Search This Blog

Loading...

Quotable Quotes



The best of people are those that bring most benefit to the rest of mankind

My Loyal Readers

Friday, July 31, 2009

Fokus terhadap apa yang kita ada

Heh. Adakah ini satu entry ala-motivasi-di-petang-Jumaat? Memandangkan esok kita semua (errr, mungkin tidak semua) akan bercuti hujung minggu, bagus juga kalau ada sedikit renungan bersama sebelum menamatkan waktu bekerja hari ini, kan?
.
A-P-A? Baru pukul 4 petang, ko dah menghitung waktu nak balik, Zufa? *PANGGG!*
.
Kahkahkah! Baiklah, berbalik kepada sesi renungan di My Internal Outlet hari ini:
.
Fokus terhadap apa yang anda ada. Bukan kepada perkara yang tidak anda miliki.
.
Kebelakangan ini saya begitu tergedik-gedik untuk mengikuti seminar di sana sini. Saya berpendapat, selain melanjutkan pelajaran dan mendapatkan kertas penting yang tidak penting itu - yang sudah tentu akan memakan masa dan wang ringgit – salah satu cara untuk menjadi orang bijak pandai secara ekspres rakyat ialah dengan membaca buku – dan menghadiri seminar, bengkel, serta kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Tetapi ya, kadang-kadang seminar sebegini dianjurkan dalam hari bekerja – dan itu adalah mustahil untuk saya ikuti – kecualilah jika Kilang Kicap Cap Ayam ini bapak saya yang punya. Dalam situasi lain, seminar sedemikian dijalankan pada waktu hujung minggu yang mengambil masa 2 hari penuh dan keadaan ini menuntut pengorbanan besar bagi spesies mamalia yang masih menyusukan anaknya. Ececeh.
.
Lantaran itu, saya tiba-tiba terfikir – kalau belum kahwin lagi kan senang? Panjang je langkah nak ke sana ke mari. Lalu saya pun berasa kejelesan terhadap kawan-kawan saya yang masih solo.
.
Manakala kawan-kawan yang masih solo pula berpendapat sebaliknya,
.
“Eh, eh….seronoknya engko. Diam tak diam dah ada anak. Ada family sendiri. Aku jugak yang entah sampai bilalah nak solo macam ni”
.
Errkkk. Gitu pulok doh! Maka insaflah diriku seketika lalu mulai merenung nasib diri sendiri sedalam-dalamnya.
.
Fokus terhadap apa yang anda ada. Bukan kepada perkara yang tidak anda miliki.
.
Kadang-kadang kita menghabiskan terlalu banyak masa untuk mencari apa yang kita tidak ada sehingga mengabaikan apa yang kita ada.
.
Hmm, saya faham ayat di atas.
.
Tetapi bagaimanakah caranya untuk mengisi apa yang kita ada dengan apa yang kita tidak ada itu?
.
*PANGGG!*
.
:P

Satu Malaysia

Cerita berkisar tentang situasi di satu seminar yang saya hadiri baru-baru ini. Program ini dikelolakan oleh penganjur Melayu beragama Islam, dan para peserta majoritinya terdiri daripada orang Melayu Islam juga. Daripada 18 orang peserta keseluruhannya, 5 orang berketurunan India yang beragama Hindu.

Ketika berhenti rehat untuk makan tengahari, kami beratur untuk mengambil makanan yang dihidangkan secara buffet. Saya melihat ke pinggan Shanti (bukan nama sebenar), lalu berkata,

“Eh, you tak ambik ikan ke? Makan sayur je? Diet eh?”

“No, I’m a vegetarian”

“Ha? Have you told the organizer?”

“Dah. It’s okay. Ni ada kari dal. Memang vegetarian’s menu”

Mendengarkan kata-katanya, saya berasa sedikit lega.

Keesokan harinya, keadaan tidak sebaik hari sebelumnya untuk kawan saya itu. Untuk sarapan, nasi goreng yang disediakan ada cebisan ayam goreng. Untuk makan tengahari pula ada daging masak kicap, ayam masak merah dan kobis goreng. Dan seperti yang dijangka, Shanti hanya meneguk air oren! Saya kata,

“Kobis ni you boleh makan, kan?”

“No, I can’t. Ada udang kat situ”

Oh, ya tak ya juga! Entah kenapa, saya rasa sedikit bersalah tak pasal-pasal. Sebagai seorang Muslim, kita selalu tersinggung jika makanan kita ada kait-mengait dengan babi dan apa juga yang membabitkan status halal. Sedikit sebanyak, saya memahami keadaan Shanti – walaupun kami berbeza keturunan dan agama.

“4 years ago I went to India. Since then, I become a vegetarian. Macam Muslim pergi Mekah la”

“Oh, Hindu pun kena balik India ya? And I thought Hindus become vegetarian only on certain days!”

“That depends. Has any non-Muslim asked you why you wear tudung and yet, there are Muslim women who don’t wear it?”

“Ermmm….ya…”

“Sama la jugak macam I. It’s a matter of choice. And I choose to be a pure vegetarian”

Tersentap mak, nyah! Saya tidak terfikir langsung tentang itu. Mungkin kerana saya terlalu lama hidup dalam masyarakat Melayu dan terlalu lama bekerja dalam persekitaran-semua-Cina, maka saya tidak bergaul rapat (atau tidak ada langsung?) rakan-rakan India yang beragama Hindu – kecuali pekerja India di Kedai Mamak! Tetapi yang di Kedai Mamak itupun beragama Islam.

Satu Malaysia. Tiba-tiba saya rasa saya terlalu jauh tersasar. Hmm….

Thursday, July 30, 2009

10 salah tanggapan tentang intersex

Intersex means that a person has both sets of genitalia. (False)
1 in 2000 infants is born intersex. (False)
Intersex is about homosexuality. (False)
Intersex is not about gender. (False)
Intersex is part of the transgender movement. (False)
Only true hermaphrodites are real hermaphrodites. (False)
Transsexualism is not an intersex condition. (False)
The intersex movement is an identity movement like other GLBT movements. (False)
Most intersex people were assigned female. (False)
Intersexuality is a condition which can be cured. (False)
.
Anda boleh membaca artikel penuh beserta penjelasan lengkap di sini.
.
Tidak lama dulu rancangan bual bicara The Oprah Winfrey Show pernah memaparkan perbincangan telus tentang Intersex. Apa itu Intersex? Dalam pengkelasan jantina ada Male dan Female. Intersex is something in between.
.
Sesi diskusi yang dibuat dalam rancangan tersebut berjalan dengan baik. Selain panel jemputan, individu-individu Intersex turut hadir untuk sama-sama berkongsi perasaan sebagai seorang Intersex. Wow. Mereka ini betul-betul berfikiran terbuka. Kalau di Malaysia, boleh jadi kontroversi!
.
Tetapi dalam keterbukaan masyarakat Barat, saya perlu katakan bahawa individu-individu Intersex yang dijemput itu tidak dapat lari daripada perasaan yang – hmmm….tidak tahulah bagaimana harus saya jelaskan. Mereka meluahkan perasaan tertekan dengan pandangan masyarakat sekeliling yang seolah-olahnya mahu mengkelaskan mereka dengan satu jantina yang nyata – sama ada lelaki atau perempuan. Untuk pertama kalinya, mereka berpeluang mencurahkan rasa hati yang bercampur-baur setelah memendam perasaan seumur hidup.
.
Salah seorang Intersex memberitahu, dia hidup sebagai seorang lelaki hampir 30 tahun dan akhirnya berkahwin dengan seorang wanita dengan harapan tindakan itu akan membolehkannya menjalani kehidupan normal sebagaimana manusia biasa yang lain. Rumahtangganya tidak bertahan lama. Dia akhirnya membuat keputusan untuk hidup sebagai seorang wanita.
.
Seorang Intersex yang lain yang didaftarkan sebagai seorang perempuan, lebih selesa untuk hidup membujang – mungkin untuk seumur hidupnya. Katanya, di atas kad pengenalan memang dia seorang wanita. Tetapi jauh di sudut hati, dia tidak mahu menjadi wanita dan tidak juga mahu menjadi lelaki. Dia selesa menjadi dirinya. Seadanya.
.
Hanya Tuhan sajalah yang tahu pergolakan jiwa yang melanda mereka sepanjang bertarung menentukan identiti diri. Dan yang menyedihkan, pergolakan jiwa itu bukanlah disebabkan oleh sikap tidak mahu menerima hakikat – tetapi lebih kepada sikap masyarakat yang gemar melabel sesuatu yang di luar kebiasaan.
.
Nampaknya saya kena baca juga buku Middlesex ini. Teringin rasanya membaca apa yang ditulis oleh Jeffrey Eugenides. Adakah ini bermakna saya akan membaca sebuah buku fiksyen juga akhirnya?
.
Apa? Errr….529 muka surat?!

Mengenang Yasmin Ahmad

Saya sebenarnya masih dalam mode terkesima atas pemergian Yasmin Ahmad ke rahmatullah. Ajal dan maut di tangan Tuhan. Apabila sudah sampai waktu yang telah ditetapkan, tidak mampu dilewatkan mahupun diawalkan walau sesaat pun. Tetapi, sudah tentulah apa yang dilalui oleh Yasmin Ahmad dirasakan terlalu cepat. Hari Khamis tiba-tiba rebah. Hari Ahad terus pergi selama-lamanya. Diam tak diam, sudah seminggu berlalu sejak peristiwa itu berlaku.

Saya terbaca di blog Marina Mahathir tentang ketidakpuashatian beliau terhadap akhbar Kosmo! yang mendedahkan ‘identiti’ sebenar Yasmin Ahmad. Penerbitan satu artikel di akhbar tersebut dianggap tidak sensitif dan cuba menjatuhkan air muka keluarga Yasmin. Lebih-lebih lagi, Yasmin sendiri ketika hayatnya tidak pernah bercerita tentang masa silamnya.

Pada saya, tidak kiralah sama ada Yasmin Ahmad atau Zulkifli Ahmad – kedua-duanya adalah orang yang hebat. Bahkan, kisah itu membuatkan saya semakin kagum dengan kebesaran Allah yang menciptakan manusia yang berbagai-bagai. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui atas tiap sesuatu.

Menurut artikel dalam Kosmo! tersebut, berdasarkan temuramah dengan kenalan lama Yasmin - Zulkifli Ahmad merupakan seorang penyanyi Bintang RTM 1975 yang pernah melahirkan 2 album dan handal bermain bolasepak. Wow, satu lagi keistimewaan yang mungkin tidak pernah diketahui umum. Namun, kita harus sedar bahawa Yasmin memilih untuk dikenali sebagai Yasmin Ahmad dan bukannya Zulkifli Ahmad, maka hormatilah keputusan beliau walau apa pun sebab musababnya.

