Search This Blog

Loading...

Quotable Quotes



The best of people are those that bring most benefit to the rest of mankind

My Loyal Readers

Thursday, January 28, 2010

Hidup BSB!


Disclaimer: BSB ialah Bos Sederhana Besar. Bukan BackStreet Boys :P

Baru semalam saya cerita pasal pangkat. Sekejap tadi Bos Sederhana Besar panggil saya masuk Bilik Mesyuarat sebaik saja saya selamat keluar dari Bilik Termenung. Saya ingatkan dia nak cakap,

“I give you the lastest of the very-very lastest warning!”

berikutan kad kedatangan saya kelihatan seperti Ang Pow – semuanya merah tak ada yang hitam. Bos, hitam tu tandanya malang, kan Bos? :P Tambahan pula, malam tadi saya bermimpi ada Pekerja Baru yang datang menggantikan tempat saya. Dahla Bos Sederhana Besar saya tu memang ada iras-iras Donald Trump versi Jet Li. Kesemua elemen ini membentuk satu plot yang mendorong saya untuk terus membuat andaian ngeri.

Saya menerima 2 berita.

Satu berita buruk. Satu berita baik.

Saya sukakan happy ending yang ada ayat keajaiban live happily ever after maka saya mulakan dengan berita buruk dahulu.

Berita buruk ialah tiada kenaikan gaji untuk semua pekerja yang bernaung di bawah Bapak Kilang Kicap tahun ini. A-P-A?! Ini betul-betul berita sedih. Saya tarik muka empat belas. Mulut saya sudah berbentuk bulan sabit dengan pesongan sudut 45 darjah. Di manakah janji-janji manismu, Bos?

Berita baiknya ialah saya akan menerima tambahan wang ihsan bulanan daripada Anak Kilang Kicap Yang Sulung. Saya pun apalagi! Terus meloncat yiba-yiba. Dalam hati saja. Bukan lompat betul-betul. Haha.

*Bapak Kilang Kicap ada 2 Anak – Anak Yang Sulung buat Sales & Marketing. Anak Yang Bongsu buat Admin & Operation.

“Bapak Kilang Kicap ini tahun tak ada increment. Kalau saya kasi you seorang, lain-lain adik-beradik akan berlaku tantrum. Oleh itu, you sila pow Anak Yang Sulung sebab dia ada banyak duit dan selalu menyusahkan keamanan hidup you di Kilang ini”

Wokeh! Saya setuju, Bos. Yang penting, dijamin halal :P

“Setiap anak adalah tidak sama. Kalau semua anak tidak diberi increment, sedangkan ada anak yang telah bersungguh sekali – maka ini adalah ketidakadilan bagi anak yang rajin itu”

Kali ini saya setuju seratus persen dari Alif sampai Ya Wassalamu sambil buat tepuk komando. Cayalah Bos! :P

“Kita bukanlah menyokong Parti Keadilan, tetapi kita mestilah berlaku adil”

Eh, Bos! Bos nak ganti Chua Soi Lek ke? Cakap berapi-api macam naga :P

Dengan itu, diumumkan bahawa Surat Perletakan Jawatan akan ditanam hidup-hidup untuk jangkamasa setahun lagi. Sebarang pertukaran profesyen hanya akan dipertimbangkan tahun depan.

Hidup Bos Sederhana Besar! :P

Sama tapi tak serupa


“Zufa, Muslim kena sembahyang 5 kali kan?”

“Yup. Why?”

“Satu kali pagi. Satu kali lunch hour. Satu kali tea time. Satu kali dinner. Satu kali supper. Tui pu tui?”

Saya hampir tergelak mendengarkan pemahaman si Carmen, rakan sekerja saya di Kilang Kicap. Geli hati pula rasanya apabila Carmen menggantikan waktu solat Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak dengan waktu makan. Hmmm. Betul juga. Ada persamaan di situ. Dengan senang hati saya menjawab,

“Tuiiii”

Carmen kemudiannya kelihatan seperti berfikir tentang sesuatu sambil mengetuk-ngetuk hujung mata pena ke meja. Saya menunggu dalam debaran. Menanti soalan cepumas seterusnya sambil berharap semua jawapan kepada persoalan yang bakal dilontarkan dari mulut kecil itu ada dalam kamus pengetahuan saya yang nipis ini. Tolonglah. Jangan tanya soalan susah-susah.

“Kalau saya sembahyang begini banyaknya, bermakna saya memang boleh menjadi orang yang sangat baik lah”

Perghh. Apa ke skemanya ayat? Kalah orang Melayu bercakap. Hihi. Masa ini, saya cuma tersengih. Itu adalah ayat penyata, bukan ayat soal – maka jawapan tidak diperlukan. Kahkahkah!

Di luar jangkaan saya, datang lagi bedilan soalan lain yang tidak kurang hebatnya. Saya menjawab teragak-agak dalam bahasa yang tunggang-langgang. Terkial-kial saraf otak saya mencari idea. Maklumlah, kail cuma panjang sejengkal – tsunami yang datang tidak terduga. Bimbang terjerat dalam sesi soal jawab yang tak nampak garis penamatnya, saya pula menguji Carmen,

“Kenapa kamu vegetarian? Sangat ruginya! Ah Ling cakap babi panggang betul-betul hao liau”

Hahaha. Rasakan tusukan keris keturunan Jebat. Jawab, jangan tak jawab :P

“Saya semenjak keluar dari perut sudah vegetarian. Family pun vegetarian”

“Kenapa kamu tak makan daging?”

“Kita vegetarian believe, bila kita tak makan daging – permintaan kita lebih dimakbulkan”

Wah! Pandai pulak si Carmen bercakap soal doa makbul tak makbul. Ini tak boleh jadi. Saya kena mengaji kitab semula nampaknya. Tahap kejahilan saya sudah tidak boleh dimaafkan.

Siapa kata manusia tidak memerlukan pegangan agama dalam hidupnya? Meskipun jalan yang dilalui berbeza, tetapi asasnya tetap sama. Kebanyakan orang (kalau tidak semua) percaya bahawa ada kuasa lain Yang Maha Besar dan kemampuanNya melangkaui segala yang wujud di jagat raya.

“Zufa! Today, Zuhur is 1.28 pm. Sangat lewatnya. Dulu lebih cepat”

Haihh. Dah pandai tengok waktu solat pulak? :P

Wednesday, January 27, 2010

Harimau yang kehilangan taring

“Engko ada kawan nama Sabariah? Dia kirim salam”

“Sabariah? Siapa tu?”

“Dia kata dia kawan engko masa sekolah”

Haaa? Cuba bayangkan seorang kawan yang tidak rapat langsung dengan korang, bau-bau belacan pun tidak - tetiba berkirim salam melalui Bapak korang. Yosh! This is scary.

Menurut cerita Bapak, Sabariah kini bergelar Penolong Pengarah di sebuah Jabatan Gomen.

“Papa cakap engko keje kat Kilang Kicap. Jadi kuli aje”

Gulp. Bapak telah memukul gong di hati saya – DANG! Terima kasih, Bapak. Saya sangat menghargai ketelusan Bapak. Dan sekarang saya dihantui inferiority complex. Terasa tahap keyakinan saya dihumban jauh ke dalam kerak bumi. Haha.

Saya berdoa agar saya tidak akan bertentang mata dengan Sabariah buat selama-lamanya. Amin. Saya bimbang kalau-kalau itu terjadi, kornea saya pula yang akan tertanggal lalu jatuh ke dalam laut. Ini baru namanya CTKD – canda, tangis, ketawa, duka. Senyum dalam sendu :P

Saya lebih banyak senyap ketika itu. Malas nak bercakap. Mood sudah terbang ke History Channel – terbayang figura Napoleon Bonaparte yang mundar-mandir sambil memikirkan bagaimana untuk mengembalikan zaman kegemilangan Perancis. Kahkahkah! Bezanya kali ini, sayalah Napoleon itu.

Ibu saya menegur,

“Kenapa? Engko susah hati sebab engko bukan Penolong Pengarah?”

“Takdelah” (sebenarnya ada perasaan sayu yang sukar ditafsirkan)

“Itu namanya Qada’ dan Qadar. Walaupun kita berusaha sedaya-upaya, tapi kalau itu bukan kehendak Allah – kita tak akan dapat”

“....dia bukan sesiapa pun masa kat sekolah dulu....”

“Abis tu, engko tu macamlah sape-sape? Ketentuan Allah, jangan ditanya kenapa macam ni kenapa macam tu”

Kahkahkah! Maafkan saya, maafkan saya. Saya perasan bagus. Hakikatnya, jauh panggang dari api. Tapi, setelah berbelas tahun berlalu, dia masih ingat nama saya? Dan cam Bapak saya? Wah! Ada sesuatu di situ. Tarik nafas. Lepas nafas. Saya adalah harimau yang kehilangan taring. Namun, cebisan karisma masih berbaki. Kahkahkah! Perasan lagi :P

Saya pernah mengajukan soalan yang mirip dengan situasi di atas kepada Mr Daddy,

“Dulu saya lagi pandai daripada awak. Tapi kenapa sekarang gaji awak jauh mencanak berbanding saya?”

