Search This Blog

Loading...

Quotable Quotes



The best of people are those that bring most benefit to the rest of mankind

My Loyal Readers

Thursday, April 29, 2010

Anak bapak

Semenjak dari Darjah Tiga, saya sudah tidak tinggal lagi di rumah pengasuh yang saya panggil Mak dan Ayah. Saya ada kunci rumah sendiri. Saya duduk sendiri di rumah. Wow! Ibu dan Bapak memang menaruh keyakinan yang tinggi terhadap saya. Kalau sayalah, jangan harap si Ziyad ni aku nak biarkan tinggal sorang-sorang. Boleh percaya ke?

Bila bersekolah di sesi pagi, saya minta geng bas sekolah saya temankan bukak pintu rumah, tingkap dan pastikan tidak ada momok yang bersembunyi di belakang langsir atau di bawah almari dapur. Kahkahkah! Lepas saya agak-agak semuanya selamat, saya halaulah dia balik rumah –

“Okey, awak boleh balik sekarang. Nanti mak awak risau. Papehal kita jerit nama awak. Awak jangan tido pulak!”

Gedegang! Saya tutup pintu jeriji dan pesan supaya geng bas sekolah tolong kuncikan pintu pagar sekali. Kalau saya yang kunci pintu pagar, saya takut pulak nak masuk dalam rumah balik. Kahkahkah! Baik betul budak tu. Nama dia Hidayah. Memang hidayah buat saya :P

Lepas tu, biasanya saya mandi kerbau aje dan cepat-cepat solat Zuhur sebab risau kalau lambat, Hantu Susu takde kepala datang ketuk pintu. Solat bukan sebab takut Tuhan, tapi sebab takut Hantu. Hehehe. Kemudian, saya panaskan nasi lebihan malam sebelumnya dan goreng telur mata kerbau.

Hari-hari makan telur goreng rasa boring jugak. Penat komplen, baru Bapak saya ajar macam mana nak buat menu tahap skil kanak-kanak riang seperti Maggie dan burger. Kahkahkah!

“Engko nak masak Maggi boleh, tapi mesti taruk telur dengan carrot”

“Burger pun boleh, tapi kena letak tomato dengan timun”

Saya rasa, saat paling sentimental yang sentiasa saya nantikan ialah membaca nota tulisan tangan yang Bapak saya tinggalkan di atas meja makan -

“Jangan lupa kunci pintu. Nasi ada di atas dapur gas. Panaskan. Papa dah masak lauk. Ada di bawah tudung saji. Panaskan juga. Jangan malas”

Pesanan yang lebih kurang sama setiap hari, tetapi saya tak jemu-jemu membacanya. Terutamanya kalau Bapak kata dia dah siap masak lauk. Kahkahkah! Tapi, ada juga mesej yang tak berapa seronok –

“Tolong Papa sidaikan kain. Jangan sampai Mama bising”

Huh. Nyampah betul. Ingat senang ke nak sidai kain sambil panjat kerusi? Gayat tu! :P

Eh, kenapa tiba-tiba saya terasa syahdu ni?

Oh. Bapak saya akan menjalani pembedahan katarak minggu depan.

Saya tak tahu kenapa, sejak jadi orang dewasa ni, saya banyak melawan cakap Bapak saya. Saya selalu ingat saya betul. Saya fikir nak menang. Dulu, saya tidak begitu. Mungkin saya perasan saya dah besar. Dan konon lagi bagus daripada Bapak saya.

Insaf.

Wednesday, April 28, 2010

Tiba-tiba kari itu bertambah sedap

Petang semalam, selepas sehari sebelumnya dimanjakan dengan Kari Untuk Isteri, saya menerima pesanan SMS sekali lagi, kiriman daripada Mr Daddy –

“Malasnya bila dah melekat kat sofa. Hujan pulak tu”

“Jadi?”

“Kemalasan melanda”

“Jadi?”

“Huh?”

“Jadi? Takde minum petang arini? Takde telur masak kicap?”

Kahkahkah! Percubaan untuk mendapatkan cuti umum lanjutan daripada Jabatan Dapur Rasmi sudah diluahkan di situ :P

“Tajam selero! Nak minum air apa?”

Nampak tak? Nampak? Siapa kata para isteri tidak mempunyai kuasa memujuk? Kahkahkah!

Dipendekkan cerita, saya pulang ke rumah dengan perasaan inkuiri yang menebal. Owh! Kain baju telah siap berbasuh, bersidai dan berlipat – hanya menunggu untuk dimasukkan ke dalam almari. Mentol lampu di ruang tamu sudah ditukar. Ziyad sedang melayan diri sendiri sambil tersengih-sengih meminta,

“Syusyu Mami! Syusyu Mami!”

Manakala suamiku yang tersayang sedang membancuh seteko teh di dapur. Kuali telinga pula sedang menyaksikan 2 biji telur sedang menari-nari untuk dikicap dan dibawangkan bersama hirisan cili. Tidak ketinggalan setimbun samosa yang berbisik,

“Makanlah kami, makanlah kami”

Mr Daddy yang dari tadi memerhatikan gelagat saya berkata,

“Sudahlah tu Yang, tak payah nak sibuk-sibuk check. Awak duduk aje kat sana. Makan samosa tu”

Auwww. Ini yang membuatkan perasaanku semakin hari semakin sayang nih. Muehehehe :P

Saya tiba-tiba ingin berterima kasih kepada John Gray. Walaupun saya berlagak kata saya dah khatam buku itu banyak kali, tetapi untuk melaksanakannya bukan main payah lagi. Dan sudah tentulah, membaca buku itu sebelum berkahwin berbanding membacanya selepas berkahwin telah membawa pengertian yang berbeza.

Senang cerita –

Pujilah suamimu melambung tinggi. Biarlah tekak anda kembang menyatakannya, asalkan montot suami anda kembang mendengarnya! Takkan rugi punyalah.

:P

*Yang terindah hanya sementara. Nikmati semuanya tanpa komplen sementara suami tengah rajin. Entah esok lusa takde peluang nak merasa Kari Untuk Isteri, apatah lagi Telur Masak Kicap.

Kahkahkah!

Keluarga nukleus vs keluarga kembangan

Zaman saya bersekolah rendah dulu, dari Tahun 4 hingga ke Tahun 6 - ada satu subjek yang wajib belajar tapi tak masuk UPSR yang dinamakan Alam Dan Manusia. Saya panggil subjek ini subjek rojak sebab semua benda dicampurgaulkan sekaligus dalam sebuah buku teks – Sains, Sejarah, Geografi – semua ada! Ekekekeke :P

Tiba-tiba saya terasa tua. Kahkahkah!

Kalau saya sebut Alam Dan Manusia – tentu ada yang tak pernah dengar. Tetapi waktu saya dulu, Alam Dan Manusia adalah subjek mutakhir yang dipelajari oleh generasi baru. Sebelum itu, Alam Dan Manusia dikenali dengan nama Ilmu Alam – haaa, itu bahkan lebih kuno :P

Saya sebenarnya ingin bercerita tentang keluarga nukleus versus keluarga kembangan, satu bab yang terkandung dalam subjek Alam dan Manusia.

Keluarga nukleus merujuk kepada keluarga induk yang terdiri daripada ibu, bapa dan anak-anak.

Keluarga kembangan pula merujuk kepada keluarga besar yang meliputi nenek, datuk, ipar-duai, pakcik makcik, sepupu, dua pupu dan kupu-kupu malam :P Eh, betulkah istilahnya ialah keluarga kembangan? Saya pun ingat-ingat lupa. Tetapi istilah ini logik juga, memandangkan sememangnya keluarga tersebut mengembang dari segi diameter perut, punggung dan peha seiring dengan peredaran masa. Ehhhh...? :P

Saya dilahirkan dalam keluarga kembangan, tetapi dibesarkan dalam keluarga nukleus.

Rentetan kepesatan populasi keluarga-keluarga nukleus dalam keluarga kembangan, Ibu saya bertindak keluar daripada keluarga kembangannya yang semaking berkembang-biak itu lalu menubuhkan kerajaan minoriti dengan kuasa autonomi. Ekekeke! Jadilah kami satu unit kecil yang cuma ada Ibu, Bapak dan saya. Oh, comelnya keluarga saya :P

Pendek kata, kami berterusan hidup dalam keluarga kecil ini yang diserikan pula dengan kehadiran Adik saya beberapa tahun kemudian. Saya sudah terbiasa dengan keadaan sedemikian. Tiada persaingan sama sekali kerana Adik saya berasal dari Mars, manakala saya pula berasal dari Venus.

