Search This Blog

Loading...

Quotable Quotes



The best of people are those that bring most benefit to the rest of mankind

My Loyal Readers

Thursday, April 30, 2009

To my lady with love

Hmm....I checked my email just now. And surprise, surprise....I received this from Mr Daddy. Hohoho! :D
.
.
"Salam yang,
harap sayang dapat renung-renungkan"
.
.
.
.
.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.

.
.
What say you?
.
.
Mak ada sedikit kekompiusan. Adakah sesuatu yang cuba disampaikan di sini? Kahkahkah.
















Hikmah di sebalik kejadian

Keluar dari bilik pembedahan, saya disorong ke bilik perantaraan pula. Masih berbaring sambil menunggu si Ziyad dibersihkan. Nak bangun macam mana, kan? Separuh badan masih ada kesan bius. Rasa macam tak berkaki. Di sebalik ketidakselesaan yang saya ceritakan terdahulu, saya harus akui bahawa keadaan saya sebenarnya jauh lebih mudah berbanding ibu-ibu lain. Tiada contraction. Tiada tanda-tanda bersalin seperti ‘red spot’. Saya tidak tahu apakah itu pecah air ketuban. Saya tidak tahu bagaimana perasaannya meneran bayi *teran berak keras saya taulah! hihihi*. Saya juga tidak mengalami bukaan 3cm, 7cm atau 10cm. Tak ada thrill langsung! Wah, senangnya saya beranak. Silalah kagum. Hihihi.
.
Haa, sekarang anda tahu mengapa saya kecoh sangat dengan persoalan tiub kencing tu kan? Itu semua tidak lebih daripada kebimbangan yang diperbesar-besarkan sebenarnya! Hahaha.
.
Pendek kata, saya terus dibedah – walhal si Ziyad sebetulnya lebih nyaman untuk memeram dan terus memboncetkan perut saya. Kisahnya bermula pada minggu ke-38 dan saya ada temujanji dengan Dr Fatimah. Hasil imbasan menunjukkan bahawa si Ziyad telah sewenang-wenangnya menukar posisi daripada keadaan kepala yang SENTIASA di bawah – kepada keadaan menyongsang . Tahniah Ziyad, kerana berjaya membuat Dr Fatimah yang sentiasa tenang menjadi panik. Menurut Dr, keadaan ini adalah merbahaya dan tidak ada jalan lain kecuali pembedahan. Sedangkan risiko fetus songsang dengan keadaan keseluruhan punggung berada di bawah adalah 4 kali ganda berbanding kelahiran biasa, inikan pula fetus yang berjengket kaki. Kahkahkah.
.
Dr berkata lagi apa yang paling ditakuti oleh doktor-doktor sedunia ialah apabila “awak sakit nak bersalin – baby pulak dah tak sabar nak cakap hello to the world – dan tali pusat keluar dulu. That is a TOTAL disaster. Kita semua akan berpeluh-peluh dalam labour room”.
.
Perancangan Dr ialah, jika pada pagi Jumaat nanti (iaitu lagi 4 hari!) posisi fetus masih songsang, pembedahan akan terus dijalankan selepas solat Jumaat bagi memberi peluang kepada Mr Daddy untuk sama-sama merasai pengalaman bersalin. Jika fetus membuat keputusan untuk membuat kona baring (dan itu adalah mustahil) lalu bertindak memarkir kepalanya pada posisi yang sepatutnya – kita akan tunggu dulu. "Ok Dr!" Kami cuma mengiyakan saja kerana siapalah kami untuk membangkang seorang Dr Pakar yang sememangnya arif dalam bidangnya, kan? Lagipun, kami berdua tidak belajar Biologi. Hohoho!
.

Dr Fatimah menjelaskan lagi, keadaan fetus yang tiba-tiba menyongsang pada minggu ke-38 adalah sesuatu yang jarang berlaku MELAINKAN terdapat masalah. Diagnosis Dr ialah – kemungkinan besar tulang pelvis saya sempit – lalu fetus gagal mengunci kepalanya – dan berfikir alangkah seronoknya bersiar-siar mengambil angin di atas sana. Hohoho. Okay, it’s not that funny actually. Kita sedang bercakap tentang 2 nyawa di sini.
.
Atau…..Dr berpaling memandang Mr Daddy dan bertanya, “Papa baby ada buat apa-apa kat Mama baby ke?” yang dijawab dengan begitu cepat oleh Mr Daddy, “Saya tak buat pape, Doktor!”. Apakah motif soalan? Sungguh saya tak paham apakah yang dimaksudkan dengan “apa-apa”. Anda paham?
.
Masih musykil dengan kes tulang pelvis sempit saya itu – saya pun bertanya kepada Makcik Yahoo! . Makcik Yahoo! yang baik hati dan kaya ilmu memberitahu saya, selain masalah tulang pelvis - sebab lain yang membuatkan fetus menyongsang pada minggu-minggu terakhir kehamilan adalah - jumlah air ketuban yang tidak berkurangan. Ini membuatkan fetus masih boleh berpusing-pusing dalam rahim meskipun fetus semakin besar dan ruangan semakin sempit. Air ketuban yang masih banyak pula menandakan sesuatu yang abnormal pada fizikal fetus. APA?! Abnormal? Saya sangat cuak. Saya teringatkan cerita-cerita ibu mertua saya tentang jirannya yang melahirkan bayi tanpa bebola mata, juga tentang bayi yang dilihatnya dilahirkan dengan 2 alat kelamin (khunsa).
.
Saya tidak putus-putusnya berdoa,

Ya Allah Ya Tuhanku. Sesungguhnya aku tidak berdaya. Janganlah Kau uji aku dengan ketentuan yang tidak mampu aku tanggung. Tapi, jika inilah ketetapanMu, berikanlah aku kekuatan untuk menerimanya dengan REDHA”
.
Berbalik kepada persoalan fetus songsang tadi – disebabkan Dr Fatimah melarang saya berurut untuk membetulkan posisi Ziyad – saya telah menjumpai teknik-teknik yang lucu tetapi tidak membahayakan saya mahupun si Ziyad hasil pencarian saya di Internet. Pertama - dengan mengamalkan senaman menonggeng – yang mana saya melebihkan solat sunat supaya saya dapat bersujud lebih lama dan lebih kerap. Yang kedua – menghalakan lampu suluh ke arah laluan yang sepatutnya agar fetus terdorong untuk berpusing ke bawah. Dan ketiga – meletakkan ‘ear phone’ dan menggalakkan pergerakan fetus dengan bantuan muzik. Hanya 4 hari saja lagi – dan saya masih gigih berusaha! Tapi sia-sia saja kerana si Ziyad yang juga gigih seperti Mamanya berpendapat “I do what I like – and I think I should stay the way I am”. Hohoho.
.

Dan begitulah kisahnya. Perut mak dipotong 18 jugaklah kekdahnya, nyah! Alhamdulillah, Ziyad dilahirkan begitu sempurna. Saya sangat lega apabila Mr Daddy membisikkan kepada saya, “Perfect. Semuanya okey”. Yang abnormal tu – adalah saya! Dr Fatimah menjumpai cyst berdekatan dengan tiub fallopio saya lalu membuangnya. “Macam mana saya boleh ada cyst?”, dan Dr Fatimah berkata, “Soalan itu tak dapat dijawab”.

Nah, setiap kejadian ada hikmahnya kan?

Kenapa tidak seorang pun beritahu saya….

....bahawa sebelum bersalin, setiap wanita hamil akan dipakaikan dengan tiub kencing? Bahkan dalam laman-laman web yang saya kunjungi juga tidak merekodkan tentang hal ini.

Hahaha. Dalam banyak-banyak soalan, soalan ini sangat membelenggu seluruh jiwa dan raga saya sepanjang berada dalam bilik pembedahan. Buleh gitu?

Zon abdomen adalah Kawasan Larangan. Yang mempunyai akses ke zon itu cuma Mr Daddy sahaja. Justeru apabila kru pembedahan cuba meyakinkan saya dengan menyatakan “Tak payah malu, Puan. Sini semua perempuan, tak ada lelaki pun” – owh, itu juga tidak mampu menepis kekhuatiran yang bersarang. Dalam kepala saya – “eh, aku kan nak kena operate, apekehe nak usik-usik sana pulak?”. Sesungguhnya mak tak bersedia dengan kejutan ini, nyah! Dan itu telah membuktikan bahawa saya adalah seorang Virgo yang sejati. Kahkahkah. Apakan daya, saya terpaksa rela. Sekiranya diberikan opsyen, saya lebih suka dicucuk dengan epidural pada tulang belakang saya berbanding dipakaikan tiub kencing itu.