Setiap orang ada masa silamnya sendiri. Letakkan diri kita dalam keadaan itu. Mungkin kita akan lebih peka tentang perasaan orang lain apabila kita memiliki sikap empati.

Apakah kaitan Yasmin Ahmad dengan saya? Memang tiada kaitan sama sekali. Tetapi saya sukakan iklan-iklan Petronas beliau. Ringkas, tapi menyentuh hati. Saya juga sukakan beberapa babak dalam filem-filem beliau walaupun adakalanya sesetengah babak sukar saya terima. Tak tercapai dek akalku! Secara keseluruhan, air tangan Yasmin Ahmad memang berbeza. Yang paling saya suka ialah, Yasmin Ahmad tetap menyerlah. Walaupun menerima cemuhan dan kutukan di negara sendiri, filem-filemnya masih menang anugerah di negara orang. Semacam satu survival! Memang benar-benar berani.

Kadang-kadang saya pelik dengan sikap sesetengah orang kita. Kalau kita boleh bersedih-sedih atas kehilangan artis Barat seperti Michael Jackson, kenapakah pemergian Yasmin Ahmad ini kita iringi dengan kontroversi berkaitan gender beliau? Tidak bolehkah kita kenang yang baik-baik sahaja?

Al-Fatihah untuk arwah Yasmin Ahmad. Dan arwah Mikaeel Jackson.

Wednesday, July 29, 2009

Misteri pengangkutan durjana terbongkar!

Eceh. Macam tajuk buku Siri Penyiasatan. Kahkahkah!
.
Hari ini hari Rabu. Yee haa! Saya suka. Boleh pergi bergonjengan di Pasar Malam di taman perumahan saya selepas waktu pejabat. Ibu saya juga tak perlu memasak banyak-banyak kerana saya akan membawa pulang hasil borongan yang bakal memenuhkan satu meja.
.
Gerai wajib saya seperti yang pernah diceritakan suatu ketika dahulu ialah Popiah S.S. Ali dan Murtabak. Popiah untuk santapan peperutan saya. Murtabak pula ialah makanan feveret Anak Bijak Java 1.7. Jadinya, tiap-tiap hari Rabu memang Hari Popiah dan Murtabak Sedunia.
.
Tetapi sejak dua menjak ini saya mendapat beberapa pesanan tambahan. Baru-baru ini ada permintaan baru daripada Bapak iaitu Vadei – sejenis kuih tradisi India. Saya juga menjumpai Putu Piring yang sedap banget – dan itu pula merupakan kegemaran Ibu saya. Untuk berlaku adil lagi saksama saya membeli Roti John untuk Mr Daddy, kerana setiap orang nampaknya mempunyai lidah yang berbagai-bagai. Hihihi. Wow, marilah membayangkan betapa penuhnya kedua-dua tangan saya dengan tangkapan yang dibuat!
.
Tetapi ada beberapa perkara yang membuatkan saya hangin satu badan.
.
Anda tahulah keadaan di Pasar Malam. Kenderaan diletakkan merata-rata secara sesuka hati. Padahal tempat letak kereta disediakan, cuma sudah tentulah kita perlu berjalan dalam 10 meter untuk ke tapak Pasar Malam. Itupun susah benar untuk dipatuhi. Orang ramai lebih suka meletakkan kereta di jalan utama. Nasib baiklah saya hanya menunggang sebuah kereta yang comel lote, jadi saya masih mampu meloloskan diri walaupun terdapat kereta yang diparkir di kiri dan kanan jalan. Kalau saya menunggang Lamborghini, amacam? Ececeh.
.
Pada satu ketika, terdapat beberapa buah kenderaan yang saya dapati memasuki kawasan Pasar Malam lalu membuat pesanan dari keselesaan tempat duduk kereta mereka. Wah, wah, wah. Banyak cantek. Apa kau ingat ini Pasar-Malam-Drive-Thru? Oh, ada pelekat Pasar-Malam-VIP di cermin kereta, ya. Kepala letak kat lutut ke? Tak tahu itu dikira mencemarkan makanan dengan asap? Itulah, masa kecik disuruh pergi sekolah – engkau ponteng.
.
Untuk orang-orang seperti saya yang ingin menjadi warganegara yang bertanggungjawab, lain pula ceritanya. Kita dah elok-elok letak kereta di tempat letak kereta yang sepatutnya – siap parking bontot – alih-alih ada pulak kereta orang lain block sewenang-wenangnya. Haih, bengkek betul mak nyah!
.
Minggu 1, kereta saya dihadang oleh sebuah motorsikal. Takpe. Sabar.
.
Minggu 2, kereta saya dihadang oleh sebuah Kancil. Takpe. Sabar.
.
Minggu 3, kereta saya dihadang oleh sebuah van sekolah. Takpe. Sabar.
.
Cuba teka apakah kenderaan yang menghadang kereta saya pada minggu berikutnya?
.
.
.
.
.
.
.
.
Lori Pembancuh Konkrit!
A-P-A-K-A-H?
Ini memang benar-benar keterlaluan.

~profil suspek yang durjana~

Dan silalah bayangkan bagaimana rupa seorang Mak-Budak-Beranak-Satu berdiri sambil cekak pinggang untuk menghamburkan kata-kata nista kepada Si Pemandu Lori. Hilang segala keayuanku!

Hmm….harapnya tidak ada lagi kenderaan terlampau yang berani menghadang laluan kereta saya petang ini.

Friday, July 24, 2009

What would you do if you weren’t afraid?

Mel Emery dalam bukunya Your Right To Be Rich – The 9 No-Bull Laws of Speed Wealth ada menulis bahawa setiap orang akan melakukan pertukaran kerja yang signifikan dalam kitaran hidupnya. Tetapi berada terlalu lama dalam sesebuah organisasi akan menyebabkan anda terikat kepadanya dan tidak berupaya untuk keluar daripada organisasi tersebut. Beri diri anda masa paling lama 5 tahun. Lebih daripada itu, mungkin anda tidak akan keluar dari sana selama-lamanya.
.
Betulkah? Kalau melihatkan Datin Sally, pendapat ini mungkin betul.
.
2 minggu yang lalu, saya telah mendapat satu peluang. Saya sangat teruja. Peluang yang datang benar-benar mengetuk pintu saya sepertimana yang saya sering impikan. Saya rasa saya sudah bersedia untuk mencekup peluang itu setangkas yang boleh. Memang betul. Saya memang kehadapan pada masa itu. Saya buat 30-Days-List sepertimana yang disarankan oleh Mel Emery – begin with the end in mind. Wow, memang menakjubkan bila kita membuat satu senarai seperti ini. Terasa seolah-olah setiap hari ada saja perkara baru yang muncul dalam hidup!
.
15 hari bergerak dalam momentum yang konsisten, saya tiba-tiba berhenti.
.
“Eh, betul ke apa yang aku nak buat ni?”
.
Mendapatkan masa yang sesuai adalah persoalan yang kritikal. Jadi saya fikir, apa salahnya berhenti sekejap untuk menimbang semula baik-buruknya keputusan ini. Ya, saya berhenti daripada perlumbaan dan duduk sekejap di bahu jalan. Tak lama. 1 hari sahaja. Dan sebab saya berhenti 1 hari, saya ketinggalan satu tapak di belakang. Sedih. Saya terlepas peluang itu. Sakitnya!
.
Dalam hidup ini, peluang tidak pernah hilang. Apa yang kita terlepas, akan pergi ke tangan orang lain. Apa yang lebih menyedihkan lagi, bila peluang itu datang kita tidak bersedia. Apabila kita sudah bersedia, peluang itu pula tidak muncul. Perasaan teragak-agak adalah tidak bagus untuk saya. Ini adalah pelajaran yang sangat berharga. Saya akan pastikan saya tidak mengulangi kesilapan yang sama.
.
What would you do if you weren’t afraid?
.
Kalau saya tak takut, surat chenta saya sudah selamat sampai ke meja Bos Besar.
.
Tetapi saya takut. Jadi surat letak jawatan yang telah siap bertaip saya simpan semula dalam fail.
.
Noktah.

Benda remeh-temeh yang membahagiakan isteri

Hmm. Sesuai ke tajuk ini dengan isi kandungan? Tak kisahlah, sebab saya suka!

JFK dalam selingan di Radio Era setiap petang selalu memberikan tips-tips perkahwinan yang mudah tetapi berkesan. Menurut JFK, terdapat banyak perkara yang dapat membantu menghangatkan suasana perkahwinan. Perkara-perkara tersebut sebenarnya terlalu mudah untuk dipraktikkan. Oleh sebab itu, pasangan sering terlepas pandang kerana menyangka perkara itu terlalu remeh.

Bantuan suami dalam melaksanakan tugasan rumah sangat bererti buat isteri. Walaupun hanya tolong buang sampah. Tolong bukakan pintu. Tolong susunkan pinggan. Tolong tengok-tengokkan anak. Tolong letakkan car seat dalam kereta. Usaha yang kecil, dengan impak maksima!

Nak dijadikan cerita, saya mempunyai 2-3 pasang seluar yang mengalami kecederaan. Seluar yang pertama - bahagian zip rosak. Seluar yang kedua dan ketiga pula sudah kehilangan cangkuk.

Errkkk….macam mana boleh tertanggal cangkuk pulak ni?

Sama ada jahitannya tidak kukuh - ataupun perut saya yang telah maju ke depan lalu cangkuk itu tidak berdaya lagi menampung pengembangan peperutan saya. Hua hua hua. Oh, no! Ini bukanlah berita yang menggembirakan jadi kita hendaklah menyalahkan jahitan itu yang tidak menepati piawaian pengguna. Eheh.

Umum sudah mengetahui bahawa saya ialah seorang isteri-ibu-pekerja yang berdedikasi serta sibuk menyelesaikan masalah globalisasi di dunia moden ini, jadi SALAM (sila baca secara terbalik) saya nak menghadap isu zip dan cangkuk yang begitu kecil dan tidak bermakna langsung. Jadi saya buat bodoh saja. Kadang-kadang saya pakai juga seluar-seluar yang berpenyakit itu. Eleh, bukannya nampak pun kerana saya bijak menyembunyikan kecacatan yang menimpa mereka bertiga. Hua hua hua.

Sehinggalah pada malam tadi apabila Mr Daddy yang bertugas di Jabatan Lipatan Kain bertanya kepada saya,

“Yang, ada lagi seluar-seluar awak yang rosak?”

“Huh?” (blur)

“Seluar awak tu, mana lagi yang rosak?”