Justeru, saya memang rimas melihatkan sepupu-sepapat mengulit-ngulit dengan peluh busuk dan hidung berhingus, sambil berebut lempeng kelapa. Itu belum lagi aktiviti bertebaran gelenggang-gelenggung - merujuk kepada rumah papan Nenek yang bergegar apabila kanak-kanak riang berlari tanpa hala tuju hidup yang sebenar. Kahkahkah! Kekok saya dibuatnya.

Tetapi sekarang, pendirian saya sudah berubah.

Saya lebih suka kalau anak saya membesar dalam suasana keluarga kembangan. Pada pendapat saya, keluarga kembangan dapat memberikan sokongan yang diperlukan dalam keluarga nukleus. Sokongan itu bukan hanya memudahkan si Ibu, yang mungkin memerlukan tempoh bertenang ketika ingin ke tandas – tetapi juga membantu dari segi pembentukan sahsiah si Anak.

Terdapat beberapa perkara yang tidak dapat dipenuhi oleh Mami dan Daddy, tetapi dapat diisi oleh Datuk dan Nenek.

Pagi ini, ketika sedang bersiap-siap untuk ke Kilang Kicap, Ziyad memberitahu saya –

“Yad pegi umah Nenek, ke? Yad tak pegi Taska”,

yang lebih kepada satu permintaan, bukan satu pertanyaan.

Saya menjawab dengan berat hati –

“Tak. Hari ni Yad pegi Taska, okey?”

Tuesday, April 27, 2010

Kari untuk isteri

Auwww. Tajuk ada bau-bau bacang judul Cerekarama – Rendang Untuk Mertua lakonan Fazura. Ekekeke :P Tapi apa kellass balik-balik cerita pasal menantu memasak untuk ibu mertua, kan? Sekali-sekala apa kata suami pula yang memasak untuk isteri? :P

Maka lahirlah satu resepi yang diberi nama Kari Untuk Isteri. Sekali lagi - bakat, pengetahuan dan skil memasak tidak diperlukan. Yang penting ialah limpahan kasih sayang dan perasan diri adalah chef! Kuang kuang kuang :P

Alkisahnya, semalam saya sedang sibuk menyiapkan tugas-tugas di Kilang Kicap, sambil sesekali membuka tingkap Internet untuk menyegarkan mata.Tiba-tiba telefon bimbit saya berbunyi, menandakan satu pesanan ringkas diterima -

“Nak masak kari kambing, apa yg mula2 sekali kena masukkan?”,

Mr Daddy bertanya dengan penuh kesopanan. Saya yang tidak mengesyaki apa-apa telah memberitahu langkah demi langkah Prosedur Memasak Kari Kambing Yang Sedapla Konon beserta satu petua baru yang saya kutip dari Mast iaitu – tambah daun kesum!

Oleh kerana selama ini Mr Daddy cuma pernah menggoreng karipap sejuk beku, samosa yang juga sejuk beku dan nugget ayam yang semestinya sejuk beku - maka pertanyaan tentang kari kambing itu tidak membawa sebarang makna bagi saya. Sepanjang ketiadaan saya di rumah, saya tahu Mr Daddy setakat merendam Maggi kosong – telur pun malas nak taruk. Malah, selama 3 tahun lebih usia perkahwinan kami, resepi agung tahap gabannya hanyalah Telur Masak Kicap – itupun atas permintaan saya. Cuma sekali itulah!

Dua jam kemudian, saya yang gatal mulut akhirnya telah bertanya –

“Tunjuk sikit progress kari kambing awak tu”

Berdesup satu MMS dikirimkan seketika kemudian. Eh, Mr Daddy ini macam tau-tau aje teknik mengambil gambar makanan. Siap berasap-asap gitu. Alangkah bahagianya kalau Mr Daddy memasak kari kambing, dan si TTD suami kepada TTM mengirai roti jala - sambil isteri masing-masing bergossip dan minum teh di bawah pepohon malus domestica. Kahkahkah!

Tapi saya masih tak percaya, sambil gelak kuat-kuat dalam hati. Ini mesti Mr Daddy import lauk. Kalau bukan import dari Dapur Ibu Mertuaku, tentu dari Dapur Bondaku sebab Mr Daddy memang sedang bercuti. Ini berdasarkan kepada Peraturan Nombor Satu yang wajib diketahui oleh setiap isteri iaitu – percayakan suami anda, tetapi mesti ada sedikit perasaan syak wasangka :P

Tepat jam 6 petang – saya terus memecut pulang. Tak sabar-sabar nak tengok santapan diraja. Apakah benar bagai dikata, ada Kari Untuk Isteri? Kahkahkah!

Dipendekkan cerita, bau Kari Kambing mengembekkk-ngembekk-ngembekk telah memanggil-manggil dari ruang tamu lagi. Wah! Saya pun terus meluru ke dapur dan merasa kuahnya barang sesudu dua. Nah, amik engko – seperiuk besar Mr Daddy mengkari-kambingkan biri-biri yang ada dalam peti sejuk. Rupa ada, bau cukup semerbak tetapi rasa kari ada kurang di sana sini, maka memang soheh bukan hasil import dari Dapur Bonda Berdua. Kahkahkah!

Nampaknya 3 hari 3 malamlah kami menghabiskan Kari Kambing yang seperiuk besar itu. Nak eksport ke rumah Puan Jiran, kami tak berani menanggung risiko. Kahkahkah! :P

Yang, kalaulah hari-hari awak masak cenggini - awak nak saya beranak separuh team bola pun okey :P

Monday, April 26, 2010

Mungkinkah ibu rimau akan mengiau?

Sukacita dimaklumkan, kekagetan dan kekaguman yang saya luahkan dalam entry terdahulu kini berada pada tahap terkawal.
                            
Pada mulanya, saya sedang buntu.                    

Saya tidak tahu apa lagi yang hendak dilakukan dengan anak saya si Ziyad itu. Saya merujuk kepada perkembangan pembelajarannya yang masih di takuk lama. Errr. Wajarkah saya sebut sebagai ‘pembelajaran’? Terlalu sofistikated pula bunyinya, padahal tiada yang istimewa pun. Saya tidak menjumpai perkataan yang tepat.

Ahhh. Sedih bila memikirkannya. Tambahan pula, kesihatan Ziyad akhir-akhir ini tidak berapa baik. Mood saya juga sudah ke laut dibawa ikan dugong.

Semalam, saya pandang saja himpunan buku dan CD Al-Furqan yang saya beli ketika di Pesta Buku bulan lepas. Renungan yang kosong dan tidak bermakna. Sudah sebulan lebih buku Al-Furqan itu menjadi tukun dan mengutip habuk. Cuma sekali saya pasang. Entahlah. Oleh kerana yang saya beli itu bukanlah VCD – maka Ziyad bersikap bo-layan. Saya agak, Ziyad ini spesies visual learner.

“Mami, kenapakah CD ini berbunyi alif ba ta tapi tak ada gambar? Saya takmo tengok okey?”

Mungkin inilah yang cuba dikatakan oleh Ziyad ketika memandang saya dengan muka yang kehairanan. Dan kebosanan.

Ketika Ibu saya bercerita,

“Hari tu masa Mama tengok rancangan apa entah – Ustaz tu kata, siapa anaknya jadi Hafiz atau Hafizah, Mak Bapaknya dapat crown kat akhirat nanti”

Crown di dunia sebagai Miss Universe memang dijamin saya takkan dapat punya. Kahkahkah!

Tiba-tiba saya rasa tertekan. Saya masih lagi gigih (dan mengaum) setiap kali mengajar baris atas kepada Ziyad. Itu belum masuk baris bawah dan baris depan. Apatah lagi baris dua. Macam mana nak cerita pasal hafaz Al-Qur’an? Lebih menyedihkan lagi, diri sendiri adalah mengecewakan - setakat Juz Amma pun tak hafal semua.

Rasa berputus asa. Semakin lama menjadi semakin malas.

Menyedari hakikat diri yang hampeh, pagi ini, saya cuba mencari maklumat tentang Akademi Darul Huffaz  di Internet. Ingat lagi tak, ayat kegemaran saya ialah –

Always learn from the best.

Manalah tahu, kalau-kalau ada sesuatu yang boleh membawa saya ke dimensi yang lain. Saya ini, walaupun entah hapa-hapa dan berkeperibadian hina, tetapi sangat bercita-cita mendapat anak yang soleh gitu. Hisy. Segan pulak rasanya nak mengaku begini. Hihihi.