“Sebab, kalau Tuhan bagi awak gaji tinggi, bagi awak pangkat – nanti awak menyombong”

Yalah tu. Keji tau. Kalau di sini tahu, di sini takkan tanya di sana. Di sini menyesal. Eh, tetiba tukar suara jadi Sarimah berdialog dengan P. Ramlee. Haha.

Beriman dengan Qada’ dan Qadar. Rukun Iman yang keenam. Kalau sangsi, tandanya tak beriman :P

Tuesday, January 26, 2010

Bermula semula

Ada sesuatu yang sangat merunsingkan saya kebelakangan ini.

Apa dia?

Kecenderungan saya untuk menulis sesuka hati wak lu :P

Ini merujuk kepada kata-kata berbaur kutukan dan tindakan menghamburkan perasaan semau-maunya terutamanya kisah yang menyentuh soal peribadi. Tak bagus, tak bagus. Walaupun seronok dapat melampiaskan geram, tetapi kepuasan itu hanya bersifat sementara. Mungkin inilah yang dialami oleh perokok tegar. Masa sedut nikotin terasa sedap. Cukup bulan, terbit perasaan sesal sebab bakar duit seolah-olah duit itu datang berkepuk. Itu belum campur kalau tetiba Doktor cakap,

“Tahniah. Anda disahkan menghidap barah paru-paru tahap 4. Cuma ada 3 bulan saja”

Wah! Sentap.

Setiap kali ingin melelapkan mata - saya akui, kekesalan itu hadir menjalari segenap tubuh.

Betul-betul menyesal.

Terutamanya apabila saya teringat semula entry terdahulu. Sekarang saya faham kenapa Ms Lola tidak meletakkan pautan kepada entry lamanya. Bila saya tanyakan kenapa, jawapannya ringkas -

“What is past – is past”

Saya boleh saja mengambil jalan mudah - padam aje la labu! Dengan yang demikian, saya dapat membina sebuah blog yang suci daripada dosa dan noda. Yezzaa! Lepas ni, tiada siapa yang tau tentang cerita buruk saya. Haha.  

Tetapi adakah itu dapat mengubah apa yang telah berlaku? Bukankah apa yang saya takuti sebenarnya adalah bayangan saya sendiri?

Selaku penggemar subjek Sejarah dan pencinta History Channel (:P), saya memahami bahawa banyak perkara yang boleh dipelajari daripada masa silam. Dalam masa yang sama, sebagai seorang peminat CSI, saya sedia maklum bahawa bahan-bahan bukti boleh dilupuskan. Kahkahkah!

Tetapi, biarlah. Saya biarkan semuanya kekal di sini agar saya dapat mengambil pengajaran daripadanya.

Apa yang kita fikirkan betul pada hari ini, mungkin tidak betul lagi dalam masa setahun atau 10 tahun yang akan datang. Entah-entah sekelip mata sudah lapuk. Tidak relevan lagi. Begitu juga sebaliknya.

Untungnya, kesedaran itu tetap ada. Namun untuk berubah daripada kebiasaan memerlukan kekuatan. Biasakan yang betul, betulkan yang biasa. Adakalanya kita tidak berubah kerana kita sendiri tidak tahu mana yang betul dan mana yang salah. Itu bahkan lebih mengerikan lagi.

Proses mencuci baju adalah satu contoh bagaimana kita dapat membuang tabiat yang kurang disenangi. Apabila kita membasuh, buih sabun yang membawa bersama segala kotoran tidak dapat dibuang begitu saja. Sebaliknya, lebih banyak air bersih yang dicurahkan masuk, lebih cepat buih itu disingkirkan.

Mungkin saya patut memulakan satu hobi baru. Moga-moga lebih banyak ion-ion positif yang dapat diserap, seterusnya menendang keluar cas-cas negatif yang ada.

Hehe :P

Friday, January 22, 2010

Bila lidah kelu untuk berbicara


Petang semalam, setibanya di rumah – saya disambut dengan keadaan rumah yang lengang. Haihh. Mana perginya semua orang? Saya mendail nombor telefon bimbit Ibu saya,

“Bola satu ke bola dua. Lokasi, over?”

Hmm. Ada gaya CSI versi Malaya tak? :P

“Mama keluar bayar zakat. Dah nak sampai rumah ni. Mama beli sate”

Okey. Saya pun bergegas menjerang air. Bancuh teh kaw-kaw kurang manis. Siapkan meja. Susun pinggan dan segala-mala peralatan. Bersedia untuk meraikan kedatangan sate Haji Samuri 30 cucuk. Horey! Gembira tak terperi. Bukan sebab sate Haji Samuri itu sedap sangat. Lebih kepada sebab malas nak masak. Dan malas nak mengemas selepas masak. Hahaha.

Jangan nak sengih-sengih. Korang pun sama :P

Malam itu, Ibu saya mencurahkan perasaannya -

“Mama risau. Entah esok lusa kalau mati, zakat tak sempat bayar. Susah hati”

Sepatutnya saya berkata sesuatu. Mungkin sepatah dua ayat yang selalu dituturkan dalam Cerekarama,

“Ma, ma jangan cakap macam tu. Tak sanggup nak dengar”

Ataupun ayat-ayat yang lebih moden macam,

“Mom, please don’t leave me. I can’t live without you”

Setidak-tidaknya ayat sinetron dari seberang,

“Ngapaan Ibu bilang begitu sih? Ibu kan tauk, aku enggak bisak menghadapi semua ini sendirian”

Tapi – haremmm. Baik versi Melayu, versi London mahupun versi Sekar – satu pun tidak mampu dilafazkan oleh lidah. Ai don no wai. Ai jas kenot.

:(

Seperti biasa, saya pun menukar topik setelah 10 saat berlalu tanpa bicara. Canggung rasanya untuk bercakap soal hidup dan mati. Belum bersedia. Belum mampu. Apatah lagi kalau itu melibatkan seorang Ibu yang pernah mengandungkan kita selama 9 bulan.

“Ma, kenapa kuah sate ni manis – tak macam kuah kacang yang kita buat masa Raya?”

Saya tahu. Soalan itu memang soalan plastik. Haha. Apa boleh buat? Itu saja yang saya sempat saya fikirkan dalam keadaan emosi yang tiba-tiba kalut.

“Dah berpuluh tahun makan sate, baru kali ni ko tanya?” jawab Ibu saya.

:P

Diam tanda bangkang


Telah lama saya memikirkan hal ini. Betapa situasi yang berbeza akan menghasilkan pengertian yang berlainan.

Zaman dulu-dulu, apabila seorang dara dipinang - lalu kedua ibu bapanya bertanyakan persetujuannya – biasanya anak perempuan tadi tidak akan menjawab ya atau tidak. Sebaliknya, hanya tertunduk dan membisu. Dalam sesetengah kes, siap tersipu-sipu malu sambil menyorok di belakang langsir. Kahkahkah! Sila ambil nota - menjawab adalah perilaku yang tidak sopan dan sama sekali tidak melambangkan ciri-ciri Wanita Melayu Terakhir :P

Interpretasi kepada perlakuan ini ialah,

“Diam tanda setuju”

Tapi saya lain. Saya bukan perempuan dulu-dulu. Diam saya bermaksud -

“There is something wrong, somewhere”

Lebih mirip kepada ‘silent treatment’ – satu istilah yang selalu dicetak dalam buku-buku yang menyajikan topik hubungan interpersonal dan psikologi. Kalau diterjemahkan dalam bahasa budak-budak darjah 1, bunyinya lebih kurang begini,

“Hari ni kita takmo kawan dengan awak”

Kahkahkah! Senangnya menjadi budak darjah 1. Bila kita tak suka perangai seseorang kawan tu, kita cakap saja depan-depan muka dia yang kita tak suka. Lepas tu kita mengadu kepada A. A pula mengadu kepada B. Dan B meneruskannya sampai Z. Akhirnya kelompok kelas berpecah 2, satu sokong Dacing manakala yang satu lagi sokong Bulan. Ha, siapa kata budak darjah 1 tak pandai politik? :P

Cukup 3 hari, akan ada upacara bersalam. Sebab apa? Sebab Ustazah pesan,

“Lepas 3 hari kalau kamu bergaduh, kamu bukan orang Islam”

Masa tu, tidak kiralah sama ada perseteruan itu telah selesai atau masih tergantung – 3 hari adalah tempoh maksimum bagi acara pulau-memulau. Selepas 3 hari, semuanya berjabat tangan tanpa mengira siapa betul siapa salah – dan semua orang bermula dengan 0-0. Lantas kita pun sama-sama beriringan ke kantin sekolah, duduk sebelah-menyebelah dan menarik getah rambut masing-masing. Bercanda dan terus lupa bahawa sekejap tadi kita adalah musuh ketat yang abadi. Haha! Hidup yang ringkas tapi signifikan :P

Seorang kawan lama menasihati saya,

“Kadang-kadang, bila kita diam – orang ingat kita suka”

Terngiang-ngiang di telinga saya betapa saya juga selalu memberitahunya perkara yang sama. Haha. Hei, kau pulang paku buah keras ya? Keji tau :P

Bercakap memang mudah. Ini termasuklah diri saya sendiri. Nak membuatnya – ya ampuunnn – koknya susah banget dong! Eh, tetiba ngomong broken Indon – padahal Sekar dah habis. Haha!