Saya sepatutnya menikmati saat-saat manis melahirkan anak sulung sambil bergelak ketawa sepanjang pembedahan berlangsung. Tetapi itu tidak berlaku. Bilik pembedahan terlalu sejuk. Gigi saya berkeletuk. Kepala saya berdenyut-denyut. Perut saya memulas-mulas. Dan saya terasa ingin muntah. Saya memandang skrin – memerhatikan bacaan tekanan darah dan graf denyutan nadi saya dengan harapan itu akan mengalihkan perasaan yang tidak selesa. Hmmm, cantiknya graf bergerigi itu turun naik – ini memang satu penciptaan yang menarik dalam dunia perubatan. Wow, terasa macam tengok cerita ER dan House! Kahkahkah. Tidak lama kemudian barulah Mr Daddy menyertai sambil tersengih-sengih – dan selepas itu sibuk mengetik-ngetik punat kamera untuk merakamkan episod-episod berdarah.

Letih melihat skrin yang memaparkan kegiatan yang berlaku dalam tubuh sendiri – saya mengalihkan kornea ke jam dinding. Penantian memang satu penyeksaan. Saya dibius separuh badan – tapi masih terasa perut saya digonyoh-gonyoh. Saya berkata dalam hati, “Hmm….aku sekeping roti canai”. Ini boleh jadi satu karangan autobiografi yang baik! Hahaha. Dan Dr Fatimah & Friends adalah penguli-penguli roti canai yang bertauliah dan berpengalaman. Tidak ada apa yang perlu dirisaukan.

Hanya Tuhan yang tahu betapa tidak seronoknya saya. Saya ditegur oleh Dr Mahani, “Puan tak apa-apa?” lalu saya terus menjawab, “Saya betul-betul rasa nak muntah”. Beberapa ketika selepas itu, perasaan ingin muntah berkurangan. Kesan bius agaknya. Saya tak kuasa untuk bertanya lebih lanjut. Saya cuma berharap semua ini akan berakhir dengan cepat.

Saya cuba tengok ke atas. Mana tahu, kalau-kalau ada pantulan yang membolehkan saya melihat perut saya disembelih secara ‘live’. Hampa. Apa pun tak nampak – terlindung oleh kain pemidang. Bagus juga! Macamlah aku berani nak tengok, kan? Melihatkan Mr Daddy yang purak-purak cool – saya dapat mengagak, mesti pemandangannya serupa dengan keadaan bahagian ‘butchery’ di Carrefour. Hohoho.

Ya, akhirnya si kecil Ziyad berjaya dikeluarkan. Ketika itu, keadaannya sudah pun melintang (transverse) dan terbelit-belit dengan tali pusat. Dr Fatimah berkata, “Wah, baby Mama busy betul kat sini, ya?”. Ya, memang sibuk betul si Ziyad itu. Kalau tak sibuk, masakan dia boleh beralih arah secara tiba-tiba – menjadi songsang dengan kaki berjengket pada minggu ke-38? Ah, akhirnya – semuanya selamat! Syukurlah.

Mau baca lagi kisah selanjutnya?

Wednesday, April 29, 2009

Tentang MKI

Sejak saya selesai menaip tentang a/s/l please? tiba-tiba asyik teringat pula kepada MKI. Fuhh, berhantu betul ko ni MKI. Weh, ko tengah teringat kat aku ekk? Eceh. Ke situ pulak. Telah saya katakan, jangan main-main dengan apa yang anda ingin tulis. Ada Hukum Tarikan di situ. Hohoho.


MKI adalah seorang chatter yang terpacul pada jam 4 pagi di tetingkap IRC ketika saya sudah menaip mesej ‘n’ kepada para chatters sekalian. Apa? Pukul 4 pagi?! Ya, memang Ripley’s Believe It Or Not. Kahkahkah. Dan itu berlaku 10 tahun lepas.


“x tido lg? a/s/l?”


“wey aku dh nk bla ni. n”


“eh rileks la”


“bye. lenkali nampak nick aku, tegur k. n”


“ntah bila la tu”


“oklah, klo susah2 sgt ko tulis surat kat aku”


“biar betul ko nih minah?”


“betul la”


“kalo aku tulis, ko balas?”


“balas”


“tak caya. ko tulis kat aku dulu”


“ok. bak sini alamat”


…..dan bermulalah era persuratan yang berpunca dari IRC. Kahkahkah.


Ringkas sungguh. Masa tu, tak terfikir langsung tentang istilah kejujuran. Saya berumur 19 tahun. MKI berumur 21 tahun. Dan perhubungan surat-menyurat SERTA episod berborak-borak di telefon berlanjutan hampir 3 tahun tanpa bersua muka.Tidak kira sama ada saya duduk menyewa di luar kolej, hinggalah saya pindah masuk ke kolej kediaman, ataupun ketika cuti semester yang panjang – aktiviti persuratan tetap berlangsung – tidak tergendala sama sekali. Gila!


Pertalian persahabatan itu bolehlah digelarkan sebagai teman tapi mesra. Eceh. Saya sangat selesa berkawan dengannya. Dan saya rasa dia juga begitu. Banyak perkara yang saya kongsikan dengan MKI, termasuklah kemusykilan-kemusykilan yang timbul tentang makhluk yang berasal dari Marikh itu.


“wey kalo lelaki tu suka kat aku, tapi aku takmo – apa aku nak buat?”


“hmm….ko cakap je la ko tak suka”


“aku dah cakap. tapi dia tak paham”


“ok. ko jangan layan langsung. buat pekak. buat bisu. lama-lama nanti dia fed-up”


“kalo dia tak fed-up?”


“kalo dia tak fed-up, aku tabik spring – sama ada ko memang pompuan idaman Malaya atau ko pakai ubat guna-guna”


“cilakak ko”


“hahaha. abih, takkanla aku nak puji ko pulak”


“alah, puji je la. aku kan memang best”


“oklah. kawan dengan ko memang best”


Terkilan pulak rasanya sebab tak pernah terucap “ko memang best” kat MKI. Hahaha. Hari demi hari, saya pun dah habis belajar. Dan berpindah rumah. Dan tak memaklumkan tentang itu pada MKI. Hubungan terputus begitu saja. Alamat dan nombor telefon pun entah ke mana. Alih-alih boleh pulak teringat balik kat dia hari ini.


Sesuatu yang boleh dipelajari – kalau anda rasa seseorang tu memang best - cakap je la. Hahaha. Kalau nak simpan pun boleh juga. Cuma, dikhuatiri akan mengakibatkan perasaan kempunan di kemudian hari. Bila tiba saat kempunan tu datang – orang tu tak dapat dikesan.


Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberitahu anda bahawa – Anda memang best! :)

a/s/l please?

Marilah kita berborak-borak tentang sesuatu yang berbeza hari ini. Sudah seminggu sarat dan tepu dengan topik-topik kerja dan motivasi (?) apakata kita berikan penghargaan kepada diri sendiri dengan sajian yang ringan-ringan? Hmmm, nampaknya ini tidak sesuai untuk miz_eda kerana beliau suka menulis yang ringan-ringan tapi tak bermakna suka yang ringan-ringan(?). Kompius sikit di situ.

Tentang yang ringan-ringan - saya pasti ramai yang pernah terjebak dalam kancah IRC. Ada yang sampai bertemu muka setelah berlama-lamaan berhubungan di laman sumbang sembang – lalu terasa wujud keserasian – ehem, ehem - dan ingin mengupgrade perhubungan daripada AMD kepada Pentium? Kahkahkah. Eh, zaman dolu-dolu sapa pakai Pentium kira up la sket kan….kan? kan? Oh, zaman apakah itu ya? Tiba-tiba terasa begitu tua sekali. *insaf sekejap*

Saya pun (seperti anda) pernah juga terjerumus. Ah, tidaklah sampai ke mana pun. Sekadar kegiatan sambilan sementara menunggu enjin pencari Yahoo! itu mendapatkan maklumat yang saya inginkan. Betapa lembapnya perkhidmatan Internet ketika itu. Kadang-kadang anda sudah melangok hampir 10 minit (atau lebih?) hanya untuk melihat paparan “Web page is not available” - lalu anda pun menyumpah seranah dan menendang bawah meja untuk ke sekian kalinya. Tetapi itulah hakikatnya. Sedikit sebanyak, apabila anda melayari Internet sambil bersembang di ruangan IRC - kemarahan tersebut masih terkawal. Tidaklah api amarah yang marak itu sampai boleh membakar CC a.k.a Cyber Café itu kan? Eceh.

Begitu banyak himpunan kenangan di IRC. Saya tidak berjiwa peneroka - maka saya kekal di #UTM. Channel lain mak tak berani terjah nyah! Kahkahkah. Sekurang-kurangnya saya tau di sana terdapat lebih ramai student yang masih-boleh-dipercayai dan sekurang-kurangnya tidak membahayakan nyawa berbanding ntah-sapa-sapa-yang-menakutkan-lagi-mengerikan. Ewwww…..seram okeh! Seperti biasa – bila berada di alam maya – maka saya secara automatiknya membentuk identiti maya. Koser la aku nak berlaku jujur lagi ikhlas kan?