Pencarian saya mengenai Akademi Darul Huffaz telah membawa saya ke blog ini.

Wow! Tiba-tiba mendapat satu semangat baru. Saya harap selepas ini saya tidak mengaum seperti rimau lagi. Buat permulaan, saya akan jadi (masih lagi) ibu rimau tetapi mungkin saya cuba menginsafkan diri dan mengiau secara nyaring. Ekekeke :P

Pergilah ke sana. Semoga ada sesuatu yang boleh dicontohi dan dimanfaatkan untuk generasi kita.

Kalau tak mencari, masakan mendapat?

Dulu saya tak berapa kisah sangat dengan ungkapan ini. Pada saya, ungkapan ini biasa-biasa saja. Tetapi yalah, pandangan manusia seringkali berubah. Begitu juga dengan saya.

Hari ini, saya merasakan ungkapan itu bertambah relevan dengan kehidupan seharian.

Kalau tak mencari, masakan mendapat?

Seorang Makcik menyatakan kekagumannya ketika saya mula memakai nursing cover yang sebenarnya saya cuma pakai sekali ketika menyusukan anak saya di KLIA. Katanya,

“Zaman Makcik dulu tak pernah ada benda macam ni. Makcik tutup pakai payung aje!”

Saya gelak saja. Sejujurnya, saya lebih gundah-gulana memikirkan anak saya yang sibuk menyelak nursing cover yang masih berbau kedai itu. Pada fikiran saya saat itu – aktiviti menyelak itu adalah masalah dunia – saya peduli apa Makcik pakai payung ke tidak masa menyusukan anak? Kahkahkah!

Makcik yang sama, menunjukkan kehairanannya juga apabila ternampak saya mengepam susu menggunakan Spectra 3. Katanya,

“Setahu Makcik, Spectra ni jenama kereta!”

Sekali lagi Makcik ini mengundang gelak tawa daripada saya apabila dengan jujurnya bertanya,

“Kalau pam tetek macam ni, boleh kena kejutan elektrikkah?”

Hehehe :P

Kalau tak mencari, masakan mendapat?

Saya ulang berkali-kali ungkapan ini.

Saya berpendapat, kalau kita tidak diberikan petunjuk untuk mencari, kita memang tidak akan mendapat apa yang kita inginkan.

Bagaimana untuk mencari, kalau tidak tahu apa yang ingin dicari?

Saya sedang terkagum-kagum dengan satu blog yang baru saya temui. Kekaguman saya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Nantilah. Apabila emosi saya telah reda dari kekagetan yang melanda, akan saya kongsikan dengan semua di blog ini pula.

Subhanallah.

Kalau tak mencari, masakan mendapat?

Semoga saya sentiasa diberikan hidayahNya untuk terus mencari. Amin.

Friday, April 23, 2010

Registered name

Saya tiru idea ini daripada me_czar. Ekekeke :P

Walaupun sekarang saya menggelarkan diri sendiri sebagai Ketua Samseng Kampung Pisang – biasalah, bila kalah aje kita buat Parti Pembangkang – tetapi saya tidak pernah ada Registered Name. Ohhhh. Sedikit kecewa di situ.

Suatu hari, Mr Daddy bertanyakan satu soalan,

“Awak kenal tak siapa Cik Sopan kat sekolah kita dulu?”

“Entah. Tak tau. Tak kenal. Tak minat”

Eceh. Nada suara adalah monotone dan tidak selari dengan status Penyanyi Soprano Kumpulan Koir  Kajang-Kuala Pilah-Skudai. Sangat cemburu buta bila Mr Daddy menyebut-nyebut nama femfuan lain yang tidak berkenaan tawww :P

Menurut ceritanya, Cik Sopan ialah gelaran yang diberikan oleh sekumpulan budak lelaki kepada seorang budak perempuan yang sebaya di sekolah kami. Budak perempuan itu bla, bla, bla, bla. Dan bla, bla, bla. Budak perempuan itu juga bla, bla, bla.

Saya malas betul nak dengar cerita entah-sapa-entah Cik Sopan yang dikatakan itu, lalu terus menukar siaran di kepala saya kepada siaran WWF. Rasa macam nak jadi Muhammad Ali masa tu jugak tapi tak tau nak tumbuk siapa. Kahkahkah!

“Awaklah Cik Sopan”

“A-P-A? Saya Cik Sopan??”

Ohhh. Perasaan saya seperti Ikan Siakap Tiga Rasa yang dihidang dalam pinggan bujur Corelle. Tak tahulah sama ada saya patut berasa terkejut, atau riak dan takabbur dengan perkhabaran ini. Tiba-tiba saya melupakan hasrat untuk bergelar Muhammad Ali. Kahkahkah! Yang pasti, perasaan perasan jelita itu memang ada :P

Tak perlulah kita panjangkan di sini tang mana yang sopan itu. Kahkahkah! Auwww. Tak rela!

Anda ada nama gelaran?

:P



Hujung minggu ialah....

Esok sudah hujung minggu. Yeay!

Apakah maknanya hujung minggu kepada anda?

Hujung minggu untuk saya bermaksud Hari Untuk Ke Tesco setelah 5 hari gigih menampal koleksi resepi di pintu peti sejuk. Kahkahkah! Sesungguhnya Hari Untuk Ke Tesco adalah satu ekspedisi yang mencabar kerana setiap aspek hendaklah dipertimbangkan dari segi ekonomi, nilai pemakanan dan faktor masa.

Huihh. Siapa kata aktiviti membeli-belah itu setakat menjamu mata?

Saya sekarang tidak lagi pening memikirkan resepi apa untuk 7 hari yang berikutnya. Tetapi saya pening mana satu saya patut buat dulu. Kahkahkah!

Takpe. Saya mulakan dengan resepi dari Diva Masak M kepada Pembuat Cekodok M. Kahkahkah! Oleh itu, Menu Senang NM sahaja yang akan terpilih. Kalau nak lagi senang, saya lakukan saja kegiatan import-eksport iaitu dengan mengimport bahan-bahan mentah dari Tesco terus ke Dapur Bonda lalu dieskport pula ke Dapur Saya dalam penerbangan sehala tanpa henti. Kahkahkah!

Dapur Hajah Saudah sudah alah bisa tegal biasa dengan keadaan ini. Kan Intan kan? :P

Dapur Birmingham dan Dapur Malus Domestica pula tidak memiliki privilege untuk berbuat demikian. Sebab itulah mereka lebih progresif dalam penghasilan makanan yang pelbagai. Kahkahkah!

Ok. Saya hendak menulis senarai bahan mentah. Tak tahulah berapa peket keju sagat yang perlu diborong nanti. Maklumlah, akhir-akhir ini asyik jenguk blog orang Melayu di negara Mat Saleh aje. Biru mata hitamku jadinya. Kahkahkah.

Sehingga bertemu di minggu hadapan.

Salam sayang dari bawang-bawang yang berlonggok di dapurku.

:P

Masih aku terasa

Sebenarnya saya tak ingat bilakah kali terakhir saya dikritik. Kahkahkah! Bajet Virgo The Perfectionist la konon. Tolong maafkan kepoyoan saya ini. Hohoho. Di mana lagi tempat bermanja kalau bukan di blog sendiri, kan? :P

Tetapi saya takkan lupa sampai bila-bila, kritikan terhebat (dan paling memalukan) dalam sejarah.

Kalau saya imbas kembali, airmata saya boleh menitik-nitik dibuatnya. Ohhh. Tetiba buat gaya Neng Yatimah :P

Alkisahnya ketika di Tingkatan 2, kami wajib menghadiri usrah di Musolla Aspuri setiap malam Sabtu, yang dikendalikan oleh Senior Tingkatan 4. Pada satu sesi yang dibuat sehari sebelum kedatangan Tahun Baru, kami dibahagikan mengikut kelas. Satu kumpulan, satu Senior. Kami diberikan sekeping kertas dan disuruh menulis nama masing-masing. Kertas ini kemudiannya dibahagikan kepada 2 bahagian yang dilabel sebagai –

1. Kebaikan
2. Keburukan

lalu diedarkan dalam bulatan kumpulan kecil agar setiap kawan-kawan dapat menulis kebaikan dan keburukan kita tanpa mendedahkan siapa penulisnya. Ala-ala sesi muhasabah diri gitu.

