Search This Blog

Loading...

Quotable Quotes



The best of people are those that bring most benefit to the rest of mankind

My Loyal Readers

Monday, May 31, 2010

Petua yang semua ibu bapa patut tahu

Beberapa minggu yang lalu, saya ada menulis di blog ini tentang anak bujang saya si Ziyad itu.

Saya tak tahulah apakah angin monsun Barat Daya yang melanda jiwanya, sehinggakan kadang-kadang saya teringin sekali membagi pelangkung kuali telinga berpusing ke atasnya. Syukurlah, tahap keimanan saya masih tinggi. Ececewah konon :P Maka saya cuma bagi hentaman kuali ke atas sinki sahaja. Kahkahkah!

Orang kata, sinki rosak boleh diperbaiki. Kuali retak boleh beli kat Tesco. Tapi kalau anak engko yang bengkok, ada galang-gantinya? Oh, tetiba terkenang betapa gigihnya membaca surah Yusof sepanjang 3 bulan pertama kehamilan semata-mata untuk mendapatkan anak yang kacak lagi menawan. Errrr. Tapi nama anak saya bukan Aniq. (Aniq = Yang Kacak Lagi Menawan) :P

Pakar-pakar Mat Salleh menjelaskan keadaan ini sebagai Terrible Two. Tantrum. Ah, banyak lagilah. Yang pasti, memang sudah jadi pe’el budak-budak usia 2 hingga 3 tahun untuk tiba-tiba naik angin tanpa sebab-musabab yang jelas.

Pada suatu hari, saya sudah tidak dapat menahan kesabaran lagi. Lalu setiap kali anak saya mengamuk, maka saya akan beredar daripada lokasi kejadian sambil berpesan kepada Mr Daddy -

“Please take over”

Kahkahkah! Dalam dunia korporat, ini dipanggil sebagai work delegation. Teknik pecah dan perintah hendaklah dilaksanakan apabila seseorang pekerja sedang berhadapan dengan bebanan tugas yang menghalangnya daripada menyandang pangkat yang lebih tinggi. Dalam hal ini, saya perlu jadi Chef Tersohor. Melayan anak yang sedang mengalami tiupan angin beliung akan menjejaskan tumpuan saya di dapur, tahu?

Tidak semena-mena, beberapa minit kemudian anak saya tidak menangis lagi.

Saya sangat berdebar-debar.

Adakah Mr Daddy telah melambung anak saya ke dalam kolam ikan? *tetiba – padahal mana ada kolam ikan di rumah kami*

Rupa-rupanya Mr Daddy telah menggunakan satu ugutan –

“Berhenti menangis, kalau tidak Daddy letak kat luar”

Dan ya, Mr Daddy mengotakan kata-katanya.

Saya yang penuh semangat inkuiri telah bertanyakan Mr Daddy Yang Arif Lagi Bijaksana -

“Mana awak belajar taktik tu?”

“Dulu mak saya buat gitu kat semua adik-beradik saya. Siapa menangis tak tentu pasal, letak kat luar”

Errrr. Adakah ini petua turun-temurun? Atau mungkinkah memang penyakit keturunan? Mujarab pulak.

:P

Give and take

Kadang-kadang, apabila saya menonton cerita-cerita pengajaran dan berunsur keinsafan seperti siri Sehiris Peria, Secawan Madu – saya rasa benci betul. Saya tak berapa gemar kisah-kisah sedih lagi menyayat hati.

Saya lebih suka cerita-cerita yang gembira dan membuatkan saya ketawa seperti Hotel Mania. Nak pulak bila tetiba si Marsha tu buat aksi gedik. Tak pun bila si Adam tu tengah berdialog – tetiba terus menyanyi. Kahkahkah! Lawak okey, walaupun memang begitulah sifatnya kalau drama muzikal. Dialog sikit-sikit, lepas tu nyanyi. Macam Disneyland Pictures, you! :P

Apa pun, bergelak ketawa sepanjang zaman sememangnya tidak baik untuk kesihatan. Sekali-sekala kita perlu menangis. Supaya kelopak mata tidak terlalu kering. Thee hee hee :P

Berbalik kepada Sehiris Peria, Secawan Madu – ada satu episod yang membuatkan saya sedih gile. Hihihi. Tengok tu, tengok! Dalam pada saya menyampah, saya layan juga kisah sebegini – untuk menjaga kesihatan mata saya :P Episod itu menyentuh tentang ibu bapa yang ditinggalkan anak-anak di rumah orang-orang tua. Terdapat satu kes, sehinggakan seorang tua telah menemui ajalnya, tiada seorang pun anak-anak yang datang menuntut mayat, apatah lagi menguruskan jenazah.