“Mana ada seluar saya rosak?” <--- ayat nafi

“Ni, cuba tengok betul-betul. Dulu zip dia rosak kan? Saya dah ganti zip baru. Cangkuk pun dah jahit”

Ayoyyo!!!! (ternganga sambil sengih-sengih kambeng)

Errkkk…..Yang, awak dengar tips Fadzillah Kamsah ke? :P

Thursday, July 23, 2009

Apa yang pemilik kedai online patut belajar?

Membeli secara dalam talian a.k.a online mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Dari satu segi , kaedah ini memang memudahkan pengguna. Dari satu segi yang lain, pengguna terdedah kepada risiko yang melibatkan penghantaran barang yang dipesan. Kadang-kadang barang tak sampai. Sama ada lewat tiba ke tangan pembeli, atau yang paling parah – barang tak sampai langsung. Perkara ini memang menyakitkan hati!

Pendek kata, si pembeli yang malang rasa tertipu. Kalau mak pun, mak akan mengamuk macam T-Rex! Duit sudah masuk ke kocek penjual. Barang pulak tak sampai ke tangan kita. It’s a win-lose situation. Maunya tak bengang?

Yang pelik bin ajaib tu, kalau kita beli daripada orang Cina tak ada pulak kes barang tu tak sampai. (Atau mungkin ada, tetapi tidak dihebahkan?) Siap boleh sampai dalam masa 48 jam selepas bayaran dibuat. Tapi jangan ko coba-coba beli daripada orang Melayu. Memanjang ada masalah – tidak kira ada ribut ke, tak ada ribut ke. There’s always “a few minor problems” here and there. Apa-apa je lah labu. Kenyataan ini bukan bertujuan memburuk-burukkan perniagaan orang Melayu, tetapi kita perlu mencari penyelesaian kepada permasalahan yang menyusahkan ini.

Saya ingin berkongsi pengalaman saya membeli barang secara dalam talian. Setakat ini Al-Hamdulillah, tiada masalah. Dalam masa setahun kebelakangan, saya telah membuat lebih kurang 5 pesanan daripada syarikat yang berbeza. Ya, kesemua pesanan saya tiba dalam masa 48 jam selepas saya melunaskan bayaran. Baguslah, kerana saya memang akan naik hantu kalau saya tak dapat barang saya sebagaimana yang dijanjikan. Kahkahkah!

Saya suka membeli daripada orang Cina kerana mereka mengambil inisiatif untuk menghubungi saya untuk memaklumkan perkembangan pembelian. Sebaik sahaja saya membuat pesanan, saya dimaklumkan tentang rekod pembelian. Selepas saya membayar, mereka akan memaklumkan sekali lagi bahawa bayaran telah diterima. Bahkan, mereka turut memberitahu saya masa dan tarikh barang saya dipos. Dan khidmat mereka tidak terhenti setakat itu. Dalam masa sehari selepas mereka mengepos, mereka akan menelefon saya untuk bertanyakan sama ada barang saya sudah diterima, dan sama ada barang itu tiba dalam keadaan yang baik atau sebaliknya. Bagus, kan?

Ini berbeza dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kaum saya sendiri. Walaupun barang yang dibeli masih tiba dalam tempoh yang dijanjikan, tetapi dari segi inisiatif dan daya usaha – memang mengecewakan.
Pada satu ketika, saya sengaja membayar lebih daripada yang sepatutnya untuk menduga perwatakan si penjual Melayu ini. Saja nak tengok, dia pulangkan duit baki ke tidak. Jadi, saya masukkan RM100 dan bukan RM97 seperti yang sepatutnya. Apa yang berlaku ialah, duit saya tetap dipulangkan - tetapi cuma RM1, dan bukannya RM3. Saya diam-diam aje sebab memang saya ingin menguji sejauh mana kejujuran beliau. Jangan risau, saya halalkan. Apalah sangat RM2 tu. But sorry, no more business for you in future.

Alangkah baiknya jika peniaga Melayu boleh faham tentang seni perniagaan. Perniagaan, bukan setakat cerita tentang jual-beli saja. Bukan sekadar duit masuk-duit keluar. Bukan cuma aku pesan-engko hantar. Pernah dengar slogan Nokia? Connecting People. Ya, perniagaan ialah hubungan insani. Sebab itu saya kata seni perniagaan. Berhubung dengan insani, mesti berseni – kalau tidak, pelanggan insani akan jadi insane. Paham tak, labu?

Sekian khutbah saya petang ini. Diharap peniaga-peniaga Melayu yang berniaga secara maya dapat mengambil iktibar. Terima kasih.

Customer is always right!

Apalah ertinya perniagaan tanpa pelanggan?
.
Jual syok sendiri aje, tapi takde orang beli. Hua hua hua. Sungguh tragis di situ. Yang bermakna, pelanggan adalah nadi sesebuah perniagaan. Oleh itu, suka atau tak suka – hati pelanggan mesti dijaga baik-baik. Guard them with your life. Eceh. Tak sudah-sudah dengan ayat-ayat The Devil Wears Prada!
.
Tetapi soal pelanggan, walaupun serumit mana untuk dikendalikan - adalah iklan bergerak yang melakukan promosi paling berkesan - dan kesemua itu dilakukan secara percuma! Ini memang berita gembira kerana pengurangan kos bermakna penambahan untung atau setidak-tidaknya membantu pulangan modal. Dan kelazimannya, orang lebih suka membeli daripada seseorang yang dikenali walaupun kenal dari blog sahaja. Itu lebih bagus daripada tak kenal langsung. Kan?
.
Dalam dunia bisnes, pelanggan ada macam-macam jenis.
.
Ada yang jenis suka marah-marah. Belum apa-apa lagi dah tembak orang. Pang! Pang! Pang! Justeru, saya kerapkali takut kalau jumpa orang sebegini. Kecut perut dibuatnya. Tapi pelanggan sebeginilah yang kadang-kadang boleh dinaiktarafkan daripada status pelanggan kepada status kawan. Eceh.
.
Ada yang jenis nampak macam kaya. Dan kita rasa okeh, orang ni mesti banyak duit. Tak ada masalah kalau dia nak beli barang aku. Tapi pada akhirnya dialah yang paling bermasalah untuk membayar. Bersangka baiklah dengan orang yang nampak macam tak berduit. Orang yang kita nampak kecil, kadang-kadang sangat berdisiplin apabila membayar kerana mereka takut berhutang.
.
Ada yang jenis pendiam. Dia suka, dia beli. Atau dia saja nak cuba. Kalau bagus, dia datang beli lagi. Kalau tak bagus, itulah kali pertama dan terakhir. Tapi sebab dia pendiam, dia diam-diam saja. Baguslah. Tak merbahaya pun.
.
Ada yang jenis diam, diam jugak – kalau aku dah mula bengang, aku balun engko cukup-cukup. Hohoho! Memang kes naya. Eh, eh, eh. Macam kenal je pelanggan jenis ni. Err, adakah saya sedang mengumpat diri sendiri (?)
.
Sebenarnya kalau kita faham bahawa sebagai peniaga, sudah jatuh hukum wajibal-ghunnah untuk kita memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk para pelanggan, situasi ini tidak akan menjadi terlalu sukar. Ayoyyo. Pelanggan pun manusia juga. Apa yang penting ialah penjelasan. Jelaskan kenapa begitu, kenapa begini. Pelanggan yang jenis diam bila di depan tetapi kemudian bising-bising di belakang adalah pelanggan kritikal yang harus dijaga betul-betul. Sebab itu ada cogankata berbunyi,
.
"Kalau sedap beritahu kawan, kalau tak sedap beritahu kami"
.
Dan seperti biasa, pelanggan ini kalau sedap pun bagitau kawan, kalau tak sedap lagilah – pun dia bagitau kawan jugak. Hahaha! Ini sudah tentulah akan menjejaskan reputasi si peniaga secara perlahan-lahan. Macam api dalam sekam, senyap punya senyap, tau-tau aje habis semua hangus.
.
Wow, kalau nak difikirkan tentang bagaimana memuaskan hati pelanggan memang sampai bila pun tak habis. Amacam? Ada gaya bercakap bakal usahanita tak? Kwang kwang kwang. Isy. Kasi can la I nak feeling-feeling sikit.
.
Anyway, kalau I jadik businesswoman besok, sapa yang jadi Follower-Of-The Ring kat sidebar tu adalah orang-orang terawal yang I paksa jadi customer. Hua hua hua!
.
Setuju? :P

Buku-buku saya

Sudah lama saya tidak bercerita tentang buku. Rindu pula rasanya. Eceh.
.
Dulu saya ada satu tabiat apabila membaca buku. Saya selalu selak setiap halaman dengan berhati-hati. Kadang-kadang saya membaca dengan keadaan buku itu hampir tertutup, semata-mata untuk mengelakkan diri daripada meninggalkan parut-parut lepas bersalin di kulit buku. Kahkahkah!
.
Untuk sesetengah buku, keadaan itu memang mustahil untuk dicapai. Pada tahap yang drastik, saya akan simpan buku itu di bawah bantal – dan kadang-kadang di bawah tilam – supaya buku saya sentiasa kelihatan seperti baru keluar dari kilang. Saya juga pernah terfikir untuk menggosok buku saya dengan seterika.
.
A-P-A-K-A-H?!
.
Selama bertahun-tahun saya mengamalkan ritual yang sedemikian. Ada kalanya saya keberatan untuk meminjamkan buku kepada orang lain kerana pada anggapan saya, mereka sangat kejam terhadap buku. Saya terasa jiwa saya bagai disiat-siat apabila mereka menyelak-nyelak buku saya. Ok, cukuplah. Berlebih-lebihan betul.
.
Sehinggalah pada suatu hari, ketika saya berada di Tingkatan 4, seorang senior dorm saya ingin meminjam Buku Rujukan Kimia kerana bukunya tertinggal di rumah sewaktu pulang bercuti hujung minggu.
.
“Ya Allah, Zufa. Bersihnya buku engko! Ko tak pernah baca ke buku ni?”
.
“Kenapa Kak?”
.
“Kalo ko tengok buku Akak, habis akak conteng-conteng. Macam mana ko study buku putih suci camni ha? Isy, tak berani Akak nak pinjam”
.
Pause. What do you expect? Siapa kata saya tak baca Buku Kimia. Ingat Kimia tu macam Sejarah ke, tak baca pun boleh dapat A? Hua hua hua. Tetapi biasalah, untuk mengulangkaji saya ada buku conteng-conteng sendiri, khas untuk menconteng. Menconteng di buku adalah diharamkan sama sekali. Errr…itu Peraturan Nombor 1, tahu?
.
Minggu seterusnya, saya berpeluang melihat sendiri Buku Rujukan Kimia kepunyaan kakak itu. Giliran saya pula ternganga badak. Erkkk. Ini buku ke, pembalut nasi lemak? Siap ada kesan kopi tumpah! Patutlah kakak tu jadi Best Student. Ini memang betul-betul makan buku, minum buku, tido buku. Eheh.
.
Dan cuba teka apa jadi seterusnya? Jangan kata buku Kimia, segala mala buku kepunyaan saya selepas itu memang saya lenjan habis-habisan. Akan kuganyang cukup-cukup biar keluar segala intipati dalam buku-buku ittew!
.
Sekarang, keadaan buku-buku saya semakin lama semakin parah. No more fancy bookmarks - diganti dengan kesan lipatan sebesar-besar alam. Rupa paras buku saya dipenuhi parut jerawat, cela dan noda. Selulit. Rekahan semasa mengandung. Tak cukup dengan itu, saya tambah pulak eyeshadow Stabilo Boss warna kuning striking. Aduyai. Kesian betul. Sudahlah bertampal-tampal, kena mekap ala Gothic lagi.
.
Kalau tak bijak jugak, tak tahulah nak kata apa. Kahkahkah!