Dipendekkan cerita, apabila kertas tersebut sampai ke tangan empunya diri masing-masing – saya terkedu. Rasa macam nak pitam (tapi tak pitam pun). Betapa teruknya komentar yang saya terima. Yang paling sadis, saya cuma ada 3 kebaikan sahaja. Tang yang buruk tu, penuh ditulis satu mukasurat, siap bersambung ke muka sebelah -

“Lidah berbelit serupa ular”
-Lidah ular bercabang la. Tak tengok National Geographic?
“Penipu. Kalah keling”
-Jangan cakap pasal Aparteid kalau tak kenal Nelson Mandela.
“Membodek cikgu macamlah bagus sangat”
-Jeles le tu, tak dapat jadi Debater.
“Muka baik depan budak laki, tapi hati busuk”
-Pakwe aku atlet negeri, ekau ado?

Kahkahkah! Tak rela saya senaraikan semuanya, kerana itu hanya akan membuatkan luka lama berdarah kembali. Menyesal saya tak mengeji diorang. Saya yang mithali, telah menulis yang baik-baik belaka. Tipah menyesal!

Bengang Akim bercampur Marah-Marah Sayang, diputar dalam stand-mixer menjadi satu adunan yang gebu. Lalu dibakar dalam preheated oven 350 darjah Fahrenheit. Kemudian dilumur dengan ready-made custard kiciwa. Dibakar lagi sampai rentung. Begitulah saya, jika ingin diterangkan dalam terma masak-memasak. Kahkahkah :P

Inilah rintihan Penolong Ketua Tingkatan yang telah berbakti demi kebajikan penduduk kampung. Ceisss. Lupakah korang tempoh pemerintahan yang gemilang, siap kelas kita terpilih jadi Wakil Daerah, semua kita bolot, tak pernah-pernah kelas corot mengalahkan kelas pandai! Masa tu saya rasa macam Che Det, letih memajukan negara tapi tak dihargai. Kahkahkah! Perasan :P

Sebelum mengakhiri usrah, kami diminta memberikan kata-kata akhir. Dan ucapan saya ialah,

“Siapa yang tulis fitnah ni memang oink-oink”

Oh, itu ucapan dalam hati aje sebenarnya. Kahkahkah! Sejujurnya, airmata saya sudah bertakung, memenuhi Empangan Tasik Kenyir. Nak mengalir, tak boleh - sebab Terusan Wan Mat Saman kat Kedah. Apakah?!

Kalau sesiapa tanya saya, bersediakah saya untuk dikritik?

Jawapan saya ialah –

Silalah kondem kalau nak merasa lempeng pelempang keturunan Sumatera Barat. Kahkahkah!


*eh, nampaknya saya lebih sherashi jadi Ketua Samseng Kampung Pisang sebab kalau jadi Ketua Wanita kena cakap lemah-gemalai :P

Thursday, April 22, 2010

Peramah tidak semestinya kena bercakap

Kebelakangan ini, saya cukup seronok melompat-lompat ke blog yang saya tak kenal dan tak tahu-menahu, lalu meninggalkan ayat-ayat manis barang seketul dua. Bajet peramah gitu dengan sedikit unsur-unsur kepochi yang tidak disengajakan. Kahkahkah!
.
Sungguh berbeza dengan diri saya yang sebenar, iaitu seorang anti-sosial yang tugasnya pagi-pagi hantar anak ke taska dan pergi kerja. Petang-petang pula ambil anak dari taska dan terus pulang ke rumah lalu terpisahlah saya dan dunia luar buat seketika sehinggalah keesokan harinya.
.
Paling-paling pun saya cuma berbalas sengih ketika sedang mengangkat kain jemuran atau kebetulan menyiram taman astakona (apa? taman?) apabila jiran-jiran menyapa -
.
“Siram pokok ke?”
.
“A’ah, harap-harap cepatlah malus domestica ni besar. Nanti anak cucu balik, boleh makan”
.
Eceh. Acah je mak enon. Bila masa pulak saya tanam pokok eksotik itu? Tiba-tiba TTM menjadi tersentap seketika. Ekekeke :P
.
Memandangkan kemahiran sosial saya di dunia nyata berada pada tahap membimbangkan, saya mendapati bahawa keperluan untuk mewujudkan akaun Facebook adalah misi penting yang tidak dapat ditangguhkan lagi. Dengar khabar, persatuan kejiranan saya sedang sibuk bersosial di laman berkenaan. Haihhh. Tak boleh jadi ni.
.
Patutlah saya kalah tanpa bertanding untuk merebut jawatan Ketua Wanita. Rupa-rupanya sudah ada pakatan rakyat di situ. Ceisss. Politik itu memang keji. Kahkahkah! Takpe, kita cuba lagi pada penggal pilihanraya yang akan datang :P
.
Ok. Kita lupakan tentang kempen memenangi hati pengundi sebab saya bukanlah Zaid Ibrahim yang sedang bertarung di Hulu Selangor. Sekarang saya ingin mengetahui pendapat bijak bestari daripada anda semua. Pendapat kurang bijak tidak akan dilayan. Kahkahkah!
.
Bagaimanakah untuk menjadi seorang pengguna Facebook yang anonymous?
.
Adakah kaedahnya sama seperti menjadi Blogger yang anonymous?
.
Saya tengah menggodek akaun Facebook palsu saya. Dan sedang terbangang-bangang di sana.
.
Haihhh.
.
Biar berat mulut, janji ringan jari untuk menaip :P



So you think you can cook?

Setelah sehari berpuasa daripada menulis blog, hari ini tiba-tiba jari-jemari saya bersemangat untuk kembali beraksi di papan kekunci. Ada sesuatu yang menyekat saraf komunikasi di otak saya.
.
Apakah menatangnya itu?
.
Begini. Sebenarnya sepanjang 24 jam yang lalu, saya begitu resah dan gelisah akibat tertekan dengan permintaan KNV agar menunjuk-nunjuk cekodok saya itu. Maklumlah saya ini kan pantang dicabar. Kahkahkah! Ahh, lupakan sekejap isu cekodok sebab itu akan mengganggu konsep blog saya yang image~less, picture~less dan text only ini. Ah ah ah. Terbaekk punya alasan :P
.
Semalam saya terbaca sebuah blog tentang LifeOptimizer. Wah! Tak agak-agak gitu. Dalam satu artikel yang membicarakan bagaimana mengenalpasti dan memaksimakan kekuatan diri, saya telah ditemukan dengan 3 kata kunci utama iaitu –
.
Talent, yakni bakat,
Knowledge, iaitu pengetahuan, dan
Skill, yang bermaksud kemahiran.
.
Dalam ketiga-tiga perkara ini, bakat adalah faktor penentu yang membuatkan diri kita berbeza berbanding orang lain. Sekiranya 2 orang calon sekufu diberikan pengetahuan dan memiliki kemahiran pada kapasiti yang sama, faktor bakat akan membuatkan salah seorang calon tampil menyerlah berbanding calon yang satu lagi.
.
Pengetahuan dan kemahiran boleh dikutip, ditiru, dipelajari dan diulang sehingga menjadi satu kepakaran tetapi bakat ialah sesuatu yang memang telah wujud dalam diri seseorang secara semulajadi.
.
Saya teringatkan tulisan Andrea Hirata dalam Lasykar Pelangi yang berbunyi –
.
“Betapa hebatnya bakat yang tersimpan dalam diri seorang pemungut sampah, seorang pembancuh teh dan seorang peladang - tetapi hingga ke akhirnya, mereka tidak menemui bakat itu”
.
Eh, ini sesungguhnya bukanlah salinan yang tepat daripada novel Lasykar Pelangi, semata-mata ayat yang terselit dalam kepala saya sahaja - tetapi ideanya lebih kurang begitulah. Saya tak mampu ingat perkataan demi perkataan yang terkandung di dalamnya. Kang ada pulak yang saman saya, jadi lebih baik saya jelaskan awal-awal. Ala-ala play safe gitu :P
.
Berbalik kepada bakat, selaku Tukang Potong Bawang yang telah dinaikkan pangkat menjadi Pembuat Cekodok (:P) saya tidak memiliki bakat seperti Ratatouille yang sekali bau aje dah tau dah ramuan apa yang patut dicampak di dalam sesuatu menu. Tapi kalau bakat tunas rasa untuk menjadi pengadil The Iron Chef – haaa, 2 daripada 3 kerusi yang ada hendaklah diperuntukkan kepada saya dan Ealyie. Ah ah ah :P
.
Motif penceritaan ialah –
.
Gambar cekodok tidak akan ditayangkan di blog ini selagi self-esteem berada di bawah paras beku.
Kahkahkah!
.
.
.
P/S : Komen-komen terdahulu akan dijawab kemudian kerana saya sedang bermain sorok-sorok dengan Bos Sederhana Besar :P

Tuesday, April 20, 2010

Right place, right time, right people

Semalam Mr Daddy telah mengadu kepada saya, sesi penilaian tahunannya di Kilang Multinasional sangat teruk. Bahkan, bukan setakat satu sesi – tetapi bersesi-sesi – selama berhari-hari. Teruk mana sangatlah tu, kan? Bagi saya, tahap teruk ialah –

“No bonus”
“No increment”
“No allowance”

Itu baru namanya S-U-C-K-S!