Mungkin kehidupan hari ini sudah menjadi terlalu rumit.

Untuk berkata sejujurnya pun boleh menjadi begitu payah.

Thursday, January 21, 2010

Catatan seorang yang tidak berapa berani


Ya, saya sedang cuba menerapkan unsur-unsur positif ke dalam diri sendiri :P

Saya telah memberanikan diri menonton The Exorcism of Emily Rose di TV2 malam tadi. Buat pertama kalinya, saya menyaksikan filem genre seram atas keinginan sendiri, bila mana perasaan inkuiri mengatasi perasaan takut. Maklumlah - based on true story. Ini boleh dianggap sebagai satu pencapaian peribadi yang membanggakan. Haha. Tiada insiden tutup mata sambil mengintai dari celah-celah jari dilaporkan :P

Orang yang mengenali saya secara dekat akan tahu bahawa saya tidak suka, tidak mahu dan seboleh-bolehnya mengelak daripada menonton filem berunsur seram. Komedi seram pula terhad kepada cerita hantu cina - yang kalau kita bernafas baru dia boleh kesan kita. Lagipun nak lawan hantu cina lebih senang, sebab kita cuma perlu tampal dahi dia dengan kertas kuning :P

Seingat saya, filem hantu pertama yang saya tonton di pawagam ialah Ju-On. Kebetulan, itu merupakan aktiviti tak rasmi luar kelas hasil wang ihsan salah seorang Pensyarah kami, maka saya tidak dapat meloloskan diri. Kegagalan untuk menyertainya samalah seperti memberitahu satu dunia (termasuk Pensyarah saya) bahawa saya seorang yang penakut. Seperti yang dijangka, saya tidak menumpukan perhatian langsung terhadap skrin yang maha lebar itu. Jangan harap!

Saya menghabiskan masa dengan menutup mata ketika babak-babak yang mengecutkan buah pinggang dipaparkan. Manakala waktu yang selebihnya saya bazirkan dengan mendengar rakan sebelah menceritakan sinopsis filem. Rakan saya itu, telah menonton filem yang sama sebanyak 3 kali! Disebabkan saya lebih merupakan pelajar pemandang berbanding pelajar pendengar - dan saya lebih ingat apa yang saya lihat berbanding apa yang orang cakap, maka saya tidak terjejas – adalah lebih baik pura-pura mendengar (sambil berfikir tentang perkara lain) daripada menonton kerana itu boleh menurunkan kadar ketakutan ke paras pH7. Kahkahkah!

Oleh yang demikian, jangan tanya saya pasal Ju-On. Dari awal sampai akhir saya tak faham :P

Filem hantu kedua yang saya tonton di pawagam pula ialah Pontianak Harum Sundal Malam. Saya tiada alasan lain melainkan hanya keranamu, Maya Karin. Saya ingatkan kecantikan Maya Karin akan membuatkan saya terlupa terhadap watak hantu yang dipegang oleh beliau. Anggapan saya meleset. Sampai ke hari ini saya takut nak pandang ke atas tiap-tiap kali masuk dalam rumah tradisional Melayu. Jangan Monyet, jangan! Masih terbayang-bayang gaya Maya Karin bertenggek di atas sana. Huhu.

Apa pun, tidak ada apa yang dapat mengatasi unsur-unsur ketakutan yang diwujudkan selepas melayan filem Nang Nak. Fuh! Tak tahulah apakah perasaan itu. Seram sejuk bagaikan menjalar ke seluruh tubuh. Perasaan yang takut tapi tak terjerit.

Pendapat saya mengenai The Exorcism of Emily Rose – saya sukakan cerita ini kerana unsur-unsur seramnya berada pada tahap minima. Haha. Dan yang paling penting, cerita ini seakan-akan menggabungkan 2 jenis ilmu – satu menerangkan tentang sudut perubatan, manakala yang satu lagi menceritakan tentang alam ghaib.

Pada akhirnya, seseorang akan dapat mengetahui bahawa tidak semua perkara boleh diselesaikan melalui ilmu moden, ada sesetengahnya memang melibatkan elemen mistik. Sekurang-kurangnya, kini saya mengerti – bukan perempuan Melayu saja yang kena histeria.

*tetiba teringat cerita-cerita seram di asrama*

Monday, January 18, 2010

New moon


Dengan bangganya, saya ingin mengumumkan bahawa saya telah selesai menonton New Moon. Pheww. Secara tidak langsung, saya ingin memberitahu satu dunia bahawa saya tidak lagi kekal dalam posisi ketinggalan zaman dan masih mengikuti arus perdana. Haha. Cuma saya TERlambat sedikit sahaja. Eh, ke lambat banyak sebenarnya? :P Apa pun, berpeganglah kita kepada ayat-ayat yang paling mujarab,

It’s better late than never, u’ols! :P

Itu baru pengumuman pertama. Pengumuman yang kedua pula ialah – fuh! Kalau saya cakap, mesti saya kena pelangkung dengan ramai kipas-susah-mati Twilight Saga. Ngeri rasanya untuk berdepan dengan kemungkinan itu. Tapi, tak apa. Sama-samalah kita berpegang teguh kepada satu lagi kata-kata hikmat,

Berkata benarlah walaupun pahit :P

Apakah kebenaran yang pahit itu? Errr. Errr. Errr. Bagaimanakah saya harus mengungkapkan hakikat ini?

SAYA TERTIDUR!

Uwaaa. Ini merupakan satu tamparan hebat buat Edward Cullen dan Jacob Black. Apa boleh buat? Ketampanan Edward Cullen nampaknya tidak mampu mengaburi saya. Susuk tubuh Jacob Black yang sasa juga gagal membuatkan mata saya terbeliak sehingga ke garisan penamat walaupun sempat juga saya mengira ketak-ketak di badannya. You memang Brader Kental :P

Melayani New Moon sekeluarga nampaknya tidak banyak membantu. Apatah lagi, komen Mr Daddy tidak positif langsung. Sekejap-sekejap,

“Apa masalahnya, mamat ni?”

Sekejap-sekejap,

“Apa masalahnya, si Bella ni?”

Kemuncak pernyataan keji Mr Daddy ialah,

“Yang! Awak tido???”

“Ha? Dah abis ke? Alamak, macam mana saya bleh terlelap ni?”

Sedih gile! Sampai sekarang saya masih tak percaya bagaimana saya boleh berdengkur sakan. Ini bukan setakat isu ketinggalan gerabak lagi. Ini rasanya macam isu tersalah gerabak. Saya tengok History Channel pun tak tertidur tau. Tapi New Moon? Huaaa! Sadis.

Hmmm. Mungkin saya patut baca trilogi dulu, baru layan filemnya. Dengan cara itu, mungkin saya boleh tangkap feeling, instead of tangkap lentok.

Atau, mungkin saya patut menontonnya di panggung saja :P

Pernahkah kau merasa?


Jeng, jeng, jeng! Jeng, jeng!

Pernahkah kau merasa?

Jeng, jeng, jeng! Wo wooo!

Siapa pernah dengar lagu ni? Angkat tangan :P

Hari yang mega mandom. Saya sedang dilanda kebosanan tahap gaban. Ada sesuatu yang tidak kena dengan diri saya. Apakah itu? Saya pun tak tahu. Jiwa terasa begitu kosong.

Tika dan saat ini, saya kepingin sekali berlari ke Kedai Mamak,

“Mamak, bagi saya teh 3 lapis yang boleh menghilangkan bosan, menaikkan motivasi dan meningkatkan produktiviti. Ada jual?”

Ayoyyo amma appa yillek addik mannis :P

Saya merenung ke arah siling dengan harapan saya dapat melastik seekor dua cicak yang berpeleseran. Hampa. Dan hampas. Yang saya temui hanyalah hamparan putih kekuningan. Saya cuba menikmati deruan angin pendingin hawa. Gagal. Semua orang adalah pemenang, tetapi saya menjadi pengalah. Akhirnya, saya mengerling kuku sendiri,

“Eh, ini kuku orang ke kuku rimau?”

Oh, patutlah! Hari ini sudah hari Isnin, memang sudah sampai masanya untuk memotong kuku. Jumaat lepas sudah terlupa. Lantas, saya meraba-raba dalam laci untuk mencari pengetip kuku. Tidak lama kemudian – tadaaa! – habis kontot semuanya kuketip kuku-kukuku. Errkk. Apa lagi yang saya nak buat ya?

Adakah saya sedang menunjukkan gejala menopaus dalam kerjaya saya? Mungkin, mungkin.

Pernahkah kamu dengar bahawa tak kira betapa seronok pun seseorang itu dalam pekerjaannya, akan ada satu detik yang paling bosan? Apa? Tak pernah?

Tak apa. Buat-buat pernah, okey?