Tetapi ya, masih wujud lagi keikhlasan di maya pada ini kerana seorang teman serumah saya, si Minah A yang lurus bendul telah mendedahkan lokasi rumah kami di samping bercerita dengan seronoknya perihal teman-teman serumah secara terperinci. Sampai bertukar nombor telefon bagai. Dan itu dilakukannya pada kali pertama bersembang di IRC! Erkk? Oh kawanku, kau benar-benar naïf. Atau goblok sebenarnya? (Goblok ialah perkataan Jawa yang bermaksud bangang) Dan chatter yang gila itu – ah memang gila! Nasib baik bukan perogol bersiri. Atau pembunuh upahan. Atau sindiket pelacuran. Atau penjual organ manusia di pasaran gelap. Cukuplah. Kalau ikutkan hati, mau kulempang aje Minah A tu.

Chatters datang, chatters pergi. Itu sajalah. Tapi dengan MKI – saya harus akui, itu adalah sebuah persahabatan yang sangat bernilai. Entah apa cerita MKI itu sekarang, ya?

Hmmm….

Eh, anda kaki chattingkah dulu? Entah-entah kita pernah berborak tak?
.
.
.
19/f/skudai. u?
.
.
.
Kwang kwang kwang....

Tuesday, April 28, 2009

Orang Sales, Orang Technical

Orang Sales dan Orang Technical ibarat langit dengan bumi. Kalau Orang Sales saya labelkan sebagai langit, maka Orang Technical saya labelkan sebagai bumi. Sekadar memberikan pengkelasan terhadap jenis-jenis orang di sini. Kahkahkah.

Anda pun kemudiannya bertanya, kalau Orang Sales ialah langit dan Orang Technical ialah bumi – maka siapakah yang berada di tengah-tengah? Errr….saya pun tidak tahu bagaimana menjawab soalan itu. Mungkin orang itu ialah Macai Pangkat Rendah yang sedang mengalami krisis identiti!

Krisis identiti lazimnya menyerang seorang manusia normal sebanyak 2 kali seumur hidup. Sekali semasa berumur antara 15-16 tahun bilamana budak-budak tengah nak naik mengalami proses perembesan hormon yang meluap-luap. Sekali lagi semasa umur mencecah 40 tahun bilamana lelaki-lelaki matang (?) menjadi cenderung mengheboh-hebohkan pernyataan “life begins at 40”. Untuk perempuan-perempuan matang, krisis identiti akan dikesan apabila mereka mengalami menopaus pada usia lewat 50-an. Oleh kerana saya tidak tergolong dalam mana-mana kategori, maka saya boleh mengandaikan bahawa saya adalah manusia abnormal. Kahkahkah.

Berbalik kepada cerita Orang Sales dan Orang Technical. Ah, Orang Sales tidak pernah gagal untuk membuatkan saya terkagum-kagum dengan kebolehan mereka. Mereka sangat petah berkata-kata. Mereka berdesap-desup ke sana ke mari macam lipas kudung dengan telefon bimbit yang tidak berhenti berdering. Saya sering tertanya-tanya bagaimana mereka boleh kekal bersikap peramah dan tersenyum sepanjang masa apabila berhadapan dengan pelanggan. Bahkan mereka boleh tertawa dan berlawak jenaka dengan klien biarpun hanya sekadar berbual di talian. Hmmm…..mengenangkan mereka melenjan kereta milik syarikat yang diimport dari luar negara dan dibekalkan pula dengan elaun minyak, lalu mengajak pelanggan berdiskusi sambil makan tengahari di coffee house – Wow! Itu bahkan sangat menarik, ya? Kau buat ku kata, "Ooo La La La La".

Orang Technical. Ah, menyebut istilah Technical saja sudah menyebabkan otak saya menayangkan imej seorang Cina berperut gendut, berkacamata tebal dan berkepala separa botak sedang terperosok menghadap charger cubicle sambil membetulkan pendawaian yang silap di sana sini. Kahkahkah. Aduhai. Saya ingin bercerita lebih lanjut tapi sejujurnya, saya tak sampai hati. Manalah tahu, saya juga ada potensi untuk berakhir sedemikian. Jadi, adalah lebih baik saya diam-diam saja. Eh, jangan sekali-kali memperlekehkan kekuatan perkataan. Apa yang anda terfikir dalam kepala, bahkan yang anda tulis adalah tidak mustahil menjadi realiti. Owh, ada unsur-unsur seram di situ.

Jauh di sudut hati, saya merasakan bahawa Orang Sales akan jadi seorang yang sangat bagus apabila kemahiran berkata-kata itu dilengkapkan dengan ilmu teknikal, bukan setakat cakap-cakap manis yang sedap didengar.

Orang Technical juga akan tampil sebagai seorang yang sangat berbeza sekiranya ilmu teknikal itu dapat disampaikan dengan seni bercakap-cakap yang berkesan.

Technical Sales & Marketing – hmmm….sedap juga bunyinya ya? Hohoho!

Monday, April 27, 2009

Mengukur kehenseman lelaki

Semalam, Mr Daddy yang sedang menyelak akhbar Mingguan Malaysia bertanyakan kepada saya,

“Pierre Andre tu hensem ke?”

Kahkahkah. Tindakan refleks saya ialah - terus ketawa terbahak-bahak sambil menepuk-nepuk lantai. Aduyai. Senak perut dibuatnya setiap kali terkenangkan soalan Mr Daddy itu. Sehingga sekarang pun saya masih cuba menahan diri daripada terus terkekek-kekek. Kepada Pierre Andre – I’m sorry!

Pierre Andre bukanlah Pierce Brosnan, tentunya.

Saya terlupa pula menanyakan Mr Daddy apakah motif soalan yang membuatkannya terdetik hati untuk mengetahui pendapat peribadi saya tentang kehenseman Pierre Andre. Saya rasa mungkin ada sangkut-paut dengan cerita dalam segmen Pancaindera tentang Pierre Andre dan Julia Ziegler. Untuk menjawab soalan Mr Daddy, saya seperti biasa sudah ada skema jawapan yang akan saya gunakan dalam apa jua cuaca sekalipun iaitu,

“Sayang lagi hensem”

yang semestinya telah mengundang Senyuman Paling Lebar Abad Ini di wajah Mr Daddy.

Ya – silalah muntah. Saya tak kisah. Saya telah belajar daripada John Gray dan Fadzillah Kamsah bahawa pasangan anda adalah yang paling baik. Paling hensem. Paling gagah. Paling bijak. Dan segala paling-paling yang wujud di dunia ini. Yang bagus-bagus sajalah. Yang tak bagus, kita tolak tepi. Setuju?

Jadi, teknik jawapan serampang dua mata saya tadi telah secara tidak langsung memberitahu Mr Daddy bahawa Pierre Andre – pada pandangan mata saya adalah errr….tidak hensem. Kepada Pierre Andre, sekali lagi – I’m sorry!

Jadi, apakah sebenarnya kaedah untuk mengukur kehenseman seseorang lelaki?

Sewaktu masih bujang trang-tang-tang dulu, antara kriteria yang saya suka amati dalam diri seseorang lelaki ialah cara berjalan. Saya ada seorang kawan perempuan yang turut berkongsi emmm….‘hobi’ yang sama. Ketika berada di Tingkatan 5, kami selalu bersidaian di koridor kelas sambil menjamu mata melihat pelajar-pelajar *errr….termasuklah pelajar lelaki* berlenggang kangkung dari Dewan Makan ke kelas masing-masing pada waktu pagi. Ini bukanlah bertujuan menggatal – tidak sama sekali - tetapi lebih kepada tindakan luar sedar. Berdasarkan pemerhatian yang tajam, saya boleh katakan yang kawan saya si *Ann Khatib itu sukakan lelaki yang berjalan kengkang. Kahkahkah. Sejujurnya, saya tidak ada masalah dengan lelaki yang berjalan kengkang. Sebaliknya, perempuan yang berjalan kengkang membawa sedikit gangguan penglihatan kepada bebola mata saya ini. Maklumlah, kedua-dua bebola mata saya telah dilatih untuk melihat calon-calon Miss Universe berjalan ala-ala kucing sejak kecil lagi. *wengggg….*

Selain cara berjalan, saya juga suka memerhatikan cara seseorang lelaki itu makan. Terutamanya gelagat seseorang lelaki selepas mereka habis makan. Saya mengenali seorang lelaki yang sudah terbiasa menyusun kembali pinggan yang telah digunakan, mengasingkan sisa-sisa makanan ke pinggan yang teratas dan menyusun sudu serta garfu dengan cermat sebaik sahaja selesai makan. Dan itu dilakukannya ketika makan di restoran! Tetapi lelaki itu bukanlah suami saya. Kahkahkah.

