....memang akan menjadikan kita sangap.
Huarghhhhh! *cepat-cepat ukur diameter penguapan mulut* Okey, memang tak sia-sia menjadi penyanyi soprano pasukan koir suatu ketika dulu. Bukaan mulut yang maha dahsyat di situ. Kahkahkah!
Kesimpulannya - apalagi yang ko tak puas hati ni Makcik?
Ada kerja, ko komplen <-- Camana nak curik-curik buat assignment kalau banyak keje weyyy!
Takde kerja, ko komplen jugak <--- Yalah, bosan betul bila kena berlakon konon-konon sibuk. Ekekeke.
Saat-saat kesangapan begini, alangkah seronoknya kalau dapat menghirup Teh-Tiga-Lapis-Yang-Lemak-Berkrim di Kedai Mamak. Cehhh. Mentang-mentanglah telah lulus Ujian Gula itu, maka nafsu terhadap minuman manis tiba-tiba melonjak. Oh, tiba-tiba takut mengenangkan amaran Mr Daddy –
“Awak ni asyik pegi Kedai Mamak aje. Kita bukannya tau dia bancuh air baca Bismillah ke tak”
Ya tak ya jugak. Alamatnya aku kena bancuh air sendiri la ni? Aiseh. Macam mana pulak gayanya nak bancuh Teh-Tiga-Lapis macam Mamak tu buat? Ah, rendam aje uncang Teh Boh lagi senang. Hahaha.
Ok. Berbalik kepada persoalan cabaran tadi. Saya ada beberapa projek untuk dibuat. Lebih kepada projek Plan B sebenarnya. Haihhh. Tak tahulah apa agaknya untung nasib projek-projek itu nanti. Ada yang baru nak mula. Ada yang dah separuh jalan. Ada yang tiga suku jalan. Dalam pada itu, timbul pula minat-minat baru yang lain. Inilah yang saya risaukan.
Menyampah tau. Saya sangat takut keadaan ini. Sebab saya adalah jenis yang mempunyai kepelbagaian minat yang tak tentu hala. Ibu saya telah membebel –
“Engko cuba pikir baik-baik engko nak buat apa sebenarnya?”
Kahkahkah! Macam mana nak jawab soalan sebegini, sedangkan saya tiada jawapannya? Salah ke kalau saya nak buat Blackforest Trifle, dan dalam masa yang sama saya nak buat Creme Brulee jugak, dan dalam masa yang sama saya nak goreng Mee? Tolonglah saya Cik Sri Siantan. Maka Cik Sri Siantan pasti akan menjawab –
“Whatever you do, please be focus”
Apapun, jangan tanya saya apa yang saya nak buat. Sebab ketika ini saya sedang berpegang teguh kepada nasihat Cik Sri Siantan yang satu lagi iaitu -
"It’s always better to understate and over delivered; than overstate but under delivered"
Hehe. Maafkan Achik ya kawan-kawan sekalian. Achik memang suka kutip falsafah-falsafah dari serata dunia ni.
Oklah. Achik tiba-tiba mendapat keinsafan untuk merangka semula hidup Achik yang telah beberapa kali ditaip-padam balik-taip lagi-padam lagi itu.
Mari kita ke bintang!
:P


