Search This Blog

Loading...

Quotable Quotes



The best of people are those that bring most benefit to the rest of mankind

My Loyal Readers

Friday, May 29, 2009

10A

Akhirnya, menjelang beberapa tahun lagi, pelajar SPM hanya dibenarkan mengambil maksimum 10 subjek sahaja. Wow, bagus! Sekurang-kurangnya saya tidak akan tergolong dalam kelompok ibu bapa yang tertekan di masa hadapan. Ini akan mengurangkan risiko menghidap tekanan darah tinggi pada usia muda. Hohoho!
.
Saya dulu pun mengambil 10 matapelajaran saja dalam SPM. Tak dapat dibayangkan bagaimana pelajar masa kini yang boleh menggalas sehingga berbelas-belas subjek! Oh, kalau sayalah – tak cukup masa untuk saya pergi beronggeng ke sekolah lain. Kang nak berpantunlah, bersajaklah, bersyairlah, dikir baratlah, drama sebabaklah, berdebatlah, public speakinglah. Hisy, tak sanggup saya ketepikan itu semua. Eheh.
.
Beritahu saya, ibu bapa mana yang tidak akan stress memikirkan pelajaran anak-anaknya? Oh, apalah agaknya perasaan Ibu dan Bapak saya dulu ya? Adakah saya turut menyumbang kebimbangan di hati mereka? Nampaknya, menjadi ibu telah membuatkan saya ingin menjadi anak yang lebih baik. Ecewwah.
.
Saya pernah terbaca di akhbar tentang penghasilan manusiawi-manusiawi agung. Kata penulis terbabit (maaf, saya lupa betul namanya!), mendapat A yang berderet-deret adalah bagus. Tetapi ibu bapa perlu memahami bahawa tidak semua anak mampu mendapatkan A bertimbun-timbun. A adalah sekadar tanda aras penilaian – A tidak sama sekali dapat melabelkan seseorang anak itu pandai atau bodoh. Anak-anak mempunyai banyak potensi yang dapat dicungkil – adalah tidak adil untuk menilai prestasi mereka berdasarkan pungutan A semata-mata.
.
Tiba-tiba saya tersentak. Maklumlah, saya pun bukannya berjaya melonggokkan A seperti yang saya harap-harapkan walaupun saya teringin benar berbuat demikian. Mujurlah Ibu dan Bapak saya bukannya jenis gila A. Kata Bapak saya,
.
“Kalau engko lulus pun cukuplah. Papa dulu pun SC/MCE dapat 3rd Grade aje”
.
Atas sebab itu, Bapak saya cukup berbangga apabila saya dapat Pangkat 1 – padahal 15 aggregat – tapi tak apa, sebab di kalangan saudara-mara sayalah yang paling pandai. Kahkahkah! Habis dicanangnya satu kampung tentang anak sulungnya yang “sangat pandai” itu. Adoi la! Kadang-kadang, mempunyai Bapak yang terlalu supportive dan cepat berpuas hati juga boleh boleh menyebabkan anak stress, tahu? Ketika itu, saya selalu ingatkan Bapak saya,
.
“Pa, berlambak orang lain dapat Pangkat 1. Bukannya bagus pun 15 aggregat tu. Papa tak payahlah kecoh-kecoh macam ni”
.
“Eh, eh engko nih. Mana ada dalam keluarga kita yang pernah dapat Pangkat 1? Engkolah orang pertama yang dapat masuk U”
.
Kahkahkah! Maka hiduplah saya dalam zon selesa selama berabad-abad. Ngeee….
.
Hai anakku Ziyad – haruslah anakku itu bakal stress nanti. Maklumlah, Makcik-Pakciknya di sebelah Mr Daddy semuanya bukan calang-calang. Ada lecturer. Ada assistant director. Ada engineer. Ada bakal pilot. Ahli musik, majistret dengan loyar aje belum ada lagi. pantang keturunan jadi ahli musik *teng teng teng tennnggggg*
.
Fuh, kalau pernyataan “Smart Parents Make Smart Kids” itu benar – haruslah bakal sepupu sepapatnya kelak tampil sebagai orang yang hebat-hebat belaka.
.
Relaks, anakku. Jangan stress, wokeh? Run your own race at your own pace.
.
Ziyad takyah dapat A banyak-banyak pun tak apa, Mama tak kesah. Janji Ziyad outstanding macam David Beckam. Cemerlang macam Tiger Woods. Atau setidak-tidaknya kaya macam Robert Kuok.
.
:P

Vespa Blogger Award


1. Copy badge "Blogger Friendship Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.
.
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.
.
Kak Rizza adalah seorang ibu yang sangat saya kagumi dalam bidang homeschooling. Beliau adalah bekas jurutera. Saya teringin berbesan dengan beliau sekiranya saya memperolehi anak perempuan kelak. Anak teruna beliau yang bernama Hassan itu sudah menghafal Jadual Berkala pada usia 3 tahun. Oh, saya termalu sendiri memikirkannya kerana saya pun tak hapal Jadual ittew! Kak Rizza bercita-cita untuk membuka kilang kek dan mewujudkan jenama Pizza Rizza sekembalinya ke Malaysia nanti.
.
Cik Fid adalah seorang ibu yang sangat saya hormati dalam bidang penyusuan susu ibu secara eksklusif. Beliau ialah seorang jurutera kajiselidik & pembangunan. Saya juga teringin berbesan dengan beliau sekiranya saya memperolehi anak perempuan kelak. Anak teruna beliau yang bernama Akif Gedebi gagah perkasa itu sangat bersopan-santun orangnya. Cik Fid bercita-cita untuk membuka kilang Pasta Carbonara dan mengadakan bengkel tudung DIY dalam masa 5 tahun.
.
3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya.
.
Fakta 1 Tentang Saya Dan Kasut
Kaki saya bersaiz 4. Tetapi untuk sesetengah potongan kasut, saiz 4 pun saya tak muat! Untuk mengatasi masalah ini, pembantu jualan di kedai Sembonia mengesyorkan agar saya mencari kasut yang berpotongan runcing di depan. Tapi potongan runcing tidak menarik minat saya. Rasa macam jin perempuan dalam cerita I Dream Of Genie.
.
Fakta 2 Tentang Saya Dan Kasut
Kasut saya yang paling mahal berharga RM243.50 selepas diskaun. Itu pun kerana kasut itu ingin dijadikan kasut hantaran perkahwinan. Saya telah memberitahu Mr Daddy yang ketika itu menjadi tunangan saya bahawa – kasut untuk saya hendaklah berjenama Bonia – tak peduli! Kasut Bonia itu saya pakai setahun sekali sahaja.
.
Fakta 3 Tentang Saya Dan Kasut
Sandal saya yang paling murah berharga RM9.90. Saya beli di bazaar depan KL Sentral selepas kaki saya melecet dalam perjalanan balik dari pejabat. Saya pakai selama 365 hari setahun, 7 hari seminggu tanpa henti. Sandal itu sangat berjasa. Kalaulah ada anugerah untuk sandal, nescaya saya berikan Pingat Jasa Kebaktian untuk sandal saya itu. Selepas 365 hari berlalu, saya bertindak membuangnya tanpa perasaan bersalah.
.
Fakta 4 Tentang Saya Dan Kasut
Mr Daddy yang baik hati telah membuat kejutan untuk saya dengan membelikan saya sandal Pingat Jasa Kebaktian dengan rekabentuk yang sama dan warna yang sama. Kejutan itu benar-benar mengujatkan. Dengan bangganya, Mr Daddy memberitahu bahawa dia membelinya di Mydin pada harga RM3.50 sahaja – wah, bijak sungguh suamiku. 365 hari kemudian, sandal itu juga berakhir di tong sampah selepas tapaknya berlubang dan talinya putus-putus saya lenjan.
.
Fakta 5 Tentang Saya Dan Kasut
Mr Daddy berkata, dia boleh membelikan saya lagi 10 pasang sandal RM3.50 kalau saya mahu. Itu boleh jadi stok sandal lenjan saya selama 3650 hari yang seterusnya. Ada banyak lagi kat Mydin, katanya. Oh suamiku, terima kasih banyak-banyak atas ingatan tulus ikhlas darimu. Isterimu sangat terharu! Cukup-cukuplah ya.
.
Fakta 6 Tentang Saya Dan Kasut
Pada hari lahir saya yang ke-28, Mr Daddy berkata bahawa saya boleh memilih mana-mana kasut yang berjaya menambat hati saya sebagai hadiah. Wah, saya terasa ingin meloncat kegembiraan. Ini memang tawaran lumayan! Keluar masuk butik kasut yang mahal-mahal memang menyeronokkan tapi seperti biasa – saiz untuk saya tidak ada. A-P-A? Saiz paling kecil ialah 35? Dan saiz 35 pun saya tak muat? Sangat mendukacitakan.
.
Fakta 7 Tentang Saya Dan Kasut
Akhirnya saya ditemukan jodoh dengan sepasang sandal di kedai Viss. Ah, lantaklah, Viss pun Viss lah. Setelah mencuba dan melihat pandangan depan, pandangan sisi dan pandangan belakang sandal tersebut melalui cermin kedai Viss, saya pun terus membawa 2 pasang sandal bertuah dengan rekaan yang sama tetapi berbeza warna itu ke kaunter.
.
Fakta 8 Tentang Saya Dan Kasut
Mr Daddy ternganga melihatkan saya merembat sampai 2 pasang sandal.
.
“Awak nak hilangkan kemaruk ke Yang? Sampai 2 pasang awak beli?”

“Oh, ini buy one free one – baru RM65.00. Boleh ke saya pilih ni, Yang?”

“RM65.00 untuk 2 pasang? Ok, boleh ambik. Murah la tu”

“Murah ya? Boleh saya rembat lagi 8?”
.
Fakta 9 Tentang Saya Dan Kasut
Salah satu rekaan kasut saya rasa selesa sungguh di kaki saya ialah Hush Puppies. Oh, sungguh nyaman rasanya kaki saya yang kecil molek bermastautin dalam kasut yang dompot-dompot itu. Tapi saya betul-betul tak boleh blah dengan rupa paras kaki saya ketika melihatnya dari pandangan atas. Sekali imbas sebijik macam rupa Bull Dog. Gemuk dan dompot. Patutlah namanya Hush Puppies.
.
Fakta 10 Tentang Saya Dan Kasut
Kasut kedua paling mahal yang saya miliki selepas kasut Bonia-pakai-setahun-sekali ialah kasut Alain Delon dengan rekaan ala but. Mr Daddy memanggilnya dengan nama Kasut-Potong-Depan. Lebih kurang RM140 selepas 20% diskaun. Memang belian bijak! Saya sangat bangga memakai kasut tersebut. Bila berjalan, kasut itu menghasilkan bunyi berdetap-detap yang begitu angkuh sekali. Semua anjing yang suka mengkencingkan tayar kereta staf di pejabat saya sangat seram apabila melihat kelibat Kasut-Potong-Depan saya itu.
.
4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.
Dengan sukacitanya, 6 pemilik blog di bawah dipersilakan naik ke pentas untuk menerima anugerah Vespa Blogging Friends Award ini :)
.
Kisahku…dan Kasihku…
Words Of Mine
My Precious Ever
My Baby You
D.H.E.A.S.Y.A
….something to mumble & bumble

Thursday, May 28, 2009

SAHD

Alkisah seorang Daddy yang berkesempatan menjadi SAHD (baca: Stay-At-Home-Dad) selepas dijadualkan bekerja syif malam selama 4 hari. Berikut adalah rakaman SMS antara kedua ibu bapa si Baby.