Wednesday, July 22, 2009

What I do for a living

Saya telah ditanyakan oleh Mommy Lyna tentang What I Do For A Living. Kahkahkah! Saya memang tak suka soalan ini. Akan tetapi oleh kerana yang bertanya itu ialah MLCB - Mommy Lyna Cantik Bergetah, maka saya jawab jugalah dalam keadaan paksa-rela.
.
Beribu-ribu tahun yang lampau, saya telah menghabiskan hidup saya untuk mempelajari sesuatu yang tidak saya minta. Akan tetapi, atas dasar bersyukur dan berterima kasih kerana ditawarkan tempat di IPTA maka saya dengan rela hati menerimanya atas keyakinan bahawa saya memang berbakat. Belajar apa pun takkan jadi masalah bagi saya.
.
Saya akhirnya ditakdirkan belajar ini.....
....dengan harapan pelajaran itu akan menghasilkan satu figura wanita moden bekerjaya yang hebat....
....agar saya boleh mereka binaan-binaan agung seperti ini....

Selesai bertapa di Gua Universiti Tendang Mahasiswa, saya akhirnya bekerja di sebuah Syarikat Berpangkalan di Malaysia dan mempunyai cawangan di India dan China. Wah, macam gah! Tapi itu semua indah khabar dari rupa....Dan itu tidak ada kena-mengena langsung dengan pelajaran saya sebelum itu....

2 tahun di sana, saya terasa sangat menyampah maka saya berhijrah untuk tawaran yang lebih baik. Tetapi, itu pun tidak ada kaitan langsung dengan apa yang saya pelajari bahkan tidak ada hubungan sulit dengan pekerjaan sebelumnya....

Tapi saya tak kisah sebab saya kan Superwoman! Apa pun, saya bersyukur kerana tidak disuruh memanjat pencawang elektrik itu. Saya juga sangat bersyukur kerana saya pernah belajar Fizik. Jadi tidaklah saya bangang sangat untuk mengenal wayar-wayar terbabit. Yang pasti, saya juga sentiasa berdampingan dengan Transformer dan Merlin Gerin. *Merlin Gerin ialah jenama Circuit Breaker*

Maka, bergelumanglah saya dengan wayar-wayar elektrik yang berselirat ini. Pada mulanya saya sangat pening melihatkan wayar-wayar ini. Untuk mengsaiko diri sendiri, saya anggap sajalah wayar-wayar ini hanyalah spaghetti yang sedap untuk dimakan. Hua hua hua.
.
Strategi itu memang berkesan kerana saya sudah bertahan hampir 3 tahun di Kilang Kicap Cap Ayam ini. Sebenarnya sampai sekarang saya tak paham langsung pasal wayar-wayar ini. Tapi tak mengapa kerana tiada kejadian letupan yang berlaku setakat ini. Kilang ini masih selamat. Hua hua hua.

Tika dan saat ini, saya masih suka dengan apa yang saya lakukan. Saya kan serba boleh lagi berdaya maju!Tetapi jika diberi pilihan dan peluang, saya ingin bekerja dikelilingi anak-anak yang comel mungil. Owh, heaven!
.
So, what I do for a living? Hua hua hua. Let's keep that a secret :P

Untuk bacaan umum

Ya, kawan-kawan. Blog ini dilabelkan sebagai G. *mungkin General kot* sesuai untuk dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Kahkahkah!

Lega rasanya. Ingatkan 18PL tadi. Blog dengan unsur-unsur politik terlampau. :P

This Page is Rated

G

my-internal-outlet.blogspot.com

Lets101 Quizzes - Fun quizzes for blog & myspace

Blog untuk dijual

Lelong, lelong!! $1040 sahaja.

Errrr....ada sesapa nak beli?
:P

Friday, July 10, 2009

But it’s okay to mix, right?

Malam tadi dengan tidak semena-mena Ibu saya telah tot-tet-tot-tet remote control - lalu siaran TV pun memaparkan cerita Gugu Gaga Erra. Saya tidak tengok sepenuhnya, sebab sibuk melayan anak saya ‘membaca’ buku Transport. Sudahnya, mata dan jari telunjuk saya diarahkan ke buku, manakala telinga dan pemikiran saya tertumpu kepada perbualan antara Erra yang cantik rupawan dengan doktor kanak-kanak yang berbunyi lebih kurang begini,
.
But it’s okay to mix, right? Breastfeeding and formula?
.
Yes, no problem with that. But I recommend that you breastfeed your baby for as long as you can.
.
Erkkk. Memanglah tiada masalah (?). Tetapi selaku sebuah rancangan yang menjadi tatapan ramai orang khususnya ibu-ibu muda, tambahan pula selebriti yang dipaparkan ialah Erra Fazira – seorang Primadona Filem Melayu yang berpengaruh, doktor yang berkaitan sewajarnya memberikan maklumat yang lebih tepat dan berpendirian.
.
Kenyataan doktor terbabit adalah pendekatan yang terlalu bertolak-ansur. Yang mana kalau nak breastfeed, breastfeedlah. Kalau rasa nak susu formula pun kira ok. Tak kesah. Takde hal punya. Ayoyyo - ko jangan pakai hantam semberono aje Doc! Mentang-mentanglah yang bertanya tu Erra. Kang mak panggil sekutu Breastfeeding Moms kang. Kepada Puan Erra, sertailah komuniti SusuIbu.com dan dapatkan sesi tarbiah secara percuma di sana. Eheh!
.
Saya ini tidaklah layak untuk membicarakan soal penyusuan susu ibu secara eksklusif. Ini kerana sepanjang pengalaman menyusukan Anak Bijak Java 1.7 itu, banyak kali juga saya terpele’ot dengan susu-susu selain daripada Susu Cap Gantung. Jangan kata susu lembu, susu kambing pun pernah. Air masak juga turut memasuki perut mungil anak saya itu sewaktu usianya baru mencecah 2-3 hari.
.
Memang sedih apabila saya kenang-kenangkan kembali.
.
Saya tidak salahkan sesiapa. Itu semua adalah seratus peratus disebabkan kejahilan saya sendiri. Orang yang tidak berilmu memang akan menjadi mangsa keadaan. Tidak kiralah tekanan itu datangnya dari faktor dalaman mahupun pengaruh persekitaran. Bezanya, saya cepat tersedar daripada kesilapan yang saya lakukan.
.
Namun begitu, apa yang berlaku kepada saya tidak seharusnya turut berlaku kepada orang lain.

Apa yang kita tidak nampak hari ini, tetapi berguna untuk hari esok

Kira-kira 16 tahun yang lalu, saya berpeluang untuk mempelajari Bahasa Mandarin secara formal di sekolah. Perkara ini memang biasa di sekolah berasrama – para pelajarnya diberikan pendedahan kepada bahasa asing selain Bahasa Inggeris. Pada ketika itu, kami diberi pilihan sama ada untuk mengambil Bahasa Arab atau Bahasa Mandarin.

Untuk pelajar yang memang sudah mempunyai asas Bahasa Arab ketika di sekolah rendah, guru saya menyarankan agar mereka meneruskan pembelajaran bahasa itu. Manakala pelajar-pelajar seperti saya yang tidak mengikuti Sekolah Agama sesi petang di sekolah rendah, secara automatiknya dimasukkan ke Kelas Mandarin.

Orang yang paling gembira ketika mengetahui saya disuruh belajar Bahasa Mandarin ialah Bapak saya.

Bagus! Bahasa Cina bahasa perniagaan. Nanti tak adalah ko kena tipu dengan Cina. Lagipun kat Malaysia ni semuanya orang Cina yang pegang. Engkau kerja nanti, semuanya deal dengan Cina!

Saya tidak suka langsung kerana kebanyakan Geng Bas Sekolah saya ke Kelas Arab. Lagipun, apa ke jadahnya saya nak bekerja dengan orang Cina? Ini kan negeri orang Melayu! Bapak saya telah menunjukkan jalan, tetapi saya gagal menghalusi pemikiran Bapak. Lalu saya memujuk Bapak untuk menulis surat kepada pihak sekolah agar saya dikeluarkan daripada Kelas Mandarin atas alasan,

Tapi Pa, Bahasa Arab kan Bahasa Al-Qur’an. <---Eceh, sungguh murni jiwaku kan?

Bapak saya memang susah dipujuk. Jadi, kesudahannya ialah saya tetap belajar dalam Kelas Mandarin.

Adakah dengan memasuki Kelas Mandarin memberikan jaminan bahawa saya sudah pandai berbahasa Mandarin hari ini?

Sudah tentulah tidak.

Saya telah diberi peluang itu, tetapi saya tidak memanfaatkannya. Saya setakat main-main. Oleh kerana semua orang pun main-main seperti saya, maka saya dapat markah yang kedua tertinggi kerana saya duduk di sebelah orang yang mendapat markah tertinggi keseluruhannya. Bayangkan, gred C dengan markah 60 pun sudah digelar sifu. Hua hua hua :P

Hari ini, hampir 5 tahun saya menjadi kuli batak yang to’at setia dalam persekitaran-semua-Cina. Terasa sedikit kekesalan di situ. Kenapalah aku tak belajar betul-betul dulu? Kalau belajar betul-betul dah sah-sah aku boleh belasah Cina-cina ni cukup-cukup. Sekurang-kurangnya boleh jugak curi dengar sesi mengumpat tanpa pengetahuan diorang. Kahkahkah! Niat itu memang keji ;)

Dari satu segi yang lain, pendedahan terhadap Bahasa Mandarin memberi sedikit kelebihan kepada saya. Oleh kerana saya tahu bahasa itu sedikit-sebanyak, maka saya tidaklah terlalu bodoh untuk memahami beberapa perkataan yang senang khususnya perkataan mencarut kurang sopan yang digunakan ketika orang Cina sedang marah. Hua hua hua :P

Situasi ini mengajar saya bahawa sesuatu yang kita pelajari pada masa lalu mungkin kita anggap tidak relevan, tetapi mungkin boleh jadi sesuatu yang berguna di kemudian hari.