Tetapi, yalah kan. Adakah setara penilaian di Kilang Kicap dengan Kilang Multinasional? Tak sama, tak sama. Di Kilang Kicap, tiada appraisal bagimu. Tiada yearly evaluation.

If you didn’t perform, you’ll get nothing.
If you perform, they’ll say nothing - but maybe you’ll get something. Maybe :P

Kesemuanya bergantung kepada iklim politik di Kilang Kicap. Kahkahkah!

Mr Daddy telah tewwassaaa tawww --- pinjam ayat ML jap, kerana Bos Besar Kilang Multinasional telah mengusulkan supaya -

“You should read more. What about one book a month?”
“Do you play any musical instrument?”
“Do you plan to send your child to Chinese school?”
“Have you heard about KUMON?”

Kahkahkah! Jawapan kepada soalan-soalan ini memang tiada dalam kamus kehidupan Mr Daddy. Dunia Mr Daddy tidak mencakupi perkara-perkara sedemikian. Lainlah kalau pertanyaan Bos Besar itu berbunyi,

“Siapakah Wan Jamak Wan Hassan dalam skuad N9 Futbol?”,

nescaya Mr Daddy berjaya dengan gemilangnya, lengkap dengan hujah-hujah bernas serta cadangan strategi sepakan, tendangan dan tandukan yang lebih berkesan.

Kalaulah saya dapat Bos Besar seperti Bos Besar Mr Daddy itu, haaa....barulah namanya bertemu buku dengan ruas. Memang saya belasah Bos Besar Mr Daddy itu cukup-cukup. Sayangnya, mangsa belasahan Bos Besar itu ialah Mr Daddy. Ahhh. Rugi, rugi!

Kisah ini telah mengukuhkan pendapat saya tentang satu perkara iaitu - kecemerlangan di dunia ini bukannya tentang siapa yang terhebat, terkuat atau terpintar.

It’s about how to be in the right place,
at the right time,
with the right people.

:P

Apa yang tak patut ada dalam goodie bag?

Saya meluahkan ketidakpuashatian saya tentang kesedaran ibu bapa terhadap pemakanan anak-anak. Mangsa bebelan saya, tentulah Mr Daddy. Kahkahkah!

“Diorang ni main belasah aje bagi budak-budak makan jajan, gula-gula. Mana boleh!”

Begitu tegas kata-kata saya, mengalahkan breastfeeding mom tegar. Ekekeke :P Saya merujuk kepada kelaziman yang dilakukan setiap kali anak-anak di taska menyambut ulangtahun. Anak-anak yang lain akan diberikan pelbagai makanan ringan yang dibungkus cantik, sepeket seorang.

Sudah tentulah rungutan saya itu tidak saya sampaikan kepada pengasuh, mahupun pemilik taska yang memiliki Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak – yang mana, silibus kursus tersebut antara lain menggariskan bahawa makanan ringan adalah diharamkan sama sekali.

Eh, eh. Macam bagus aje saya ni, kan? Kahkahkah! Oleh itu, saya patut bukak taska sendiri. Cakap pong-pang-pong-pang adalah sia-sia. Orang putih kata, “said and done!”. Bab “done” tu memang payah sikit. Ekekeke :P

Saya tidak berniat untuk memperlekehkan usaha ibu bapa yang bersusah-payah menyediakan peket yang sarat dengan makanan. Peket itu, bukan sekadar peket. Peket itu melambangkan betapa banyaknya wang yang dileburkan, betapa berharganya masa yang dihabiskan untuk memilih, membeli dan membungkus, juga betapa melimpahnya kasih sayang untuk menggembirakan seorang anak, yang semuanya – dilambangkan dalam sebuah peket!

Tetapi, saya berpendapat isi kandungan peket itu boleh diberi tambah nilai dan diperbaiki dari segi mutu pemakanannya.

You are what you eat.

Kalau kita sumbatkan perut anak-anak kita dengan segala macam makanan yang dipenuhi dengan pewarna dan perasa tiruan, selain tinggi gula dan garam, bagaimanakah kita boleh mengandaikan setiap sel yang terbina itu mampu mencerna pemikiran yang hebat apatah lagi keperibadian yang unggul?

Eceh. Tak larat pulak rasanya nak dengar hujah sendiri. Kahkahkah!

Dipendekkan cerita, pagi ini saya telah disapa oleh Cikgu Taska,

“Kak! Akak tak suka ya kami bagi goodies tu? Alamak, mintak maaflah Kak”

“Haa?”

“Semalam birthday Nurul. Masa saya bagi peket kat Bapak Ziyad, Bapak Ziyad kata...
.
.
“Mak Ziyad paling tak suka kalau dapat benda-benda macam ni. Tak ada nutrisi!”

Aiseh. Punah harapan saya nak jadi Kawan Baik Mak Nurul. Ekekeke :P

Saya sebenarnya ingin menunjukkan teladan apabila Ziyad menyambut ulangtahunnya akhir tahun nanti. Tapi nak menunggu bulan Disember – ahhh lambatnya!

Ada cadangan apa yang patut dimasukkan dalam goodie bag? :P

Monday, April 19, 2010

What happen when you try to please everybody?

You’ll end up with nothing.

Sejak seminggu dua ini, saya telah membaca banyak komen daripada para penulis blog di blog-blog lain yang senada dan seirama khususnya dalam penulisan blog peribadi –

“Saya takut nak tulis kat blog sebab nanti kena balun”

Trust me. You are not alone. You’ll never walk alone. Hidup Liverpool! (tetiba) :P

Peraturan pertama saya ketika berblogging ialah – Berani buat, berani tanggung.

Peraturan kedua – No turning back.

Peraturan ketiga – Once broken, considered sold.

Kahkahkah! Apakah? Ketiga-tiganya membawa maksud yang sama bila kubaca balik. Thee hee hee :P

Bagi saya yang menjadikan aktiviti menulis blog sebagai satu escapism daripada dunia yang kejam dan penuh kejahatan raksasa, saya belasah aje cukup-cukup setiap yang terlintas di fikiran saya. Dalam kebanyakan masa, saya tidak terfikir pun apakah akibatnya terhadap diri sendiri. Errr. Ok, saya tipu. Sebenarnya saya terfikir, tapi saya kata dalam hati – abaikan, abaikan, abaikan – sambil tutup mata dan buat-buat tak nampak. Kahkahkah!

Saya sebenarnya sudah letih memegang watak Bawang Merah yang baik hati, Snow White yang comel dikelilingi 7 orang ketot, atau Cinderella yang didera. Oleh itu, ketika berblogging, saya ingin menjadi Darth Vader. Saya mahu jadi Hang Jebat yang derhaka. Saya mahu jadi Kumpulan Baju Merah yang melakukan demonstrasi jalanan di Thailand. Wah, menjadi watak jahat yang memberontak memang menyeronokkan. Tiba-tiba saya teringin kembali ke masa silam dan memaki Kakak Senior yang pernah menyuruh saya mendeklamasikan sajak menggunakan buku teks Biologi. Keji punya Kakak Senior! Saya akan pastikan anak-anak saya menuntut bela. Kahkahkah! Acah aje mak enon :P

Saya tidak kehilangan apa-apa pun apabila bercerita semahu-mahunya. Bapak saya bukanlah seorang Menteri. Suami saya bukanlah seorang CEO. Saya juga telah kalah tanpa bertanding untuk jawatan Ketua Wanita Persatuan Penduduk – ceisss – nasib baik saya tak jadi buat Menu Vedevass Untuk Menawan Hati Pengundi! Kalau tidak, memang saya usulkan undi tak percaya dan tuntut balik harga sepeket keju Parmesan daripada Bendahari. Oh, ada unsur-unsur politik wang di situ. Kahkahkah! Pendek kata, saya bebas untuk bercakap apa saja tanpa berasa tergugat. Ecewah. Pastu biasanya saya akan menyesal dan tobat Nasuha sekejap. Tapi takpe. Menyesal tak menyesal tu kita fikir kemudian :P

Eh, apakah motif saya sebenarnya ni? 