Hari Pertama

Hai Yang. Saya dah abis ajar Baby sume benda ni.
Ok. Good.
Kitorang dah baca buku, dah main bola. Dah tengok flashcards. Dah main nombor-nombor kat
fridge.
Wah, good Baby! Great Daddy!
Website
yg huruf ABC boleh melompat-lompat tu apa namanya?
Starfall dot com

Hari Kedua

Yang, Baby ni camana nak mandikan dia. Masuk bilik air asik jerit-jerit.
Oh, bila nak bilas rambut jangan curah direct. Tampung badan dia. Bilas kepala macam saya buat masa dia still baby.
Ha? Macam tu pulak? Patutlah dia nangis bila saya mandikan!
Eh, sebelum mandi awak siapkan dulu susu dengan roti dia. Baby tu siap je mandi dia kelaparan. Terus sumbat pape yang patut okeh?
Oh, patutlah semalam dia menendang-nendang lepas saya siap pakaikan baju.

Hari Ketiga

Yang, kenapa Baby ni takmo tido siang? Saya dah ngantuk ni. Tapi Baby suruh saya tulis-tulis kat Magnetic Board.
Oh, awak kena bagi dia betul-betul letih mental dan fizikal. Selagi tak letih dia memang takkan tido.
Saya dah tak larat ni yang….semua aktiviti dah buat. Tapi dia macam tak lut je. Energetic semacam.
Awak ajak dia main sorok-sorok. Menyoroklah belakang langsir. Lepas 7-8 round dia penatlah tu. Kang dia tido, awak tido la sekali.

Hari Keempat

Yang….saya nak berak ni….
Abis tu? Pegila berak!
Baby tak bagi saya bergerak. Dia asik melekat je kat kaki saya. Saya masuk toilet dia meraung macam kena dera!
Toilet kita kan jamban duduk? Bawak je la dia sekali.
Ha? Selamba je berak berjemaah?
Ya lah :P
.
.
.
.
.
.
Fatherhood is exciting & full of adventures, isn't it?
Kahkahkah!

Wednesday, May 27, 2009

Memberi tanpa berasa apa-apa

Pernahkah anda memberi sesuatu tidak kiralah dalam apa bentuk sekalipun – wang dan kebendaan, ilmu dan nasihat secara ikhlas – benar-benar ikhlas tanpa berasa apa-apa?

Sebagai manusia biasa, melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan adalah perlakuan yang sukar dilaksanakan. Terutamanya dalam kehidupan hari ini yang mengajar kita supaya prihatin terhadap setiap sen yang kita belanjakan sehinggakan – dalam soal kemanusiaan pun kita ingin mengira aliran debit-kreditnya.

Saya telah berpeluang menghadiri 2 seminar tahun ini untuk pembangunan diri sendiri. Kedua-duanya adalah mengenai 2 bidang yang berbeza dan disampaikan oleh 2 orang tokoh yang berlainan. Kedua-dua tokoh adalah orang yang sangat arif dalam bidang masing-masing. Kedua-dua tokoh berketurunan Melayu. Para peserta yang hadir boleh dikatakan 90 peratus terdiri daripada orang Melayu juga.

Untuk menjaga kredibiliti kedua-dua tokoh terbabit – saya rasa adalah lebih molek saya menjaga etika kerahsiaan dan tidak mendedahkan identiti masing-masing.

Apa yang saya ingin kongsikan ialah kata-kata kedua-dua penceramah yang lebih kurang senada apabila diminta oleh salah seorang peserta untuk berkongsi tips.

Penceramah A, tanpa berselindung menyatakan,

“Tidak ada seorang pun saya akan ajar tentang tips saya yang ini. Saya akan ajar anda semua tips yang saya tahu kecuali tips dot-dot-dot. Anak saya pun saya tak beritahu. Eh, kalau saya beritahu semua tips dan ada di antara anda yang menciplak tips saya, habislah periuk nasi saya”

Penceramah B, apabila ditanyakan mengenai teknik-teknik yang digunakan secara terperinci pula tidak menjawab soalan yang dikemukakan sama sekali. Sebaliknya, secara halus mengatakan,

“Have you read a book entitled dot-dot-dot? What do you think about it?”

Mengecewakan. Padahal, kedua-dua seminar tersebut adalah seminar berbayar. Dan harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan ilmu daripada kedua-dua penceramah tersebut bukanlah murah. Setidak-tidaknya bagi saya – memang tidak murah.

Kadang-kadang dalam hal berkongsi ilmu, kita sering menyangka bahawa ilmu itu akan habis apabila kita menyampaikannya kepada orang lain. Seolahnya kita merasakan memberi ilmu itu seperti memberi nasi bungkus – kita akan kehilangan nasi bungkus itu.

Apa yang tidak kita fahami ialah ilmu itu berpusing dan berputar dalam satu bulatan. Bagaimanakah akan kita perolehi ilmu-ilmu yang lain jika ilmu yang kita ada tidak dikitarkan semula?

Tuesday, May 26, 2009

Apa yang boleh dipelajari daripada Orang Cina

Akhir-akhir ini, entah kenapa agaknya - saya suka benar membuat pemerhatian-tak-berbayar tentang perniagaan. Semacam satu pesanan khidmat masyarakat pula rasanya. Kahkahkah!

Antara topik yang sentiasa membuatkan saya tertanya-tanya ialah Bagaimana Orang Cina Muncul Sebagai Peniaga Yang Berjaya? Saya paling tertarik melihat orang Cina berniaga kerana saya telah 5 tahun menjadi kuli batak mereka. Kini saya sedang membuat kajian ala-ala perisik FBI untuk menyelongkar strategi perniagaan mereka. Hohoho!

Dalam perniagaan orang Cina, mereka suka berurusan dengan cepat. Cepat membuat keputusan. Cepat berurusniaga. Cepat memberikan maklumbalas. Segala-galanya mesti cepat. Mereka berjalan dengan cepat. Mereka bercakap dengan cepat. Kalau anda tidak biasa hidup di kalangan mereka, anda pasti terpinga-pinga macam err…err..ayam berak kapur (?). Tetapi, janganlah terlalu hairan! Mereka juga kerapkali terpinga-pinga macam err…err…cicak makan kapur (?) setiap kali berurusan di pejabat-pejabat kerajaan. Pada pendapat mereka, staf-staf kerajaan bekerja dengan begitu santai sekali. :P

Satu-satunya perkara yang sukar saya contohi ialah tabiat mereka yang makan dengan cepat. Saya paling mengah apabila terpaksa keluar makan dengan mereka. Maklumlah, saya kan gadis (?) Melayu yang beretika di meja makan. Ini diperkuatkan lagi dengan cerita Mr Daddy yang mengatakan bahawa nama jolokan saya di asrama lelaki dulu ialah – Cik Sopan (?!) Berbalik kepada cerita orang Cina yang makan dengan begitu cepat – gaya makan mereka itu membuatkan saya terasa pelik. Seolah-seolahnya mereka terus menelan tanpa mengunyah sebanyak 44 kali.

Saya turut menyaksikan penyaluran tenaga pekerja dari satu syarikat ke satu syarikat yang lain – bagaikan satu sistem perpaipan yang menghubungkan Bilik Air 1 dengan Bilik Air 2. Sebagai contoh, Syarikat A memberikan Syarikat B seorang pekerja untuk menampung keperluan tenaga kerja di Syarikat B ketika keadaan mendesak. Syarikat A dan Syarikat B adalah 2 syarikat yang berbeza tetapi menjalankan kerjasama dalam banyak projek. Si Lee dan si Low itu misalnya, pernah bekerja di Syarikat A yang merupakan rakan niaga kami. Dalam hal ini, Syarikat A dan Syarikat B dilihat sebagai dua entiti yang bergerak dalam laluan yang sama dan saling bergantungan. Haa….boleh pulak gitu ekk?

Ada seperkara lagi yang boleh orang Melayu pelajari daripada cara orang Cina menjalankan perniagaan. Ann Wan Seng, penulis buku Rahsia Bisnes Orang Cina menjelaskan, kekuatan orang Cina tertumpu kepada jaringan perniagaan yang dikenali sebagai The Bamboo Networking. Orang Cina menguasai ekonomi dengan membentuk rangkaian perniagaan yang saling menampung antara satu sama lain. Sebagai contoh, dalam satu kawasan perniagaan – sekiranya terdapat sebuah restoran, akan ada sebuah kedai runcit yang membekalkan bahan mentah dan bahan kering untuk restoran tersebut. Jika terdapat lebih daripada satu restoran dalam deretan lot perniagaan, restoran yang seterusnya hendaklah menawarkan menu yang jauh berbeza daripada restoran yang sedia ada. Ini menjelaskan kepentingan niche dalam meneruskan survival dalam perniagaan.

Sekarang, cuba lihat deretan kedai yang dipelopori orang Melayu. Di kawasan perumahan saya, terdapat tidak kurang daripada 4 buah restoran dalam deretan yang sama – dan keempat-empat restoran ini menawarkan menu yang sama iaitu Masakan Panas Ala Thai! Aduh, tindakan ini akan membunuh restoran-restoran terbabit secara senyap. Benda yang sama, lokasi yang sama – bagaimanakah restoran masing-masing dapat dimajukan?

Keadaan ini menjelaskan Sindrom Bisnes Goreng Pisang yang pernah disuarakan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ini merujuk kepada keadaan bilamana seorang Melayu berjaya berniaga pisang goreng, akan muncul sekurang-kurangnya satu lagi gerai pisang goreng berdekatan dengannya. Walaupun persaingan adalah sesuatu yang baik dalam perniagaan, ini tidak bermakna kita perlu membunuh perniagaan yang sedia ada. Pilihan lain yang lebih baik ialah berniaga cendol atau air batu campur bersebelahan dengan gerai pisang goreng. Dengan yang demikian, kedua-dua perniagaan dapat berkembang dan saling membantu antara satu sama lain.

Oleh itu, jika Kak Rizza memulakan bisnes Pizza Rizza dan Homemade Cake nanti janganlah hendaknya sesiapa bertindak membunuh perniagaan beliau. Pasta Carbonara ialah kepakaran Cik Fid – jadi orang lain bolehlah memikirkan bisnes lain yang difikirkan sesuai dengan bakat masing-masing.

Ada sesiapa boleh memikirkan idea bisnes yang sesuai untuk saya tak?

:P

Hohoho!