Seperti yang diketahui, sudah tentulah saya tidak mengukur kehenseman Pierre Andre berdasarkan cara berjalan mahupun cara makannya walaupun saya suka sekali melihat lelaki berdasarkan 2 kriteria ini. Mungkin kalau saya berkesempatan melihat Pierre Andre berjalan dari jarak dekat dan makan semeja dengannya bolehlah saya berikan ulasan yang terperinci. Hohoho. Dan apa yang lebih penting, saya juga tidak menilai Mr Daddy berdasarkan gaya berjalan mahupun cara makanNYA!

Mungkin idea Men Are From Mars itu boleh dipakai juga, kan? Ah, John Gray lagi.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah kaedah yang boleh dikongsikan? *kenyit-kenyit mata*

p/s: Ann Khatib bukanlah nama sebenar

GTO

Sesuatu yang sangat jelas dalam kehidupan di pejabat ialah – ada ketikanya kita akan dilanda penyakit bosan. Sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh setahun, penyakit ini akan menjangkiti kita. Errr, mungkin ini tidak terjadi kepada anda. Lebih baik saya katakan bahawa penyakit ini akan menjangkiti saya paling minima, sekali dalam setahun. Tidak ada apa yang pelik tentang ini. Menjalani rutin yang sama setiap hari ibarat robot – berasa bosan adalah sesuatu yang dapat dijangkakan.

Terutamanya apabila saya perasan bahawa saya sudah begitu mahir dalam tugas saya. *konon* Cabaran masih ada. Tetapi mungkin tidak benar-benar menduga skil. Maka saya rasa ahhh….ini pejam mata je pun aku boleh buat. *oh, sangat berlagak di situ*

Kadang-kadang saya rasa bahawa saya sudah membazirkan tenaga di sini. Begitu banyak kemahiran yang terdapat dalam diri saya tetapi tidak digunakan. Begitu banyak yang patut saya terokai dalam kehidupan ini tetapi saya sia-siakan. Saya boleh melakukan pelbagai perkara yang menarik tetapi saya setakat menghabiskan masa dari jam 830 pagi hingga 6 petang selama 5 hari seminggu dengan menghadap skrin, mengetuk-ngetuk papan kekunci dan mengklik-klik tetikus. Menurut pengamatan saya, saya sekadar menggunakan 10%-20% daripada potensi sebenar yang saya ada. Eh, entah-entah kurang daripada itu! Ini memang benar-benar satu kerugian.

Kalau ikutkan hati dan perasaan saya – ditambah lagi dengan pengaruh si Robin Sharma dalam The Monk Who Sold His Ferrari itu – harus saya beri Bos Besar saya notis 24 jam – berhenti sajalah dari terus membuang masa di sini. Saya ingin membuat apa yang saya suka. Maksud saya – yang benar-benar saya suka! Selama ini saya tercari-cari apakah perkara yang benar-benar saya gemari.

Ya, saya sangat suka menulis. Contohnya begini. Saya sanggup menulis blog padahal saya tidak diberi wang tambahan pun untuk itu. Sedangkan sudah terang lagi bersuluh yang saya sukakan wang. Adakah sesiapa di dunia ini yang tidak bermata duitan? Jadi, ini juga sudah jelas. Saya tetap suka menulis walaupun saya lakukan itu secara percuma. Oh, baiknya saya!

Saya juga sangat suka menyanyi. Tetapi saya adalah seorang wanita Muslim yang mana suaranya adalah aurat. Saya rasa kalau saya menjadi seorang penyanyi mungkin saya boleh menyaingi populariti Dato’ Siti Nurhaliza. Namun demikian saya berasakan bahawa kalau saya sudah memakai tudung, adalah lebih baik saya tidak usah menyanyi. Maka, menyanyi bukanlah satu opsyen yang baik.

Selain daripada menulis dan menyanyi, saya juga boleh berlakon, bersajak, berdebat, berforum, berpantun, bersyair dan berpidato. Oh, mungkin tidaklah sebagus mana tetapi setakat di kalangan kawan-kawan di sekolah - bakat saya itu boleh dikatakan lumayan juga. Tetapi sekali lagi – semua bakat ini yang begitu giat saya asah bertahun-tahun yang lampau berakhir sebagai usaha yang tidak mendatangkan hasil. Saya tidak menggunapakai langsung bakat tersebut. Dan tidak ada sesiapapun di dunia pekerjaan ini yang mengetahui bakat-bakat saya itu. Sekali lagi, ini memang benar-benar satu kerugian!

Selepas saya menulis sehingga ke perenggan ini, saya terfikir satu pekerjaan. Guru! Saya sepatutnya menjadi seorang guru. Hanya dengan menjadi seorang guru, saya dapat mengoptimumkan potensi diri saya sepenuhnya. Saya boleh terus menulis, menyanyi, berlakon, bersajak, berdebat, berforum, berpantun, bersyair dan berpidato. Oh, saya boleh jadi guru penasihat Kelab Catur juga. Dan memberi tunjuk ajar untuk Pasukan Debat Sekolah. Dan menjadi pelatih Pasukan Koir. Hmm, saya dengan sukarelanya ingin memberi khidmat untuk Persatuan Bahasa Melayu. Ini adalah peluang saya berdrama, menulis skrip, membuat props untuk persembahan. Ah, saya yakin saya boleh menyumbangkan hasil kreativiti saya untuk Kelab Seni juga. Atau Kelab Keceriaan Sekolah. Eh, saya juga boleh jadi Guru Bimbingan dan Kaunseling. Bolehlah jadi perantis Fadzillah Kamsah. Ha….ataupun saya boleh jadi guru penasihat untuk Bilik Perpustakaan Sekolah. Oh, ini memang benar-benar mengujakan!

Eceh. Berangan-angan memang sesuatu yang indah. Dan menghanyutkan. Oleh itu, marilah kembali berpijak ke dunia nyata. Koser la saya nak pergi berkursus untuk menjadi guru terlatih, kan?

Errr…ada peluangkah untuk saya jadi guru ya? Saya rasa saya boleh jadi guru Lukisan Kejuruteraan. Eceh. Masih optimis di situ.

GTO – Great Teacher OniZufa. Hohoho!

Friday, April 24, 2009

Have you ever, have you ever?

Have you ever loved somebody so much
It makes you cry
.
.
Tiba-tiba teringatkan satu kisah perchentaan yang tidak kesampaian. Adakah itu boleh dikategorikan sebagai sebuah perchentaan? Oh, itu adalah satu kisah yang sudah lapuk.
.
.
Have you ever needed something so bad
You can't sleep at night
.
.
Ya, memang insomnia apabila telah sekian lama kau tidur bertemankan SMS yang biasa-biasa aje tetapi menjadi luar biasa apabila kau sukakan seseorang tu. Tetapi ketiadaan SMSnya membuatkan kau tiba-tiba sukar melelapkan mata? Dan itu bukanlah disebabkan oleh pengaruh kafein untuk seorang yang memang gila kopi?
.
.
Have you ever tried to find the words
But they don't come out right
Have you ever, have you ever
.
.
Hmm….bukankah chenta itu memang aneh lagi membuatkan kau berteka-teki? Bagaimanakah seorang yang berfikir dalam perkataan. Menjelaskan sesuatu dalam perkataan. Berfalsafah dengan perkataan. Tetapi menjadi kehilangan kata-kata untuk meluahkan sesuatu dalam perkataan? Kompius mak, nyah!
.
.
Have you ever been in love
Been in love so bad
You'd do anything to make them understand
Have you ever had someone steal your heart away
You'd give anything to make them feel the same
Have you ever searched for the words to get you in their heart
But you don't know what to say
And you don't know where to start
.
.
Oh, lagu ni memang menyatakan segala-galanya yang aku rasai ketika itu. Ya, boleh dikatakan lagu ini secara tidak rasminya diangkat menjadi lagu tema perchentaan aku tatkala dilanda kemaruk chenta. Ah ah ah.
.
.
Have you ever found the one
You've dreamed of all of your life
You'd do just about anything to look into their eyes
Have you finally found the one you've given your heart to
Only to find that one won't give their heart to you
.
.
Ah, cukuplah. Tak sanggup aku teruskan penceritaan ini.

Miss Komunikasi – the kepochiness continues

Salah faham dalam komunikasi. Memang sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Ketidakselarasan dalam hal-hal yang melibatkan komunikasi akan mengganggu-gugat kestabilan paksi alam ini.