Oh, ya. Saya ingin memetik kata-kata hikmah daripada Bill Cosby –

I don’t know the key to success, but the key to failure is trying to please everybody.

Lebih senang untuk menjadi diri sendiri. Walaupun itu bermakna kita nampak jahat - dan busuk - dan keji - dan menyampah - tetapi percayalah, perjalanan itu akan membawa kita memahami apa yang kita mahu dan apa yang tidak kita perlukan dalam hidup ini.

Pada akhirnya, kita akan belajar tentang kekuatan sendiri dan memperkasakan kekuatan itu.

Thursday, April 15, 2010

Do you trust your husband?

Saya teringatkan Puan Pensyarah saya dalam siri kuliahnya Sabtu lalu,

“Do you really trust your husband?”,

Bergema satu dewan apabila pertanyaannya itu diajukan kepada kelas.

Ada yang menjawab - "NOOOOO”.

Majoriti yang lain lebih selesa untuk berdiam diri.

Tetapi tidak ada seorang pun yang berkata - “YESSSSS”.

Kahkahkah! Saya bantai gelak ajela labu :P

Sejujurnya dari hati yang tulus ikhlas, saya sudah tidak kuasa untuk mempersoalkan sejauh mana kepercayaan saya terhadap suami. Orang kata - tidur satu bantal, mimpi lain-lain. Ekekeke :P Sesungguhnya, perkara ini terletak di luar bidang kuasa saya. Bukan semua benda saya boleh ubah. Saya terima hakikat ini seadanya.

Mengenangkan episod persahabatan yang panjang – hampir 17 tahun kalau dihitung daripada saat pertama bertemu muka dengan Mr Daddy - isu percaya atau tidak - bukan lagi menjadi agenda utama hidup saya. Dengan keinginan saya untuk lebih menghargai diri sendiri dan memanfaatkan sepenuhnya hidup ini, saya merasakan bahawa saya ada misi yang besar untuk memaknakan keseluruhan usia saya.

Eceh. Macam ahli falsafah la pulok! Ekekeke :P

Bila kita memandang jauh merentasi horizon, kita tak kisah sangat benda-benda kecil yang menghalang kelancaran perjalanan kita. Akan ada masanya kita akan tersasar seketika. Tetapi, sekiranya kita boleh memikirkan kembali untuk apa kita di sini, dan ke mana kita akan pergi – mungkin persepsi kita boleh berubah.

Saya sekadar ingin memberitahu bahawa saya tidak pernah memeriksa emel, telefon bimbit, akaun Facebook, akaun bank atau apa saja niat untuk menyelongkar kehidupan Mr Daddy. Saya sendiri tidak suka jika Mr Daddy membaca SMS di telefon bimbit milik saya. Sebab itu, telefon bimbit saya dilengkapi katakunci. Kahkahkah! Bahkan, saya tidak pernah memberitahu alamat blog saya kepada Mr Daddy. Saya menghormati kebebasannya sebagai suami. Dan saya mengharapkan perkara yang sama sebagai isteri, selagi tidak menyalahi syarak.

Saya suka berkongsi satu bait puisi yang sangat indah dari Khalil Gibran, bertajuk On Marriage -

Give your hearts, but not into each other's keeping.
For only the hand of Life can contain your hearts.
And stand together yet not too near together:
For the pillars of the temple stand apart,
And the oak tree and the cypress grow not in each other's shadow.

Dan sekarang, saya ingin bertanyakan soalan yang sama kepada anda -

“Do you really trust your husband?”

:P

You never really understand a person

Bapak saya sangat gemar memasak. Masakannya memang dahsyat, sehingga mendapat pengiktirafan 5 bintang daripada arwah Nenek saya, iaitu ibu mertuanya. Pada hari-hari terakhir Nenek saya sebelum menghadap Ilahi, Nenek saya sanggup menunggu selewat jam 10 malam hanya untuk menjamah air tangan Bapak saya.

Saya berani kata bahawa resepi cekodok saya yang vadevas itu diwarisi daripada kehebatan Bapak saya, selain kemahiran potong bawang yang tiada tandingannya. Kahkahkah! Statement poyo janji bergayo :P

Pendek kata, skil di dapur semuanya saya perolehi daripada Bapak, dan bukannya dari Ibu - termasuklah cara membedah ikan, sotong dan udang. Bedah katak aje yang saya tak tau sebab saya bukannya belajar Biologi. Sudah tentulah, untuk mendapatkan kemahiran tersebut saya hendaklah rela memotong bawang (lagi?) dan aktiviti lain yang Pro Chef malas nak buat seperti mengisar cili, menggonyoh kuali dan aktiviti pembersihan selepas memasak yang sangat dibenci itu.

Bapak saya suka menyamakan kaedah pembelajaran ini dengan latihan kung-fu,

“Engko pegi tengok filem Jackie Chan belajar kung-fu. Mana ada Sifu terus ajar kung-fu. Jackie kena angkat air dulu. Belah kayu dulu. Engko ni kira nasib baik, Papa suruh potong bawang bukannya suruh potong kayu api”

“Buat apa kita nak belah kayu api? Kita kan ada dapur gas, Pa?”

Tengok, tengok! Itu memang jawapan budak yang tak makan saman :P

Sebaliknya, Ibu saya kurang gemar memasak. Tetapi kepakarannya dalam tugasan ala-DBKL memang mengagumkan. Saya percaya bahawa penyakit OCD saya ini adalah penyakit genetik yang diperturunkan oleh Ibu saya itu. Hahaha!

Perkara ini telah membuka mata saya tentang satu perkara iaitu –

Hidup berpasangan ini seharusnya saling melengkapi.

Perkara kedua yang saya pelajari ialah –

Betapa pentingnya mendidik anak lelaki dengan kemahiran asas rumahtangga.

Jangan ingat anak lelaki boleh sedap-sedap duduk silang panggung depan televisyen sambil membaca akhbar! Haishh. Pantang nenek moyang beta spesies lelaki sebegini. Lagipun, saya berhasrat untuk menjadi ibu mertua mithali. Saya tidak mahu menyusahkan menantu perempuan saya di hari muka apatah lagi menjadi topik kutukan berbakul-bakul kerana dikata tidak tahu mendidik anak lelaki yang menjadi suaminya. Ekekeke :P

Motif udang di sebalik mee saya –

Saya tak suka orang kata kerja rumah itu kerja perempuan. Noktah. Segala bangkangan tidak akan dilayan. Kahkahkah!

Saya ingin memetik kata-kata dari To Kill A Mockingbird, karya Harper Lee -

“You never really understand a person until you consider things from his point of view--until you climb inside of his skin and walk around in it”

Saya dibesarkan dengan cara yang berbeza. Sebab itu, pandangan kita tidak semestinya sama.

Wednesday, April 14, 2010

Yang mistik itu misteri

Ketika sedang duduk-duduk mengunyah cekodok ditemani seteko penuh air teh enak berkrim disukai ramai, Ibu saya membuka cerita -

“Engkorang dulu masa kecik-kecik jarang benar sakit. Memang tough. Tapi ada sekali yang korang demam tak baik-baik walaupun dah ulang-alik pegi klinik”

Adik saya membuntangkan matanya sambil melopongkan mulutnya ke arah saya sambil menarik kerusi lebih dekat. Sikunya diletakkan di atas meja sambil mendengar penuh minat. Katanya,

“Apa Ma? Apa? Saspen nih. Saspen”

Mendengarkan kata-kata itu, saya menendang kakinya di bawah meja dengan kening yang mulai berkerut –

“Engkau ni kan, takde pikir lain. Yang hantu setan tu jugak ko nak dengar”

Adik saya memang suka cerita-cerita makhluk halus. Bak kata Fadzillah Kamsah, orang-orang yang lahir bulan Februari cenderung terhadap kisah tahyul. Dalam hal ini, memang bertepatan dengan sifat Adik saya itu. Pendek kata, tak pernah walau sekali pun ceritanya yang ketiadaan rencah Misteri Nusantara. Daripada Hantu Susu ke Hantu Tok Mamat hinggalah ke Hantu Terompah di kolejnya dan Hantu Highway, kini Adik saya yang gemar memandu pada sebelah malam tidak lagi berbuat demikian untuk berulang-alik dari KL ke Kota Bharu. Bila ditanya kenapa, jawabnya –

“Ada tempat keras! Kalau kita lalu situ tengah malam, mesti rasa mengantuk. Pastu kita pun berhenti. Masa tu mesti ada satu hantu ni ‘tegur’ kita”

Huh? Whatever. Yang pasti, saya tak ada kena-mengena.