*bergenang sekejap air mata saya

Saya rasa, setiap perbuatan di dunia ini ada sebab dan akibatnya. Walaupun tidak semua anak-anak jahat dan berhati batu, dalam masa yang sama bukan semua ibu bapa bertanggungjawab terhadap anak-anaknya juga.

Berapa kalikah kita pernah mendengar bagaimana anak-anak diabaikan, mungkin sama banyaknya dengan orang tua yang dipinggirkan di usia emas mereka?

Walau apa pun, siapalah saya untuk menjadi hakim. Hidup di dunia ini, lain orang lain pula dugaan yang diberikan olehNya. Semuanya untuk menguji sejauh mana kesabaran dan tahap keimanan terhadap keesaanNya.

Kini, setiap hujung minggu saya luangkan untuk menziarahi Ibu dan Bapak saya. Kadang-kadang, memang terasa tak cukup masa. Tetapi setiap kali mengenangkan bagaimana Ibu dan Bapak saya berulang-alik setiap hari Ahad dari Kajang ke Kuala Pilah untuk melawat saya di asrama selama 3 tahun berturut-turut tanpa gagal – saya tidak berdaya menahan rasa pilu yang sarat menggunung. 2 tahun kemudian berulang-alik dari Kajang ke Cheras pula. Setiap minggu, u’ols!

Nasib baik masa saya di Skudai, tidak begitu. Kahkahkah! Tetapi setiap kali pergi-balik Skudai, Ibu dan Bapak akan menghantar saya ke stesen bas atau ke stesen keretapi. Dan hanya akan beredar sehinggalah bas atau gerabak keretapi lenyap dari pandangan. Biasanya saya akan tersengih-sengih. Lepas tu, saya pun terkebil-kebil menahan air mata. Thee hee hee :P

Saya rasa, mustahil anak-anak tidak tersentuh hatinya untuk menjaga kedua ibu bapa sekiranya ibu bapa sendiri mengambil tanggungjawab sepenuhnya membesarkan dan mendidik anak-anak mereka. Kurang makan pakai tak mengapa, hati masih boleh kenyang dengan limpahan kasih sayang dan pengertian. Ini adalah rahsia utama yang menjelaskan bagaimana anak-anak orang miskin muncul sebagai orang yang berjaya meskipun hidup dalam serba kedaifan.

Ibu bapa tidak perlu membebel banyak.

Pemahaman anak-anak mungkin melangkaui pengetahuan ibu bapa. Kerana jauh di sudut hati, jiwa kecil mereka sentiasa memerhati dan merasai.

Aku hidup dalam blues

Hari ini hari Isnin. Tika dan saat ini saya sedang menyanyikan –

“Jawapannya di sini
Semangat kita hilang
Semangat yang hilangggg.....oooo
Kita cari pulangggg”

Uhuk! Uhuk! Terbatuk-batuk pulak dibuatnya bila tarik suara tinggi. Kalah rockers, I tell you. I lap you, XPDC. Tak sangka, rockers pun ada lagu motivasi cenggini. Kahkahkah!

Saya hampir-hampir melupakan bilakah hari Isnin pernah menjadi hari yang penuh bersemangat. Hari Isnin saya sejak kebelakangan ini memang sadis. Pernahkah anda terbangun daripada tidur, mencelikkan mata dan mengangkat kepala daripada bantal yang empuk lalu tiba-tiba tersedar –

“Alamak, arini hari Isnin ke?” (buat-buat terkejut)

Lalu dengan lemah-longlainya membaringkan semula kepala anda dan set semula jam loceng lagi 10 minit. Kahkahkah! Perasaan yang menyampah, okey?