“Zufa! You sudah siap itu drawing kaa?”

Selalunya saya jadi kelam-kabut bila mendengar suara itu. Tetapi tidak hari ini. Suara itu sekejap tenggelam, sekejap timbul. Lama-lama terus hilang. Haha.

“Belum lagi la, Mr C. Hari ni saya tak ada mood, boleh tak?”

“Aiyaa. You jangan main-main woo. Nanti itu customer chase woo. I want it before lunch - on my table”

“I don’t know. I don’t care. I want to be Stacy. Yeahhh!” (tetiba)

Errr. Agak-agak, kalau jadi Stacy – dia bosan tak hari-hari kena pecah tekak, hari-hari kena praktis melompat?

Kenapa bah, kau berubah. Kenapa bah :P

Thursday, January 14, 2010

Tiru macam saya

Saya pernah diajukan soalan ini oleh seorang kawan,

“Cikgu kata, kalau nak senang buat karangan kita kena banyak baca. Apa yang engko baca?”

“Errr. Ujang!”

“Engko jangan nak menipu!”

“Betul. Tapi aku sebenarnya lagi suka baca Doraemon. Dengan Gila-Gila. Oldskool kan aku?”

“Ah, engko ni kedekut ilmu!”

“Okeylah. Apa yang engko nak dengar sebenarnya? Aku baca Sejarah Melayu karya Tun Sri Lanang?”

Saya memang suka subjek Sejarah. Tetapi membaca Sejarah Melayu yang tebal 2 kali batu-bata tu, terus-terang saya kata – saya tak sanggup! Saya pernah cuba sekali. Dua kali. Tiga kali. Ok, saya menyerah kalah. Memang ubat tidur yang mujarab. Kalau ada sesiapa yang menghidap insomnia, cubalah Sejarah Melayu. Saya jamin tidur lena sampai Subuh. Haha.

Kebenarannya ialah, saya belajar buat karangan dengan meniru. Bermula dengan meniru bulat-bulat. Lepas tu tiru petak-petak. Kemudian tiru sejemput-sejemput saja. Tukar sana, tukar sini. Dan wallah! Terhasillah mahakarya chenta yang meletops sampai cikgu ternganga. Lalu cikgu pun berkata,

“Mari sini, Zufa. Bacakan karangan kamu kuat-kuat biar semua kawan dengar”

Muahaha :P

Pelajaran yang paling penting dan jangan sekali-kali lupa ialah, hanya tiru daripada sumber yang terbaik. Kalau ingin menulis karangan berasaskan fakta, bacalah rencana dalam akhbar. Rencana ditulis berdasarkan keadaan semasa, dan tidak ada sumber yang lebih baik selain daripada wartawan akhbar. Siapa suruh tiru karangan daripada buku rujukan? Apa kellas?

Saya pernah terkantoi sebab tiru karangan yang disiarkan dalam majalah sekolah. Tiru satu dua perenggan saja. Eh, banyaknya! Sebab itu merupakan karangan genre melankolik yang saya mati akal nak siapkan. Sedang saya tenggelam dalam penghayatan ketika segmen Membaca Karangan Sendiri dalam kelas, seorang budak bernama Izzad Zalman menjerit,

“Cikgu! Zufa tiru karangan dalam majalah sekolah!”

Ceisss. Keji, okey? Memalukan beta di hadapan rakyat jelata. Rupa-rupanya, Izzad Zalman tak puas hati,

“Cikgu! Karangan saya lagi sedih sebab saya tulis Bapak saya mati. Mati kena baham buaya pulak tu. Zufa punya tak cukup sedih sebab cuma Nenek dia yang mati”

Hmmm. Kan saya dah kata, karangan tu melankolik? Itulah. Korang tak perchaya!

Sehingga kini, saya masih yakin bahawa cara terbaik kita belajar ialah melalui peniruan. Orang Jepun, Orang Korea – semuanya berjaya dengan cara ini. Yang paling hebat meniru ialah anak saya,

“Kemash ni, kemash shepat! Shepahnyaaa!”

Entah siapalah yang ditirunya tu. Macam kenal :P

Dan itulah puncanya


Ramai orang telah sedia maklum tentang ketakutan saya terhadap nombor. Kadang-kadang bila orang suruh saya congak nombor dalam kepala secara tiba-tiba, itupun boleh menyebabkan saya terasa semput tak tentu pasal.

Keadaan ini berbeza apabila saya melihat tanda harga RM297 dengan diskaun 20%. Macam magik, terus otak saya dapat jawapan RM237.60. Sungguh ajaib di situ. Sebenarnya, tidaklah begitu ajaib. Saya hafal saja. Entah kenapa, banyak pula barang yang berharga RM297 dengan diskaun 20%. Mungkin komplot harga. Haha.

Sejak kecil, saya jenis yang suka bertanya. Pengasuh saya, yang saya panggil Mak - ada gelaran khusus untuk saya. Dipanggilnya saya Kak Nam. Bila saya tanya,

“Kak Nam tu apa? Saya anak sulung, kena panggil Kak Long. Saya bukan anak nombor enam, jadi tak patut panggil Kak Nam”

“Itulah Mak cakap. Kamu ni banyak tanya! Sebab tu kena panggil Kak Nam”

“Kalau saya banyak tanya, patutnya panggil saya Kak Nya lah!”

Hah, masa ini Mak dah pening. Tak mahu layan saya bercakap lagi. Kahkahkah!

Berbalik kepada kecenderungan untuk banyak bertanya tadi – perangai tersebut saya bawa pula ke sekolah. Pernah ketika dalam darjah 6, kami belajar bab Perimeter. Cikgu Sharifah lukis bentuk bersegi-segi macam huruf L lalu menyuruh kami mengira ukur lilit keseluruhan. Saya pun mengira dengan lajunya (masa tu saya masih belum fobia dengan nombor), tetapi di pertengahan jalan saya musykil kerana ada satu bahagian yang tiada ukuran,

“Cikgu, macam mana nak kira semua, ada yang cikgu tak bagi ukuran?”

“Yang itu kamu kena kira sendiri”

Oh, kena kira sendiri! Ok. Fikir punya fikir – tapi saya tak tahu macam mana nak kira sendiri.

“Cikgu, saya tak tahu macam mana nak kira. Tadi cikgu tak ajar pun?”

Haha! Sebenarnya satu kelas pun tak tahu tapi tak ada seorang pun yang berani bertanya kepada cikgu. Sebab apa? Sebab mereka takut cikgu kata mereka tak pandai.

Kawan sebelah saya pula mentertawakan saya. Saya tak kisah kalau cikgu gelakkan saya. Tapi kalau kawan sebelah gelak, saya sedih. Sebab apa? Sebab saya ingatkan dia boyfriend saya. Masa tu jugak saya clash dengan dia.

Sewaktu saya di Tingkatan 4 pula, cikgu Matematik Tambahan saya yang baru pulang berkursus berkata,

“Okey, hari ini kamu dibenarkan tanya apa saja tetapi dengan syarat tidak ada soalan yang serupa”

Satu demi satu pertanyaan dilontarkan. Setibanya giliran saya,

“Cikgu, boleh cikgu ulang semula bab pengamiran?”,

dan menyangka itulah soalan paling bijak abad ini. Cikgu saya dengan senang hatinya menjawab,

“Kamu pergi duduk mencangkuk kat tangga sana dan jangan masuk kelas selagi kamu tak ingat macam mana nak kamir”

“Okey cikgu. Tiba-tiba saya dah ingat”

“Baguslah kalau ingatan kamu dah pulih”

Hah. Itulah puncanya saya takut nombor. Selepas kejadian itu, jangan kata pasal nombor, tanya soalan pun saya takut :P

Tuesday, January 12, 2010

All I need to know I Iearned in kindergarten


....ialah sebuah buku tulisan Robert Fulghum yang saya beli pada harga RM3 sahaja ketika Jualan Buku Terpakai. Saya pilih buku ini sebab –

  • Saya nak cukupkan pembelian buku sehingga RM50.
  • Saya pening untuk mencari buku-buku lain yang berlonggok-longgok.
  • Keadaan buku-buku terpakai sememangnya tidak menyelerakan, dan saya seorang yang judge the book by its cover (walaupun saya selalu menafikannya).
  • Buku itu terletak paling hampir dengan kaunter dan kulit bukunya nampak cantik sedikit berbanding buku-buku lain.
  • Buku itu mempunyai label #1 Bestseller.

Share everything.

Play fair.

Don’t hit people.

Put things back where you found them.

Clean up your own mess.

Don’t take things that aren’t yours.

Say you’re sorry when you hurt somebody.

Ini hanyalah sebahagian kecil daripada nasihat-nasihat lain yang terkandung dalam buku tersebut. Semua nasihat ini bukanlah idea-idea yang baru. Bahkan sekadar ayat-ayat common sense semata-mata. Tetapi itulah keindahan nasihat yang evergreen. Memang tak luput dek hujan, tak lekang dek panas. Pun begitu, kita sering terlupa dan terlepas pandang mengenainya kerana merasakan perkara itu sesuatu yang remeh-temeh.