Kembali kepada cerita Ibu saya,

“Mak Timah bawak pegi jumpa Pak Dukun. Dia bagi telur jampi, letak kat pusat. Lepas tu terus baik”

Mak Timah ialah pengasuh yang menjaga kami ketika Ibu dan Bapak keluar bekerja. Ibu saya, pada mulanya berasa was-was. Bapak saya apatah lagi. Memang ditentangnya habis-habisan sampai menangis Mak Timah dibuatnya.

“Wa’ang cubo lah dulu. Kasian paja-paja ko ha, damam eh indak iluk-iluk”

“Mano ado hantu Kak Timah! Ma-nga-ghuik yo tu! Damam payi spita, makan ubek”

Ibu saya melanjutkan bicara,

“Engkorang ni cucu Pak Dukun!”

Dan kemudian Ibu saya mengesyorkan sesuatu yang membuatkan saya terkedu,

“Bawaklah Ziyad ni ke Darul Syifa’. Lain macam aje. Asyik-asyik demam. Melalak tengah malam. Entah-entah........”

Saya pun meloncat!

Tips berurusniaga dengan OC

Sudah lama saya tidak menulis tentang perniagaan.

Ecewah. Cara bercakap macamlah pernah jadi businesswoman. Ah ah ah.

Kenapa gelak? Ingat saya tak pernah ada bisnes? Ceissss Jebat! Ini Pemilik Perniagaan Cards4U tau. Bahasa mudahnya ialah gunting-tampal-kertas-di-belakang-kelas-semasa-cikgu-sedang-mengajar. Kahkahkah!

Dukacita dimaklumkan bahawa bisnes itu sudah berkubur semenjak saya dilantik menjadi Pengawas Sekolah Rendah. Ya, betul. Saya lebih mementingkan karier politik saya berbanding perniagaan. Oh, ada ciri-ciri Wanita Pertama yang tidak kesampaian di situ. Kahkahkah!

Berbalik kepada topik perniagaan.

Saya pernah mengatakan berkali-kali bahawa dari segi mutu perkhidmatan, kita hendaklah mencontohi etika berniaga bangsa Cina. Bukanlah saya kata bangsa Cina itu bagus sangat. Namun, kita perlu mengakui bahawa antara 3 bangsa majoriti di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India – bangsa Cina mendominasi kegiatan jual-beli dalam hampir keseluruhan aspek, sehinggakan baju kurung yang dipakai oleh orang Melayu pun dijahit oleh orang Cina!

Prinsip pertama dalam hidup ialah,

Always learn from the best.

Oleh itu, pelajarilah bagaimana orang Cina menjalankan perniagaan.

Akan ada yang berkata bahawa Rasulullah adalah model ikutan yang terbaik, apatah lagi baginda juga merupakan seorang usahawan. Ya, saya setuju. Malangnya kita tidak duduk di negara Timur Tengah – maka peniruan yang lebih mudah ialah copycat saja daripada apa yang kita selalu nampak iaitu figura mata sepet yang berkulit putih kuning dan bercakap cong-ceng-cong-ceng.

Walau bagaimanapun, saya ingin berkongsi satu tips yang anda perlu semat dalam fikiran sebelum berurusniaga dengan orang Cina. Tips ini tidak terdapat dalam buku. Tips ini diserap daripada School Of Life. Ecewah.

Prinsip pertama apabila menjadi pelanggan orang Cina ialah,

Jangan sesekali bayar penuh.

Melainkan anda betul-betul puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

Selagi anda belum bayar amaun keseluruhan, anda boleh hentam. Anda boleh kritik. Anda boleh suruh tukar itu ini. Anda boleh tawar sampai ke harga di bawah kerak bumi. Tetapi kuasa ini hanya kekal dalam tangan anda sebelum pembayaran penuh dilakukan.

Selepas duit anda berpindah milik – sila tutup mulut anda rapat-rapat. Muahahaha. Nak bising pun boleh, tapi usahlah kita membazir air liur kerana membazir itu amalan syaiton.

Sekian, tips berurusniaga dengan orang Cina daripada saya.

Tuesday, April 13, 2010

....dan airmata saya pun berlinangan

Seorang kawan sekuliah bercerita kepada saya,

“Saya tak kisah pun bila suami kata dia nak kawen lain. Saya tau, saya memang tak boleh jaga dia. Saya tak pernah buat kerja rumah”

Ohhhh.....

“Saya tak pernah tanya Doktor bila jangkaan saya akan mati. Saya cuma nak enjoy hidup ini setakat yang termampu”

Ohhhh.....

Begitulah serba-sedikit kisah Yati, yang pada mulanya didiagnos menghidap Barah Rahim ketika usianya 19 tahun. Setelah mendirikan rumahtangga, dia mengambil dua orang anak angkat yang dibela sejak lahir.

“Saya tahu saya takkan hidup lama. Saya cuma harap dapat dipanjangkan usia. Kesian kat anak-anak saya, walaupun cuma anak angkat. Apalah nasib diorang nanti? Bapak diorang takkan peduli punya. Suami saya nak tambah ‘cawangan’ ketiga”

Ohhhh.....

Selepas membuang rahimnya, sel-sel barah telah merebak menjadi Barah Tulang pula. Kata Yati, dia hanya menunggu masa untuk ‘pergi’.

Petang itu, sebaik sahaja tamat kelas seperti biasa saya mengucapkan kata-kata pamitan kepada semua rakan sekelas termasuklah Yati –

“See you next month!”, ujar saya dengan ceria.

Yati menjawab,

“I hope I’m still breathing next month”, diiringi senyuman yang sukar ditafsirkan.

......

Dan airmata saya pun berlinangan.

Bila Mami hilang punca

Menjadi seorang Ibu sangat meletihkan.

Sangat-sangat letih.

Jumaat lalu, Ziyad mula menunjukkan belang. Bangun di tengah malam bagaikan mendapat mimpi seram. Menjerit-jerit. Menangis-nangis. Menghentak-hentak kaki. Kemudian Ziyad mengadu sakit. Entah apa yang sakit saya pun tak tahu. Mungkinkah sakit lidah? Kuang kuang kuang :P

Lepas itu Ziyad kata badannya gatal.

Kemudian dia cakap mahu terkencing. Tetiba mahu jadi orang besar – mahu buang air di tandas.

Setelah itu dia mengetengahkan satu persoalan genius -

“Nenek mana? Mana?”,

sambil membuka almari pakaian (?!)

Errr. Ada unsur-unsur Jangan-Pandang-Dalam-Wardrobe di situ. Nenek mana pulak yang ada dalam almari? Huhuhu.

Beberapa minit kemudian babak menangis, menjerit dan menghentak kaki berulang. Puas saya dukung dari tingkat atas ke bawah, dari bilik ke dapur, dari depan ke belakang. Tempeleng aje yang saya belum bagi :P Rasanya satu kejiranan boleh terbangun kot? Haihhh. Kalau begini, hancurlah harapan saya untuk melobi jawatan Wanita Pertama Persatuan Kaum Ibu. Kredibiliti sudah tergugat maaa. Kahkahkah!

Tertekan dan lemas dalam situasi yang tidak terkawal, saya terpandangkan gugusan kunci di meja sisi katil.

“Jom, kita ambik angin sejuk. Hati Ziyad tengah panas kan? Hati Mami pun sama”

Dan Ziyad dengan sukacitanya menghulurkan kunci kereta ke tangan saya.

Lalu dua anak-beranak yang gila membuat satu kerja sewel. Kalau anda kebetulan ternampak seorang ibu dengan baju tidur dan tudung diikat ala mak itik sedang memandu Ferrari merah di kawasan BBB pada jam tiga pagi – itulah kami. Jam tiga pagi u’ols! Hadoi. Ok. Part Ferrari merah tu saya tipu :P

Nasib baik tak singgah McD Seksyen 9 pekena pancake with maple syrup. Ceh. Setakat lempeng pun nak jual mahal-mahal.

