Saya telah bercuti panjang selama 4 hari. Wow, seronoknya! Dan setelah 2 hari mula bekerja, saya rasa macam saya tak bercuti langsung pun. Pendek kata - cuti ke, tak cuti ke - sama saja. Saya masih terasa kepenatan. Bertahanlah! Ada 6 bulan lagi untuk menamatkan kalendar kerja 2009. Kita sudah pun di pertengahan jalan. Tarik nafas dalam-dalam dan bergembiralah. Yee hooo! Positif, positif :P
Cubit-cubit 1 – Pekongsi Lelap
Anda pernah dengar istilah pekongsi lelap? Sesetengah orang menyebutnya rakan kongsi tidur. Tapi saya tidak berapa suka perkataan itu. Rakan kongsi tidur – bila diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris sudah jadi sleeping partner pula. A-P-A? Sleeping partner? Isy, sangat lucy di situ. Kahkahkah! Lebih baik kita panggil sebagai - rakan kongsi lelap. Ada rakan sepasukan – tapi kerjanya lalok dan sangap. Menguap tak berhenti.
Cubit-cubit 2 – Pekongsi Lelap Tegar
Eh, kalau menguap tapi kerja jalan tak apa. Masih boleh dimaafkan. Ini kalau tangan kanan kerjanya menaip dalam channel kampung dot net, dan tangan kiri kerjanya tutup mulut yang kononnya menguap – ha, macam mana kerja nak jalan? Kecualilah kalau Mangkuk Ayun itu seekor labah-labah yang mempunyai 8 tangan.
Dari pandangan depan memang nampak macam tutup mulut yang menguap. Tapi dari pandangan sisi boleh nampak Mangkuk Ayun sebenarnya tengah tutup mulut yang tersengih-sengih layan chatting.
Cubit-cubit 3 – Pendapat tidak pernah salah
Pendapat adalah sesuatu yang subjektif. Tidak ada yang salah. Tidak ada yang betul.
Penilaian dibuat berdasarkan perspektif orang yang memandang. Juga dipengaruhi oleh latarbelakang pendidikan. Pergaulan dalam masyarakat. Tatacara kehidupan. Rutin seharian. Semuanya menyumbang kepada penilaian akhir yang dibuat.
Contohnya, saya nampak Mangkuk Ayun dari pandangan sisi. Dan Bos Kecik itu nampak Mangkuk Ayun dari pandangan depan. Apa yang kami lihat – walaupun objeknya adalah sama iaitu si Mangkuk Ayun – tetapi yang dilihat itu tidak serupa sama sekali!
Bos, cuba Bos duduk sebelah sini. Nampak tak apa yang saya nampak?
Cubit-cubit 4 – Solo atau Duo/Berkumpulan?
Bercakap tentang rakan sepasukan – aihhh, kalau dalam bidang nyanyian patutlah penyanyi lebih suka tampil secara solo. Apa gunanya jadi penyanyi duo/berkumpulan kalau pasangan duet kita itu menyanyi sumbang-mambang ke laut? Teringat kes peserta AF7 bernama Qhaud yang ‘ditakdirkan’ berduet dengan Heliza. Menurut Juri Jemputan Minggu Itu, Adibah Noor -
“Qhaud, kadang-kadang walaupun kita ni penyanyi yang bagus tapi kalau kita dapat sparring partner yang sumbang, kita pun akan jadi out-of-tune jugak”
Cubit-cubit 5 – Printer 3-In-1
Baru-baru ini, mesin pencetak di meja saya buat hal. Asyik-asyik sangkut, asyik-asyik sangkut. Puas saya pujuk mesin pencetak saya itu tapi tidak berjaya. Degil sangat, akhirnya saya lempang penutup mesin pencetak saya itu.
Bos Kecik menyarankan agar saya meminta Bos Besar menaja mesin pencetak yang baru. Cadangan itu sememangnya M-U-S-T-A-H-I-L. Selama 2 tahun 9 bulan saya di sini, mesin pencetak saya itu tidak pernah menerima rawatan spa dan kecantikan, inikan pula nak diganti baru?
Saya membalas saranan Bos Kecik itu dengan berkata,
“I think we should get a 3-In-1 Printer. Print, fax, copy. One machine. Multi-function. One price. Just like me. And make sure it has a life-time warranty”
Cubit-cubit 6 – Simbiosis, Epifit dan Parasit
Pertama kali saya mendengar perkataan Simbiosis ialah ketika saya berusia 10 tahun. Subjek Alam dan Manusia Tahun 4. Sekarang kita panggil subjek Sains agaknya. Generasi sebelumnya memanggil subjek itu dengan nama Ilmu Alam. Simbiosis ialah hubungan 2 hala antara 2 spesis demi meneruskan kelangsungan hidup. Lebih kurang begitulah definisinya menurut pemahaman saya.
Dalam ruang lingkup pekerjaan saya, spesis yang mengamalkan terma Simbiosis sudah pupus. Yang ada hanyalah Epifit dan Parasit. Mendapat rakan sepasukan yang Epifit boleh tahan lagi sebab Epifit cuma menumpang. Tapi kalau Parasit – aduh, sudahlah – sebesar-besar pokok pun boleh rebah kerananya.
Cubit-cubit 7 – “You’re back!”
Sekembalinya ke pejabat setelah bercuti selama 4 hari,
“Ahhh…finally! You’re back! Do you remember SN5758 project?” -Ng
“Eh, Zufa. We need this drawing tomorrow. I’ve promised the customer. Can you make it?” -Mike
“I’ve put all the PO on your desk. Arrange your time to meet the dateline, yeah?” -Chong
“This one is previously done by Mangkuk Ayun. Do you mind if I ask you to take over?” -Mike again
.
.
.
“Boss, can you explain what do you mean by work D-E-L-E-G-A-T-I-O-N? Am I really a 3-In-1 Printer to you? I think I need another 4-days-leave next week” –Zufa