Insiden pengeboman gereja dan rumah ibadat Kristian - dengan segera mengingatkan saya kepada buku ini. Atas sebab itu jugalah, entry ini ditulis dengan memetik banyak kata-kata daripada buku tersebut.

Tatkala pelbagai pendapat dan saranan diketengahkan berkenaan kes yang sedang gempar satu Malaya, termasuklah ajakan berdiskusi di kalangan pelbagai pemimpin agama - saya cuma ada satu usul sahaja,

Just say you’re sorry.

Ramai orang tidak faham bahawa lontaran bom ke atas gereja bukan kerja vandalisme semata-mata, melainkan satu reaksi yang cuba menyatakan bahawa,

Kami marah kerana kamu mempersendakan Tuhan kami. Kamu tahu, tapi kamu pura-pura tidak mengerti. Kami sengaja melempar bom, kerana kami mahu kamu rasa letupan bom di hati kami.

Tetapi orang bukan Islam tidak faham mesej ini. Namun, mereka tidak boleh dipersalahkan.

Orang Islam sendiri pun tidak faham. (?)

Friday, January 8, 2010

Anak yang bijak boleh dicipta!


Wah, tajuknya macam nak bercerita tentang anak saya. Tapi bukan, bukan, bukan. Saya tidak mahu cerita pasal anak bujang itu. Ini bukanlah masa yang tepat. Bila menulis kita mesti ada ‘feel’, maka barulah penulisan akan menjadi lancar tanpa sebarang sekatan. Masalahnya, saya ketiadaan ‘feel’ itu ketika ini. Muahaha :P

Berdasarkan pembacaan saya, terdapat 2 teori tentang kecerdasan IQ. Yang pertama, kepandaian diwarisi daripada genetik. Dan yang kedua, kecerdikan boleh dicipta dengan melakukan aktiviti yang dapat merangsang perkembangan minda anak-anak.

Dalam Islam, halatuju pembentukan generasi bermula daripada pemilihan calon isteri dan calon suami lagi. Diikuti dengan bagaimana suami menggauli isteri – masa, tempat, kaedah. Semuanya ada peraturan. Bukan main taram saja.

Apabila si isteri disahkan hamil, ada pula amalan-amalan yang digalakkan dalam Islam. Sehinggalah bayi itu dilahirkan, disambut pula dengan azan dan iqamah. Disusuli dengan pemberian nama yang baik-baik dan dimeriahkan dengan aqiqah. Pendidikan berterusan dari tapak mula sampai habis ke liang lahad!

Ini merupakan satu proses pembentukan baka yang terpilih. Bukan setakat pandai otak saja, tapi tak pandai hidup.

Bercerita tentang bagaimana ibu bapa yang bijak akan melahirkan anak yang bijak – ya, saya bersetuju juga dengan pendapat ini. Bak kata pepatah Melayu, ke mana jatuhnya sate Haji Samuri kalau bukan ke dalam kuah kacang. Eh? :P

Tetapi, janganlah sampai pepatah ini membuatkan kita berasa putus asa sekiranya kita dipandang sebagai tidak bijak.

“Alamak, aku bukan Engineer macam Cik Fid – macam mana anak aku nak jadi genius ni?”

“Oh, siapalah aku – hanyalah seorang Kuli di Kilang Kicap bukan Mandor Kilang Multinasional macam Mommy Lyna”

“Aiseh, Mynie tu bolehlah. Dia best student! Aku ni, masuk Sekolah Sains pun kena tendang keluar”

"Aku nak anak aku jadi Doktor, tapi aku sendiri nak pakai tiub kencing pun melalak. Tak ada harapanlah nampaknya. Drwati tu dia memang Doktor!"

Jangan, jangan, jangan! La Tahzan. Jangan Bersedih :P

Kepandaian hanyalah satu kemahiran. Kepandaian boleh dicipta, dibentuk dan dipertingkatkan.

*eh, senang saja ni, bunyinya macam buat karipap saden :P

Berusahalah! :P

Tips yang kedua


Terdahulu, saya menulis,

“Bila bertanya, bertanyalah kepada yang Pakar”

Sekarang saya ingin menambah satu lagi tips. Eceh.

“Apabila mendengar, dengar apa yang dikatakan. Bukan siapa yang mengatakannya”

Contoh 1
Ketika berusia 12 tahun, saya bertanya kepada Nenek (kini telah arwah),

“Nek, macam mana nak bagi hilang jerawat kecik-kecik ni?”

“Nenek dulu letakkan aje taik idung kat situ. Nanti hilanglah. Hehe”

Haaa?

Contoh 2
Seorang kakak memberitahu saya, petuanya memiliki kulit muka yang putih mulus ialah dengan menyapukan tuala wanita terpakai (ya, yang ada tompokan darah period korang tu) setiap kali ingin mandi. Sebagai nota tambahan, kakak ini ialah seorang pelajar sekolah agama yang kemudiannya menyambung pengajian Ilmu Wahyu dan Sunnah di sebuah universiti yang ada perkataan ISLAM pada namanya.

Haaa?

Contoh 3
Seorang ibu mertua memberitahu menantu perempuannya bahawa ketiga-tiga anak lelakinya ada masalah asthma yang kritikal sewaktu kecil. Pelbagai cara telah dicuba. Akhirnya, ada satu petua yang benar-benar berkesan,

“Air kencing si ibu hendaklah diletakkan dalam sebuah bekas. Biarkan berembun pada malam Jumaat. Esoknya, campurkan dengar air dan bagi anak minum. Tapi, selawat dulu. InsyaAllah sembuh!”

Haaa?

Baik. Sekarang saya ingin mengemukakan pendapat saya. Saya tidak mahu berhujah dengan ayat-ayat Al-Quran yang panjang berjela kerana itu bukan kepakaran saya. Itu juga bukan bidang saya. Itu semua di luar pengetahuan saya. Saya pelajar ilmu sekular yang tahu mengaji sikit-sikit. Itu saja.

Tetapi – ya, mesti ada tapinya. Kita mesti faham betul-betul bahawa Islam itu Suci. Murni. Bersih. Wangi. Kemas. Teratur. Apa juga yang bertentangan dengan ini – itu bukan saranan Islam.

Jadi, kalau kamu ada masalah jerawat – cuci muka bersih-bersih. Pakailah Oxy. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Buat rawatan muka. Jangan calit tahi hidung apatah lagi gonyoh darah haid pada muka kamu. Kotorlah!

Dan kalau anak kamu ada asthma – carilah apa puncanya. Sebab tak tahan sejukkah? Sebab makanankah? Sebab alergi habukkah? Jangan sumbat perut anak kamu dengan urin kamu, yang kamu sendiri tak tergamak nak hirup. Najislah!

Kenapa kamu tak percayakan saya?


Saya betul-betul tidak faham dengan sikap manusia.

Bila tak tahu, tak mahu bertanya. Bila bertanya, tak mahu merujuk kepada yang Pakar.

Lebih-lebih lagi dengan hal berkaitan perubatan yang melibatkan persoalan hidup dan mati. Kamu jangan main-main. Dan kamu jangan memandai-mandai. Silap haribulan kamu aniaya hidup orang!

Saya sedang bercakap tentang hernia. Seorang bapa mengadu, anaknya disahkan hernia oleh Doktor. Lalu si bapa tadi meminta pendapat ahli yahoogroup bagaimana mengatasi masalah tersebut.

Mula-mula saya diam. Tunggu dan lihat.

Satu demi satu respon diterima. Lama-lama saya tak boleh tahan. Kenapa? Sebab banyak yang tak betul daripada yang betul.

Saya keliru.

Kalau kamu boleh menggunakan internet untuk menyertai yahoogroup, kenapa kamu tidak boleh melayari internet untuk mencari maklumat penting tentang hernia?

Kalau Doktor telah mengesahkan bahawa memang anak kamu ada hernia, kenapa kamu tidak merujuk kepada Doktor Pakar yang telah berpuluh kali merawat hernia? Bukan satu Doktor saja, ya. Carilah 2-3 Doktor supaya kamu boleh dapatkan pandangan yang jelas.

Sebaliknya, kamu lebih suka cari daun yang macam-macam jenis, layurkan dan balut pada telur anak kamu – padahal kamu tak tahu menahu apa yang berlaku. Dukun kata tuam, kamu tuam. Pawang kata kena pantang makan pisang, kamu pun sanggup tak makan pisang. Bidan kata, ini namanya angin pasang – kamu pun percaya memang ada angin berputar-putar dalam telur anak kamu.

Sekarang saya mahu kamu dengar apa saya kata.

Saya kata - kamu ni belajar tinggi-tinggi, tapi bodoh tingkat-tingkat.

Ahhh....kamu tak percaya pulak!

Cukup solat saja belum cukup


“Anak lelaki makcik tu baik orangnya. Sembahyang tak pernah tinggal!”

Saya mengesan unsur-unsur riak yang membuatkan usus perut terasa hendak terkeluar daripada kedudukan asalnya. Betul. Saya menyampah.

