Search This Blog

Loading...

Quotable Quotes



The best of people are those that bring most benefit to the rest of mankind

My Loyal Readers

Wednesday, November 2, 2011

Hidup ini, habis-habis pun mati

Kematian itu merupakan sesuatu yang pasti.

Selama ini, mungkin kita menyangka bahawa kematian adalah titik penamatnya kehidupan. Pernah pada suatu ketika, saya terjumpa blog seorang sepupu yang menghidap Thalassemia - di bawah header blognya tercatat:

"Hidup ini, habis-habis pun mati"

Saya memahami maksud beliau.

Berperang dengan Thalassemia sepanjang hidupnya, beliau seolah-olah pasrah dengan ketentuan takdir Ilahi. Belum lagi dikira beberapa siri kemalangan yang dialaminya akibat menunggang motosikal besar. Hancur luluh hati saya melihat seluruh badannya yang ditebuk sana-sini, itu tidak termasuk pembedahan demi pembedahan yang dilakukan untuk 'memperbaiki' kesan-kesan kecederaan dalaman.

Pun begitu, kita tidak perlu menunggu sehingga didiagnosis sebagai penghidap Thalassemia untuk mengingati mati - atau terlibat dalam bencana dan musibah, maka barulah kita memikirkan tentang kematian.

Hakikatnya, setiap makhluk tidak terlepas dari menemui ajalnya.

Sesungguhnya kematian itu tidak pernah diundang atau dijemput, tidak pernah berkompromi, tidak memilih martabat dan tidak melihat kita sama ada dalam keadaan sedar atau berkhayal, dalam taqwa atau maksiat.

Kematian itu pasti mencari di mana saja roh berada.

Saat bercerainya roh dari badan, adakah itu babak penyudah dalam arena kehidupan di dunia?

Tidak sama sekali.

Kematian hanyalah sekadar proses sementara.

Kehidupan di negeri abadi bermula dari alam kubur.

Makanya, benarkah bahawa –

"Hidup ini, habis-habis pun mati?"


Fikirkan semula.



4 comments:

yatie chomeyl said...

menusuk terus ke dalam dada , sgt2 betul pendapat itu

knv said...

kalau ikut kiraan waktu dunia vs waktu akhirat, rata2 manusia di dunia hanya hidup 1.5 jam waktu akhirat.

1.5 jam s a h a j a ???

my god!

lebih kurang waktu yang digunakan untuk jawab SATU paper spm.

sesungguhnya hidup memanglah hanya satu ujian pendek.

dan yang paling best, soalan2 semuanya sudah bocor. kalau ikut logic, semuanya WAJIB lulus.

so mari bertarung untuk 1.5 jam ini. mungkin masa kita tinggal 15 minit lagi. mungkin 60 saat lagi.

thanks for the reminder! :D

Mynie said...

bersedia untuk mati bila-bila masa!

Anaa said...

segala nya bersifat sementara.. kaya, miskin, sedih, bahagia, berjaya, semua nya sementara..hidup pun sementara... sementara yang dirasakan forever bagi sesetengah kita..yang the real forever, bermula saat kita mati, tak ramai yang kisah...

I Love to Talk About Ideas
I like my conversations to be deep and meaningful. I am not a big fan of small talk.
I am open to all sorts of conversation topics, especially if they are unique or interesting. I love it when a conversation takes me somewhere unexpected.

I will talk about anything, even if it's controversial or weird. I'm not shy about speaking my mind.
I may shock people with what I'm willing to talk about, but at least it's more interesting than discussing the weather.