Bila kita diberikan tanggungjawab dalam skop atau lingkungan tertentu – please – hadkan diri dalam bulatan yang telah ditetapkan. Jangan masuk dalam bulatan orang lain. Dan menggugat ketenteraman hidup orang itu. Kacau bilau! Dijemput masuk dalam bulatan orang lain HANYA jika kehadiran anda membawa kebahagiaan sejagat. Kalau sekadar menambahkan lagi pemanasan global dan membawa kemusnahan di muka bumi – sila mundur dari bulatan ini. Pergi sana - duduk diam-diam dalam bulatan anda.

Aku paling tak paham bila orang yang mendakwa dirinya bahagian Management – campur tangan dalam hal ehwal Technical. Dan sesuka hati menetapkan submission deadline dengan pihak client – tanpa berbincang dengan aku terlebih dahulu. Yang mana, akan menunjukkan kebangangan dan betapa tidak efisyennya aku – di hadapan client – apabila aku tidak dapat memenuhi deadline tersebut – and I’m dead.

Alih-alih dah pukul 3 petang, tanya aku soklan yang tak masuk akal ni:

“Eh, Zufa how’s the drawing’s progress?”

“We’re supposed to submit the drawing by today. They need it for FAT”

Oh mannnnnn…

Dari pukul 830 pagi tadi kita mula kerja, dan kau pilih pukul 3 petang ni untuk bagitau aku hal ni?
Now, you tell me – should I kick that lady’s ass?

*Eceh. Asal nak memaki je, cakap omputeh la konon kan*

Urgent, urgent, urgent

Apabila semua kerja dilabelkan sebagai urgentapa yang patut anda lakukan? Terutamanya apabila anda cuma manusia biasa yang dijadikan dengan 2 tangan? Eh, kalau dijadikan manusia luar biasa dengan 8 tangan sekalipun, tapi yang ada cuma 1 komputer apa ke jadahnya kan? Haruslah ada 4 komputer jugak, tak gitu?

“Zufa, SN5818 project is urgent

“Oh Zufa, CKD2120 is super urgent

“You do SN5820 first. Forget the rest. This one is very very urgent

“Eh, have you done B3500? That one is double urgent wooo”

Aiyaaa kawan – apa ke hal semua URGENT kan? Lagi satu, antara SUPER urgent , VERY VERY urgent dan DOUBLE urgent – mana satu yang lebih urgent sebenarnya? Serius, mak kompius nyah!

Dulu, masa zaman sekolah saya selalu disogok dengan lampiran yang menunjukkan rajah 4 Tetingkap Utama. Rajah itu sangat popular. Setiap kali ada Kem Motivasi atau kem-kem lain yang diadakan supaya saya dilatih menjadi insan yang berguna kepada agama, nusa dan bangsa apabila besar kelak, wajib ada rajah 4 Tetingkap Utama itu.

Selepas 10-11 tahun berlalu, barulah saya paham sepaham-pahamnya kegunaan 4 Tetingkap Utama itu.

Kepada Mr C saya katakan,

“I just want to tell you that - personally, I think there’s no such thing as SUPER urgent, VERY VERY urgent or even DOUBLE TRIPLE urgent

“SN5820 is urgent and important. Therefore I’ll do it first”

“SN5818 is urgent but not important

“CKD2120 is important but not THAT urgent

“B3500 is not important and not THAT urgent compared to the rest”

“I suggest you give me some space to arrange my time accordingly. I assure you I’ll get it done on time”

Buleh gitu, Mr C?

Korang buleh pakai alasan ini jugak bila korang rasa dah tak tertahan lagi dengan tekanan sedemikian. Kasi pecah, beb. Jangan simpan toksik lama-lama. Bahaya!

Thursday, April 23, 2009

Niche

Emm, biasa dengar perkataan niche? Perkataan sinonim untuk niche yang saya rasa boleh diterima pakai ialah forte atau strong point. Dalam Bahasa Melayu, saya fikir kita boleh terjemahkan sebagai kepakaran, kekuatan, keutamaan…..emm, kelainan juga boleh dikatakan sesuai untuk menghuraikan tentang niche. Untuk definisi yang lebih tepat, boleh rujuk kamus. Saya errr…malas nak rujuk! Hehe.

Buku-buku dalam kategori bisnes banyak sekali menyentuh tentang niche. Jelaslah, niche memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan sama ada sesuatu perniagaan itu bakal berjaya atau sebaliknya. Contoh yang paling popular ialah perniagaan restoran. KFC ialah ayam goreng. McDonalds ialah burger. Haji Samuri ialah sate. Big Apple ialah donat. Secret Recipe ialah kek. Nama-nama ini begitu gah sehinggakan kebanyakan orang berpendapat untuk memecahkan monopoli mereka dalam bidang masing-masing adalah satu jalan yang sukar dan sama sekali mustahil.

Bagaimana dengan blog? Apakah yang membuatkan sesebuah blog itu begitu diingati dan sukar dihindari sama sekali? Dalam erti kata lain – tiba-tiba korang rasa begitu ketagihan untuk datang, datang dan datang lagi ke blog tersebut berkali-kali dalam sehari (?). Dan…..ternanti-nanti apakah yang bakal ditulis oleh pemilik blog tersebut?

Oh, saya rasa blog juga memerlukan niche!

Hihihi. Adakah saya patut membuat ulasan tentang blog-blog yang menjadikan saya ketagih itu? Harusss nyah! Akan saya tulis bila kelapangan nanti. *kenyit-kenyit mata*

Berbalik kepada blog dan niche. Senang cerita, beginilah. Ulasan peribadi saya secara ringkas ya:

Cik Fid ialah breastfeeding, Jepun, pasta carbonara.

Cik Yan ialah Keliwon, Merlin.

Ms Lola ialah Edward Cullen dan Spa Q beg tangan, beg tangan, beg tangan, kasut tumit tinggi, maskara.

Mrs Noba ialah Munaww, Resipi Anda Hari Ini.

KNV ialah IQ, perantis Fadzillah Kamsah, motivasi, great human capital can never be cheap, bagaimana menjadi wanita rebutan jejaka terhangat.

Kak Rizza ialah homeschool, keibubapaan, pizza rizza.

Umi Sufira ialah kek, Jepun.

Mynie ialah buku dan penyejuk jiwa.

Mommy Lyna ialah Supermommy to Superkids.

Oh….sangat banyak blog yang harus disenaraikan. Tapi cukuplah itu sebagai contoh.

Sekali lagi – itulah niche!

Saya rasa, saya juga patut ada niche. Jenuh saya memikiornya, tak jugak datang ilham apakah niche saya. Terlalu banyak yang saya suka. Tetapi deskripsi terlalu banyak yang saya suka itu semuanya secara umum, bukan secara terperinci. Dalam bahasa kasarnya, blog rojak! Perhaps, I am Jane-of-all-trades.

Kuang kuang kuang. Perasan!

Korang ada niche?

Wednesday, April 22, 2009

*keinsafan*

Terdapat 2 entry daripada 2 orang Blogger Paling Hangat Di Pasaran yang membuatkan saya begitu terkesima hari ini. Ya, terkesima. Terpana. Terkedu. Terpempan. Ternganga(?). Tersentap. Uh, apa lagi perkataan yang seangkatan dengannya, ya? Saya sudah kehabisan perbendaharaan kata untuk menggambarkan reaksi spontan saya sejurus membaca To Speak Or Not To Speak dan I’ve Got Carried Away.

Lantas saya pun menghabiskan masa kira-kira seminit dua berteleku menghadap skrin PC saya ini. Berteleku? Patutnya berteleku di kaki sejadah! Apa-apa je lah. Janji paham, sudah.

Entahlah. Terlalu banyak persoalan yang tiba-tiba menerjah otak saya dari segenap penjuru *err….otak tu kira berbentuk bulatlah, kan? mana ada penjuru?* lalu menyebabkan saraf-saraf saya bergerak dengan begitu ligat sekali. Bagus, saraf-saraf sekalian. Anggaplah ini satu senaman untuk melambatkan proses penuaan sel-sel otak, wokeh?

Saya tiba-tiba terfikir – nawaitu saya ketika membuat keputusan untuk terjun dalam gelombang blogosphere ini. Huh – adakah itu layak digelar nawaitu? Oh, tidak! Nawaitu adalah satu perkataan yang begitu suci lagi murni. Sedangkan sebab musabab awal saya untuk turut sama memeriahkan dunia blog ini adalah semata-mata untuk memaki hamun dan mencerca golongan yang tidak mampu dan tidak mungkin dapat saya lawan di dunia nyata. Keji, nyah!

Tetapi syukurlah, kerana Tuhan masih menyayangi saya dan menemukan saya dengan para blogger yang begitu mantop sekali. Alhamdulillah, terima kasih Tuhan. Niat keji saya itu tergendala di tengah jalan. Sungguhpun demikian, sekali-sekala saya berlaku keji juga lantaran iman saya yang senipis bawang, ditambah lagi angkara rasukan ablasa dan hasutan setan-setan durjana. Eh, sekali-sekala ke selalu sebenarnya? Ah ah ah. Tak mengapalah. Sekurang-kurangnya ada juga keinsafan yang terbit dari lubuk jiwa yang penuh noda ini.