Monday, May 25, 2009

It is never too late to be what you might have been

Hari ini hari Isnin. Hari ini memang paling tidak bagus jika kita bercerita tentang kisah-kisah negatif. Menyedihkan. Cerita-cerita sengsara. Atau cerita-cerita kegagalan. Pilihlah hari lain – Selasa, Rabu, Khamis, Jumaat – mana-mana pun boleh asalkan bukan hari Isnin.
.
Kenapa saya berkata sedemikian?
.
Pada pandangan saya yang Melancholy tetapi tidak melankolik ini – hari Isnin adalah hari permulaan dalam kalendar bekerja. Sebagaimana permainan catur yang memerlukan strategi permulaan yang mantop – begitu jugalah halnya dengan hari Isnin. Kadang-kadang seseorang boleh jadi berangin sepanjang minggu hanya kerana hari Isnin yang tidak mengundang motivasi. Lantas, keseluruhan minggu menjadi terjejas kerananya.

Seseorang yang saya hormati telah membalas emel saya dengan kata-kata ini,

“I’m at the lowest point of my life”

yang mengingatkan saya tentang salah satu antara titik-titik paling mengecewakan dalam hidup. Kadang-kadang saya rasa saya tidaklah begitu terancam dengan kekecewaan ini. Saya melalui perjalanan hidup ini dengan keyakinan bahawa tidak semua jalan adalah lurus.

Sebaliknya, perkara yang membuatkan saya paling hilang semangat ialah apabila saya menghadiri apa juga acara perkumpulan semula rakan-rakan lama dan di sana – semua orang sedang bersemangat bercerita tentang kehidupan masing-masing. Walaupun saya dengan tegasnya berpendapat bahawa membanding-bandingkan diri sendiri dengan orang lain adalah perlakuan zalim, tetapi jauh di sudut hati – saya terasa sedih juga. Mungkin ada baiknya kalau saya tidak menyertai sebarang aktiviti perjumpaan semula. Kahkahkah!

Saya menyaksikan kejayaan rakan-rakan lain yang bagaikan bintang bersinar terang. Siapa sangka si A yang pendiam dan dikatakan tidak berbakat di kelas dulu telah muncul sebagai seorang Jurutera di sebuah syarikat ternama? Siapa sangka si B yang dulunya selalu tersipu-sipu malu sedang melanjutkan program Sarjana di luar negara? Siapa sangka si C yang kami panggil Si Jendul sudah ada syarikat sendiri dan berjinak-jinak dalam politik? Siapa sangka si D yang digelar sebagai tidak berperasaan telah mendirikan rumahtangga dengan seorang wanita yang pernah dilabel Perempuan Paling Ego abad ini?

Wow, perkara-perkara yang dikatakan mustahil 10 tahun lalu telah menjadi milik mereka yang tidak disangka-sangka!

It is never too late to be what you might have been. - Virginia Wolfe, English Novelist (1882-1941)

Kadangkala kita harus menuruni bukit dan membenamkan kaki ke dalam paya. Perjalanan berselut dalam paya tidak menyeronokkan sama sekali tetapi kita tetap akan tiba ke puncak gunung sekiranya kita gigih melaluinya.
Bagaimanakah kita akan menikmati indahnya pemandangan di puncak jika kita tidak pernah merasai peritnya terperosok di lembah?

Friday, May 22, 2009

Internet yang serba perlahan sedang membunuh saya....

….tetapi jiwa saya masih meronta-ronta untuk berblogging!

Kepada rakan-rakanku sekalian, maafkan saya. Saya nampak komentar kalian tetapi setiap kali saya cuba membalas, PC saya jadi sangkut.

Saya juga teringin menyemakkan blog orang lain dengan komentar saya - tetapi setiap kali saya klik ke pautan blog kalian, PC saya sangkut lagi!

Adakah saya seorang penagih blog?

Saya tidak ada jawapan yang khusus untuk soalan itu. Apa yang pasti, terdapat semacam desakan dalaman yang maha hebat untuk menulis dan terus menulis saban hari. Kalau tak menulis, saya rasa otak saya akan pecah. Dada saya juga terasa sesak. Saya jadi tak keruan.

10 jari-jemari saya dan papan kekunci adalah pasangan yang sedang mabuk berchenta. Tatkala jari-jemari saya menyentuh papan kekunci, otak saya terus mengarahkan jejari kemetot (tetapi comel) supaya menaip dengan kadar kederasan 80km/jam. Saya wajib mengosongkan minda saya yang sarat dengan perkataan dalam kadar segera untuk memastikan diri saya sentiasa waras. Kahkahkah!

Ok, saya berlebih-lebihan, kan? Baik – abaikan saja.

Setakat ini, saya belum lagi mengalami sindrom-otak-buntu yang menyebabkan saya beku idea. Di masa hadapan, tak tahulah. Mungkin saya juga akan diserang penyakit itu. Kebanyakan bloggers mengadu mereka akan mengalami beberapa siri blank-blank-blanko iaitu satu penyakit apabila mereka akan memandang skrin PC dengan pandangan kosong selama 5 minit – tetapi tidak ada apa-apa yang berlaku (?).

Cabaran blogging bagi saya ialah bagaimana untuk menulis sesuatu yang berisi tetapi menyeronokkan. Berat tetapi terasa ringan. Kelakar tetapi sedikit menyentap. Bak kata CY,

“kalau nak baca sesuatu yang serius – buat apa baca blog? Baik baca sokkabar!”

Fuh, sungguh mendalam maksudnya. Kan?
.
.
.
.
.
.
.....saya rasa lebih baik saya berhenti daripada terus mencecer di sini. Isyyy....kalaulah Bos Besar tahu saya sedang berblogging, haruslah pekerja seterusnya yang bakal diberhentikan ialah SAYA!
.
.
.
Selamat berhujung minggu :P



Hari ini hari Jumaat

Hari ini hari Jumaat sekali lagi. Hari Jumaat adalah Hari Kegemaran Saya kerana hari esok ialah hari Sabtu. Eheh. Seronoknya!

Akan tetapi sejak 4-5 minggu kebelakangan ini, setiap hari Jumaat membuatkan saya rasa bengang. Hari Jumaat sudah tidak menjadi Hari Kegemaran Saya sebagaimana 20 tahun sebelum ini. Saya sudah tidak suka hari Jumaat. Hari Jumaat telah merosakkan angin baik saya. Saya rasa hari Jumaat akan terus membuatkan saya memberontak selagi si Mangkuk Ayun di sebelah saya ini bekerja di sini.

Adakah orang lelaki Muslim yang tidak ke masjid untuk Solat Jumaat telah dianggap sebagai satu fenomena biasa? Anda rasa ini pemandangan biasa?

Aaaku tak biaaasaaa....!

Pekerja lelaki adalah pekerja majoriti di sini. Kesemua pekerja lelaki Melayu yang beragama Islam mengisi kekosongan jawatan di Bahagian Pengeluaran kecuali si Mangkuk Ayun yang duduk di meja bersebelahan saya. Sama ada mereka pergi solat Jumaat atau solat 5 kali sehari semalam atau tidak solat langsung tidak menarik minat saya sama sekali. Kerana mereka tidak berada di depan mata saya. Tetapi saya tahu ada beberapa orang di antara mereka yang naik ke Bahagian Pentadbiran pada waktu rehat tengahari untuk minum air – pada bulan Ramadhan!

Saya tertanya-tanya juga sejak bilakah orang lelaki menjadi hamil dan menyusukan anaknya – sehingga menyebabkan mereka dikecualikan daripada berpuasa? Saya juga pernah hamil. Tetapi saya rasa saya masih gagah perkasa. Berpuasa ketika hamil tidak membuatkan saya mati. Berpuasa ketika hamil juga tidak menjejaskan kandungan saya. Oh, mungkin lelaki-lelaki hamil itu tidak berpuasa kerana perlu mengambil ubat-ubatan demi keselamatan kandungan masing-masing. Ya, segalanya mungkin.

Pekerja Cina menyatakan kepada saya bahawa “Orang Islam dibenarkan tidak berpuasa sekiranya keletihan”. Kasihan pekerja Melayu Islam itu - keadaan di Bahagian Pengeluaran sana sangat panas! Semua orang boleh mati kalau seharian tidak minum. Saya katakan pada beliau, saya belum pernah mendengar walau seorang pun yang mati kerana berpuasa. Ini bukan Somalia. Entah dari manalah Pekerja Cina itu mendapat idea tentang fatwa baru tentang Rukhsoh Puasa. Mungkin Pekerja Cina telah mendengar khutbah daripada Pekerja Melayu Muslim Tak Bertauliah (yang tidak berpuasa itu).

Sebentar tadi Pekerja Cina bertanyakan kepada saya,

“Kenapa si Mangkuk Ayun itu tidak keluar sembahyang Jumaat?”

Lantas saya menjawab dengan nada suara yang sengaja ditinggikan,

“Oh, dia didatangi haid hari ini”

Alasan hanyalah alasan

Seorang Makcik A berusia lewat 50-an mengadu kepada saya perihal anak perempuannya yang masih belum dikurniakan cahayamata. Usia perkahwinan anaknya itu hampir mencecah 5 tahun. Saya dapat merasakan kebimbangan Makcik A. Apa yang saya tidak faham ialah kenyataan ini,

“Makcik bukan apa, Makcik takut nanti menantu Makcik ceraikan dia sebab dia tak beranak-beranak”

A-P-A-K-A-H?

Saya teringin sekali memberikan hujah balas berikutan perasaan tidak puas hati saya terhadap kedangkalan pemikiran Makcik A tersebut. Menyedari bahawa mulut saya berpotensi untuk mengeluarkan ayat-ayat jahat yang bakal membenihkan ayat-ayat benci – saya gigit lidah saya yang tergedik-gedik nak bercakap itu.

Setelah menarik nafas panjang dan merangsang cas-cas positif agar memenuhi rongga otak, saya menjawab,

“Sabar ya, Makcik. Belum rezeki agaknya – wah, sangat bersopan-santun kan? :P

Selamat, selamat. Selamat kau lidah kerana telah berjaya menjaga budi pekerti. Ah ah ah. Pheww….kerana mulut badan boleh binasa wooo!

Ok. Berbalik kepada cerita Makcik A tadi. Saya memang membangkang kalau seorang Suami tergamak menceraikan Isteri semata-mata kerana tidak dikurniakan anak. Walaupun matlamat asal perkahwinan antara lainnya ialah untuk meneruskan kelangsungan hidup – iaitu menghasilkan zuriat – tapi janganlah kejam sangat wei!

Saya mempunyai seorang Makcik B yang tidak boleh mengandung. Rahimnya dibuang akibat jangkitan kuman (?). Makcik B dan suaminya masih hidup bersama sehingga ke hari ini. Perceraian tidak berlaku. Pakcik saya juga tidak berkahwin lain. Untuk mengubat kesunyian, Makcik saya mengambil upah menjaga anak-anak jiran dan anak-anak saudara yang kesemuanya memanggil beliau “Mak”. Makcik saya juga memelihara anak-anak kucing yang gebu-gebu belaka. Eheh.

Pada pendapat saya, seorang lelaki (mahupun seorang wanita) tidak perlu menunggu lama untuk mencipta seribu macam sebab yang membolehkannya membubarkan perkahwinan sedia ada dan berkahwin lain.
Alasan hanyalah alasan.