Saya pernah berkata kepada seorang kawan, apabila kita berkata sesuatu – atau menulis sesuatu, dengan mudahnya orang lain akan dapat menghidu motif kita. Kalau kita memang berniat menunjuk-nunjuk, orang akan dapat merasainya walaupun kita mati-mati menafikan. Biarpun orang lain itu tidak dapat melihat wajah kita saat itu.

Oleh itu, makcik – saya tahu bahawa makcik sedang membangga diri. Hahaha!

Mempunyai anak lelaki yang cukup solat 5 waktu sehari semalam memang membuatkan perut ibu mengandung sejuk. Tetapi, nada seorang ibu yang terharu – dengan nada seorang ibu yang berlagak tak kena tempat – sangat jauh bezanya.

Memang benar, saya bukanlah seorang Muslim yang sempurna. Namun, perlu diingatkan bahawa solat 5 waktu adalah Rukun Islam yang kedua. Dalam erti kata lain, kalau tak cukup 5 waktu – kamu bukanlah seorang Islam. Bermakna, kamu adalah kafir? Na’uzubillah hi min zaa lik. Dan apakah yang membezakan antara seorang Muslim dengan orang kafir? Sudah tentulah solat. Solat adalah perkara paling asas selepas mengucap 2 kalimah syahadah. Tanda syukur seorang hamba terhadap Penciptanya.

Memenuhi tuntutan solat memang sukar. Untuk mencukupkan 5 waktu itu satu hal. Untuk memastikan setiap solat dilaksanakan pada awal waktu itu juga banyak cabarannya. Dugaan ketika sedang solat juga tidak kurang hebatnya. Misalnya, anda sedang rukuk pada rakaat keempat solat Isya’ apabila tiba-tiba terdengar bunyi G-E-D-E-B-U-K! Yang diikuti tangisan nyaring si kecik comel. Apa yang akan anda lakukan?

Saya mengaku, saya akan sebut, “Ya Allah, anak aku!”,

meninggalkan solat saya yang hampir selesai – lalu berlari mendapatkan anak saya. Hmmm. Petanda selemah-lemah iman, mungkin? Sudah tentulah bukan niat saya untuk membatalkan solat, melainkan itu adalah tindakan refleks yang berlaku secara semulajadi. Sekarang saya faham, kenapa solat wanita yang berkahwin lebih tinggi pahalanya berbanding dengan solat wanita yang masih bujang. Pahala yang dijanjikan bukannya datang bergolek. Apakah kamu fikir kamu akan beroleh rahmat sedangkan kamu tidak diuji?

Itu baru bab solat. Untuk menjadi seorang Muslim yang baik, solat bukanlah satu-satunya penentu ukur sama ada seseorang itu boleh dikatakan baik atau sebaliknya. Kehidupan seorang Muslim bukan hanya ada dia dan Tuhannya. Seorang Muslim juga ada tanggungjawab lain yang terpikul di atas bahunya. Sebagai seorang anak. Seorang bapa atau seorang ibu. Seorang suami atau isteri. Seorang menantu. Seorang mertua. Seorang jiran. Seorang pekerja. Ah, terlalu panjang jika ingin disebut satu persatu.

Islam itu satu cara hidup.

Cukup solat tidak menandakan anda seorang yang cukup baik. Tetapi cukup solat itu wajib.

Thursday, January 7, 2010

Naluri lelaki


Ingat tak, semalam saya kata saya terasa nak demam?

Hmm. Betul-betul jadi demam! Tapi pagi ini saya sudah sembuh, malah terus memecut ke Kilang Kicap Cap Ayam dengan jayanya berkat kegigihan saya mengamalkan perubatan Ayurveda-Vadevas-Saya itu. Hua hua hua. Sekali lagi kamu tewas wahai Panadol :P

Sekembalinya dari Kilang – si kecik yang comel juga dijangkiti demam. Sekejap panas, sekejap normal. Oleh kerana saya berada dalam keadaan ting-tong, saya cuba memujuk si kecik supaya beradu bersama-sama. Mula-mula di bilik depan. Lepas tu beralih ke bilik tengah. Kemudian ke bilik belakang. Pelbagai posisi menyusu juga telah diaplikasikan. Dari gaya gajah duduk ke gaya kambing menyondol hinggalah ke gaya kerbau menanduk – si kecik budak bertuah itu tidak mahu juga tidur. Akhirnya saya terlelap di lantai dapur, manakala si kecik bijak yang tiba-tiba lupa bahawa dirinya itu ialah pesakit demam - mulai sibuk dengan aktiviti tutup-buka botol air. Whatever. Asalkan kau bahagia, anakku.

Namun kesedapan berbaring akhirnya tiba di penghujung mimpi kerana saya dikejutkan dengan siren si budak kecik. Pada awalnya, bunyinya sekadar sepoi-sepoi bahasa. Tiba-tiba semakin lama semakin kuat. Dan kuat. Lalu bertambah nyaring. Wah! Memang tak boleh tahan. Naluri keibuan cukup menebal, lalu saya pun meloncat dari katil (ya, tiba-tiba saya tidak lagi di lantai dapur) seraya berkata,

“Apahal? Apahal?”

Kelihatan Mr Daddy sedang mengendong si kecik comel,

“Hidung dia tersumbat agaknya”

Saya pun mengambil alih tugas lalu bermulalah sesi hati hangin yang menyeksakan.

Seperkara yang saya kurang gemar tentang demam ialah, virus kepanasan itu membuatkan saya buta mata, buta hati dan buta fikiran. Apabila sistem badan gagal berfungsi mengikut aturan, segala-galanya jadi tunggang-langgang. Semuanya jadi panas. Panas satu badan.

Sebetulnya, saya rasa bagai nak pitam. Sesi pujuk rayu anak teruna gagal. Kepala saya pula hanya mengidamkan bantal, bukan menanggung beban seorang budak berusia 2 tahun. Sedangkan Mr Daddy menyambung keseronokan menonton TV. Apakah?!

Saya seperti biasa mengulangi ritual “Cobaaaannn”.

Tidak lama kemudian Mr Daddy masuk ke bilik, lalu menunaikan solat Isya’. Alhamdulillah. Akan tamatlah episod penderitaan saya. Tetapi solat 4 rakaat itu saya rasakan begitu panjang. Rupa-rupanya Mr Daddy sudah selesai solat, tetapi hanya berdiri di sana sambil merenung saya yang sedang mendukung si kecik.

“Tolong tengok je, Yang? Awak nak bagi bini awak mampos ke?”

Ayat memang kurang ajar. Tapi nada suara adalah selembut sutera.

Mr Daddy bingkas memangku jawatan Pendukung-Anak-Malam-Ini-Sahaja tanpa berkata apa-apa.

Ahhh, naluri lelaki. Adakah perlu jadi pahat, bila diketuk baru jalan?

Untukmu, agamamu. Untukku, agamaku


Akhirnya, Mahkamah Tinggi menangguhkan pelaksanaan perintah yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan Herald - The Catholic Weekly.

Banyak sungguh isu yang melibatkan agama Islam di Malaysia kebelakangan ini. Tetapi yang paling menarik perhatian saya ada tiga – pengharaman yoga, sejadah berdiri dan tentunya, isu pemakaian nama Allah bagi penganut bukan Islam. Bab sejadah berdiri itu sememangnya yang paling bodoh.

Pada hemat saya, panggilan Allah tidak melibatkan isu akidah – tetapi melibatkan isu bahasa. Jangan kata agama Kristian, agama Buddha bahkan agama Hindu sekalipun boleh menggunakan nama Allah. Tiada masalah bagi saya. Allah tetap satu. Asalkan Allah itu tidak disamakan dengan Tuhan Triniti, Tuhan Topekong atau Tuhan Gajah yang mereka sembah.

Memang betul, terdapat beberapa perkataan yang dikhususkan untuk kegunaan orang Islam sahaja. Sebagai contoh, perkataan umat. Untuk bukan Islam, kita panggil penganut. Perkataan Allahyarham juga hanya untuk orang Islam. Untuk bukan Islam, kita sebut mendiang. Saya tidak tahu bagaimana keadaannya di negara luar. Tetapi di Malaysia, begitulah. Sungguhpun demikian, sekali lagi - ini semua membabitkan isu bahasa, bukan isu akidah.

Saya ambil contoh Surah Al-Kaafiruun yang membawa maksud,

Katakanlah: "Hai orang-orang kafir,
Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,
Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah.
Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah.
Untukmu agamamu, dan untukku agamaku.

Saya rasa, daripada kita melatah terpekik terlolong macam kera terpijak ekor, adalah lebih baik agenda memperkuat akidah diperhebatkan. Sampai bila kita ingin menjadi umat Islam (Melayu) yang tidak memiliki antibodi? Asal dicucuk sikit, terkehel. Asal dicuit sikit, tersadung.

Kadang-kadang, saya hairan bagaimana orang Islam (Melayu) di Malaysia ini boleh menjadi terlalu nipis imannya. Sedangkan cabaran orang Islam di negara lain jauh lebih hebat. Ujiannya jauh lebih getir. Namun itu semua tidak sesekali menjejaskan keimanan mereka untuk mengakui keesaan Allah.

