“Rumah kita nanti akan berkonsepkan bumiputera. Kita akan beli barang orang Melayu sahaja. Perkhidmatan orang Melayu”
“Okeh. Saya sokong. Sapa lagi nak tolong orang kita kalau bukan kita sendiri”
Berteraskan niat itu, kami menjelajah ke seluruh pelosok demi menjayakan wawasan rumah baru. Inikan Tanah Melayu? Kami ingatkan senang. Rupa-rupanya susah.
Awal-awal lagi Mr Daddy telah berkata,
“Untuk lampu dengan kipas, kita bagi projek kat kawan saya – Nabil. Dia dah berhenti kerja. Sekarang buat kerja-kerja wiring ni”
Apabila dibuat kajian harga antara kontraktor Cina dengan kontraktor Melayu, perbezaan harga yang ketara dapat dilihat.
“Eh, takkanlah jauh sangat bezanya harga Yang? Takkan takde harga kawan-kawan?”
“Saya dah tanya. Saya cakap Kontraktor Cina bagi harga gini. Kalau dia boleh adjust sikit harga dia, kita proceed”
“Abih tu? Dia cakap apa?”
“Dia kata kalau dengan Cina, dia memang takleh lawan”
“Haihh. Bukannya kita tawar harga barang. Kita tanya harga perkhidmatan. Mahal sangat ke harga tulang 4 kerat dia?”
“Entah. Saya ingatkan kalau dia bagi harga bagus bolehlah kita rekemen kat jiran-jiran”
Menurut ceritanya, si Nabil sudah biasa mendapat tender pemasangan di Pejabat Gomen. Harga yang diberikannya itu adalah “harga standard”. Mungkin kerana sudah sedap makan ikan besar, ikan bilis macam kami tak dipandang sebelah mata.
Dan kami pun berakhir dengan Kontraktor Cina kerana harga titik peluh dan tulang 4 kerat si mata sepet itu lebih murah. Kami bukannya tak nak tolong. Kalau kami kaya, tak perlulah kami berkira.
Lu pikirlah sendiri Nabil.
Walau apapun, berhati-hatilah. Kadang-kadang ada juga kes bila bincang harga dengan Kontraktor Cina bukan main murah, tiba-tiba bila siap pasang bagi harga lain pula. Tambah hook kira lain la. Tambah ini la. Tambah itu la. Ini wayar kena tarik la. Haihh. Macam-macam!
Yang penting, pertahankan hak anda sebagai pengguna dan pembeli. Jika terdapat perbezaan harga semasa rundingan dengan harga selepas pemasangan, suruh saja Kontraktor Cina tu bukak balik. Pedulik hapa. Customer is always right.