Thursday, May 21, 2009

Saya ialah seorang Melancholy-Choleric


Terima kasih kepada isteri Mamat C yang vogue kerana berkongsi pautan Personality Test di blog lamanya. Terima kasih juga kepada Salwa kerana telah menempek carta ini yang di blog beliau. Saya dengan gembiranya menempek carta tersebut di sini untuk tatapan bersama :)

Memiliki sifat Melancholy yang analitikal telah mendorong saya untuk menganalisa subjek Melancholy-Choleric di dunia Internet yang terbentang luas ini. Saja. Saya suka melihat sesuatu perkara menerusi pelbagai sumber. Perangai saya yang menyusahkan diri ini sebenarnya memenatkan saya. Masalahnya, selagi saya tidak penat saya akan terus menggali. Kahkahkah! Oleh itu, saya memang sengaja memenatkan kepala saya dengan harapan saya akan berhenti kerana kepenatan.

Dan saya yang bijak laksana seperti biasa telah menghasilkan formula baru mengenai Melancholy-Choleric iaitu,


My way is the right way + The right way is my way = Other way than my way is wrong.


Kahkahkah! Keji di situ. Sila abaikan Bahasa Inggeris saya yang tunggang-terbalik. Ayat matematik di atas adalah terjemahan terus daripada Bahasa Melayu.

Kepada sesiapa yang belum membuat Personality Test tersebut, saya menyarankan anda berbuat demikian. Kepada mereka yang telah menjawab Personality Test itu – dan mendapati hasil ujian mengkategorikan diri anda sebagai Melancholy-Choleric, saya ingin berkongsi satu lagi pautan dengan anda.



Ok, cukuplah setakat ini saya membebel tentang spesies Melancholy-Choleric. Nasihat percuma saya kepada Melancholy-Choleric sekalian, sudah-sudahlah mengkaji. Kita bakal mati kelemasan dalam lautan analisa sekiranya kita tidak mengambil langkah berjaga-jaga. Kahkahkah!

Wednesday, May 20, 2009

Impian saya yang tak mungkin tercapai....

.....ialah menjadi seorang lelaki. Kahkahkah!

Mungkinkah terjadi? Seribu tahun takkan mungkin! :P
Bak kata kartunis Tembakau – Apa yang kita paling nak, itulah yang kita takkan dapat. Tembakau ialah kartunis kegilaan saya yang menghasilkan kartun Kartini Forever yang pernah membuatkan saya tergila bayang forever. Eheh. Kantoi.

Ibu saya pernah bercerita bahawa, ketika dia mengandungkan saya – dia menyangka yang dia bakal melahirkan seorang bayi lelaki! Lantas saya bertanya kepada Ibu saya, adakah Ibu menyesal kerana mendapat bayi perempuan sebagai anak sulungnya? Tidak – cuma dalam sejarah keluarga, kebanyakan anak sulung ialah anak lelaki.

Ibu saya merupakan anak kedua daripada 8 orang adik-beradik. Yang kelakarnya ialah - selepas kelahiran saya sebagai bayi perempuan sulung, kesemua anak pertama makcik dan pakcik saya ialah bayi perempuan. Hanya Pak Long sahaja yang dikurniakan anak sulung lelaki. Hohoho! Haruslah saya telah memecah tradisi – lalu menyebabkan kesemuanya dipelopori oleh anak perempuan. Tak gitu?

Saya pernah meluahkan rasa kepada Mr Daddy,

“Kalau saya jadi anak lelaki, sayalah anak lelaki yang terbaik di dunia untuk Ibu dan Bapak saya”

Lantas dijawab oleh Mr Daddy,

“Habis tu, saya nak kawen dengan sape?”

“Dengan sayalah. Awak jadilah anak perempuan supaya kita boleh kawen”

Kahkahkah! Ok, ini sekadar lawak. Jangan ambil serius, ya?

Saya juga pernah menyatakan kepada Mr Daddy,

“Anak pertama kita mestilah seorang lelaki. Dia akan jadi anak lelaki yang terbaik di dunia untuk saya dan awak”.

Dan Tuhan memakbulkan hasrat saya! Padahal begitu ramai orang yang tidak bertauliah telah meramalkan saya bakal menimang anak perempuan. Hanya kerana saya berpunggung lebar?! Sabar je la. Bukankah semua perempuan mengandung biasanya akan berpunggung lebar supaya lemak-lemak itu boleh dijadikan penampan untuk meneran? Eheh. Ok, ini sekadar spekulasi. Sila rujuk Doktor untuk pengesahan. Hahaha!

Jadi, mengapakah agaknya saya teringin dilahirkan sebagai anak lelaki? Ini kerana walau bagaimana kuat sekalipun untuk saya cuba berbakti kepada Ibu dan Bapak saya, saya tidak akan menyamai kekuatan seorang lelaki! Kepada pihak Barat yang bertungkus-lumus memperjuangkan kesamarataan jantina – lupakanlah. Sampai kiamat pun wanita dan lelaki takkan sama.

Saya terdengar Ibu saya berkata kepada Pak Cu saya minggu lalu,

“Mi, kalau Angah mati besok engko jangan jauh-jauh duduk sana macam engko buat masa Arwah Ayah, Arwah Mak, Arwah Along mati. Nanti sapa nak mengangkat Angah masuk liang lahad?”

“Apa Angah cakap macam tu?”

“Kalau si Fawwaz sorang mengangkat Angah, tak terdaya dia (Fawwaz ialah adik lelaki saya)

Sedih betul saya.

Hmm, ada tak anak perempuan yang mengangkat jenazah Ibu dan Bapaknya ya?

Yang mengimamkan solat jenazah pun anak lelaki.

Yang mengetuai tahlil pun anak lelaki.

Oleh yang demikian, saya hendaklah beranak 4 orang anak lelaki. Anak kelima dan seterusnya bolehlah dapat anak perempuan. Kahkahkah. Hisy – kalau Mr Daddy membaca ayat ini, pasti dia akan menjawab,

“Wokeh, no problem. Marilah kita usahakan ke arah itu” *wenggg*

Tiba-tiba rasa nak pengsan pulak mengenangkan macam mana nak beranak banyak-banyak tu? Adeh. Kot la boleh keluar macam ayam bertelur kan? Pelepup, pelepup - terus penuh sebakul telur ayam.

Iskkk…seram wokeh. Seram! Terus gelap pandanganku.

Amazing Blog! - Slot 3

SLOT 3
Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnye dan describe ttg mereka:
.
6 Penerima Pertama adalah 6 Pemberi Anugerah yang telah sudi menghadiahi saya award Amazing Blog! ini. Orang memberi kita merasa. Anggaplah oleh-oleh ini sebagai kiriman balas. Eceh. Macam servis bertukar tangan gitu. Ah ah ah.
.
Penerima Pertama – Umi Sufira
.
Penerima Kedua – CY
.
Penerima Ketiga – KNV
.
Penerima Keempat – Sayang Ibu
.
Penerima Kelima – Cik Fid
.
Penerima Keenam – Mama Dhea
.
Keterangan fakta mengenai mereka adalah seperti yang tertera di Amazing Blog! – Slot 1a dan Amazing Blog! - Slot 1b. Tak larat mak nak review lagi sekali wooo!
.
.
.
4 Penerima Anugerah seterusnya – setelah diteliti dan diadili dengan penuh saksama jatuh kepada:
.
.
.
Penerima PertamaMommy Lyna
….ialah seorang yang berbintang Gemini. Di blognya, Lyna tampil sebagai seorang yang serius. Di blog orang lain, Lyna tampil sebagai seorang yang gila-gila remaja. Fuh, memang Gemini sejati! Pertama kali saya berkenalan dengannya melalui ruangan forum Susuibu.com dan ketika itu Lyna menggunakan nickname Sitilina. Rakan-rakan di dunia nyata memanggilnya Along. Terkini, Lyna menggelarkan dirinya sebagai MLCB – Mommy Lyna Cantik Bergetah dan MLTR – Mommy Lyna Learns To Rock.
.
.
.
Penerima KeduaMaya
….ialah seorang blogger yang pernah saya terjah blognya kerana beliau menjadi idola rakan sekolah saya yang bernama me_czar. Kreatif dan berjari seni. Di tangan Maya, benang-benang yang bergumpalan dan kain-kain yang berlonggokan muncul sebagai objek yang begitu menawan kalbu. Sesiapa yang bertangan papan dan berjari kayu pun akan berasa –Now everyone can sew! apabila berkunjung ke blog Maya. Eceh.
.
.
.
Penerima KetigaDrwati
….ialah seorang blogger yang saya selongkar blognya setelah terlihat pautannya di blog Mynie. Entry beliau yang menangkap mata saya lalu menarik saya ke pintu blognya ketika itu bertajuk Genius in 28 Steps. Oh, Drwati baru saja melahirkan anak lelakinya yang ketiga. Semasa air ketubannya pecah, Drwati masih sempat meninggalkan pesanan di blog kepada para pembaca – sabar je lah nyah! Drwati mempunyai built-in kitchen cabinet dan bathroom yang mengagumkan. Eheh. Rak buku anak-anaknya sangat kemas. Koleksi buku anak-anaknya menggiurkan. Saya teringin berguling-guling atas salji memutih di belakang rumah lamanya.
.
.
.
Penerima KeempatYatie Chomeyl
….ialah seorang blogger yang menerjah saya dari mana entah – saya pun tak tahu. Yatie bakal menimang cahayamata sulungnya tidak berapa lama lagi. Berdepan dengan simptom berdebar-debar kerana sangat teruja untuk bergelar ibu. Kepada sesiapa yang teringin nak ke Jepun, silalah terjah blog beliau. Penuh dengan foto. Seorang yang mempunyai kekuatan visual. Sangat terperinci. Kagum banget sama kamuk!
.
.
.
Tahniah kepada semua pemenang anugerah :P
Tahniah kepada semua pemberi anugerah juga :P
.
.
.