Ini mungkin boleh dikaitkan dengan Pengajaran & Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Pendedahan awal itu sememangnya berguna!

PPSMI

PPSMI akan diajarkan semula dalam Bahasa Melayu. Kalau anda seorang yang biasa berkunjung ke blog ini, anda akan tahu dengan jelas apakah pendirian peribadi saya. Keputusan Kabinet itu, menurut saya - adalah menyedihkan. Saya berpayung di bawah khemah yang berlabel “Hampa” bersama-sama dengan Dr Mahathir Mohamad. Anda boleh menyatakan sama ada untuk sekhemah dengan saya (dan Dr M) ataupun di khemah yang satu lagi – iaitu bersetuju dengan keputusan mutakhir Kabinet itu. Sila ke blog CheDet untuk mengundi. Suara anda diperlukan di sana tanpa mengira khemah mana yang ingin anda tuju.
.
Menjadi pihak yang memerintah memang sukar. Kebiasaannya, tekanan yang mencetuskan keadaan huru-hara dan kekecohan memang berjaya membuatkan orang yang memerintah akur dengan desakan yang ditimbulkan.
.
Saya ambil contoh situasi sebuah kelas di sebuah sekolah menengah. Tidak dapat tidak, akan wujud seorang dua pelajar yang memang suka mengganggu perjalanan sesi pembelajaran. Bilangan mereka sedikit, tetapi menyusahkan! Majoriti kelas biasanya lebih suka berdiam diri, tetapi oleh kerana mereka senyap – mereka kelihatannya tidak berpendirian kerana mereka tidak bersuara. Oleh itu, guru yang mengajar tidak tahu dengan pasti apakah pendapat golongan pelajar majoriti. Guru sekadar berteka-teki, mungkin tekaan guru itu betul dan mungkin juga silap. Tetapi, guru itu bukanlah seorang doktor yang boleh mengimbas otak pelajar-pelajar. Dan seorang doktor juga tidak boleh mengesan apa yang difikirkan oleh otak seseorang. Sebab itu, ada kata-kata Inggeris yang begitu popular – speak your mind. Secara logiknya, minda memang tidak ‘bercakap’ – dan keberanian untuk bercakap tidak dimiliki oleh semua orang.
.
Pada akhirnya, kita bukan lagi berdebat soal kedaulatan Bahasa Melayu atau pengukuhan Bahasa Inggeris semata-mata. Kita juga bukan lagi membahaskan statistik pencapaian Matematik dan Sains sama ada lebih meningkat atau menurun kerana bahasa perantaraan yang digunakan.
.
Kalaulah kita boleh berfikir dan melihat melangkaui tembok legap yang dibina di hadapan kita, mungkin kita pemikiran kita akan mendendangkan lagu baru dengan rentak yang berbeza.

Thursday, July 9, 2009

Sebab kita kan kawan....

Persahabatan menurut saya, adalah sesuatu yang kompleks dan membingungkan. Apabila soal persahabatan dan wang menjadi isu bertindih – keadaan itu menjadi bertambah sulit lagi. Persahabatan bersifat subjektif. Wang bersifat objektif. Lantas, dalam kebanyakan situasi – ada wang, kawan datang. Tiada wang, kawan melayang.

Secara berterus-terang, saya akui sangat sukar bagi saya untuk menjalinkan persahabatan yang rapat dengan sesiapa pun juga – tidak kiralah walau bagaimana sekalipun anda menilai saya berdasarkan pembacaan anda di blog ini. Percubaan pertama saya untuk menentang arus, dengan berjinak-jinak untuk berkawan rapat dengan teman sekuliah di universiti tidak berakhir seperti yang saya harapkan. Pada waktu itu, saya diminta oleh rakan-rakan serumah untuk menjadi wakil yang menguruskan sewa rumah dan apa juga urusan yang berkaitan dengan tuan rumah – atas alasan di kalangan semua, saya lebih dipercayai. Hakikatnya, tiada sesiapa pun yang mahu menyusahkan diri sendiri memikirkan yang tidak-tidak dan semua orang seboleh mungkin melarikan diri daripada tanggungjawab. Dan orang yang rapat dengan saya, si Joyah – adalah orang yang paling liat untuk membayar bahagian sewanya.

Keadaan itu berakhir dengan Tragedi Oktober. Tidak perlulah saya bercerita dengan lebih terperinci tentang hal itu. Pengalaman itu memang menyakitkan. Kesudahannya tidak hanya berkaitan dengan wang sahaja, malah turut mencalar nilai persahabatan. Kenangan, susah senang dan gelak tawa yang mengiringi sepanjang persahabatan itu bagaikan terhapus begitu saja. Semenjak itu, Joyah (bukan nama sebenar) dan saya tidak berhubungan lagi.

Saya teringatkan pesan Bapak saya,

"Jangan sesekali bagi pinjam duit kat kawan. Kalau bagi, $10 takpe. Dan kau jangan harap dia akan bayar balik WALAUPUN $10. Kau anggap ajalah kau bagi dengan ikhlas. Kalau tak bayar pun, hati tak sakit. Hilang kawan satu hal. Tapi jangan sampai kawan hilang, duit pun hilang"

Nasihat itu terngiang-ngiang. Tetapi beras pulut sudah jadi tapai.

Semalam, seorang kawan yang telah bertahun-tahun tidak saya temui menghubungi saya melalui telefon. Itu memang sesuatu yang pelik. Memang betul-betul terdesak agaknya.

Assalamualaikum. Hello Zufa, aku ni – Senah (bukan nama sebenar)

Wa’alaikumsalam. Ha, Senah. Ada apa halnya?

Emm….kau sehat? Kau kat mana tu?

Alhamdulillah sihat. Kat petrol pump ni.

Oh, kau tengah drive ke tadi? Kau nak isi minyak ya?

A’ah, tadi memang tengah drive. Ni tengah queue nak pam tayar. Kenapa Senah?

Aku nak mintak tolong ni. Aku dah tak tau nak mintak tolong siapa. Err…kau ada cash tak sekarang?

Kau nak pakai berapa? Nak pakai bila?

Minimum dot dot dot. Nak pakai besok.

Okay, besok aku bank-in. Kau SMS account no.

Zufa, thanks ya…

Waaa, lancar aje mulut saya mengatakan iya. Bukanlah saya seorang yang berduit dan sebenarnya saya ada keperluan lain untuk wang yang saya ketepikan berdikit-dikit itu. Cuma keperluan itu tidak begitu mendesak. Mungkin Senah lebih memerlukan wang itu berbanding saya. Saya tidak bertanyakan kepadanya untuk apakah wang itu. Itu akan menyedihkan lagi hatinya. Saya tahu, betapa tebalnya muka untuk meminjam wang daripada seseorang, apatah lagi untuk membuka pekung dan memberitahu masalah yang tersembunyi di sebaliknya.

Adakah pisang akan berbuah dua kali? Itu hanya engkau yang lebih mengetahui, Senah. Sama ada kau akan melayan aku sebagaimana Joyah mengenakan aku, itu memang di luar kuasa aku. Tetapi aku akan tetap menolong kau Lillahi Ta’ala….

…..sebab kita kan kawan?

Tuesday, July 7, 2009

Petua melembutkan hati anak

Sudah lama saya tidak bercerita tentang anak teruna saya yang sudah disunatkan itu. Anak saya itu, sangat err….err….istiqamah orangnya. Saya malas nak sebut ‘degil’ kerana kata-kata (dan tulisan) seorang Ibu itu adalah doa. Eheh. Oleh itu, adalah lebih molek jika saya menggunakan istilah istiqamah dengan harapan semoga anak saya itu menjadi anak yang soleh dan menjadi pelaburan saya ke syurga. Amin.
.
Anak saya itu juga sangat berkeyakinan tinggi. Apabila saya melarangnya melakukan sesuatu, mulutnya pasti pot-pet-pot-pet dalam bahasa Java 1.7 – Java adalah merujuk kepada bahasa HTML rekaan saya semata-mata manakala 1.7 mewakili umur anak saya iaitu 1 tahun 7 bulan. Anak saya itu sememangnya mempunyai pendirian. Sebagai contoh, perhatikan dialog ini,
.
Mama Mithali : Ziyad, air paip bukan untuk diminum. Kalau haus tunggu kejap, lepas mandi Mama kasi nenen.
.
Anak Bijak : pot-pet-pot-pet (sambil meneruskan perbuatan minum air paip)
.
Mama Mithali : Air paip belum masak. Sini Malaysia, bukan oversea boleh minum air paip, tau?
.
Anak Bijak : pot-pet-pot-pet (sambil memulas pili air lebih besar)
.
Mama Mithali : Memang anak bertuah. No, no, no! (sambil membabab pipi Anak Bijak)
.
Anak Bijak : NANAAAAKKKKK!
.
Seterusnya saya bertindak menyerahkan anak teruna saya itu kepada Mr Daddy untuk mengelakkan diri daripada bertransformasi menjadi The Decepticons.
.
Secara kebetulan, selang 10 minit selepas itu saya terdengar Dr Fatma El-Zahra bercakap dalam program Ar-Rayyan,
.
“baca Ya-Latif, Ya-Latif, Ya-Latif vaaanyak-vanyak. Insya-Allah, hati anak jadi lemvut”
.
“lagi satu ayat ialah surah Taaha, ayat 1 samfai ayat enam”
.
Ayuh, marilah kita amalkan wahai Ibu-ibu sekalian! :P



Pilih yang muda ke, yang tua?

Pagi semalam, Pak Nil dan Din Beramboi mengetengahkan topik ini untuk slot pagi kelolaan mereka di Radio Era. Seperti yang dijangka, kebanyakan wanita memilih untuk berkahwin dengan pasangan yang lebih tua daripada mereka atas sebab yang agak fofular, iaitu – lelaki yang berumur bersikap lebih matang dan lebih mengambil berat berbanding dengan pasangan yang lebih muda.