Saya tertanya-tanya adakah sesiapa yang kebetulan melompat ke blog ini dapat mempelajari sesuatu yang berguna daripada penulisan saya? Kalau tak banyak, sikit pun jadilah. Errr….ilmu yang bermanfaat itu kan mendatangkan faedah sehingga ke kubur, tak gitu?

Oh, harap-harapnya ada jugalah yang boleh diambil pakai dari blog ini.

*insaf*

Aku suka buku, kau suka bola

....ah….oh….oh….oh…..

Eceh. Macam nyanyi lagu Indon pulak. Apa ek tajuk lagu tu? Aku anak singkong?

Memperkatakan tentang kesahihan pernyataan “the opposites attracts” – situasi aku dan diri-aku-yang-satu-lagi itu boleh dikatakan agak tepat jugalah. Apabila ayat “aku suka buku, kau suka bola” ditakrifkan sebagai ayat bercas positif, maka ayat “aku anti-bola, kau anti-buku” dapatlah diklasifikasikan sebagai ayat yang errr…errr…bercas negatif? Kahkahkah.

Dalam kes sedemikian, utamakanlah ayat-ayat bercas positif sahaja dalam hidup ini. Setuju?

Ketika kebanyakan orang berpendapat membaca itu adalah asas ilmu, aku boleh kata yang aku berkongsi pandangan yang sama. Membaca membolehkan kita menyerap ilmu. Tetapi ilmu tidak semestinya ditimba melalui pembacaan. Errkk, adakah ayat ini memeningkan? Takpe. Tak penting pun.

Mari berfikir lebih jauh. Adakah kecenderungan membaca akan membawa perubahan drastik dalam hidup ini? Oh, itu bergantung kepada jenis input yang dibaca. Dikatakan bahawa majoriti orang-orang biasa yang menjadi luar biasa, hidup bergelumang dengan buku. Azizi Ali, seorang jutawan hartanah dikatakan telah membaca sekurang-kurangnya 700 buah buku. Manakala Irfan Khairi, seorang jutawan internet dikatakan telah membaca paling minima 400 buah buku. Dan aku tiba-tiba menjadi insaf dan sedikit pesimis apabila membayangkan bilakah aku akan menjadi jutawan kalau bilangan buku yang telah aku baca hanyalah…..errrr…..iskkk, malu untuk mengakui bahawa aku sebenarnya tidak pernah menyentuh buku-buku yang berkaitan kewangan pun! Langsung tak pernah. Patutlah aku sengkek. Aku tiada ilmu mengurus wang.

Kita tengok pula kisah diri-aku-yang-satu-lagi itu. Oh, walaupun dirinya seakan-akan anti-buku – tetapi aku boleh katakan bahawa dia jauh lebih berjaya dalam hidup. Jika kami disuruh berdiri sebelah-menyebelah, nescaya aku kelihatan bangang walaupun aku lebih banyak membaca. Dan….walaupun dia tak pernah membaca buku kewangan – dia memiliki wang simpanan yang tidak berusik – malah sangat banyak yang diketahuinya tentang pengurusan duit! Aku cemburukan diri-aku-yang-satu-lagi itu. Hohoho!

Aku suka buku, kau suka bola.

Diri-aku-yang-satu-lagi telah mengatakan kepadaku bahawa David Beckham yang kaya-raya tu cuma sepak-sepak bola je untuk hidup senang-lenang. Sekolah pun setakat umur 11 tahun. Mana ada baca buku pun?

Uwaaaa…..haruskah aku menangis mendengar kenyataan itu?

Tuesday, April 21, 2009

Saya bukan pembaca buku fiksyen

Saya ingin membuat pengakuan ikhlas.

Saya ini tidak sebagaimana orang lain yang asyik masyuk dengan novel atau buku-buku kategori fiksyen.

Saya – yang perasan bahawa saya seorang yang bersikap realistik dan menerima dunia ini seadanya *kononnyalah* telah memberikan ruang yang istimewa kepada buku-buku kategori bukan fiksyen. Oh, saya boleh jadi meroyan dengan buku-buku sedemikian. Terlalu banyak yang ingin saya ketahui! Kalau anda berkesempatan ke rumah saya, dan melirik ke almari buku saya secara kasar – anda hanya akan menemukan banyak buku-buku “how to” dan buku-buku “self-help” atau dalam Bahasa Melayunya - pembangunan diri. Waa, mungkin anda akan melabel saya seorang yang serius dan membosankan selepas ini. Itu juga mungkin memberikan petanda betapa terdesaknya saya untuk melakukan anjakan paradigma ke atas keseluruhan hidup ini. Sadis je.

Pelik, kan? Entah kenapa, ya? Saya teringin juga nak melayan buku fiksyen sehingga jauh-jauh malam dan tenggelam bersama-sama Edward Cullen yang menjadi kegilaan ramai itu. Hmm, apakah perasaannya jatuh chenta dengan Edward Cullen? Adakah setanding dengan keunggulan episod perchentaan saya dengan Fahri AAC? Kahkahkah. Poyo di situ.

Kemaruk saya dengan Fahri – bermula dengan Mrs Noba. Sila salahkan Minah yang suka memasak itu. Mrs Noba telah membuatkan saya terjebak dalam kancah perchentaan Islamik yang membuai perasaan. Ah, tak percaya sudah. Saya telah tidur pada 330 pagi pada hari bekerja kerana Fahri. Sengal. Tapi tak mengapalah. Saya yakin perchentaan saya dengan Fahri telah membuahkan hasil. Ah, namanya pun Novel Pembangunan Jiwa. Hohoho!

Selain Fahri, errr….maksud saya, Ayat-ayat Cinta - tidak ada buku fiksyen yang benar-benar buat saya mabuk kepayang. Kalau ada pun, novel Biru Warna karya Awang Had Salleh. Eh Mynie kalau nak pinjam, bagitau ya. Akan saya poskan. Tetapi akan adakah ruang Biru Warna untuk Mynie? Sedangkan Mynie pun baru saja menerima 3 buah buku daripada KNV untuk dikhatamkan. Tidak dapat saya bayangkan minda Mynie yang sudah sendat dengan tajuk-tajuk buku yang mesti dibaca. Itu belum lagi konflik dalaman berhadapan dengan buku-buku yang seolah-olah melaung “Pick me, Mynie! Pick me!”. Kahkahkah. Memang mengundang pergolakan jiwa di situ.
Kalau Ayat-ayat Cinta dengan Fahri, Biru Warna dengan Ramli. Dua-dua pun membawa watak ala-ala pemuda Islamik. Fahri di Al-Azhar, Ramli di sekolah pondok. Fahri ada Aisya dan Maria, Ramli pula ada Maryam dan Swee Lan. Eh, eh - macam ada persamaan di situ. Adakah ini membawa alamat bahawa saya menyukai pemuda yang ala-ala berpendidikan agama? Disebabkan Mr Daddy pernah menuntut di UIA – kira aci lah tu. Kira Islamik la jugak, kot? Kahkahkah.

Selain Ayat-ayat Cinta dan Biru Warna - rasanya memang tidak ada novel lain yang tersangkut dalam kepala saya. Atau menusuk ke jiwa saya. Memang biasanya saya belek-belek – lepas tu letak balik. Tak menambat hati. Tak jatuh chenta pandang pertama. Isy, kalau tersangkut, tentu saya ingat judulnya!

Tetapi, untuk masa depan yang kurang pasti – saya rasa saya teringin nak baca buku fiksyen karya Faisal Tehrani. Ramai yang mengesyorkan buku-buku beliau kepada saya. Tunggu teduh dululah, ya. Saya sedang dihujani buku-buku lain yang masing-masing menunggu giliran. Hihihi.

Dengan ini, saya mengisytiharkan bahawa saya bukan pembaca buku fiksyen yang errr…errr…tegar.

Sekian terima kasih.

Maafkan bila ku tak sempurna....

Alkisah CY yang sedang hamil trimester pertama dan mengalami episod naik hantu menyedarkan aku bahawa kita semua manusia biasa. Oh, lupakan sajalah hasrat untuk menjadi Supermommy. Itu adalah satu hasrat yang suci lagi murni, memang tidak dinafikan. Tetapi ya – berbalik kepada hakikat asal – kita semua hanyalah manusia biasa. Walau sekuat mana kita berusaha – terimalah hakikat ini – tiada sesiapa pun yang sempurna.

Semua wanita ingin dilabel sebagai ibu yang penuh kesabaran. Ibu yang penuh pengertian. Ibu yang mengasihi tanpa syarat. Ibu yang serba boleh. Ibu yang bijak mengawal emosi serba-serbi. Pendek kata – senarai ini akan terus bertambah. Memang tiada noktahnya.