Tuesday, May 19, 2009

Amazing Blog! - Slot 2

Slot ini adalah sambungan kepada Amazing Blog! – Slot 1.
.
.
.
SLOT 2 : Senaraikan 10 fakta tentang diri sendiri
.
Fakta 1
Naluri saya mengatakan bahawa saya adalah seorang yang Introvert. Saya rasa kebanyakan orang yang mengenali saya secara dekat juga berkongsi pendapat yang sama. Keputusan ujian Personaliti pula kebanyakannya mengklasifikasikan saya sebagai seorang yang seimbang - dengan nisbah 51% Extrovert dan 49% Introvert. Satu-satunya orang yang mengatakan saya seorang Extrovert ialah isteri kepada Mamat C.
.
Fakta 2
Saya menyimpan satu ruang dalam otak saya – yang mana ruang itu saya khususkan hanya untuk diri saya semata-mata. Ruang itu saya sifatkan sebagai satu oasis. Setiap kali saya berasa susah hati, saya akan ke oasis saya itu. Saya kan Introvert? 6 bulan lalu, oasis saya hampir melimpah kerana tidak mampu lagi menampung segala perkataan yang bersesak-sesak di dalamnya. Nasib baiklah saya mula berblogging. Ada juga saluran keluar untuk mengelakkan perkataan-perkataan itu daripada terus bersempit-sempit di sana.
.
Fakta 3
Seperti KNV, saya juga melalui siri-siri The Lost. Bezanya, siri-siri The Lost saya cukup menyakitkan hati. Terlalu banyak masa, tenaga dan perasaan terpaksa dikorbankan sewaktu saya melalui siri The Lost. Benar kata KNV, The Lost tidak akan berkesudahan. Tetapi saya masih ingin The Lost versi saya ditamatkan. Walaupun Billi Lim telah meyakinkan saya bahawa kegagalan memberi pengajaran yang tidak ternilai berbanding kejayaan dalam membentuk keperibadian seseorang – saya rasa saya masih sukakan kejayaan. Hahaha! Lagipun, siapalah yang ingin mendengar cerita-cerita yang gagal? Lainlah Billi Lim, buku Dare To Fail tulisannya itu memang sudah jadi bestseller!
.
Fakta 4
Saya ada satu rahsia lucu lagi memalukan. Pada satu hari, ketika sedang ber’dating’ dengan salah seorang jejaka yang berjaya menarik minat saya – tiba-tiba saya boleh terjatuh gedebuk. Ish. Bukan setakat jatuh aje. Siap melutut sambil kedua-dua tangan saya memegang paha seorang lelaki yang sedang duduk makan di restoran tersebut. Perghhh. Lelaki tu terkujat. Saya pulak terpucat. Kahkahkah! Dan teman dating saya itu lalu berkata,
.
“Weh, excited betul ko nak dating ngan aku ni ekk? Rilek ah….aku pun nervous gak first time kuar dengan ko ni. Tapi takdelah sampai terjatuh”
.
Bangang.
.
Fakta 5
Saya seorang kakak yang protective. Ketika adik lelaki saya dibuli oleh Samseng Taman, saya tidak berfikir panjang – terus saya menyingsing lengan. Sakit betul hati saya apabila adik saya pulang ke rumah sambil menangis! APA? Berani engko? Saya belasah Si Redza tu cukup-cukup. Saya tumbuk dia. Dia tumbuk saya balik. Sakit gila. Tapi saya tak nangis. Cess, dah jadi kaki pukul takkanla nak nangis? Saya sepak kaki dia. Agak-agak macam saya dah tak boleh menang, saya pergi jumpa Mak dia untuk meminta suaka politik,
.
“Makcik, makcik tolonglah jaga sikit perangai anak Makcik si Redza tu. Makcik tak tau ke anak makcik tu tersangatlah jahatnya. Tadi saya dah pukul dia. Nanti dia balik saya nak Makcik pukul dia lagi sekali”
.
Hmm
….terpinga-pinga Makcik tu tengok saya. Apa tidaknya, sekonyong-konyong seorang budak perempuan umur 10 tahun datang berceramah supaya dia mendidik anaknya (?). Hahaha.
.
Fakta 6
Selain bersikap pelindung, saya juga sukar difahami. Dan tidak membenarkan diri saya difahami (?). Sesetengah orang menilai saya sebagai seorang yang lemah-lembut lagi bersopan-santun. Tetapi mereka silap. Sesetengah yang lain pula menganggap saya seorang yang garang. Mereka juga silap. Saya percaya, diri saya adalah apa yang saya pamerkan. Selebihnya, saya lebih suka kekal misteri. Hahaha!
.
Fakta 7
Saya fobia telan ubat. Apabila sakit, saya dapatkan nasihat Doktor semata-mata untuk mendapatkan cuti sakit. Ubatnya saya tak makan. Tidak ada walau sebutir Panadol pun pernah melepasi kerongkong saya. Kalau demam panas yang saya tak boleh tahan – ikhtiar terakhir saya ialah Panadol Soluble. Kahkahkah! Ketika hamil, saya paksa diri saya telan juga pil-pil yang diberi demi kandungan saya. Kalau untuk diri saya – jangan harap nyah! Pil asid folik yang cenonet tu – saya potong empat tau! Berbulan-bulan kemudian barulah saya boleh telan sebiji-biji. Koser mak nak belah 4 – buang masa!
.
Fakta 8
Kalau saya ke Pasar Tani setiap hari Rabu - 3 gerai wajib yang pasti saya kunjungi ialah Gerai Popiah S.S Ali, Gerai Murtabak dan Gerai Putu Piring. Pemilik gerai masing-masing juga telah mengenali saya sehinggakan mereka akan berkata,
.
“Macam biasa, ya Dik?”
.
Menjadi pelanggan yang setia, saya rasa pelik pulak kalau saya tak membeli daripada mereka. Mencintaimu satu kewajipan – bak nyanyian Salem si abang brader. Kahkahkah!
.
Fakta 9
Rancangan kegemaran saya di televisyen ialah rancangan yang berbentuk bual bicara. Saya suka Ar-Rayyan. Bersama Dato’ Fadzillah Kamsah. Anjakan Paradigma. The Oprah Winfrey Show. Iktibar Dari Tanah Suci. Wow, saya kagum dengan hos masing-masing dan isi penyampaian yang diketengahkan. Cabaran mengendalikan sebuah talk show, bagi saya – terletak pada bagaimana mengolah bahan mentah yang bertema berat menjadi sesuatu yang ringan dan melekat di kepala penonton.
.
Fakta 10
Saya sedang mengusahakan sesuatu untuk masa depan saya. Saya benar-benar berharap saya akan berjaya dalam percubaan kali ini. Kalau gagal lagi – baiklah, saya terima.
.
.
.
.....saya sedang memikirkan senarai 10 orang blogger bertuah untuk menerima award ini. Kehkehkeh! Bersambung ke Amazing Blog! - Slot 3.
.
.
Klik di sini untuk ke Amazing Blog! - Slot 1b
Klik di sini untuk ke Amazing Blog! - Slot 3


Amazing Blog! - Slot 1b

A-P-A-?
.
Saya turut diberikan award Amazing Blog! oleh Cik Fid dan MamaDhea?
Sejujurnya mak sungguh terharu. Tengkiu so mac nyah(s). Tapi bab nak kena bagi review ni yang mak sudah start letih. Ah ah ah. Kesian M-I-O tu, kan? Kan? Kan?
.
.
.
Takpe! Saya akan gagahkan jua demi menyahut cabaran ini. Kahkahkah!
.
.
.
SLOT PERTAMA
Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award nie:
.
.
.
Pemberi Anugerah Kelima:
.
Fakta 1
Cik Fid ialah sistah-sistah saya yang sangat manja dan berjiwa sensitif. Saya dah agak dah - kalau saya lambat buat review blog dia, mesti dia datang terjah blog saya dan menuduh saya sengaja mengabaikannya. Ini membuktikan bahawa saya mempunyai 24th sense – iaitu 2 kali ganda lebih banyak daripada Cik Fid yang mempunyai 12th sense. Tak nak kalah! Kejap lagi mesti dia mai sini cakap dia ada 48th sense pulak. Orang kebanyakan iaitu para isteri biasanya ada 6th sense sahaja. Ah ah ah.
.
Fakta 2
Pertama kali berkenalan dengannya ketika di ruangan forum SusuIbu.com. Cik Fid menggunakan nama samaran Lovebaby. Tanggapan pertama saya terhadap Lovebaby ialah – Gila punye ganas Minah ni! Tanggapan kedua saya iaitu apabila saya menerjah blognya Yuitsumuni ialah – Double triple gila punye ganas Minah ni! Tanggapan ketiga saya iaitu apabila saya sering mengikuti Episod Perchentaannya dengan MNO ialah – Hahaha, ganas punye ganas tangkap cintan-cintun pulak Minah ni!
.
Fakta 3
Cik Fid lahir sehari selepas penyanyi terkenal Siti Nurhaliza. 12 Januari 1979. Sudah terang lagi bersuluh, Cik Fid memang Capricorn sejati! Cik Fid, sebagaimana rakan-rakan berbintang Capricorn lain yang pernah saya kenali – menderita penyakit yang sama – iaitu Penyakit Rendah Diri. Mereka mempunyai kapasiti dan potensi yang besar tetapi sering teragak-agak untuk mencuba kerana mereka tidak suka mengambil risiko. Risiko yang paling ditakuti ialah apa juga yang boleh menggugat kestabilan pekerjaan kerana pekerjaan melibatkan aliran keluar-masuk wang.
.
Fakta 4
Sepanjang pengetahuan saya, Capricorn sering dijangkiti selesema. Mereka tak tahan sejuk. Mereka tak boleh kena habuk. Orang bersin, mereka pun bersin! Sesetengah makanan terutamanya makanan laut bercengkerang seelok-eloknya dielakkan atau diambil dalam kuantiti kecil. Berhati-hatilah apabila makan di luar, kerana dinding perutmu itu sangat nipis – asal salah makan je kena cirit-birit. Cik Fid, silalah jaga kesihatan anda ya? Selain itu Cik Fid juga ada mengadu tentang jerawatnya. Ya, memang betul Cik Fid – Capricorn memang ada masalah kulit. Orang yang berbintang Virgo juga mempunyai masalah sebegini – contohnya Cik Gedebi.
.
Fakta 5
Cik Fid selalu disalahertikan sebagai berlidah tajam. Bencikan hipokrasi, Cik Fid suka berterus-terang. Walaupun kata-katanya pedas, Cik Fid sebenarnya berniat baik. Biasalah, tidak semua orang sukakan kata-kata yang jujur kerana berkata jujur adalah pendekatan yang tidak popular.
.
.
.
Pemberi Anugerah Keenam:
*MamaDhea*
.
.
Fakta 1
MamaDhea ialah seorang blogger yang menetap di Johor. Apakah asal-usul perkenalan saya dengan beliau? Saya pun tak ingat. Ah ah ah. Aduh. Serius punya tak ingat nih! Saya terjah blog dia ke, dia terjah blog saya? Mungkin kami saling menerjah. Lalu saling terpesona. Eceh.
.
Fakta 2
Nama singkatan MamaDhea ialah Sya. Sya mengalami pergolakan batin yang maha hebat di jiwanya. Lebih kurang macam krisis identiti. Terdapat bergelen-gelen perasaan tidak puas hati yang bersarang di benaknya. Sya seakan tersepit dan ingin meloloskan diri tetapi gagal. Keinginan Sya yang masih tidak dapat dipenuhinya ialah untuk memaki-hamun orang yang menyusahkan hidupnya di blog. Percubaan Sya untuk memaki secara berdepan tidak berjaya. Apatah lagi percubaan murninya untuk memaki secara maya. Kesian Sya. Meh Sya, bagitau mak – mak tolong makikan bagi pihak, nak?
.
Fakta 3
Sya ialah seorang berjiwa sensitif luar dan dalam. Perasaannya mudah terusik. Sudahlah di dunia nyata bersopan-santun, di blog pun segan-silu orangnya. Di blog orang lain lagilah – kadang-kadang dia cuma akan tulis “Sya setuju” atau meninggalkan ikon ini ----- > :P
.
Fakta 4
Satu insiden yang saya paling tak tahan ialah apabila si Dhea, anak daranya yang mungil itu memberikannya sebijik Donut. Bukan Big Apple Donut. Bukan Dunkin Donut. Bukan Krispy Kreme Donut. Tetapi Donut back to basic tu. Bergenang air mata Sya kerana terlalu terharu! Sebenarnya, benda-benda kecil sebegitu memang berpotensi membuatkan seorang ibu menitiskan air mata. Tapi yang saya tak paham tu apasal pulak saya yang membaca pun ikut sama mata berkaca-kaca kan? Kot la anak aku yang bagi Donut kat aku. Ah ah ah.
.
Fakta 5
Seperkara yang menjadi kewajipan untuk Sya ialah merekodkan perkembangan anak-anaknya si Dhea dan Hadif. Sungguh berdedikasi! Tak mampu saya mencontohi beliau terutamanya bab CDing tu. Pemakaian lampin kain sememangnya bagus – tapi ku tak sanggup nak basuh lampin si Ziyad. Ah ah ah. Aduh. Bakal adik-adik Ziyad nanti saya cuba ya? Buat masa sekarang saya tak ada kekuatan dan kegigihan yang diperlukan.
.
.
.
Klik di sini untuk ke Amazing Blog! - Slot 3