Salah seorang pemanggil ketika diminta menjelaskan tahap ke’caring’an suaminya memberitahu bahawa - suaminya yang berusia 10 tahun lebih tua daripadanya mempunyai satu rutin iaitu – mengurut kaki si isteri setiap kali sebelum masuk tidur – sehinggalah si isteri terlena. Waaa…..kalaulah semua suami mengamalkan ritual ini – OSIM dan OGAWA boleh tutup kedai wooo….:P

Pemanggil yang terkemudian pula menceritakan perihal suaminya yang meninggalkan beliau untuk bersama dengan wanita lain yang jauh lebih muda. Sedangkan beliau lebih tua daripada suaminya itu. Wanita itu kemudiannya berkahwin semula dengan lelaki lain yang lebih tua daripadanya – dan katanya perkahwinan terkini adalah lebih membahagiakan. Hmmm….pada pendapat saya kes sebegini memang berlaku, tetapi tidak semestinya terjadi sedemikian.

Saya dan Mr Daddy dilahirkan pada tahun yang sama – walaupun beliau dilahirkan pada bulan Januari – dan saya pada bulan September – masih dikira sebaya!

Dulu, saya ada juga menyimpan hasrat untuk mengahwini lelaki yang lebih tua memandangkan mereka lebih stabil dari segi kewangan. Hua hua hua….rasa macam ada aura mata duitan di situ. Lagipun, secara semulajadinya, saya berasa suami memang sepatutnya lebih tua daripada isteri. Tetapi setelah usia menginjak dari setahun ke setahun, saya agak geli-geleman dan seram sejuk tak tentu pasal kerana mendapati lelaki-lelaki tua adalah gatal. Kahkahkah :P

Lagipun, sebagai anak sulung saya tiba-tiba berasa agak menyampah dengan lelaki yang berusia kerana mereka selalunya perasan mereka lebih bagus, lebih pandai dan lebih lebih berlebihan yang seumpama dengannya. Bagus juga apabila saya bertemu jodoh dengan pasangan yang seumur. Terasa lebih sekufu. Hahaha :)

Oleh itu, apabila Pak Nil menanyakan para pendengar,

“Anda pilih yang tua ke yang muda?”

Ayoyyo….saya tak pilihlah Pak Nil! Sudah jodoh, saya tangkap aje la :P

Monday, July 6, 2009

Keazaman adalah sesuatu yang dipelajari sendiri

Sejak bergelar ibu, boleh dikatakan banyak juga yang telah saya baca tentang peri pentingnya memberikan pendedahan awal dan mendidik anak-anak dalam usia yang masih rebung. Salah satu fakta yang paling menarik perhatian saya ialah hakikat bahawa setiap anak dilahirkan sebagai seorang genius yang berpotensi menjadi Albert Einstein mahupun Leonardo Da Vinci (sekadar menyebut beberapa nama) asalkan ibu bapa tahu bagaimanakah caranya untuk menggilap bakat yang sedia ada ini.

Dalam hal ini, saya harus mengakui bahawa Tony Buzan sememangnya betul – Smart Parents Make Smart Kids – seperti yang menjadi tagline bukunya, Brainchild. Sekadar berkongsi sesuatu yang pernah saya baca di laman web Baby Centre – satu poll pernah dijalankan untuk bertanyakan pendapat ibu-ibu – sama ada mereka menjadi semakin bijak atau semakin ‘blur’ selepas melahirkan – saya rasa saya tergolong dalam kelompok yang bijak itu. Hua hua hua. To teach is to learn twice – maka apabila saya perlu mengajarkan sesuatu kepada anak saya itu – tidak dapat tidak, saya juga harus belajar sama!

Baru-baru ini, saya terdengar bebelan sepupu saya kepada anaknya yang berusia 13 tahun. Anaknya itu, apabila disuruh melakukan kerja-kerja di dapur – enggan melakukannya – atas alasan,

“Kakak nak buat kerja sekolah. Periksa dah nak dekat”

“Baik, kalau Kakak kata nak buat kerja sekolah – boleh. Tapi kalau Ibu tengok markah periksa ada yang merah-merah, Kakak jangan bagi alasan sebab Ibu suruh buat kerja rumah, tahu? Cukuplah Ibu sorang yang bodoh masa sekolah. Kakak jangan nak ikut jadi bodoh jugak macam Ibu”

Mendengarkan kata-kata sepupu saya itu, saya jadi sebak. Sepupu saya itu merupakan anak arwah Pak Long yang kedua daripada 10 orang adik-beradik. Anak-anak Pak Long, sepanjang ingatan saya – bukanlah bodoh. Berbanding dengan saya yang cuma 2 beradik, anak-anak Pak Long adalah 5 kali lebih ramai. Jarak kelahiran antara mereka memang rapat, paling jauh pun 2 tahun. Persekitaran di kampung yang nak dikata kampung bukan kampung, nak dikata pekan bukan pekan - tidak banyak membantu perkembangan diri mereka dalam bidang akademik. Saya rasa, mereka sendiri juga sudah kehilangan minat untuk belajar. Membesar dalam keadaan yang terbiar, tanpa perhatian yang secukupnya memburukkan lagi keadaan yang sedia buruk. Dengan 10 orang adik-beradik, boleh dibayangkan betapa tunggang-langgangnya keadaan di rumah. Justeru, kebanyakan daripada mereka sekadar tamat Tingkatan 3. Yang bawah-bawah saja tamat Tingkatan 5. Mereka cuma ingin cepat habis sekolah supaya dapat keluar bekerja di kilang.

Sudah tentulah, kesempitan hidup tidak boleh dijadikan alasan kenapa seseorang tidak boleh berjaya. Terdapat ramai orang ternama yang bangkit daripada kemiskinan dengan berpegang kepada keazaman yang tinggi. Tetapi keazaman – adalah sesuatu yang lahir atas kesedaran dan keinginan yang kuat. Tiada siapa yang boleh mengajar anda tentang keazaman melainkan diri anda sendiri.

Dalam proses penghasilan sebuah berlian yang bermutu, akan ada banyak hentaman dan ukiran yang akan dilakukan. Kepada yang sanggup bertahan, proses yang menyakitkan itu akan melahirkan batu yang berkilauan. Kepada yang tidak sanggup, mungkin akan pecah berderai di pertengahan jalan.

Friday, July 3, 2009

Kadang-kadang apa yang kita nak memang tak bagus untuk kita

Saya ini memang pelik.

Ketika saya masih bersekolah dan semua orang dipaksa memakai kasut hitam cap Sepatu Timur itu, saya begitu sibuk nak cepat-cepat bekerja supaya saya dapat memakai sandal bertali seksi dengan permata-permata tiruan bertaburan. Apabila saya sudah bekerja, saya rasa – ah, pakai Sepatu Timur itu sebenarnya tidaklah teruk sangat. Sekurang-kurangnya lebih vogue daripada terpaksa menyarung kasut putih yang perlu diberus dan dikapur setiap minggu. Hua hua hua :P

Ketika saya belum masuk gaji, saya sibuk cakap nak makan Nasi Beriyani Kambing. Tak ada cerita lain. Balik-balik dengan sumpah setia – “Aku nak makan Beriyani Kambing, Aku nak makan Beriyani Kambing”. Setelah saya menerima gaji, lalu ke Kedai Mamak – saya tiba-tiba menjadi patah selera lalu memesan Roti Kosong. Apakah?!

Ketika Mr Daddy bekerja pagi balik petang dan sentiasa ada di rumah setiap hari Sabtu dan Ahad, saya membayangkan betapa seronoknya kalau kami adalah weekend-husband-and-wife. Bolehlah saya menghabiskan hujung minggu saya sesuka hati - nak bertapa dari pagi sampai petang di One Utama pun tak apa. Setelah Mr Daddy bekerja syif dan hanya kadang-kadang saja ada di rumah pada hujung minggu, tiba-tiba saya rasa tak best pulak dowh! Memandu sambil membawa Ziyad itu berdua-duaan adalah sangat memenatkan. Mengingatkan kepenatan itu saja membuatkan saya tidak jadi keluar beronggeng.

Ketika melancarkan Perang Teluk terhadap Kilang Kicap Cap Ayam, saya sibuk membebel betapa multi-taskingnya saya di pejabat, dan betapa tidak sukanya saya menjadi 3-in-1 Printer. Sekarang setelah Bos Besar saya itu betul-betul merealisasikan work delegation dalam erti kata yang sebenarnya – tiba-tiba saya rasa kebosanan dan betapa saya ada begitu banyak masa. Cukup banyak sehingga mampu menghasilkan beberapa entry sehari! Meja saya juga sangat kemas sekarang. Fuh, kalau keadaan ini berterusan, bolehlah saya fikirkan pekerjaan sampingan untuk dibuat. Mungkin saya patut tolong Cik Cleaner Yang Cantik itu mengelap meja. Hua hua hua :P

Aduyai. Saya ini memang pelik!

Kalau hendak, seribu daya

Saya ingin menyatakan kekaguman saya terhadap 4 orang pekerja Myanmar di Kilang Kicap Cap Ayam ini. Mereka memang bagus! Dalam masa beberapa hari lagi, genaplah 2 tahun mereka bekerja di sini.

Sebagai Kilang Kicap Cap Ayam yang sejati, saya telah diarahkan untuk berurusan dengan pihak Imigresen dan menguruskan apa saja yang bersangkut-paut dengan pengambilan pekerja asing. Ini memang sesuatu yang kelakar kerana saya bukanlah kakitangan yang ada kena-mengena dengan Pentadbiran Kilang mahupun Pengurusan Sumber Manusia. Tetapi oleh kerana pada masa itu saya baru sahaja bekerja di Kilang Cap Ayam selama 10 bulan, saya akur. Lagipun siapalah saya untuk membantah.

Setelah beberapa kali berulang-alik di Jabatan Imigresen, akhirnya saya diminta ke KLIA untuk menjemput 4 orang pekerja Myanmar yang dimaksudkan. Meneliti wajah mereka dan memeriksa dokumen mereka sedikit-sebanyak membuatkan hati saya sebak.

Ketika saya sebaya mereka – yang masing-masing pada masa itu berumur 18 tahun, saya masih lagi belajar. Sedangkan mereka sudah ke negara yang tidak pernah mereka jejaki sebelum ini semata-mata untuk mencari rezeki. Tetapi wajah mereka tidak sedikit pun menampakkan kesugulan, sebaliknya mereka benar-benar ceria! Ketika disuruh mencangkung beramai-ramai dalam hiruk-pikuk di KLIA yang sarat dengan pekerja asing, saya lihat mereka sempat membuka bekalan yang dibawa - curi-curi makan biskut kering dengan roti - lapar betul agaknya! Hanya Tuhan sajalah yang tahu apakah kesusahan yang terpaksa mereka hadapi di negara sendiri sehinggakan terpaksa berhijrah ke negara lain. Mungkin, pada mereka – negara asing ini adalah jauh lebih baik keadaannya berbanding tanah tumpah darah mereka itu.