Tetapi, sekali lagi – apabila berhadapan dengan pelbagai situasi yang mendesak, adalah tidak adil untuk seorang wanita dikehendaki SENTIASA bermanis muka dan REDHA dengan segala-galanya pada SETIAP MASA.

Adakah seorang wanita yang telah menghabiskan di pejabat selama sekurang-kurangnya 9-10 jam sehari memerah otak dan berhempas-pulas berurusan dengan orang-orang paling sukar dikendalikan lalu pulang dan menyempurnakan tugasan di rumah dan menghadap karenah anak-anak yang kadangkala sukar dimengertikan – DAN – masih diharapkan supaya BERSABAR?

Sabar – meskipun satu sifat yang mulia – ada hadnya. Yang mana, apabila kesabaran itu sudah mencecah senggat MAKSIMA – akan mendatangkan IMPAK MAKSIMA. Powwwwww! Meletup! Kaboom! Fuh, memang boleh kasi pecah punyalah. Gua gerenti lu memang boleh pecah, beb.

Jadi, bersederhanalah.

Ya, ini memang sukar dilakukan. Kerana wanita umumnya, sangat mementingkan kesempurnaan. Ini juga menjelaskan mengapa wanita dikatakan lebih cerewet berbanding lelaki. Dan aku dengan senang hatinya mengaku bahawa aku pun sangat cerewet. Sikap cerewet itu telah menyebabkan aku kepenatan. Maka dalam beberapa hal yang aku boleh tutup sebelah mata – aku cuba tutup mata ajelah. Tutup mata bila rumah bersepah. Tutup mata bila lantai berhabuk padahal baru 2 hari lepas dah vakum. Tutup mata tengok baju menimbun. Ah, lantak kaulah labu. Pejam mata rapat-rapat. Anggap sajalah itu semua hanya ilusi optik semata-mata. Kahkahkah.

Aku tau, kalau aku ikutkan graf kesempurnaan yang aku tetapkan – yang menerima padahnya adalah aku sendiri. Dan aku memang tak suka bilamana aku bertukar rupa menjadi Supermonster. Sangat huduh. Sangat buruk. Sangat jelek. Sangat tak vogue. Aku percaya, orang lain pun tak suka juga bila aku menjelma sebagai Supermonster.

Sekali lagi, secara peribadi aku merasakan bahawa percubaan untuk menjadi Supermommy sama sekali tidak masuk akal, bahkan adalah kesilapan terbesar dan kesilapan yang paling kerap dilakukan oleh para ibu. Untuk para ibu yang masih optimis – silakan untuk terus optimis. Untuk aku – aku menyerah kalah.

Mak takde superpower nyah!

Sekitar PBAKL

Oh, saya masih dalam mood PBAKL. Kahkahkah. Rasanya saya akan bercakap tentang PBAKL sepanjang minggu ini, kot? Saya fikir, menjelang hujung minggu ini anda mungkin boleh muntah disogok dengan kisah-kisah buku. Kecuali untuk Mynie, mungkin? Yakah Mynie? Hahaha.

Mengenangkan pengalaman buruk saya ke PBAKL tahun lepas, saya telah melakukan persediaan yang rapi untuk PBAKL tahun ini. Buleh gitu? Oh, tahun lepas sangat melelahkan! Pertama kali ke PBAKL sambil mengendong Ziyad yang ketika itu berusia lebih kurang 4 bulan, saya ingatkan saya Supermommy yang boleh mengendalikan Superboy yang dijamin akan berkelakuan baik persis malaikat kecil. Ya, seperti yang anda semua jangkakan, saya telah bertukar 360 darjah daripada apa yang saya harap-harapkan. Supermommy telah menjadi Supermonster dan Superboy yang Superangel juga telah menjadi mini Dinosaur! Tobat mak, weh. Tidak akan kuulangi kesilapan itu! Tahun ini mesti lebih baik daripada tahun lepas, dan tahun depan mesti lebih baik daripada tahun ini.

Selama ini, saya ke PBAKL sambil bersantai-santai. Walaupun bersesak-sesak dengan orang ramai saya tetap tenang, relaks. Untuk menghabiskan SEPANJANG HARI di PBAKL pun tak mengapa. Apa yang ingin dikejarkan? Saya boleh membelek buku di rak satu-persatu dan bertenggek-bertunggu-bertangga di satu-satu booth berjam-jam lamanya. Tak kisah. Inilah syurga dunia yang kuidam-idamkan!

Setelah beranak satu – selamat tinggal syurgaku. Tempat-tempat sesak haruslah dijauhi demi menjaga keamanan sejagat. Tidak ada lagi istilah bersantai-santai. Semuanya harus dilakukan dengan cepat. Jadi, untuk PBAKL tahun ini, buat julung-julung kalinya saya telah membuat kajiselidik. Terhad untuk 2 booth sahaja. Saya catat dengan terperinci – nombor booth, lokasi booth – dan apakah buku-buku yang hendak dibeli – beserta dengan bajetnya sekali. Oh, saya turut menggalas beg sandang belakang untuk memikul buku-buku santapan jiwa dengan efisyen. Peratusan kebarangkalian untuk saya mengendong Ziyad yang seberat guni beras agak tinggi jika rekod tahun lepas dijadikan penanda aras. Manalah tahu, kalau-kalau Mr Daddy tidak mampu mententeramkan sesi penjelmaan Superangel kepada mini Dinosaur. Hohoho!

Pada hari yang ditetapkan – terus menuju matlamat booth pertama – borong, borong, borong – terus bayar.

Menuju matlamat booth kedua pula - borong, borong, borong – terus bayar.

Wow, pantas sekali, kan? Ya, sepantas wang yang meluncur deras dari poketku. Satu pertiga gaji bulan lepas telah selamat dilaburkan untuk kemajuan booth PTS dan TW. Tahniah kepada booth-booth yang terpilih ini. Saya ucapkan Selamat Maju Jaya dan Semoga Bisnes Berkembang Pesat kepada Bos Besar masing-masing iaitu Ainon Mohd dan Azizi Ali. Hohoho!

Nampaknya usaha-usaha saya untuk mengelakkan tragedi tahun lepas telah berjaya. Proses penjelmaan mini Dinosaur dapat dielakkan, berkat kesungguhan saya menjalankan kajian mendalam untuk mencegah kejadian-kejadian yang tidak diingini. Saya dengan bangganya mengatakan, PBAKL tahun ini sangat aman, damai dan sentosa. I love you, my son. Hohoho!

Kepada booth-booth lain – usahlah berkecil hati. Saya terpaksa menutup kedua-dua belah mata apabila melintasi booth-booth kalian tahun ini. Mungkin tahun depan saya akan menyenaraikan kalian dalam Booth Wajib Pergi. Oleh itu, berusahalah menerbitkan buku-buku yang mampu menambat selera saya, wokeh?

Bagaimana dengan anda? Sudahkah anda di-PTSkan? <-----ini tagline PTS sempena PBAKL.

Monday, April 20, 2009

Konsep ilmu

Ecewwah! Pagi-pagi Isnin sudah bercakap-cakap tentang ilmu. Sungguh produktif! Di saat orang lain sedang berperang dengan Monday Blues mood a.k.a Sindrom Hari Isnin yang longlai, saya tiba-tiba memulakan hari pertama bekerja dalam minggu ke-17 tahun ini dengan entry yang gilang-gemilang. *gilang-gemilang adalah satu pernyataan yang keterlaluan – tapi sila abaikan untuk mendapatkan mood yang selaras dengan mood penulis*

Ya, TIBA-TIBA adalah perkataan yang tepat apabila merujuk kepada hakikat bahawa Setiap Hari Isnin Adalah Hari Yang Tak Best KECUALI hari ini. Dan Isnin-isnin yang akan datang. Ya, bermula dari hari ini, setiap hari Isnin akan jadi penghulu hari bekerja yang sangat mengghairahkan. Hohoho – ayat keterlaluan lagi di situ. Fuh, memang Hukum Tarikan sedang berfungsi dalam kehidupan seharian. Dapat merasakan bahawa hari ini bakal menjadi Hari Isnin Yang Paling Best Dalam Hidup Saya. Poyo dikesan, poyo dikesan. Hihihi.

Marilah kita berborak-borak tentang konsep ilmu. Ini adalah kesan langsung daripada aktiviti meroyankan diri sendiri ke PBAKL atau nama panjangnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur. Emm….yang mana secara terang-terangan membuktikan bahawa keazaman untuk berpuasa daripada sebarang pembelian buku adalah hangat-hangat tahi ayam semata-mata dan telah menemui kegagalan. Terima kasih kepada Life’s Little Book Instruction yang telah memuatkan kata-kata hikmat ini – “Buy great books, even if you never read them”. Apakah kaitan?