Amazing Blog! - Slot 1a


Pertama sekali, saya ingin mengucapkan 88 kalung terima kasih dan penghargaan kepada 4 orang blogger tegar lagi berdaya maju dalam arena blogging. Mak terharu tahap gaban, nyah(s) sekalian! *lihatlah mata mak yang berkaca-kaca*
.
Semalam, Umi Sufira selaku Pengetag Tegar Diraja telah bertindak menganugerahkan award ini pada jam 2:25 PM. CY selaku Blogger Tegar Harian pula menjadi pemberi anugerah yang kedua pada jam 4:46 PM dan diikuti rapat oleh KNV pada jam 5.05 PM. Sayang Ibu turut memberikan penganugerahan yang sama selewat 6.47 PM. Dan sekarang, pada jam 1230 PM saya sedang pening memikirkan bagaimanakah gayanya untuk merangka fakta-fakta menarik tentang mereka berempat ini. Ah ah ah.
.
Untuk memudahkan diri sendiri, saya akan memecahkan tag ini kepada 3 slot berasingan. Setiap soalan akan dijawab dengan penuh dedikasi dan kesabaran apabila saya berhenti rehat daripada babak shooting. Kahkahkah!
.
Slot pertama akan menyenaraikan 5 fakta menarik tentang pemberi award.
.
Slot kedua akan menjawab 10 fakta atau hobi diri sendiri.
.
Slot ketiga akan memilih 10 orang blogger seterusnya beserta penerangan tentang mereka.
.
Eceh. Jom kita layanzzz….
.
.
.
SLOT PERTAMA
Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award nie:
.
.
.
Pemberi Anugerah Pertama:

*Umi Sufira*
.
Fakta 1
Nama sebenar Umi Sufira ialah Rozamimi. Nama manjanya ialah Mimi. Mimi adalah kawan sekolah Zety Zin. Suami Zety Zin pula ialah kawan sekolah saya. Oleh itu, Mimi adalah kawan saya. Eh, bagus juga Penaakulan Mantik ini, ya?
.
Fakta 2
Umi Sufira ialah seorang Aquarius yang memiliki elemen Angin. Ya, simbol Aquarius ialah buyung air tetapi elemennya Angin, bukan elemen Air. Jadi, kemungkinan besar Umi Sufira agak ‘berangin’ juga orangnya. Seorang Aquarius memang dikelilingi ramai kawan. Dalam satu insiden yang melibatkan saat-saat genting tentang hala tuju aktiviti pemerahan susu ibu – Umi Sufira telah mendapat sokongan padu rakan sekerja sekilang untuk menentang raksasa jahat. Satu kilang wehhh….satu kilang!
.
Fakta 3
Umi Sufira mempunyai split personality – macam Jekyll and Hyde. Secara umumnya Umi Sufira adalah seorang yang lemah-lembut tetapi awas! Dia berkemampuan bertukar menjadi The Lion King apabila mengajar Bahasa Inggeris. Saya tidak tahu apakah yang bakal terjadi sekiranya dia mengajar Syaura Bahasa Jepun?
.
Fakta 4
Saya telah berjaya mengorek rahsia membuat kek yang sedap daripada Umi Sufira. Rahsianya ialah dengan menggunakan ketuhar jenama Panasonic. Oleh itu, Panasonic – sila bayar imbuhan untuk kerja-kerja promosi Umi Sufira. Err, dan bayar kepada saya juga sebab saya telah membongkar Misteri Menghasilkan Kek Yang Sedap.
.
Fakta 5
Umi Sufira berkongsi pendapat yang sama dengan saya apabila bercerita tentang kereta. Sebenarnya kami hanya tahu menghidupkan enjin dan vroommmm – jalan! Jadi, apalah sangat yang kami borakkan tentang kereta tu, ek? Sungguhpun demikian, berdasarkan rekod dan sejarah hitam yang tak berapa hitam, kami sependapat bahawa kami hendaklah memberi sedikit kepercayaan kepada mekanik apabila kereta kami diserang penyakit. Maklumlah, suami kami bukannya mekanik. Suami Umi Sufira ialah seorang pereka yang handal melukis.
.
.
.
Pemberi Anugerah Kedua:
.
Fakta 1
CY ialah kakak sepusat sepusing saya. Entah berapa kali saya ulangi fakta ini tetapi tak mengapalah kerana saya sebenarnya suka juga gelaran itu. Terasa bagaikan gelaran keturunan bangsawan pada zaman King Arthur Pendragon pula.
.
Fakta 2
Setelah CY menganugerahi saya gelaran adik sepusat sepusing, saya kini berasa yakin bahawa tali pusat kami sebenarnya telah ditanamkan bersama-sama suatu ketika dahulu. Oleh yang demikian tidak hairanlah bagaimana saya sering terpengaruh dengan beliau. Mungkin tali pusat kami telah bersambung di dalam tanah dan membenihkan pokok duit-duit. *wenggg* Kami tidak sabar untuk memetik hasil pokok tersebut ketika persaraan kami iaitu apabila kami mencecah usia 40 tahun.
.
Fakta 3
Berbintang Aries, tetapi cepat menitiskan airmata – membuatkan saya kompius sama ada CY benar-benar seorang Aries yang tulen. Tetapi Husaini 3 beradik telah mengesahkan bahawa Ibu mereka g-a-r-a-n-g. Garang adalah salah satu kriteria seorang Aries. Mungkin sebenarnya CY ada campuran ciri-ciri Pisces juga kerana orang yang berbintang Pisces memang agak melankolik dan tangkap leleh. Leleh di sini merujuk kepada airmata – bukan air liur basi.
.
Fakta 4
CY ialah seorang blogger yang sangat bijak mengutarakan komentar tentang program yang bersiaran di kaca televisyen. Antara ulasan CY yang mendapat sambutan hangat ialah Keliwon dan The Adventures Of Merlin. Tetapi CY tidak berapa suka apabila saya mengatakan bahawa dia pandai membuat ulasan TV.
.
"Apa nyah?! Ko kata blog mak tu blog tv?! Mak review cerita tv sekali-sekala je tau"
.
Begitulah maklumbalas CY terhadap kenyataan saya.
.
Fakta 5
CY teringin betul menimang cahaya mata perempuan untuk fetus terkini yang berada dalam rahimnya setelah berjaya menghasilkan Husaini 3 beradik dalam tempoh 6 tahun. Tetapi fetus tersebut sangat anti-bawang. Fetus ini bakal menjadi penyeri rumahtangga beliau dan Encik Suami yang mempunyai darah bangsawan Belanda. Silalah bayangkan kejelitaan bayi perempuan itu apabila dewasa kelak. Mesti macam Rapunzel. Tapi minta maaf ye puan-puan sekalian. Rapunzel CY itu adalah milik anak teruna saya. Jadi kamu semua – sila ketepi dan berhentilah berangan. Tiada siapa yang dapat memutuskan tali pusat Rapunzel dan cicit ke-88 Pendragon itu.
.
.
.
Pemberi Anugerah Ketiga:
*KNV*
.
Fakta 1
KNV adalah Presiden Seumur Hidup untuk Kelab Blogger Berprestij. Saya adalah salah seorang ahli yang dipilih untuk menyertai kelab tersebut. *nampak tak hidung saya tengah kembang kempes ni?*
.
Fakta 2
Selama ini saya ingatkan sayalah orang pertama yang akan dilantik menjadi Perantis kepada JFK (baca: Jowo Fadzillah Kamsah, jolokan yang diberikan oleh MLTR) yang masyhur itu. Rupa-rupanya JFK telah lebih dahulu menjemput KNV sebagai satu objek kajiannya tidak lama dulu. Hisy. Melampau betul KNV ni. Sangat vogue! Saya sangat jeles.
.
Fakta 3
Terbaru, KNV sedang obses dalam program crash-diet yang dianjurkan oleh Anamiraa Bodyline. Menurut KNV, beliau adalah Demi Moore yang terperangkap dalam sebatang kayu balak – Demi Moore itu mestilah dibebaskan untuk menyerlahkan ke-Demi-Moore-an sejati iaitu pati asli KNV InnerShine.
.
Fakta 4
Mengalami beberapa siri The Lost – dan masih berkelana dalam episod The Lost sehingga kini, KNV akhirnya telah menemui dirinya sebagai Sanguine Choleric. Adakah episod The Lost akan mendapat pengakhiran yang sewajarnya? Nantikan The Lost Part 5 di rumah baru Casa Arina. The Lost adalah salah satu karya KNV yang berpengaruh selain karya KNV yang mencecah bacaan box-office iaitu Kisah Chenta yang membabitkan perchentaan gila babeng seorang gadis dengan Mamat A, Mamat B, Mamat C, Mamat D dan Mamat E yang terlarang. Gadis itu akhirnya memilih Mamat D sebagai jejaka bertuah. Mamat E kekal misteri untuk selamanya.
.
Fakta 5
Bernaung di bawah zodiak Leo, KNV mewarisi elemen Api. Fire. Hot. Flammable. Jauhi KNV jika tidak mampu menahan diri daripada terbakar. Kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga! Sila buat ujian MENSA sebelum menyertai bulatan persahabatan KNV. Jika mata ujian MENSA anda di bawah paras 100 – dukacita dimaklumkan bahawa permohonan anda gagal.
.
.
.
*habislah pasni kene piat telinga dengan KNV. Kahkahkah!
.
.
.
Pemberi Anugerah Keempat:
*Sayang Ibu*
.
Fakta 1
Nama sebenar Sayang Ibu ialah Cikgu Intan. Fuhhh, macam tak percaya je ada Cikgu Sains telah menerjah blog ini. Ahahaha. Saya baru saja mengenali beliau di alam maya. Apakah agaknya isi-isi penting tentang Sayang Ibu yang patut saya kerepekkan ya?
.
Fakta 2
Hmm….selaku seorang wanita yang berbintang Taurus – Sayang Ibu tergolong dalam Elemen Tanah. Sangat stabil dari segi emosi. Memandangkan Taurus juga memiliki sifat Fixed – Sayang Ibu kemungkinan besar lebih sukakan sesuatu yang rutin dan gemarkan perancangan yang teliti sebelum melaksanakan apa jua perkara. Perubahan mendadak akan membuatkan Sayang Ibu kelam-kabut dan gelabah. Eceh. Sejak bila pulak aku jadi tukang tilik ni? Hantam sajalah Belalang.
.
Fakta 3
Sayang Ibu juga sangat mementingkan penampilan - sila lihat contoh tudung yang dipakainya. Eheh. Sangat menjaga kecantikan. Bercitarasa tinggi - sila lihat hadiah jam tangan terbaru daripada suaminya sempena lahir yang ke-30. Sebagai pasangan, Sayang Ibu kuat cemburu kerana harga kesetiaannya tidak ternilai.
.
Fakta 4
Percaya atau tidak, Sayang Ibu pernah bercita-cita menjadi seorang Pramugari. Phewwit! Salah seorang anak didik Sayang Ibu pula bercita-cita menjadi Pelajar AF. Kalau saya jadi Sayang Ibu saya mungkin akan jatuh pengsan. Tetapi saya faham, cita-cita budak sekolah hendaklah diberikan galakan. Manalah tahu, budak sekolah itu akan berjaya seperti Nabil. Eh, Cikgu Sepit Ketam yang pernah mengajar si Nabil Raja Lawak itu sangat famous sekarang wooo….Mungkin lepas ini Cikgu Intan akan diwar-warkan sebagai,
.
“….cikgu yang telah bertanggungjawab memberikan inspirasi kepada saya ketika cita-cita saya diperlekehkan oleh semua orang”.
.
Eheh.
.
Fakta 5
Yang paling menarik ialah – Sayang Ibu sudah pun membeli kain langsir untuk Hari Raya nanti! See – memang memandang jauh ke hadapan. Kan? Kan? Kan?
.
.
.
Klik di sini untuk ke Amazing Blog! - Slot 1b
Klik di sini untuk ke Amazing Blog! - Slot 3
.
.
.
*Fuh....naik lenguh jari-jemari ketotku menaip review korang! Kahkahkah.