Sebuah buku pembangunan diri yang saya baca pernah memberi peringatan bahawa sekiranya permulaan hari membuatkan kita tidak bahagia – maka berhentilah daripada melakukan kelaziman itu – carilah kerja baru yang mampu meniupkan semangat setiap hari!

Ini memang saranan yang gila.

Patutkah saya berhenti serta-merta dan menjadi Cikgu Tadika? Tapi Cikgu Tadika Yang Mahal la. Cikgu Tadika Kemas mungkin gajinya rendah. Mana boleh tahan :P

Sewaktu saya bergelar Cikgu Tadika Yang Mahal dulu, setiap hari memang menyegarkan mata. Saya cuma berjalan kaki ke sekolah. Merenung kejadian Ilahi di waktu pagi. Oh, cerahnya sang suria. Dan bertegur sapa dengan unggas-unggas yang berterbangan. Ececewah. Hati menjadi tenang dan damai. Petang-petang saya boleh singgah sebentar di perpustakaan. Kemudian berjalan pulang ke rumah, melintasi padang bola yang penuh dengan jejaka-jejaka macho. Haihhhh. Jamu mata lagi :P

Gaji pokok hanyalah RM600. Tetapi perasaan sangat membahagiakan.

Sandal dan baju kerja cuma jenama Jalan TAR, namun hati menjadi kembang kuncup apabila anak-anak murid memuji –

“Teacher, you look so pretty today”

Muehehehe. This is what we called natural beauty, my dear :P *muntah kejap*

The purpose of life is to live life with a purpose.

Kadang-kadang kita fikir kenapa orang dah kaya pun masih sibuk nak bekerja setengah mati lagi? Mungkin tujuan hidupnya bukan untuk wang, tetapi untuk kepuasan diri.

Wednesday, May 26, 2010

Banyak berjalan luas pemandangan

Seperkara yang saya suka tentang aktiviti blogging ialah konsep perkongsian yang bermanfaat. Saya paling naik syeikh kalau membaca pengalaman bloggers di rantau orang.

Terasa betapa luasnya dunia ini untuk diterokai. Dan betapa hebatnya hidup ini untuk dinikmati. Tiba-tiba kehidupan menjadi begitu bersemangat kerana adanya aura positif yang mengelilingi diri.

Sekurang-kurangnya saya dapat melepaskan diri seketika daripada bangunan 4 segi di Kilang Kicap Cap Ayam ini. Kahkahkah! Seumpama satu escapism, biarpun hanya mampu menjadi pelarian sementara selama beberapa minit :P

Bila difikirkan semula, Ibu saya yang koman itu pun paling cikai sudah menjejakkan kaki ke Mexico. Ketika itu, Ibu berkhidmat di Kementerian Pengangkutan dan dapat tiket percuma untuk penerbangan sulung MAS ke Mexico. Siap dapat duit poket dari Bos lagi. Sudah pergi mengerjakan haji ke Tanah Suci. Juga sudah menjalankan ibadat umrah dua kali. Wow, bestnya! Siapa sangka, dalam pada sifat Ibu yang tak gemar sangat berjalan itu, jauh juga perjalanan yang telah dilaluinya :P

Bapak saya? Huhuhu. Tak kalah juga. Sudah ke Taiwan, Jepun dan Thailand. Itupun percuma juga, sebab dulu Bapak sangat aktif dengan aktiviti belia. Berbanding dengan Ibu, Bapak memang kaki berjalan. Setakat dari Puduraya ke Bukit Bintang, ke Dataran Merdeka, ke Chow Kit tu – Bapak jalan kaki saja. Memang betul-betul kaki jalan dari dulu sampai sekarang. Cuma akhir-akhir ini saja Bapak enggan memandu ke Kuala Lumpur. Lebih selesa naik bas dan jalan kaki. Kalau memandu, takut sesat ke mana-mana sebab jalan-jalannya telah banyak berubah.

Yang tinggal statik di bawah tempurung cuma saya seorang. Belum ada peluang untuk ke mana-mana lagi. Paling jauh ke Kuching, sebab menghantar Adik saya belajar beberapa tahun yang lalu. Yang kedua paling jauh ialah Langkawi, sebab pergi berbulan madu. Merasalah naik belon sekejap. Kahkahkah!