Kini, memang ajaib apabila melihat mereka boleh bertutur sedikit-sebanyak dalam bahasa Cina yang mana saya sendiri pun kelu nak menyebutnya! Juga sedikit-sedikit dalam Bahasa Melayu, walaupun tak tahu yang mana hujung, yang mana pangkal - main pakat hantam sajalah. Bahasa Inggeris mereka juga semakin baik, sekurang-kurangnya tidaklah saya tak paham langsung apa yang diperkatakan.

Melihat mereka, meyakinkan saya bahawa tiada apa yang mustahil untuk dicapai!

Kalau hendak, seribu daya. Kalau tak hendak, memang banyak dalihnya.

Kertas penting yang tidak penting

Kebelakangan ini, saya merasakan tekanan untuk melanjutkan pelajaran. Tetapi ada banyak persoalan yang membantutkan kelancaran proses itu. Soalan yang maha penting ialah,

Apa yang patut aku belajar?

Pelik. Soalan pokok pula yang tidak terjawab! Untuk seorang yang hidup kucar-kacir, yang mana serpihan masa lampau dan masa kini berada dalam ketidaktentuan – perkara ini memang menyakitkan kepala.

Untuk menyambung pengajian dalam bidang yang dipelajari terdahulu adalah tindakan yang tidak relevan. Untuk menyambung pengajian dalam bidang yang dikerjakan sekarang adalah tindakan yang tidak diketahui sejauh mana potensinya. Dan saya berakhir dalam keadaan yang statik. Ke kiri tidak, ke kanan pun tidak. Ini bukanlah sesuatu yang bagus kerana setiap saat, masa yang berlalu tidak akan kembali lagi. Semakin lama, kita menjadi semakin tua – dan bukan sebaliknya.

Penting sangatkah nilai segulung kertas itu?

Jawapannya ialah, PENTING dan TIDAK PENTING. Dalam beberapa hal, pihak majikan masih memandang kertas yang anda miliki untuk melepasi pintu pagar utama sesebuah syarikat. Ketiadaan kertas itu, jangankan untuk diterima, sekadar nak tengok-tengok ikut tingkap pun tak ada peluanglah. Oleh yang demikian, kertas yang tidak berguna itu memang PENTING.

Sebaik sahaja anda berjaya menghadiri hari pertama sebagai pekerja di syarikat tersebut – kertas itu sudah TIDAK PENTING lagi. Memang kertas yang tidak berguna sama sekali. Hari-hari seterusnya bergantung sepenuhnya kepada kemampuan sendiri – jauh melampaui apa yang tercatat di atas kertas itu. Ya, memang kertas itu betul-betul tidak berguna. Tetapi akan berguna bila kita memutuskan untuk berhenti kerja dan mencari kerja di tempat lain. Kertas itu akan menjadi PENTING semula.

Oleh itu, saya MESTI mendapatkan kertas yang baru!

Tanyalah Ustaz

Hari ini bersempena hari Jumaat, saya ingin berkongsi satu program-mesti-tonton di televisyen iaitu Tanyalah Ustaz. Program ini ke udara setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad (kalau tak silap saya) bermula jam 7.00 pagi. Jadualnya ke udara memang cukup cantik. Ngam-ngam lepas Subuh boleh tengok, jadi tiada alasan untuk tidur lebih masa pada hujung minggu. Eheh.

Dalam salah satu siri, Ustaz yang mengelolakan rancangan mengemukakan topik tentang Adab Dengan Ibu Bapa. Iskk, tajuk yang sebenar saya tak ingat – tapi lebih kurang begitulah bunyinya. Waaa, nama Ustaz itu pun saya tak ingat! Yang saya tahu Ustaz tersebut berasal dari Terengganu, dan bapanya suka makan anggur. Apakah motif saya mengingat fakta yang tidak relevan ini?!

Berbalik kepada Tanyalah Ustaz, antara subtopik yang melekat di otak saya ialah Kecenderungan Ibu Bapa Terhadap Sesetengah Anak. Menurut Ustaz terbabit, adalah wajib untuk kita sebagai anak supaya sentiasa bersangka baik terhadap ibu bapa tanpa menganggap ibu bapa bersikap pilih kasih dan melebihkan adik-beradik yang lain (berbanding kita).

Saya sendiri pernah mempersoalkan tentang ini kepada Ibu saya setelah bertahun-tahun memerhati dan memendam perasaan. Eceh. Jawapan Ibu saya ialah,

“Lain anak lain caranya. Mana ada anak yang sama. Approach pun mestilah lain-lain”

Sejujurnya, saya rasa Ibu saya selalu berkeras dengan saya. Nadanya selalu tegas dan straight to the point. Kalau dengan Adik saya, pendekatan Ibu lebih lemah-lembut dan tersirat.

Saya rasa, pendekatan Ibu terhadap saya memang berkesan – walaupun saya tidak begitu suka dengan cara Ibu itu. Maka benarlah, apa yang kita suka itu mungkin tidak baik untuk kita. Dan boleh jadi apa yang kita tidak suka itulah yang sebenarnya baik untuk kita.

Sekarang saya pula yang sedang pening memikirkan kaedah yang terbaik untuk anak saya. Si Ziyad itu, sudah pandai menghentak-hentak kaki apabila keinginannya tidak dipenuhi. Entah dari manalah perangai sedemikian diwarisinya. Yang pastinya, bukan daripada saya.
Saya rasa nak babab-babab kaki dia! Tetapi perbuatan membabab budak berumur 18 bulan bukanlah tindakan seorang ibu yang bijak seperti saya.

Hmmmm….

Pendapat saya tentang umur ialah....

Umur hanyalah angka.
Dari satu segi, kita boleh mengukur pengalaman dan pengetahuan seseorang melalui umurnya. Kadang-kadang mungkin betul. Kadang-kadang salah juga.

Sebagai contoh, secara kasarnya kita boleh mengagak apakah yang diketahui dan telah dilalui oleh seorang remaja berusia 18 tahun yang telah menamatkan zaman persekolahan. Bagi seorang pelajar Tingkatan 1, menjadi senior di Tingkatan 5 dianggap ‘cool’ dan sudah besar. Saya masih ingat bagaimana saya memandang segerombolan kakak-kakak senior Tingkatan 5 yang sedang berjalan menuju ke Dewan Besar sewaktu saya mula-mula masuk ke sekolah berasrama. Saya sangat kagum dengan mereka dan merasakan mereka sangat matang. Sehinggalah saya sendiri berada di Tingkatan 5, dan saya rasa – alah, biasa aje! Tetapi pada ketika itu, giliran pelajar junior pula berasa terkagum-kagum melihat saya. Hua hua hua :P

Selepas mengakhiri zaman belajar dan memasuki alam pekerjaan, perbezaan umur tidak begitu dirasakan. Saya rasa ini tidak berlaku kepada saya sahaja, malah orang lain turut mengalaminya. Tidak hairanlah mengapa dalam dunia blogging – yang mana anda bebas untuk mendedahkan umur anda – atau menyembunyikan umur anda – menyebabkan timbulnya salah tanggapan terhadap umur seseorang. Misalnya, mamaDhea yang memanggil MLCB sebagai ‘kakak’. Hua hua hua :P

Sebenarnya, saya berasa agak segan untuk membahasakan diri saya sebagai ‘kakak’ melainkan jika saya sudah mengenali blogger itu di dunia nyata terlebih dahulu. Pada saya, panggilan ‘kakak’ adalah satu penghormatan yang menunjukkan berapa kilokah garam yang sudah saya makan berbanding seorang yang berpangkat ‘adik’. Walaupun terdapat beberapa orang blogger yang sudah saya ketahui umur sebenar mereka, tetapi saya lebih suka untuk purak-purak tidak tahu.

Sungguhpun demikian, terdapat beberapa pengecualian diberikan. Ini kerana setelah menyukat tahap garam dalam badan bloggers terbabit, saya tidak dapat mengelak untuk mengaku bahawa saya memang adik – dan mereka adalah kakak. Tidak ada cara bagaimana saya ingin menyamaratakan taraf saya dengan mereka. Terasa kerdil, okeh?

Untuk sementara waktu, di alam maya ini - saya lebih suka perasan sebaya dengan MLCB – atau lebih muda daripada itu - walaupun hakikatnya hanya beberapa orang saja yang tahu.
Hua hua hua :P

Thursday, July 2, 2009

Happy birthday!

To my blogging friend, mamaDhea on her 28th birthday
.
.
.
.
.
.
.
~betul ke kuantiti lilin yang mak taruk ni nyah? :P~
Photo ihsan Yahoo! Images
.
.
.
.
.
Happy Birthday to you! :)

30 soalan

1. Bekas kekasih saya – Sekarang ini berperut boroi mengalahkan saya yang sudah beranak satu. Nasib baiklah saya tidak berjodoh dengan beliau.

2. Saya sedang mendengar – Dan Sebenarnya nyanyian Yuna

3. Mungkin saya patut – Membeli buku Etiquette For Dummies. Kemahiran bersosial saya adalah sangat menyedihkan!

4. Saya suka – Hari dapat gaji!

5. Sahabat-sahabat saya – Sibuk dengan komitmen masing-masing. Saya rindukan masa sekolah.

6. Saya tak faham – Kenapa orang India mempelopori perkhidmatan cuci kereta?

7. Saya kehilangan – Minat dan azam yang berkobar-kobar.

8. Ramai yang berkata – Saya seorang yang sukar ditafsirkan.

9. Cinta itu adalah – Ibarat kentut.

10. Di suatu tempat, seseorang sedang – Berteka-teki apakah sebenarnya pekerjaan saya.

11. Saya akan cuba – Untuk tidak mempersoalkan kenapa, kenapa dan kenapa?

12. Perkataan SELAMANYA membawa maksudHappily ever after

13. Telefon bimbit saya – Adalah harta yang tidak pernah saya beli sendiri.

14. Bila saya terjaga – Saya rasa ingin tersengih mendengar Mr Daddy berkata, “Selamat Pagi, Cinta”

15. Saya paling meluat – mendengar lagu Aku Tak Percaya Cinta nyanyian Liyana Jasmay

16. Pesta/parti adalah – Membuatkan saya pening memikirkan nak pakai baju apa.

17. Haiwan yang paling comel pernah saya temui – Ialah hamster yang gumok dan bulat dan nampak sedap untuk dipeluk.

19. Hari ini – Saya pakai kebaya dan perasan bahawa saya cantik macam primadona.

20. Malam ini saya akan – Basuh baju dengan segera supaya sempat disidai keesokan paginya.

21. Esok pula saya akan – Pergi makan Nasi Beriani Kambing di Kedai Mamak

22. Saya betul-betul inginkanBuilt-in kitchen cabinet, walk-in wardrobe dan jeriji wrought-iron

23. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini – Wow, anak dara pingitan siapa ni?