Saya ingin melihat isu ini dari sudut yang positif. Moga-moga lebih ramai lagi penganut Kristian yang ingin mengucap kalimah syahadah selepas ini. Mana tahu, kalau-kalau terbuka pula hati mereka untuk mengkaji surah Al-Ikhlas,

Katakanlah (wahai Muhammad) Allah itu Maha Esa.
Allah itu selama-lamanya tumpuan seluruh makhluk.
Tiada pernah beranak dan tiada pula pernah diperanakkan.
Dan tiada siapa pun yang setanding dengan-Nya.

Kepada mubaligh Kristian – hei, apa kamu ini sudah ketandusan idea untuk menyebarkan dakyah kamu?

Wednesday, January 6, 2010

Pilsulphobia

Saya rasa tak sihat.

Kepala berdenyut-denyut. Ngap ngap ngap.

Belakang mata macam dicucuk-cucuk. Nyet nyet nyet.

Dari malam tadi, suhu dalam badan adalah seperti di Afrika. Suhu permukaan kulit pula bagaikan di Antartika. Sangat kontra. Eeee. Cuba tengok. Bulu roma saya semuanya tegak berdiri. Hihihi :P

Siapakah yang perlu dipersalahkan dalam hal ini? Mr Daddy! Punca kuman-kuman demam menyinggahi saya. Benci. Saya tak suka sakit.

Mr Daddy dan Panadol adalah kembar tak seiras yang sehati berdansa. Sakit gigi – Panadol. Demam – Panadol. Sakit kepala – Panadol. Selesema – Panadol. Sakit perut – Panadol. Cirit-birit pun Panadol?

Saya tahu, mesti korang nak berceramah suruh saya telan Panadol. Maaf ya. Tidak pernah seumur hidup saya menelan ubat selain Asid Folik yang dibelah empat. Telan ubat air tak apa. Yang berbiji, yang berkapsul – no way Jose! Pelikkah? Adakah saya satu-satunya manusia di muka bumi ini yang enggan menelan ubat?

Sebetulnya, bukan tidak mahu. Tapi penakut. Hahaha! Bila cuba menelan, pil itu seperti tersengkang di kerongkongan. Kalau tak pun, sekejap-sekejap meluncur ke depan. Sudahnya, pil mula mencair lalu menerbitkan rasa pahit di tunas rasa dan lelangit. Yuck! Adakah perkataan khusus bagi mereka yang penakut telan ubat? Pilophobia? Kapsulphobia? Pilsulphobia?

Saat yang paling mendera perasaan bagi saya ialah ketika dipaksa menelan ubat. Sangat terseksa batinku. Puas saya sorok pil dan kapsul. Bawah lidah. Tepi gigi. Selalunya kantoi juga. Ada sekali, saya terlepas. Mati-mati Bapak ingat penyakit fobia saya telah sembuh. Saya tersenyum girang. Yezzaa. Lakonan yang mantap!

Tengok-tengok Bapak pergi kira berapa biji pil yang tinggal dalam peket. Aiseh. Kantoi lagi. Nak buat macam mana, kan. Bapak lebih bijak dari saya. Tak apa. Kali berikutnya, saya buang pula ubat pil sebiji demi sebiji dalam tong sampah. Hahaha! Bijak, bijak. Seperti biasa, Bapak lebih bijak lagi. Bapak selongkar tong sampah u’ols! Tak apa. Saya campak pula pil dalam longkang :P

Nasib baik sekarang Bapak dah tak koser lagi nak memaksa saya. Degil sangat :P

Jadi apakah penawar mujarab saya?

Dulu, Peel Fresh. Kalau tak dapat Peel Fresh, Ribena pun jadilah. Lepas tu minum air bertong-tong. Pencapaian terbaekk saya ialah menggogok 6 liter air masak dalam satu malam. Faham-faham sajalah apa yang berlaku seterusnya. Berbesen-besen urin yang keluar. Fuh. Jenuh!

Selalunya kekdah perubatan Ayurveda Vadevas saya itu berjaya. Kalau tak berjaya juga menurunkan suhu seperti sediakala, jalan terakhir ialah Panadol Soluble. Kahkahkah! Terima kasih kepada pencipta Panadol Soluble. Saya sangat terharu dengan teknologi itu.

Ada sesiapa yang sekapal dengan saya? :P


Tuesday, January 5, 2010

AJL 24

Anugerah Juara Lagu bakal berlangsung hujung minggu ini. Sejujurnya, saya tidak begitu ghairah untuk menyaksikannya kali ini. Sebabnya cuma satu – Jaclyn Victor tidak ke Peringkat Akhir. Sedih, ok? W-H-Y? Sebab dia tak pakai baju yang boleh membuatkan mana-mana bahagian terjojol? Atau sebab suaranya terlalu dahsyat?

Yalah, yalah. Saya mengaku saya dilahirkan pada zaman 80-an. Zaman kegemilangan rock. Petik-petik gitar akustik untuk irama rock memang tangkap syahdu. Bila sampai bahagian not tinggi, penyanyi seperti Amy Search akan mengeluarkan suara nyaring ikut hidung. Fuh. Skil yang sungguh mantap di situ.

Walau apapun, saya akan tonton juga nanti. Maklumlah, lagu kegemaran anak teruna saya itu berjaya disenaraikan. Cuba teka lagu apa?

Pakai Buang oleh Stacy.

Ceisss. Mentang-mentanglah 24 jam berkepit dengan lampin pakai buang. Terasa dekat di hati ya, anakku?

Oh, kalaulah korang boleh tengok gaya anak teruna saya berdansa sambil menyanyi,

“Kenapa bah, kau berubah. Kenapa bah?”

Siap ada dengung idgham ma’al ghunnah tu! Perghh. Tobat mak. Siapa yang mengajar ni? *tak tahu, Adek tak tahu*

Lagu-lagu lain yang menjadi igauan anak teruna itu antaranya ialah,

“Please, please, please. Kamu jangan nakal” dan

“Jika kau ubah fikiran. Aku kan setia menanti” dan

“Selama aku masih bisa bernafas. Masih mampu berjalan. Ku kan selalu memujamu”

Dalam banyak-banyak lagu, lirik terakhir tu memang tak boleh tahan. Lagu tema Sekar u’ols! Kahkahkah :P

Saya agak runsing juga dengan perkembangan drastik yang melanda anak teruna saya itu. Hisy. Memanglah pergerakan ala-Stacy itu dapat membantu otot-otot kardiovaskular. Tapi? Ahh, faham-faham sendirilah.

Namun, apabila anak saya mula berzikir,

“Astaghfirullah minal khotoo yaa. Astaghfirullah robbal baroo yaa”,

saya terasa sedikit lega. Tetapi perasaan lega itu tidak kekal lama. Tidak lama kemudian kebimbangan saya datang kembali. Aghh!

Berbalik kepada AJL 24, ketiadaan Jaclyn Victor itu telah pun terubat dengan tersenarainya Faizal Tahir – Bencinta dan Yuna - Dan Sebenarnya. Berusahalah kamu berdua!

Errr, anak-anak korang ada lagu favourite yang mampu memeningkan kepala korang tak?

:P

Hari pertama ke sekolah

Saya tersenyum simpul membaca satu demi satu entry daripada bloggers yang menghantar anak masing-masing ke tadika dan sekolah rendah buat pertama kalinya. Giliran saya akan tiba juga satu hari nanti. Ketika itu, tak tahulah apa yang akan saya coretkan agaknya. Hihi :P

Zaman saya dulu-dulu, pendidikan prasekolah bermula sebaik sahaja mencecah umur 6 tahun. Tidak seperti masa kini, yang mana kebanyakan kanak-kanak memulakan pembelajaran formal mereka seawal 3 tahun. Tadika, menurut kawan-kawan terdekat saya – dipanggil sebagai sekolah makan-minum-biskut jagung-dan-teh O. Hahaha! Entah kenapa, sampai sekarang saya masih merasakan bahawa biskut jagung di tadikalah yang paling sedap.

*tetiba rasa nak singgah Kedai Runcit balik nanti sebab nak beli biskut jagung*

Namun begitu, berbeza dengan ibu bapa hari ini, saya dulu tidak ditemani sesiapapun ketika hari pertama mendaftar.

Hari pertama ke tadika – saya terus naik bas besar gabak yang mengambil saya di depan rumah. Terhegeh-hegeh saya memanjat tangga bas tau. Maklumlah, saya tidak berapa tinggi. Hari itu, tidak sepertimana biasa – Ibu dan Bapak keluar ke pejabat lewat sedikit semata-mata untuk melihat saya selamat menaiki bas sekolah. Saya masih ingat lambaian Ibu dan Bapak tatkala saya berjaya mencari tempat duduk kosong - lalu saya membalas pula lambaian mereka.

*tetiba digamit nostalgia*

Saya tidak menangis. Bahkan saya perasan dah jadi budak besar sebab saya boleh naik bas sendiri. Kahkahkah! Perasaan yang sangat membangga diri di situ.