Tetapi syukurlah dengan kemajuan teknologi, saya tahu juga ada possum di Parkdale. Ada Kedai Asian Wing Yip yang jual Kicap Adabi di Aston. Ada pemandangan yang cantik bila kita naik tren dari Amsterdam ke Brussel. Dan ada pusat asuhan kanak-kanak yang mantap gila di Jepun. Gila punya dahsyat okey! Nanti bila cukup duit saya nak bukak satu taska yang ciplak Kinomi Hoikuen sebijik-sebijik macam tu. Ekekeke :P

Maka benarlah kata pepatah -
Banyak membaca luas pengetahuan. Banyak berjalan luas pemandangan.

Saya mengambil strategi serampang dua mata – kutip saja segala catatan pengalaman orang lain di rantau orang. Saya setakat tumpang membaca dan melayan gambar jadilah. Cuma, manalah sama mata yang memandang dengan bahu yang memikul.

Yang saya nampak, terhad kepada lingkungan gambar empat segi yang dipaparkan.

Apa yang berada di luar lingkungan itu, saya tak nampak. Contohnya, berapa banyak bajet yang kena ada dalam poket untuk membayar segala pengalaman itu. Yang pasti, tiada apa yang percuma dalam hidup ini.

:P

Tuesday, May 25, 2010

JJCM

Tetiba saya rasa macam nak makan Daging Dendeng. Adoi. Tolong jangan bagi saya resepi. Malas masak! Tak koser, tak koser. Ekekeke :P Oleh itu, kepada sesiapa yang ingin mengadakan kenduri kawen – sila selitkan menu Daging Dendeng – jangan lupa jemput saya sekali. Saja nak makan Daging Dendeng percuma puas-puas. Oh, saya memang jujur kan? :P

Tengahari tadi, saya telah memandu sejauh 6km pergi-balik semata-mata untuk makan ABC. Ya, betul. Air Batu Campur. Panas, okey. Sangat sedap apabila tekak dimanjakan dengan ais yang dikisar halus. Saya siap tanya kepada Tukang Potong Ayam Untuk Nasi Ayam Itu –

“Errr. Sini ada jual ABC?”

Padahal sudah terpampang di depan kedai – ABC ada dijual di sini. Kahkahkah!

Minggu lepas pula, saya sibuk mencari Nasi Lemak. Saya akhirnya membeli di sebuah gerai di antara sekian banyak gerai yang ada. Sebab apa? Sebab dari dalam kereta yang saya pandu, Akak Jual Nasi Lemak itu nampak paling cantik di antara sekalian penjual yang berderetan di sepanjang jalan. Kahkahkah! Ya, alasan ini memang tak munasabah. Tapi, memang rupanya dari pandangan sisi saling tak tumpah macam Ibu kepada Hanis Zalikha yang dikatakan pandai memasak itu. Pandangan sisi sajork. Pandangan secara zoom-in adalah jauh panggang dari api. Muahahaha.

Di payung gerai tersebut tergantung satu sijil yang tercatat –

Bahawa Dot Dot Dot telah menyertai Kursus Pengendalian Makanan anjuran Majlis Perbandaran Kajang.

Okeh. Ini mesti dijamin halaalan toyyiba dan sedap, bisik saya dalam hati. Jangan main-main, ada sijil woo. Harga Nasi Lemak ialah RM2.30. Saya bayar dengan senang hati sebab Nasi Lemak ini dimasak oleh pakar bertauliah, ada iras-iras wajah Ibu kepada Hanis Zalikha pulak tu!

First impression sangat memuncak. Harapan yang tersemat menggunung tinggi. Tetapi apabila Nasi Lemak dijamah – adoi. Gagal. Gagal. Gagal. Saya sangat hampa. Nasi tawar. Tak wangi. Ikan bilis liat dan berbau hangus. Telur rebus dipotong suku. Timun sudah jadi warna kuning. Rasa macam nak bungkus balik Nasi Lemak itu, dan kemudian mencampak dengan gaya jaringan bola baling ke muka Akak Jual Nasi Lemak. Jangan kata RM2.30, RM8.30 pun saya sanggup bayar asalkan Nasi Lemak itu ada rasa Nasi Lemak.

