Dua beranak sedang menonton Cerekarama pada malam Sabtu.
Babak yang sedang dipertontonkan memaparkan sebuah kediaman mewah – banglo besar tersergam indah yang terletak di atas bukit. Banglo yang hebat itu disokong dengan tiang Roman yang tegap, manakala halamannya tersusun dengan kereta-kereta mewah; berkilatnya bukan main lagi - yang tidak dapat dikenali jenamanya.
Yang pasti, bukan kereta buatan Malaysia.
Dijamin bahawa kereta itu lebih mahal daripada Vios kerana Si Anak hanya mengenali jenama tersebut, selain jenama buatan Malaysia. Miahaha!
Tentunya kereta-kereta tersebut bukanlah daripada jenama Proton. Miahaha kuasa dua :D
Si Ibu berbisik perlahan, namun masih dapat didengari oleh Si Anak,
“Hui…besarnya rumah banggeloooo”
Si Anak menelan air liur; sedikit terkilan kerana tidak mampu menghadiahkan rumah banggelo sedemikian untuk Si Ibu, namun perasaan kecewa itu segera terhapus apabila Si Ibu menyambung -
“Kalau duduk situ sorang-sorang, mati pun tak ada orang tahu!”
Si Anak mula tersenyum sambil berkata dalam hati –
“Oh, selamat! Ingatkan nak cakap pasal kekayaan duniawi yang tak mampu dimiliki”
Si Ibu bercerita lagi –
“Engkau tau, kawan Mama yang tak kawen tu tinggal dengan Emaknya. Nunnnn jauh kat atas bukit. Tinggal berdua. Sekali tu, Emaknya meninggal jam 2 pagi. Dia pulak tak tau macam mana nak menguruskan jenazah”
(Si Ibu berhenti seketika untuk meneguk Nescafe panas)
(Si Anak pula sedang cuak memikirkan kejadian berdua-duaan dengan jenazah yang tidak bernafas)
Si Ibu meneruskan penceritaan –
“Dia pun menunggulah kat tepi mayat Emaknya sampailah ke Subuh, barulah saudara-mara datang”
Si Anak membeliakkan mata dengan perasaan takut yang pelbagai. Takut mati. Takut suhu mayat yang sejuk. Takut lemas kena kambus dalam tanah. Takut neraka. Tetapi perasaan takut versi Hantu Kak Limah Balik Rumah lebih dominan pada ketika itu.
Si Ibu berkata lagi –
“Kalau Mama mati, engkau tau apa benda pertama sekali yang kena dibuat?”
Si Anak terdiam.
Klik untuk mengetahui:



1 comments:
takdapat la nak gi kat link tu, sebab company blok..
masa aruah mak akak dicabut mesin life supportnya, yang akak ingat, ayah akak pastikan mata tak terbukak, dan mulut juga tertutup. tangan dikiamkan dan kaki dirapatkan.. pastu tunggu la van jenazah sampai.. huih, tulis ni pun, teringat balik detik2 tu, sedih.. mak akak koma 3 hari sebelum meninggal..
Post a Comment