Tetapi waktu pulang dari sekolah, saya mengalami perubahan sikap sebanyak 360 darjah. Saya melalak bagai nak gila dalam bas. Ini kerana, saya merupakan orang terakhir yang dihantar pulang berdasarkan kedudukan geografi rumah saya. Saya sangat cuak. Saya ingatkan pemandu dan attendan bas berbangsa India itu ingin menculik saya. Siap terjerit-terlolong,

“Hantar saya balik! Hantar saya balik! Abang ni orang jahat ya?!”

Masa tu saya dah nekad nak terjun ikut tingkap bas. Itulah. Banyak sangat tengok action movie :P

Ketika hari pertama melangkah masuk ke Tahun 1 pula, saya rasa tak sabar-sabar nak ambil UPSR. Poyo je :P Kekejian saya terserlah sewaktu melihat seorang budak perempuan bertocang dua menangis teresak-esak walhal bapanya ada berdiri di tepi tingkap itu. Selamba saja saya memberikan segmen motivasi ala Fadzillah Kamsah,

“Awak ni tak pernah sekolah ke? Awak jangan menangis. Awak kawan dengan saya, ya? Saya ada bawak bekal roti sapu jem. Sedap!”

Perghh. Padahal Fadzillah Kamsah belum wujud lagi masa tu. Sungguh berkepimpinan, kan? Kahkahkah! Poyo lagi :P

Sekian kisah hari pertama saya ke sekolah.

:P

Mad about Cik Kiah

Hai. Nama saya M-I-O. Saya ingin membuat pengakuan. A Confession of An IKEAholic. Selagi saya tidak bercakap mengenainya, saya sangsi sama ada saya dapat mengubati penyakit saya ini. Kahkahkah!

Saya jadi gila bila tengok katalog IKEA. Ini nampak best. Itu nampak best. Paling best bila tengok harga. Wah! Tidak perlulah saya berkata panjang mengenainya. Tepuk poket tanyalah duit. Kahkahkah!

Akan tetapi, kegilaan saya tidak tamat di situ saja. Saya berkunjung pula ke gedungnya di Bandar Utama. Sanggup meredah 2 rumah tol yang keseluruhannya berjumlah RM6.40 untuk perjalanan 2 hala. Ya, RM6.40 adalah mahal untuk didermakan ke atas Lebuhraya Damansara-Puchong. Berjimat-cermat amalan mulia –jangan lupa tu!

Sesampainya di IKEA, saya akan diam membisu. Tak percaya tanya Mr Daddy. Khusyuk dan tawadduk. Setiap kali Mr Daddy membuka mulutnya,

“Mana satu yang awak nak beli, Yang?”,

saya tidak akan mengeluarkan sepatah perkataan pun. Sekadar menunjukkan isyarat jari telunjuk tangan kanan ke mulut sambil membuat bunyi,

“Syyyy!”

Saya bukan berlaku biadap. Sebaliknya, saya sedang mewujudkan satu ruang vakum ke atas diri sendiri. Persekitaran yang neutral sangat penting bagi menentukan hala tuju pembelian. Kalau ikutkan hati, memang satu IKEA ni saya nak beli. Kahkahkah!

Apakah yang seronoknya tentang IKEA?

Tak tahulah.

Tetapi saya sukakan idea bahawa setiap perkakas rumah boleh dibentuk-bentuk, disusun-susun dan dialih-alih. Saya sukakan aktiviti memasang dan menskru yang boleh dilakukan sendiri di rumah kerana ini membuatkan saya perasan saya boleh bertukang. Saya juga suka dengan elemen kejutan yang tak berapa terkejut tu – contohnya apabila terdapat tag Pull-Me-Out – saya dengan jakunnya akan buka-katup-buka-katup laci tersebut sesuka hati sambil berkata,

“Oh, I’m so impressed!” Eceh. Tetiba mak speaking London, nyah! :P

Yang paling saya suka ialah aktiviti membeli-belah itu sendiri. Di tempat lain, saya memang akan beli – dan blah. Tetapi tidak di IKEA.

Mula-mula saya akan ambil kertas, pensel pendek yang gemuk dan pita pengukur. Saya akan belek dan belek. Lepas tu seperti biasa saya akan menjalankan rutin buka-katup-buka-katup. Kemudian pergi ke hujung sana, lalu melakukan pusingan U untuk pergi ke hujung sini buat kali kedua. Setelah itu tulis-tulis sikit. Lepas tu main ukur-ukur pulak macam Pua Chu Kang. Tengok atas, tengok bawah. Tengok tepi kiri, tengok tepi kanan. Tengok pula dari jarak 3 meter - kira zoom-out la, tadi kan dah zoom-in :P Akhirnya kembali semula ke pangkal jalan untuk mengambil troli sekiranya kesemua piawaian telah dipenuhi oleh produk terbabit. Kahkahkah! Memang pengalaman yang menakjubkan.

Saat yang paling menyedihkan ialah apabila sudah sampai ke Kaunter Pembayaran. Itu adalah garis penamat yang menandakan kita harus berpisah, wahai Cik IKEA. Sob, sob, sob. Sedih gile ni.

Perpisahan sementara saja. Bulan depan saya datang lagi. Kahkahkah!

Monday, January 4, 2010

Ikhlas tapi jauh

Saya selalu mendengar ayat ini. Kadang-kadang saya juga terikut-ikut menggunakannya. Padahal sepatah haram pun tidak faham maksud sebenarnya. Sekadar sedap menyebut di tekak saja, tapi bila sampai di perut tak berapa nak hadam. Kahkahkah! Teruk betul perumpamaan saya itu, kan? :P
.
Saya cuba juga mencari lirik lagu Ikhlas Tapi Jauh dendangan Zainal Abidin Kulihat Hijau itu. Oh, ternyata hanya Zainal Abidin yang mengerti. Saya merupakan pengguna otak kiri yang dominan, maka bab menafsir apa yang tersirat bukanlah kelebihan saya. Hehe :P
.
Pemahaman saya tentang Ikhlas Tapi Jauh mengikut versi sendiri ialah – Ikhlas Tapi Tak Berapa Nak Ikhlas. Ikhlas tapi jauh hati. Err, ini tidak ada kena-mengena dengan lagu Zainal Abidin, ya.
.
Menurut rancangan Rawat Hatinya Bangunlah Insan – Ustaz dari Indonesia itu menyebut bahawa keikhlasan terbahagi kepada 3 peringkat,
.
Ikhlas sebelum melakukan sesuatu,
Ikhlas semasa melakukan sesuatu, dan
Ikhlas selepas melakukan sesuatu.
.
Sekarang saya faham kenapa mula-mula saya ikhlas. Lepas tu tiba-tiba tak ikhlas langsung. Kemudian ikhlas pada tahap 50-50. Paling teruk ialah dari A sampai Z memang tidak ikhlas, melainkan Kerna Terpaksa Francisca Peters semata-mata. Kata Ustaz itu, ini adalah perkara biasa kerana sememangnya tiada manusia yang sempurna. Apa yang perlu dilakukan ialah, setiap kali kita tersasar dari landasanNya, hendaklah kita kembali memperbetulkan nawaitu kita. Itu saja.
.
Simple, kan? Sebab itu saya suka mendengar Ustaz itu bercakap. Dengan beliau, Islam itu nampak mudah.
.
Dalam sesi soal jawab, seorang penonton bertanya kepada Ustaz tersebut,
.
“Bagaimana kalau kita bekerja semata-mata kerana wang - adakah ini bermakna kita tidak bekerja dengan ikhlas – maka kita tidak menerima pahala atas kerja kita itu?”
.
Saya segera teringat bahawa bekerja itu juga dikira sebagai ibadah. Ibadah bukan setakat Rukun Islam lima perkaaraaaa, marilah kita mengerjakannya – ini lagu nyanyian P. Ramlee tau!
.
Jawab Ustaz tersebut secara berseloroh,
.
“Ya, ada orang bilang – kalau lagi tinggi gajinya, maka pekerjaannya lebih ikhlas, tidak begitu?”
.

Kahkahkah! Saya pun ikut tergelak sama.
.
Ustaz itu menyambung, soal bekerja dan gaji adalah soal hablum minan nas iaitu perhubungan sesama manusia. Pekerja menawarkan tenaga, masa dan kemahiran, manakala majikan pula memberikan imbuhan dalam bentuk gaji sebagai timbal-balas. Sedangkan soal keikhlasan adalah hablum minAlllah iaitu perhubungan antara manusia dengan Allah.
.
Wah! I really like this Ustaz :P
.
Dan siapakah yang tahu tentang keikhlasan seseorang?
.
Tiada siapa. Melainkan individu itu dengan Penciptanya.
.
*P/S : I love you Bos, sulah masuk 2010 ni. Lu jangan lupa wa punya new celery haaa :P
I Love to Talk About Ideas
I like my conversations to be deep and meaningful. I am not a big fan of small talk.
I am open to all sorts of conversation topics, especially if they are unique or interesting. I love it when a conversation takes me somewhere unexpected.

I will talk about anything, even if it's controversial or weird. I'm not shy about speaking my mind.
I may shock people with what I'm willing to talk about, but at least it's more interesting than discussing the weather.