Oh, baru saja saya menaip entry terdahulu – seorang rakan mesyuarat tingkap menyapa saya di Yahoo! -
“Mak Ngah, hari ni tak ada iklan baju ke?”
Saya tersengih sendirian.
Mengumpulkan perkataan-perkataan yang sesuai untuk menyusun ayat.
Lantas, saya taipkan dengan berhati-hati,
“Nak tengok jubah kena pegi kat FB Kedai Mak Ngah”
Saranan untuk memindahkan Kedai Mak Ngah dari petempatan sementara di tapak My Internal Outlet ke medium Facebook datangnya daripada KNV. Idea itu sebetulnya telah lama tertanam dalam minda saya sendiri. Namun demikian, perasaan tidak yakin (dan takut) yang menggugah menyebabkan saya mengenepikan hasrat tersebut.
Masih tersimpan SMS KNV yang tercatat:
"Ideas are free. Execution is expensive"
Pelaksanaan sememangnya sesuatu yang mahal.
Mahal dari segi masa, mahal dari segi tenaga dan mahal dari segi fokus.
Apatah lagi, beberapa percubaan untuk membawa Kedai Mak Ngah dalam beberapa blog berasingan sebelum ini menemui kegagalan. Gagal membawa masuk trafik. Gagal menemui prospek. Gagal memasarkan. Gagal menjual. Dan serba-serbinya gagal.
Saya, yang sekian lama memboikot segala aplikasi Facebook – tidak mempunyai walau seorang kawan pun di Facebook – tidak tahu menahu bagaimana membuka akaun Facebook – bersifat anti-sosial dan tidak suka mendedahkan diri – bagaimana mungkin saya menjual di Facebook!
Tak mungkin!
Namun begitu, saya cuba juga.
Percubaan untuk bertapak di Facebook dengan menggunakan Page mengambil masa hampir sebulan.
Menggodek sesuatu yang baru adalah sangat memeningkan. Saya rasa letih kerana perlu bermula dari kosong, membaca itu dan ini, di samping beberapa episod cuba-gagal dan cuba-jaya. Hahaha. Keluar dari zon selesa iaitu menggunakan blog – kepada Facebook adalah sangat-sangat tidak selesa.
Namun begitu, tidak semua yang kita sukai adalah baik untuk kita. Barangkali yang kita tidak suka itu bahkan sesuatu yang lebih kompetitif.
Saya bermula pada 14 Oktober yang lalu dan meletakkan sasaran selewat-lewatnya awal November ini untuk berpindah sepenuhnya.
Dan hari ini, 1 November – setelah merasakan keyakinan diri mulai pulih dan telah nampak cahaya di hujung terowong, saya akhirnya berkata dalam hati –
“Yukkkk kita pindah!”
Saya masih dalam proses mengenali tapak baru Kedai Mak Ngah itu.
Takpe, pelan-pelan kita kayuh.
Lagipula, saya sudah lama tidak membebel di blog ini ^_^



7 comments:
semoga berjumpa cahaya di hujung terowong ;)
yatiechomeyl,
hehehe. ameen.
ketika berjalan dalam terowong yang gelap, cuma ada 2 kemungkinan -
sama ada terus tegar meneruskan perjalanan ke depan, atau
berpatah balik!
syukurlah sudah nampak cahaya sipi-sipi, maka teruskan berjalan, ya! kalau asyik berpatah balik, mana mungkin tercapai matlamat :D
Caiyok2..nanti akak suggest kat kengkawan ya!!tolong tag bagi pihak boleh kan!.
salam Nyah
lama aku tak komen sbb akukan sibuk 365 hari hahahahahahaa
all the best cari tapak..jauhkan dr terowong hahahahaa
Mujur sehari dua ni fb dah tak kena block kot di ukm, kalau tak kena terjah rumah terus kot.hehe.
perubahan itu perlu, terutamanya kalau berbisnes.. kena sentiasa uptodet ngan segala strategi pemasaran yang ada, dan kena berani mencuba.. insyaALLAH, awak akan berjaya.. akak pun nampak dah cahaya tu.. bila nak jimba2 ni.. ?
Sangat betul idea utk mengotakan adalah sangat perit untuk dimulakan. Tapi bak kata Dr Tuah, bila fikir jgn byk2 kali paling byk 10kali. lebih dari itu confirm tak jadi. Kdg2 saya up dates blog pkl 3pg. mmg sgt meletihkan...
Post a Comment