Oh!
Oh!
Oh!
Bagaikan Aku Tak Perchaya Chenta Liyana Jasmay dengan kemenangan pertama saya dalam arena blogging. Yabedabeduuu! Ya. Akulah perempuan yang bertuah itu. Hahaha.
Sukacita dimaklumkan bahawa calon-karangan-tak-boleh-blah saya telah berjaya memikat hati juri profesional. Errr. Siapakah juri tersebut? Saya pun tak tahu. Apapun, terima kasih daun keladi untuk Adlin Aman Ramli. Sekalung penghargaan juga ditujukan buat segerombolan guru Bahasa Melayu saya yang telah bersusah-payah memaksa saya mengarang 360 patah perkataan tanpa jemu-jemu di bangku sekolah. Inilah hasilnya, cikgu-cikgu sekalian. Berguna juga ilmu merapu kepunden marang sekeper itu, ya cikgu? Muahahaha!
Hadiah utama yang dimenangi berupa kudap-kudapan menggiurkan, diterbangkan khas dari Birmingham. Eh, untungnya ko beskut – belum papehal dah merasa naik kotobang free. Tidak ketinggalan hadiah bonus vogue gile rebutan Iszan dan KS yang diumumkan di saat-saat akhir. Oh, kalau saya cukup bertuah, mungkin ada harapan untuk mendapatkan penginapan mewah bertaraf lima bintang bagi penempatan beskut-beskut itu juga. Percubaan meraih simpati di situ. Kahkahkah!
Kepada 23 orang peserta lain yang telah memberikan saingan sengit, diharap tidak berkecil hati. Teruskan usaha untuk mengejar hadiah-hadiah seterusnya daripada Casa Arina. Usah gusar kerana saya akan bersikap berkecuali dalam pertandingan akan datang, dengan syarat bagilah saya kuota bumiputera 30 peratus. Hahaha.
Oh, ya! Tujuan utama saya mewar-warkan kemenangan ini di seantero dunia ialah untuk menjejak kasih geng pakatan kroni yang telah sudi mengadakan perjanjian iblis 50-50 profit sharing. Hua hua hua. Geng Beskut Enam Lanun yang tersenarai di papan utama BSKL ialah -
Hadiah khas diraja akan turut diberikan kepada jentera pilihanraya saya yang berkhidmat secara sukarela iaitu Datin Sally atas daya usaha melobi MIO dalam pertandingan tersebut. Cayalah! Saya pasti mempertimbangkan penyertaan Datin Sally dalam jentera kempen pilihanraya yang akan datang. Hahaha.
Kepada Geng Beskut Enam Lanun sekalian, sila lampirkan alamat yang sah kepada my.internal.outlet[at]gmail[dot]com untuk pengeposan habuan masing-masing. Anda dibenarkan memilih beskut kesukaan anda yang akan ditempek di blog ini sebaik sahaja mendarat di Malaysia. Oleh kerana kediaman masing-masing berstatus petempatan berselerak, nampaknya tak dapek la kita buat Parti Beskut Sedunia merangkap Jamuan Teh Boston. Pembahagian harta pusaka akan dibuat berdasarkan hukum faraid - tapi mintak maaflah – selaku pemegang saham terbesar - shopping bag Harrods tu takkan aku nak kerat 6 pulak kan? Kahkahkah!
Sekian terima kasih. Semoga perkhabaran ini menjadi Happy Hour ala Jakel untuk semua.
:P