Kecewa, okey? Kecewa.

Esoknya saya redah gerai Akak Nasi Lemak Balakong. Pencarian Nasi Lemak nampaknya masih belum berakhir. Akak Nasi Lemak Balakong tiada sijil. Muka pun tak lawa. Namun manisnya mungkin macam Azizah Mahzan masa muda-muda. Ekekeke :P Tapi servisnya cukup cepat. Ramahnya bukan main lagi. Dan sangat sopan pula tu. Bila ditanya berapa harganya –

“Seringgit dua puluh sen aje Dik”

Wow! Murah gila. Boleh balik modal ke?

Bila dijamah – boleh tahan! Mungkin tidak setanding Nasi Lemak Antarabangsa, tapi cukup sifatnya dari segi warna, bau dan rasa. Untuk sebungkus Nasi Lemak yang berharga RM1.20, saya kira mutunya mengatasi harga yang ditawarkan.

Aiseh. Perut sudah berkeroncong. Asyik lapar, lapar, lapar. Adoi!

Ada sesiapa yang nak masak Daging Dendeng untuk makan malam?

:P

Monday, May 24, 2010

Green, green grass of home

Sejak dua menjak bermastautin di rumah sendiri, saya dengan semangat Megi Kari Letup telah berusaha melaksanakan dasar Home Green Home. Kahkahkah!

Saya telah memulakan usaha sejak 3 bulan lalu, lengkap dengan tempat khas untuk mengasingkan sampah sarap mengikut kategori. Tengok, tengok! Sungguh patriotik di situ. Sila berikan tepukan gemuruh, ya. Dan betapa terperanjatnya saya apabila melihatkan timbunan botol-botol plastik yang terkumpul dalam tempoh berkenaan! Itu baru rumah saya yang dihuni oleh 2 orang dewasa dan seorang kanak-kanak.

Bayangkan betapa banyaknya sisa-sisa yang dikeluarkan oleh setiap isi rumah di Malaysia setiap hari!
Disebabkan 3 karung besar saya sudah mulai penuh, saya pun gtalk Cik Fid

“Nyah, pi recycle buleh dapat duit kaaa?”,

lebih kurang begitulah pertanyaan saya.

Lalu dijawab oleh Cik Fid

“Buleh, botol plastik sekilogram dapat 2 kupang”

A-P-A?!

2 KUPANG SAHAJA UNTUK SEKILOGRAM BOTOL PLASTIK?

Saya sangat kiciwa. Rupa-rupanya saya tidaklah seronok sangat untuk menyelamatkan alam sekitar. Saya sekadar teruja untuk mendapatkan wang lebih yang tersembunyi sahaja. Dan terus-terang saya katakan, nilai 20 sen untuk sekilogram botol plastik membuatkan semangat saya merudum. Ceissss. Patutlah kempen kitar semula tidak mendapat sambutan sangat. Siapakah yang mahu berbakti secara percuma?

Pada pendapat saya, setiap usaha keras rakyat hendaklah diberi pembalasan yang setimpal. Ya, saya menganggap bahawa usaha membersihkan, mengeringkan dan mengumpul setiap sampah mengikut jenisnya memerlukan tenaga juga. Terutamanya untuk insan pemalas seperti saya :P

Saya fikir-fikir, kalaulah sekarung besar botol plastik – hasil usaha mengumpul sampah dengan penuh kesetiaan kepada negara ini dapat dibalas dengan kupon RM10 di KFC – wah, alangkah gembiranya! Kahkahkah. Ataupun mungkin tiket masuk percuma ke Aquaria KLCC. Baucer membeli-belah RM5 di MPH Bookstore dan yang seumpama dengannya. Ganjaran kecil seperti kupon cuci kereta percuma juga adalah satu tawaran yang menarik. Paling tidak pun dapat errrr....Set Jimat di McDonald berharga RM3 tu. Atau mungkin boleh diwujudkan sistem Buku Stiker – cukup 10 kali berkunjung ke Pusat Kitar Semula, dapat Rawatan Spa dan Urutan di Thai Odyssey. Kahkahkah!

