nilai Ringgit Malaysia yang spesifik.

Thursday, March 3, 2011

Tolong ingatkan aku

Aku mengambil masa yang sangat lama untuk menulis tentang ini.
Bagi aku, perkara ini sangat peribadi untuk diceritakan kepada umum. Sungguhpun begitu, hari ini aku mendapat kekuatan untuk berkongsi mengenainya agar aku tidak sekali-kali lupa dan sentiasa diberi peringatan.
Satu perkara yang aku tak pernah bagitau sesiapa ialah apa yang aku lakukan 2 minggu sebelum bersalin.
Ketika itu, hati aku memang berderau-derau memikirkan yang aku akan bersalin pada bila-bila masa – sedangkan aku rasa aku tak bersedia langsung. Kengerian aku semakin hari semakin menebal dan aku tak mampu nak ceritakan betapa takutnya aku. Tak pernah aku takut sedemikian rupa seumur hidup! Ketakutan yang teramat sangat.
Hari yang sepatutnya aku masih bekerja – tiba-tiba aku buat pusingan U – tidak memandu ke laluan untuk ke pejabat – sebaliknya aku berpusing-pusing sekitar BBB sambil melayan fikiran yang kacau bilau.
Aku nampak sebuah masjid. Aku berhenti. Aku letakkan kereta. Pergi ke ruangan wudhuk. Ambil telekung dan solat. Aku pun tak tau aku solat apa – solat Tahayatul Masjid ke, atau Solat Dhuha atau Solat Sunat Takut Beranak. Yang penting aku rasa aku nak mengadu kat Tuhan bahawa aku adalah makhlukNya yang paling lemah – bukan makhluk Tuhan yang tercipta yang paling seksi – tolonglah aku! – aku sujud kepadaMu dengan penuh kerendahan diri seorang hamba.
Aku habiskan sepanjang hari di masjid itu. Aku solat semau-maunya. Aku mengaji semau-maunya - surah Yaasin, surah Yusuf, surah Luqman, surah Maryam, surah Taubat - padahal sepanjang 38 minggu kehamilan itu aku tak pernah baca Al-Qur’an langsung. Entah kenapa aku malas sangat mengaji, aku pun tak tau. Malunya aku padaMu Tuhan, mengingatkan betapa alpanya aku.
Esoknya, lusa, tulat dan hari-hari seterusnya selama 2 minggu – aku buat begitu. Masjid itulah tempat aku meluah perasaan sepanjang hari selama 2 minggu sebab aku tak tenteram walaupun di rumah sendiri.
Kalau inilah yang dikatakan pasrah – memang aku pasrah kali ini.
Dalam erti kata lain, aku ponteng kerja. Fikiran aku kosong. Yang aku pikir cuma diri aku dan Tuhan. Dan macam mana aku nak beranak sesenang ayam bertelur. Lantaklah pasal Kilang Kicap, Bos Besar atau Bos Kecik atau sama ada aku dapat Bonus Akhir Tahun atau tidak. Aku jugak tak kesah pasal kipas yang aku target nak lap sebelum terberanak, pasal labah-labah buat sarang kat penjuru dinding atau perang sivil dengan semut yang asyik masuk dalam bekas air masak. Aku padamkan telefon bimbit sebab aku tak nak cakap dengan sesapa pun. Aku tak peduli lagi.
Tempoh 2 minggu itu, aku mintak macam-macam kat Tuhan.
Tapi yang paling utama, aku insaf seinsaf-insafnya.
Pada akhirnya, aku sendiri sudah lupa untuk meminta agar Tuhan memudahkan aku bersalin. Sebaliknya, aku sujud semata-mata kerana aku hambaNya – dan Dia Penciptaku.
Suatu hari nanti, kalau aku terlupa tentang kisah apa yang aku buat 2 minggu sebelum bersalin ini – tolong ingatkan aku, ya?
I Love to Talk About Ideas
I like my conversations to be deep and meaningful. I am not a big fan of small talk.
I am open to all sorts of conversation topics, especially if they are unique or interesting. I love it when a conversation takes me somewhere unexpected.

I will talk about anything, even if it's controversial or weird. I'm not shy about speaking my mind.
I may shock people with what I'm willing to talk about, but at least it's more interesting than discussing the weather.