Monday, May 18, 2009

Bila sampai dipanggil maut...

....nyawa tidak berharga lagi.
Dulu, saya pernah memblog tentang Pak Long. Jumaat lepas, beliau telah kembali ke rahmatullah. 4 hari sebelum itu Mak Wo (Mak Tua) saya juga meninggal dunia. Menghadapi 2 kematian orang yang agak rapat, dalam sela masa yang pendek membuatkan hati saya terasa sakit. Tetapi kematian adalah sesuatu yang pasti. Tidak ada apa yang boleh dilakukan selain merelakan. Usia tua dan keadaan kesihatan sebenarnya telah memberikan saya petanda awal bahawa saya akan kehilangan mereka.

Ahli keluarga sebelah Ibu saya adalah orang-orang yang saya labelkan sebagai jarang mempamerkan perasaan kecuali perasaan gembira. Bila di pagi hari raya mereka sangat ceria. Mereka sangat suka berlawak jenaka. Bahkan mereka ketawa berdekah-dekah. Tetapi untuk perkara-perkara yang sedih seperti kematian – mereka lebih suka berdiam diri. Tidak ada setitik airmata pun yang tumpah! Bergenang pun tidak. Apabila suasana menjadi terlalu sepi (kerana masing-masing berdiam diri) akan ada yang cuba berlawak,

“Wei, Along (arwah Pak Long) tengah pandang kau tu. Dia tengah banci sapa yang tak baca Yaasin untuk dia”.

“Weh. Kau tak cium Along eh? Pergila cium dahi dia”

“Takmo la. Sejuk. Dulu Along suruh aku cium dahi arwah Ayah. Sampai sekarang aku teringat sejuknya. Boleh mengalir sampai ke tulang tau. Hisy.”

Eheh. Begitulah antara perbualan adik-beradik Ibu yang sempat saya tangkap.

Berbeza dengan keluarga sebelah Bapak saya. Mereka lebih berekspresi. Ketika arwah Datuk meninggal dunia misalnya, saya dapat melihat wajah-wajah yang kesedihan. Mata yang merah dan berair. Bahu yang terhenjut-henjut menahan sebak. Bahkan Bapak saya juga menitiskan airmata ketika jenazah Datuk ditimbus dengan tanah. Tidak ada sesiapa yang mampu tersenyum apatah lagi membuat lawak. Kalau ada yang tersenyum pun – senyum sambil mengetap bibir dan akhirnya mengejapkan kelopak mata untuk menahan airmata yang sudah berkaca-kaca.

Saya tidak tahu untuk mengklasifikasikan diri saya dalam kategori Ibu atau Bapak. Dalam satu saat saya tampil tidak berperasaan. Keras kejung dan membungkam. Dalam satu saat yang lain saya memang benar-benar terasa ingin menangis. Tetapi menangis akan membuatkan saya nampak ganjil – maka saya rasa adalah lebih baik kalau saya tahan saja perasaan saya. Menyembunyikan perasaan sedih dengan melayan lawak adalah helah yang bagus. Mungkin komposisi genetik saya lebih berat kepada Ibu. Hehe.

Untuk pertama kalinya dalam hidup, saya mengiringi jenazah ke tanah perkuburan. Saya tidak pernah berbuat demikian sebelum ini. Tatkala melihat jenazah Pak Long ditimbus dengan tanah – saya tersentap. Sekarang saya faham kenapa Bapak sampai mengesat airmata ketika Datuk ditimbus. Satu perasaan yang sangat sayu dan menggigit. Saya tidak mendengar suara Pak Imam ketika talkin dibacakan. Kalau saya mendengarnya mungkin saya akan lebih tersentap jiwa. Terkilan - kerana saya memang ingin supaya jiwa saya disentap-sentap. Selagi tak tersentap, selagi itulah kita tidak beringat. Yang paling ditakuti ialah apabila sudah tersentap, semuanya sudah terlambat.

Apabila dijemput ajal, terputuslah anak Adam dengan semua amalannya melainkan 3 perkara,
1. Sedekah jariah
2. Ilmu yang bermanfaat
3. Anak soleh yang mendoakannya

Untuk pertama kalinya juga saya mengira langkah saya ketika meninggalkan tanah perkuburan. Cukup 7 langkah – terngiang-ngiang di telinga saya,

“Ma Robbuka - siapa Tuhan kamu?”

Friday, May 15, 2009

Berkongsi tanggungjawab

Hari ini hari Jumaat. Lelaki Muslim pergi menunaikan solat Jumaat di masjid. *wah, line clear :P* Tapi takde maknanya kerana saya bekerja di sebuah syarikat Cina. Hari Jumaat atau bukan hari Jumaat – apalah bezanya? Waktu rehat tengahari masih 1230 hingga 130 kecualilah kalau tiba-tiba saya bertukar jantina menjadi lelaki. Ketika itu bolehlah saya berehat hingga 230 petang. Eheh.

Bercakap tentang Lelaki Melayu yang tipikal. Saya tertarik untuk bercerita tentang makhluk yang berasal dari Planet Marikh ini kerana 2 hari yang lalu saya terdengar siaran radio ketika terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang menggila. Ya, TER-dengar. Bukan saja-saja dengar. Sejak berblogging secara aktif (walaupun tidak seaktif CY, MN dan ML) - waktu memandu adalah waktu untuk saya menyusun idea dalam kepala. Idea apa lagi? Idea yang bakal dimuatkan dalam blog percuma saya inilah. Hahaha. Gigih mak, nyah!

Siaran radio yang saya TER-dengar itu sebenarnya selingan yang biasanya ke udara selepas pemberitahuan waktu solat Maghrib. Ala, pesanan ringkas Dato’ Fadzillah Kamsah tu. Bunyinya lebih kurang begini,

“Tugas isteri ialah melayan suami dan mendidik anak-anak”

“Tugas memasak, mengemas rumah adalah tugas B-E-R-S-A-M-A”

“Tugas pergi pasar adalah tugas B-E-R-S-A-M-A”

“Jadi suami isteri mesti mewujudkan perkongsian kerja. Perkahwinan ialah perkongsian”

“Jangan berkongsi tempat tidur saja. (ahahaha<---bunyi Dato' FK gelak) Kongsi tanggungjawab bersama”

“Jadi suami jangan cakap - eh, kenapa tak masak lagi? Atau eh, kenapa rumah bersepah? Soalan ini tidak sepatutnya timbul apabila suami isteri tahu bahawa ini adalah tanggungjawab bersama”

Masalahnya Dato’ – adakah para suami mendengar atau TER-dengar pesanan radio ini ketika memandu pulang ke rumah? Kahkahkah.

Mesej yang bernas, walau betapa bernas sekalipun jika tidak sampai ke telinga kumpulan sasaran – tetap dianggap sebagai mesej yang gagal ~m-i-o~
Eceh. Boleh pulak aku buat quote sendiri. Kahkahkah!

Oleh itu kepada radio Era, sila siarkan selingan dan pesanan Dato’ Fadzillah Kamsah ini sejurus sebelum siaran berita sukan dijadualkan ke udara. Hohoho!

Thursday, May 14, 2009

Filem kita

.
.
.
Tahniah kepada Shamsul Yusof, pengarah filem Bohsia – Jangan Pilih Jalan Hitam. Anda telah membuktikan kepada saya bahawa anda memang seorang yang business-minded. Anda telah membuat kajian pasaran. Anda kenal benar sasaran khalayak yang akan menonton filem anda. Anda tahu apa yang penonton inginkan. Anda sememangnya mewarisi tradisi kutipan filem juta-juta sebagaimana yang sering dilakukan oleh bapa anda. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, kan? Lagipun, apa guna buat filem artistik tapi tak kaut untung?

Who cares about producing a good, inspiring film, anyway?

Ah, sudahlah. Tengok tajuk aje - memang filem yang akan gagal membawa perubahan kepada generasi muda. Apa? JANGAN pilih jalan hitam? Mereka PASTI pilih jalan hitam. It’s the Law Of Attraction. Otak manusia tidak mampu menafsir perkataan JANGAN. Otak manusia hanya nampak PILIH jalan hitam. Oleh itu, tajuk filem bolehlah ditukar kepada Boss Saya - Pilih Jalan Putih. Kahkahkah!

Filem kita, wajah kita – dan wajah kita ialah sekumpulan anak-anak perawan yang tidak mahu memegang status dara. Dan sekumpulan anak-anak teruna yang sibuk berlumba siapa-mati-katak -dulu di jalan raya. Dan di situ ada bapak ayam. 18SX. 18SG. 18PL. Minum kencing setan macam togok air kopi. Lelaki berjudi yang takde kerja lain asal kalah judi je mesti balik nak rogol anak (?). Anak mangsa rogol yang pasrah akhirnya terus hanyut ke lembah pelacuran (?). *stooo-piiid* Keruntuhan sosial dipaparkan dalam filem dan dicanangkan sebagai wajah Melayu Malaysia. Tragik!

Saya belum menonton filem itu. Maka kenyataan saya adalah kenyataan yang berat sebelah lagi menghukum. Pedulik apa! Sekilas kulihat The Making Of, sudah kutahu apa isi di dalamnya. The storyline of a Malay film is quite predictable. This is another version of Remp-It and The Fast & The Furious with Malaysian flavor. Sayangnya, yang diciplak daripada The Fast & The Furious hanyalah bab pemakaian mari-lihat-lurah-dendamku dan oh-tengok-pahaku-ini-montok-kan? yang kononnya up-to-date. Tidak ketinggalan, aksi-aksi orang mereng yang suka duduk segerombolan di atas jalan raya saat tengah malam. Bab-bab ilmu enjin dan kepakaran yang membuatkan sesebuah kereta (atau motor) boleh memecut lebih laju tidak pula dicedok!