24. Pusat membeli-belah atau arked permainan – Saya pilih pusat membeli-belah.

25. Makanan Barat atau Jepun? – Barat, sebab menyebut perkataan Jepun terasa janggal.

26. Bilik yang terang atau gelap? – Gelap supaya Ziyad cepat terlelap.

27. Makanan segera adalah – Cepat dipesan, sedap dimakan.

28. Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorangI don’t know, I don’t care.

29. Lepas ini saya akan – Makan biskut OKI, cicah air kopi.

30. Siapa yang anda ingin tag – Orang-orang yang kebosanan macam saya.

Sister Act 1

Akhirnya, saya berpeluang menonton televisyen malam tadi. Huaaa….best, best, best! Setelah penat jiwa dan raga akibat berminggu-minggu terpaksa menghadap TV1, History Channel 555, Sports Channel dan yang seumpama dengannya – remote control berkesudahan di tangan Ibu dan saya. Yeehaa! Wednesday night is for the ladies y’all :P

Ketika rampasan kuasa dijalankan dengan penuh strategi, dan remote control beralih kerajaan – saya dan Ibu akhirnya sepakat membawa berkat untuk menonton Sister Act 1 di TV2. It’s a good choice, indeed. Tontonan yang bermutu, ringan dan santai dan anda boleh gelak-gelak – tetapi dalam masa yang sama, terdapat banyak perkara yang boleh dipelajari daripadanya.

70% daripada keseluruhan cerita Sister Act 1 mengambil suasana di gereja dengan watak-watak biarawati. Dalam cerita ini, biarawati sememangnya menutup sepenuhnya aurat mereka. Ini bermakna pemakaian yang sedemikian sebenarnya bukanlah begitu asing dalam masyarakat Barat. Entah kenapa agaknya wanita Muslim yang bermastautin di luar negara – dan memilih untuk bertudung, selalu menjadi mangsa kecaman orang bukan Islam. Saya masih berpendapat, soal bertudung sengaja diperbesar-besarkan khususnya dalam persekitaran di mana Islam adalah agama minoriti.

Ibu saya memberitahu bahawa ketika beliau memasuki Special Malay Class di Sekolah Convent, biarawati-biarawati yang menjadi tenaga pengajar memakai penutup kepala yang lebih labuh mencecah pergelangan tangan, tetapi kemas – serupa macam tudung bulat yang dipakai oleh ustazah-ustazah sekarang. Tetapi masa zaman dulu-dulu, para ustazah setakat pakai skaf ikat belakang saja.

Saya paling suka babak nyanyian koir gereja dalam cerita ini. Itu mungkin kerana saya sendiri adalah ahli kumpulan koir yang tegar. Err….maksud saya, ‘bekas’ ahli kumpulan koir tegar. Hua hua hua. Tidak dinafikan, nyanyian koir gereja memang merdu. Tetapi itu tidak bermakna saya ingin masuk Kristian! Na’uzubillaahi min zaalik. Saya sekadar terfikir, muzik dan nyanyian adalah santapan rohani yang berkesan apabila digunakan secara bijaksana. Dalam Islam juga ada hiburan – dalam batas-batas yang telah ditetapkan. Kalau tidak, takkanlah bila mengaji pun ada tarannum bagai.

Haa, di TV9 ada rancangan kanak-kanak Mari Bertarannum. Saya tidak ada latar belakang mahupun pengetahuan tentang bacaan Al-Qur’an berlagu secara formal. Kalau mengaji, masih mendayu-dayu, tetapi turun naik lagunya main hentam keromo saja – tidaklah sampai boleh menang Musabaqah! Namun begitu, saya menyimpan hasrat untuk memberikan pendedahan awal mengenainya kepada anak-anak saya. Maksud saya, anak-anak saya memanglah berpotensi akan menyertai kumpulan koir seperti saya – dan Ibu saya – well, as you can see it’s in the blood – jadi alangkah baiknya kalau bakat suara yang merdu ini dapat disalurkan ke arah yang lebih bererti.

Apabila menyentuh tentang kumpulan koir, Mr Daddy agak kurang senang. Nak dipendekkan cerita, sewaktu saya di Tingkatan 3 dulu Mr Daddy pernah memujuk saya supaya tidak melibatkan diri dalam koir sekolah. Saya yang memang tegar lagi degil tidak mengendahkan pujukan itu. Entahlah, sehingga kini saya masih rasa menyertai koir itu tidak berdosa kerana tindakan itu tidak memudaratkan saya mahupun orang lain.

Dan Mr Daddy ketika mendengar lagu I Will Follow Him yang dinyanyikan oleh kumpulan koir gereja dalam cerita Sister Act 1 berkata,

"Haa, ini la lagu yang diorang ambil jadi lagu DIGI tu. Yang heboh-heboh kata DIGI ambik lagu gereja!"

Yakah? Saya rasa kalau betul pun lagu itu lagu gereja, yang sepatutnya marah ialah penganut agama Kristian, bukan umat Islam-Melayu.

*I Will Follow Him bukanlah lagu gereja. Sila baca di sini.
*Saya bukanlah pengguna talian DIGI. Hua hua hua :P

Wednesday, July 1, 2009

Lagu-lagu nostalgia

Exist dalam Bahasa Melayu bermaksud wujud. Wujud lagikah kumpulan Exist ini? Saya sudah tidak lagi mengikuti perkembangan seni hiburan di Malaysia. Sekarang saya cuma gilakan lagu Dan Sebenarnya.
.
Pertama kali mendengarnya ketika Aisyah AF7 menyanyikan lagu ini dalam salah satu Konsert terawal – dan saya ingatkan lagu ini ialah sebuah lagu lama. Kali kedua mendengarnya sebagai lagu tema sebuah rancangan TV bersiri – dan saya ingatkan ini ialah sebuah lagu nyanyian artis Indonesia. Kali ketiga mendengarnya ketika menelefon Adik saya – dan lagu ini dijadikan nada dering pemanggil. Barulah saya tahu, Dan Sebenarnya ialah sebuah lagu baru yang dinyanyikan oleh penyanyi Malaysia.
.
Penyanyinya si Yuna itu, pada pengamatan mata kasar saya - mirip sungguh dengan Norah Jones. Eh, ye ke namanya Norah Jones? Apa-apalah. Yang pasti, bukan Davy Jones. Hua hua hua.
.
Kedua-dua penyanyi - Yuna dan Norah Jones bersuara ala-ala serak-lalok dengan aksi goreng-goreng gitar. Fuh, saya memang sudah lama berangan untuk memetik gitar seperti mereka – tapi semangat saya tak cukup kuat. Sila salahkan jari-jemari saya yang kemetot lagi lemah-gemalai ini. Baru petik tali gitar sekali dua sudah pedih-pedih! Oleh itu saya mengisytiharkan bahawa saya sudah berputus-asa dengan gitar. Ah, sudahlah. Tak mahu cerita pasal itu.
.
Pagi ini, ketika memandu ke pejabat saya mendengar siaran radio Era. Cuba teka lagu apa yang ke udara?
.
Jesnita!
.
Suatu ketika dulu sewaktu saya masih di Universiti, lagu ini malatop-latop! Tidaklah begitu dahsyat macam letupan Gunung Pinatoba, tapi cukup dahsyat untuk meletupkan gegendang telinga saya yang terpaksa mendengar rakan sebilik yang mengulang lagu ini berpuluh-puluh kali sehari. Akhirnya saya redha dengan ketentuan itu – lalu sama-sama melayan lagu tersebut – berpuluh-puluh kali juga dalam sehari. Hua hua hua.
.
Selepas Jesnita, saya suka Julia. Walaupun tidak gegak-gempita kemasyhurannya sepertimana lagu Jesnita, tapi saya tetap suka. Salah satu sebabnya ialah kerana lagu Julia memuatkan bunyi-bunyian bagpipe pada awal lagu – lantas mengingatkan saya tentang Pasukan Pancaragam Sekolah yang pernah saya sertai sewaktu zaman hidung berhingus. Julia membuatkan kotak fikiran saya melayang-layang, lalu saya terkinang-kinang salah seorang pemain trumpet paling berpotensi dalam Pasukan Pancaragam Sekolah ketika itu iaitu – saya! Hua hua hua. Perasan betul.
.
Hoh, jangan main-main – ingat senang ke nak tiup trumpet? Rasa nak melecet bibir Angelina Jolie saya ni untuk mendapatkan skil meniup tu tahu? Kiranya, kalau Angelina Jolie itu nombor satu, Anita Sarawak nombor dua – saya bolehlah dapat nombor seratus lima puluh dua.
.
Donald Trump tak termasuk dalam senarai. Harap nama aje Trump – bukannya tahu main trumpet pun! Tapi, kalau boleh main trumpet haruslah tukar nama jadi Donald Trumpet. Nak nampak keMelayuan bolehlah sebut sebagai Donald Tompel. Hua hua hua. Dukacita dimaklumkan bahawa saya telah kehilangan skil bermain trumpet itu – gila la kalau nak main trumpet saja-saja kat rumah, kan? Silap haribulan jiran tetangga ingat Raja sedang bertitah supaya rakyat jelata pergi berperang. Trumpet itu bukannya saxophone! Tapi kalau main seksa-fon – haruslah seksa macam Kassim Selamat. Mak lebih rela jadi seksi-fon, nyah!
.
Selain Julia dan Jesnita, lagu kumpulan Exist yang paling berkesan di hati saya ialah Kapal Terbang Kertas. Memang nostalgia Romantica De Amor. Nak pulak dengar lagu itu waktu tengah-tengah malam sambil baca surat chenta. Hua hua hua.
.
“….tolonglah angin bawa kapal terbang kertasku….oh kepadanya….supaya ternyata jelas….”
.
Eceh!
I Love to Talk About Ideas
I like my conversations to be deep and meaningful. I am not a big fan of small talk.
I am open to all sorts of conversation topics, especially if they are unique or interesting. I love it when a conversation takes me somewhere unexpected.

I will talk about anything, even if it's controversial or weird. I'm not shy about speaking my mind.
I may shock people with what I'm willing to talk about, but at least it's more interesting than discussing the weather.