Dan akhirnya setelah hampir sejam mundar-mandir sebagai Polis-Samaran-Yang-Menjaga-Keselamatan-Penduduk-Kampung, Ziyad pun tertidur di carseat.

Ini memang satu petanda dari langit – Ziyad akan menggantikan Michael Schumacher!

(tetiba)

Pemikiran positif itu perlu. Demi kewarasan. Hahaha.

Tuesday, April 6, 2010

Benarkah agama itu mencegah kemungkaran?

Saya berpendapat bahawa semua agama sentiasa menyeru ke arah kebaikan.

Bukan agama Islam sahaja, malah semua agama - tanpa mengira sama ada agama itu agama samawi atau agama budaya, menganjurkan nilai-nilai murni dan melarang apa saja perlakuan yang mendatangkan mudarat.

Saya tidak berniat untuk membincangkan tentang agama mana yang lurus kerana kita semua sedia maklum mengenainya. Persoalan itu tidak perlu dipanjangkan lagi.

Saya juga percaya bahawa setiap orang yang berpegang teguh kepada agamanya, tidak kira apa agama sekalipun – adalah orang baik-baik yang sarat dengan keperibadian mulia. Ini berdasarkan pemerhatian saya sepanjang hampir 30 tahun bernafas di bumi Tuhan ini.

Seorang rakan kepada Ibu saya, yang saya panggil Uncle Isaac merupakan satu contoh penganut Kristian yang patuh. Tak pernah tinggal untuk ke gereja. Mempunyai seorang isteri yang menghidap kanser hingga menemui ajal, tetapi masih setia sehingga kini. Cuti tahunannya dihabiskan semata-mata untuk menemani isterinya menjalani rawatan. Berkarisma dan berdedikasi dalam kerjaya. Kebanyakan orang akan berseloka,

“Baik bela ular daripada percayakan keling!”

namun kenyataan yang berbaur perkauman ini tidak dapat disamatarafkan dengan Uncle Isaac.

Tetapi, akhir-akhir ini terlalu banyak pula skandal yang melibatkan orang-orang yang dikatakan beragama. . Kalau selama ini kita mengatakan bahawa pegangan agama itu akan menjadi akar yang menunjangi sebatang pokok, saya sangsi sama ada pegangan agama saja sudah cukup untuk membentengi diri kita daripada terjerumus dalam gaya hidup songsang.

Soalan saya yang seterusnya bukan berbentuk provokasi, tetapi saya ingin melontarkan pertanyaan ini –

Adakah kamu percaya bahawa skandal pencabulan seks global yang berlaku di gereja Rom benar-benar wujud? Berpuluh-puluh paderi meliwat dan memaksa kanak-kanak melakukan oral seks?

Mendengar berita ini, rasanya memang tak masuk akal. Tetapi ya, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang? Berita sebegini hanyalah salah satu contoh di antara seguni permasalahan lain yang mengisi akhbar saban hari.

Atau, jika mahu menyangkal, mungkin kita juga boleh meminjam kata-kata Adolf Hitler –

“Make the lie big, make it simple, keep saying it, and eventually they will believe it”

Atau, mungkin saya patut baca sebuah buku tulisan Debbie Ford berjudul Why Good People Do Bad Things.  Bagus. Bila agaknya saya nak membaca buku itu? Mungkinkah Seribu Tahun Takkan Mungkin? Kahkahkah!

Cabaran untuk mendidik anak-anak generasi Y semakin lama semakin rumit. Zaman anak saya nanti, barangkali bukan generasi Y lagi, mungkin sudah dilabel generasi Z. Oh, tiba-tiba pening memikirkannya.

Kehidupan dulu rasanya lebih mudah dan ringkas. Kan?

Semalam, sewaktu menonton Astro Oasis – Dr Ary dari Indonesia menyatakan bahawa kecerdikan spiritual (Spiritual Quotient = SQ) adalah salah satu aspek yang menyebabkan Bill Gates menjadi seorang genius yang bukan sahaja pintar, tetapi memiliki keperibadian luhur.

Alamak! Macam mana pula nak membentuk anak yang tinggi SQnya?

Nak memulakan potty training saja saya sudah terasa liat. Ekekeke :P

Monday, April 5, 2010

Sekolah konvensional - dalam pahit ada manisnya

Saya sangat suka ke sekolah.

Tidak pernah sekalipun saya ponteng kelas. Setakat penyakit biasa seperti demam, selesema, batuk saya tetap gigih ke sekolah. Sejarah ponteng paling panjang dicatatkan ketika Darjah 2 dan Tingkatan 4 – itupun kerana saya dijangkiti demam campak.

Saya terlalu sukakan sekolah sampaikan saya tak terfikir pun akan meninggalkan sekolah setelah tamat Tingkatan 5. Semangat sekolah dalam diri saya memang menebal.

Poyo, kan? Kahkahkah!

Dalam pada suka-minat-chenta dengan sekolah, ada 2 perkara yang buat semangat saya merudum. Yang pertama ialah makmal. Yang kedua ialah Hari Sukan. Tak payah tanya kenapa.

Kenapa saya tidak sukakan makmal?

Eh, tadi kata jangan tanya. Tapi tetiba saya sibuk nak bagitau. Ekekeke :P

Semua jenis makmal adalah membosankan. Mejanya tampak uzur. Manakala bangkunya pula jenis ala-ala kerusi kopitiam yang kita tak boleh bersandar. Makmal Fizik ada klip buaya dan penunu Bunsen. Makmal Kimia pula ada kebuk wasap dan segala racun yang boleh menyebabkan kematian. Ini semua merupakan gabungan elemen yang menakutkan serta berisiko menyebabkan kebakaran, sesak nafas dan perasaan ingin pitam. Saat yang paling menyegarkan mata ialah apabila Senior Lelaki Idaman tiba-tiba lalu melintasi makmal. Wah! Terasa macam kaktus Gurun Sahara yang dilimpahi hujan. Ekekeke :P

Dan Hari Sukan pula?

Hari Sukan untuk atlet sekolah sahaja. Setakat kaki bangku macam saya ini, Hari Sukan adalah penyeksaan. Saya mengisytiharkan pemulauan terhadap semua acara lompat – tak kisahlah lompat jauh ke, lompat kijang ke, lompat tinggi ke, lompat bergalah ke – ini semua adalah acara yang membuatkan saya kelihatan bodoh dan tidak berbakat sama sekali.

“Cikgu! Saya tak mau lompat. Kaki saya pendek. Saya tarik diri. Kalah tanpa bertanding”

“Tak boleh! Semua orang mesti ada semangat kesukanan. Lompat ajela, mana tahu kot-kot kamu boleh pecah rekod?”

Ok. Pecah rekod, ya? Saya lari punya lari punya lari dalam gerak perlahan. Tapi bila sampai ke titik-mesti-lompat, saya enggan melompat. Sengaja nak mewujudkan momen kaku di situ. Kahkahkah! Sangat menarik untuk sesi fotografi. Lantaklah. Janji pecah rekod :P

Saya cuma minat bab Hiasan Rumah Sukan. Korang pernah dengar Rumah Sukan yang dihias dengan kain batik? Kahkahkah! Idea siapalah tu agaknya? Tak kisahlah. Itu adalah ilham yang sangat inovatif dan menampilkan ciri-ciri penjimatan, tahu? Nasib baik menang :P Kalau di Kuala Pilah, kami siap menganyam pelepah kelapa dan menebang buluh! Kerja gila. Hari raya pun belum tentu nak menganyam ketupat, nak membakar lemang – tapi demi Hari Sukan – sanggup!! Maklumlah, Mr Daddy kan atlet sekolah – oleh itu saya selaku girlfriend hendaklah memberikan sokongan moral sebagaimana yang dilakukan oleh Rosmah Mansor dan Michelle Obama. Ah ah ah.

Saya kagum dengan idea sekolah di rumah. Tetapi, entahlah. Saya tidak mampu melakukannya.

Bila dikenang-kenang, belajar di sekolah konvensional ada juga manisnya :P
I Love to Talk About Ideas
I like my conversations to be deep and meaningful. I am not a big fan of small talk.
I am open to all sorts of conversation topics, especially if they are unique or interesting. I love it when a conversation takes me somewhere unexpected.

I will talk about anything, even if it's controversial or weird. I'm not shy about speaking my mind.
I may shock people with what I'm willing to talk about, but at least it's more interesting than discussing the weather.