Saya ingat, lepas ni mungkin saya patut tolong kutipkan botol-botol plastik di Taman Perumahan saya. Silap haribulan saya letakkan 3 biji tong besar di Laluan Utama, dan paksa setiap jiran tetangga yang melalui jalan tersebut untuk menyumbangkan satu item. Macam ala-ala kutipan tol gitu, tapi pakai sampah. Tak ada bahan yang boleh dikitar semula, tak boleh lalu ya. Kahkahkah!

Wah! Kalau begini, barulah saya boleh jadi kaya :P

Friday, May 21, 2010

What your teacher didn't tell you

Saya kira, masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang pernah meninggalkan jejak dalam kehidupan saya.

Terima kasih, cikgu.

Sesungguhnya, saya tidak akan mampu meluahkan kata-kata ini secara bersemuka kerana saya sememangnya anak Melayu sejati. Walaupun saya memang pakar apabila disuruh merapu 360 patah perkataan – siap tak cukup kertas – angkat tangan 2 kali untuk kertas tambahan, tetapi untuk menulis Terima Kasih Cikgu adalah sesuatu yang sukar. Biarpun saya cukup petah bercakap, silap haribulan boleh jadi Pendebat Terbaik, Samy Vellu pun boleh menangis – tetapi kalau dipaksa sebut Terima Kasih Cikgu, saya memang kelu seribu bahasa.

Sebab saya ni ada pe’el drama queen sikit. Kahkahkah! Belum sempat saya nak buat lontaran skrip kang, tetiba saya dah menjiwai watak. Tetiba saya dah nak bergenang air mata. Tetiba mulut saya dah jadi bentuk bulan sabit terbalik. Tetiba saya dah jadi Neng Yatimah. Tapi bila cuba masuk Kelas Teater, saya boleh tertidur pulak. Kahkahkah!

Guru dan sekolah, akan sentiasa dekat di hati saya – biarpun sudah terlalu lama saya meninggalkan alam pembelajaran formal itu.

Saya kerapkali merasakan, apa yang guru-guru ajarkan hanyalah perkara-perkara fizikal yang terkandung dalam sukatan pelajaran. Tetapi apa yang guru-guru sampaikan dari hati mereka akan meresap di sanubari dan sentiasa terngiang-ngiang di sepanjang hayat saya.

Apabila Cikgu Faridah Ali menerangkan tentang topik pecahan, dialog yang dituturkannya ialah –

“Kalau kamu makan, tengok betul-betul. Nasi mesti 1/3, ayam 1/3, sayur 1/3. Baru seimbang”

Masa tu saya pikir – apa ke gila Cikgu ni, masa makan pun kena ingat pasal pecahan ke? Kahkahkah! Oh, itu mungkin kerana saya amat benci Matematik Tambahan - maka saya sentiasa ada memori tentang cikgu-cikgu yang kebetulan mengajar subjek tersebut. Kahkahkah!

Tetapi perkara tersirat yang cuba disampaikan ialah, apabila kita berkehendakkan sesuatu maka kita mesti sentiasa memikirkan bagaimana caranya untuk mencapai impian itu. The main essence is – how to really live your dreams. Minum bola, makan bola, tidur bola. Begitulah lebih kurang.

Dan nasihat yang paling bermakna datangnya daripada Pensyarah Senibina saya yang bernama Encik Kamaruddin Mohd Nor –

“Not all of you will end up as an architect. But all of you will be capable of doing whatever you wish for, because we have equipped you with the tools you need in life.

Because you are taught in school of architecture.

That’s why you’re different”

Wah!

Bukankah itu pesanan yang membuatkan semua orang perasan habis dirinya hebat untuk seumur hidup?

:P
I Love to Talk About Ideas
I like my conversations to be deep and meaningful. I am not a big fan of small talk.
I am open to all sorts of conversation topics, especially if they are unique or interesting. I love it when a conversation takes me somewhere unexpected.

I will talk about anything, even if it's controversial or weird. I'm not shy about speaking my mind.
I may shock people with what I'm willing to talk about, but at least it's more interesting than discussing the weather.