Sebenarnya, saya tak kisah pun dengan filem-filem sebegini. Ini bukanlah filem yang akan menjadi tontonan saya. Filem dengan perencah murahan ini sedikit pun tidak menarik minat saya bahkan hanya membuatkan saya berasa jijik. To Shamsul Yusof, “I’m sorry!”.

Yang merisaukan saya ialah apabila kita sudah banyak disumbat dengan gambaran-gambaran sebegini sehinggakan pada satu tahap kita akan rasa - “alah, biasalah tu”. Alah bisa tegal biasa. Sampaikan pada satu saat kita tidak lagi dapat meletakkan garis sempadan mana yang salah, mana yang betul. Pembikin filem perlu sedar bahawa selain mengaut untung, mereka ada tanggungjawab sosial yang mesti dilunaskan.

Saya sedang menunggu kalau-kalau ada pejuang bangsa yang mengaku sayangkan anak-anak Melayu - bangun berdemonstrasi mengecam tayangan filem sebegini. Saya juga sedang menanti kalau-kalau ada pejuang bahasa yang ingin tunjuk perasaan sambil memegang sepanduk dan melaung “Allahu-akbar” membantah penggunaan bahasa-entah-hapa-hapa dalam filem tersebut.

Seperti yang dijangka, sudah tentulah itu takkan berlaku. Tidak ada apa yang boleh dipolitikkan.

Wednesday, May 13, 2009

Orang Melayu

Saya berbual dengan Mr Daddy tentang perniagaan dan orang Melayu ketika makan tengahari bersama-sama di sebuah Kedai Mamak semalam. Di tempat saya bekerja semuanya Restoran Tak Halal yang menjual Bak Kut Teh kecuali Kedai Mamak yang itulah. Banyak yang kami bincangkan. Nanti akan saya kupaskan secara berperingkat, ya? Saya katakan, Nabi Muhammad S.A.W adalah model terbaik yang boleh dijadikan inspirasi dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Tetapi mengapa orang Melayu tidak dapat mengekstrak tradisi perniagaan yang berjaya?

Orang Cina yang bukan Islam boleh berjaya.

Kedai Mamak yang tidak semestinya semua pekerjanya beragama Islam boleh berjaya.

Restoran Melayu Islam yang berjaya hanya tertumpu dalam komuniti Melayu. Di luar komuniti Melayu, saya rasa mereka boleh jadi semput sekiranya mereka mencuba. Maafkan saya kerana berfikiran negatif begini.

Adakah makanan Melayu tidak sedap? Lauk-pauk Melayu tidak menyelerakan? Orang Melayu tidak pandai memasak?

M-U-S-T-A-H-I-L.

Kawan-kawan saya yang berbangsa Cina sangat sukakan sambal. Apatah lagi kalau dapat sambal petai dengan udang. Sambal ikan bilis pun jadilah. Nasi Lemak. Kuih-muih Melayu. Lempuk durian misalnya, adalah kesukaan Mr C. Masakan Melayu kebanyakannya pedas-pedas, tapi seorang kawan Cina saya yang bernama Mei Wei tidak boleh hidup kalau tak ada sambal belacan. Sambal belacan bagi Mei Wei ialah menu wajib. Kadang-kadang saya rasa dia lebih Melayu daripada saya apabila bercakap tentang makanan. Saya tidak ada kawan berbangsa India – tetapi saya pernah melihat seorang India menjual Nasi Lemak (?).

Produk Melayu ada potensi tapi orang Melayu tidak cukup persediaan untuk mengekploitasi potensi ini secara maksima dan mengangkat martabat mereka ke tahap yang lebih baik.

Sekarang kita sedang heboh dengan matlamat Malaysia untuk menjadi hub-Halal sedunia. Ini adalah peluang yang terang-terangan membuka pintu seluas-luasnya untuk orang Melayu terokai. Tetapi saya tidak akan terperanjat kalau yang merebut dan mendominasi sektor hub-Halal ini tidak terdiri daripada orang Melayu.

Mungkin nama syarikatnya ada bunyi keMelayuan. Tetapi yang menggerakkan syarikat dan yang mengaut keuntungan bukan orang Melayu. Kalaulah ini terjadi, betapa ruginya!

Tuesday, May 12, 2009

Don't judge a book by its cover

Suatu ketika dahulu, sehabis menamatkan pengajian di Skudai – saya hanya bertahan selama 2 minggu untuk berada di rumah. Itupun setelah saya kehabisan idea! Saya telah siap mengemas dan mengatur semula bilik tidur setiap ahli keluarga saya. Saya juga membuat rombakan ke atas ruang tamu dan ruang dapur. Ya, lebih kurang macam program Deko Bersama Zufa. Kahkahkah!

Saya sediakan sarapan pagi. Saya sediakan makan malam. Tiada sesiapa yang berada di rumah pada waktu tengahari – kecuali saya – jadi saya makan seadanya. Rumah saya begitu kemas dan teratur kerana saya seorang Virgo sejati. Hihi. Ibu saya sangat gembira kerana beliau juga seorang Virgo yang tulen. Sayalah The Domestic Goddess. Hohoho! Semua orang hidup dalam keadaan aman, gembira dan bahagia selama 2 minggu.

Selepas itu saya mulai bosan. Oh, baru 2 minggu dan saya rasa – cukuplah saya berehat-rehat. Lagipun sudah tidak ada lagi perubahan drastik yang boleh saya buat ke atas rumah ini. Untuk memulakan hobi yang menarik – semuanya memerlukan wang – dan ketiadaan pitis seakan-akan mematikan segala kreativiti saya.

Sebelum itu saya bercadang untuk duduk goyang-goyang kaki di rumah selama berbulan-bulan setelah kononnya ‘kepenatan’ jiwa dan raga untuk pengajian Diploma Senibina saya selama 5 tahun itu! Ya, orang lain buat Diploma 3 tahun, saya buat 5 tahun. Fuh, betapa hebatnya (?) saya. Itu adalah antara siri kegagalan (atau The Lost Series?) dalam hidup ini yang memberikan tamparan hebat di pipi saya – tapi tak mengapa – itu akan diceritakan pada masa yang lain. Ternyata, saya tidak betah duduk di rumah untuk bersenang-senang. Saya mesti membuat sesuatu! (yang boleh mendatangkan duit, tentunya - hihihi)

Suatu pagi, pada hari ke-15 saya menjadi seorang penanam anggur, saya pun keluar mencari pekerjaan. Saya memulakan pemburuan yang saya namakan sebagai misi Mencari Satu Kerja Sementara Yang Menyeronokkan. Destinasi pertama ialah sebuah kedai buku dan peralatan tulis. Oleh kerana kelayakan yang dikehendaki ialah SPM, saya katakan kepada pemilik kedai terbabit bahawa, “Saya adalah budak lepasan SPM”. Seperti biasa, saya pun melalui satu episod temuduga yang menjengkelkan. Ok, that’s it. Pergi mampos dengan kau. Aku pun tak heran nak kerja sini. Anda tahulah, kadang-kadang ada sesetengah orang terus menilai harga seorang individu menerusi sekeping kertas. Dan seorang yang berkelayakan SPM seringkali dianggap bodoh (?) serta cetek akal. Mana tidaknya, ketika pemilik buku terbabit menerangkan kepada saya Peraturan-Peraturan Seorang Pembantu Kedai – antara yang diberi penekanan ialah,

Dilarang bersidai-sidai di kedai lain pada bila-bila masa.

A-P-A-K-A-H? Siapalah yang hendak bersidaian di kedai lain itu? Ternyata beliau benar-benar memandang rendah terhadap saya. Saya begitu menyampah mendengar nada suara beliau ketika bercakap. Meluat sungguh! Oh, adakah saya kelihatan seperti seorang remaja bermasalah yang suka berpeleseran? Saya memandang beliau yang bertudung labuh dan berjubah dengan perasaan kecewa. Perasaan hormat saya terhadap beliau tiba-tiba hilang.

Saya meneruskan Misi Pencarian Kerja Sementara Yang Kedua – iaitu sebuah Pusat Perkembangan Kanak-Kanak. Dengan selambanya saya masuk ke dalam lalu bertanya,

“Do you need extra teacher here? Or….perhaps you need an assistant?”

Saya fikir, mesti kena halau punya lepas ni – tapi lantaklah – belum cuba, belum tahu! Oh, sangat mengejutkan kerana saya dijemput masuk dan diminta mengisi borang. Tidak lama kemudian, saya ditanyakan beberapa soalan oleh Principal Smart Reader itu. Saya pun bantai skipping London lintang-pukang belasah je la labu - janji kondifen kerana menyangka Principal itu seorang wanita Cina. Beliau sangat ramah-tamah dengan penampilan yang begitu elegan sekali! Oleh kerana saya telah belajar daripada kesilapan yang pertama, maka saya katakan kepada Principal bahawa, “I’m a Diploma holder”. Ok, saya dilayan jauh lebih baik berbanding temubual yang pertama tadi. Wah, sungguh seronok kerana saya diminta datang bekerja keesokan harinya. Wow!

Jadi, apakah moral daripada cerita ini?

Orang S-E-N-T-I-A-S-A menilai anda berdasarkan tanggapan pertama. Walaupun kita selalu mendengar ungkapan “Don’t judge a book by its cover”, tetapi itulah yang selalu terjadi. Kadang-kadang kita dinilai melalui pemakaian kita. Melalui jenama yang kita gunakan. Melalui rumah yang kita diami. Melalui kereta yang kita pandu. Melalui sijil berkajang-kajang yang kita miliki.

Sungguhpun saya kurang senang kerana salah tanggapan orang lain terhadap saya – sebenarnya saya juga tidak jauh berbeza. Ironi sungguh!

Contohnya begini, saya sangkakan penemuduga pertama yang berjubah dan bertudung labuh itu adalah majikan yang berpotensi untuk saya – tetapi telahan saya silap. Saya jangkakan penemuduga kedua yang berambut blonde dan berskirt paras lutut itu seorang wanita Cina – walhal namanya Puan Nor. Wooo hooo!

Don’t judge a book by its cover – apabila saya membeli buku dan perlu membuat pilihan buku mana yang lebih utama, lazimnya saya berakhir dengan membeli sebuah buku dengan rekabentuk kulit yang menarik ATAU dengan nama penulis yang ditaip lebih besar daripada tajuk buku itu sendiri. Hahaha!

Mungkin saya patut ada kulit luar transparent yang membolehkan orang melihat ketelusan dan ketulusan diri saya. Eceh.
I Love to Talk About Ideas
I like my conversations to be deep and meaningful. I am not a big fan of small talk.
I am open to all sorts of conversation topics, especially if they are unique or interesting. I love it when a conversation takes me somewhere unexpected.

I will talk about anything, even if it's controversial or weird. I'm not shy about speaking my mind.
I may shock people with what I'm willing to talk about, but at least it's more interesting than discussing the weather.