Ilmu dan buku – ibarat lagu dan irama. *uh, P Ramlee pulak dah* Di zaman ledakan internet, di mana semua maklumat berada di hujung jari anda – dan percuma pulak tu! – saya merasakan buku masih relevan. Membaca maklumat dari skrin PC walaupun percuma masih terasa kekurangan feel berbanding dengan memegang buku sebenar dan membelek buku dari kulit ke kulit. Setuju?

Berbalik kepada konsep ilmu – ahhhh – betapa ajaibnya – semakin banyak ilmu yang ditimba – semakin banyak yang ingin saya ketahui. Dan semakin bodoh rasanya apabila tiba-tiba mengetahui bahawa terlalu banyak yang tidak diketahui. Erkkk….apakah jenis ayat ini? Sangat berbelit!

Konsep ilmu yang diterjemahkan secara membabi buta telah menghasilkan satu Penaakulan Mantik yang begitu logik oleh anak-anak bandel yang pintar dengan mengatakan bahawa “Kalau camtu, baik kita takyah baca buku, sebab semakin banyak kita membaca semakin banyak pula yang kita tak tau”. Uh, gagasan ini memang bijak sekali!

Namun demikian, gagasan bijak itu – walaupun kedengaran seolah-olah seperti satu falsafah yang datang daripada mulut seorang genius – tidak dapat saya hayati sepenuhnya. Sila salahkan semangat inkuiri yang menebal dalam setiap jiwa homosapiens. Sedangkan haiwan yang berotak tetapi tidak dikurniakan akal mempunyai naluri ingin tahu atas setiap sebab dan akibat inikan pula manusia yang diangkat sebagai makhluk ciptaanNya yang paling mulia.

Konsep ilmu dan tradisi keilmuan macam air mengalir – tidak ada putusnya! Kan?

Friday, April 17, 2009

Pertama kali kutatap wajahmu

Saya telah ditag oleh miz_eda. Tq babeh:) Saya terasa disayangi, gitu. Hihihi.
.
.
.
Letakkan gambar anak yg baru lahir. Gambar kalo boleh mestilah gambar yang masih dalam wad, maknanya gambar anak hari PERTAMA.
.
.
.
Inilah antara pose gaya lucy seksi yang terawal daripada anak saya.
.
.
.
~Fresh from the oven my tummy~
untuk foto-foto ngeri berdarah yang lain boleh klik klik klok di sini
.
.
.
Nama penuh : Muhammad Ziyad Fahad
Nama Panggilan : Ziyad
Jantina : Lelaki
Tarikh Lahir : 14 Disember 2007 @ minggu ke-38
Tempat Lahir : Hospital Pakar An-Nur
Berat Lahir : 2.8 kg
Cara Kelahiran : LSCS
.
.
.

Apakah harapan korang pada anak ini
Ah, harapan? Terlalu banyak harapan yang tak mampu Mama sebutkan satu-persatu. Muhammad bermaksud yang terpuji. Ziyad bermaksud kelebihan yang melimpah ruah. Fahad bermaksud harimau bintang. Semua harapan telah Mama ungkapkan sewaktu Mama menamakanmu, anakku.

Selaku anak lelaki sulung, semoga kau memiliki segala kelebihan harimau bintang. Yang berani, yang tangkas, yang pintar, yang pantas dan dalam masa yang sama boleh diharapkan untuk mengetuai dan menjadi contoh kepada bakal adik-adikmu nanti. Di bahumu, anakku Ziyad tergalas segala harapan-harapan yang kalau Mama sebutkan di sini – mungkin akan kau rasa seolah-olah terbeban jika kau ketahui. Maka sebaiknya Mama simpan saja harapan-harapan itu.

Ziyad, Ziyad, Ziyad – kelebihan, kelebihan, kelebihan. Kalau kata-kata seorang Ibu itu adalah doa, itulah doa Mama untukmu, Ziyad.
.
.
.

Dan korang nak anak ini jadi apa besar nanti... dan KENAPA..?

Apa juga cita-citamu, anakku – Mama takkan menghalang selagi tidak bertentangan dengan syarak. Kalau kau tidak dapat menjadi KLCC setinggi 88 tingkat yang menjadi kebanggaan seluruh warga Malaysia, jadilah Banglo setinggi 3 tingkat pun sudah memadai. Tetapi jadilah Banglo 3 tingkat kebanggaan Mama yang paling cantik dan mendamaikan di daerah ini, lengkap dengan kabinet pasang siap beserta pemandangan indah dari ruang tamu yang menghadap tasik dan boleh Mama kunjungi bila-bila Mama terasa rindu padamu. Pahamkah dikau maksud Mama ini, anakku?

Bisikkan pada Mama keinginanmu, akan Mama persiapkan segala kelengkapan yang diperlukan. Kasih sayang Mama, tiada hadnya. Segala yang terbaik dan termampu akan Mama berikan. Mama tidak mengharapkan Ziyad menggondol 20 A1 dalam SPM, tetapi berakhir sebagai macai pangkat tinggi yang menjadi kuli batak orang lain. Sudah-sudahlah Mama seorang menjadi macai pangkat rendah. Cukuplah Ziyad tahu tulis baca dan kira tetapi mampu menjadi seorang yang seimbang serba-serbi dan boleh berdikari dalam erti kata yang sebenar-benarnya. Menjadi bos adalah jauh lebih seronok berbanding menjadi macai, anakku. Berusahalah mencapai kebebasan kewangan. Jadikan dirimu sebagai kuasa penentu, bukan mangsa penentuan tangan orang lain.

Anggaplah dunia ini sebagai bilik darjahmu anakku – tempat di mana kau akan mempelajari segala ilmu untuk memperlengkapkan diri sebagai seorang insan. Seperti kata drwati, “Live this life for the afterlife”.
.
.
.
Seterusnya, saya ingin mengetag blogger ini:
MommyDania <-----dah pernah buat ke belum, nyah?

Thursday, April 16, 2009

Upah menyusukan anak

Maaf ya. Sakan bebenor saya dengan soklan-soklan cepumas arini. Hihihi.
Maafkan naluri ingin tahu yang membuak-buak ini ya. Perubahan hormon agaknya. *kepochi mode*
.
.
.
Saya tahu, ramai di antara anda yang menyusukan anak masing-masing.
.
.
.
Saya juga tahu, ramai di kalangan anda yang mengetahui bahawa ibu yang menyusukan anaknya berhak diberi upah oleh bapa kepada anak tersebut iaitu suami anda.
.
.
.
Soklan saya ialah,
.
.
.
a) Ada sesiapa yang menerima upah menyusukan anak daripada suami masing-masing? Sila angkat tangan.
.
.
.
b) Kalau anda tergolong dalam kategori ibu-ibu bertuah yang menerima upah, berapakah upah yang diberi kepada anda?
.
.
.
Kalau tidak keberatan, silalah berkongsi ya:)
Sekian, terima kasih.

Konsep wang dan suami isteri

Bagaimana anda membahagikan pendapatan suami-isteri untuk perbelanjaan isi rumah termasuklah pinjaman, sewa dan sebagainya?

Anda membuat pembahagian 50-50 kah?

Adakah anda mempraktikkan amalan duitmu duitku juga?

Atau adakah anda memegang konsep duit aku, duit aku. Duit ko, duit ko?

Atau adakah anda berpegang kepada ungkapan duit ko adalah duit aku tapi duit aku, TETAPPPPP duit aku.

Sekian terima kasih.

Jack of all trades

Para pensyarah jurusan Senibina di Fakulti Alam Bina, selalu menyatakan bahawa Arkitek adalah Jack of all trades. Dalam banyak-banyak pekerjaan di dunia – kalau anda mempunyai latar belakang atau pernah menerima pendidikan dalam bidang Senibina – anda dijamin takkan memegang status penanam anggur atau penganggur atau warganegara tidak berpendapatan. Itulah ungkapan paling seronok, paling digemari dan paling kerap diutarakan oleh pensyarah-pensyarah saya.
.
.
.
Jack of all trades, master of none
- describing a person with multiple skills, but no expert proficiency.
.
.
.
Salah seorang pensyarah yang paling saya sukai bernama Encik Abdul Razak – atau lebih mesra dipanggil Encik Jak. Di luar pintu biliknya tertulis “Jak-of-all-trades”. Poyo je.

Saya juga sukakan ungkapan tersebut. Dalam Profile blog ini, saya menggambarkan diri saya sebagai Jane-of-all-trades in the making. Lagilah poyo.

Saya rasa, para pensyarah saya menyatakan bahawa kami adalah Jack-of-all-trades kerana ketika dalam Tahun Satu kami diberikan tugasan yang pelbagai. Nama aje ambik Architecture – tapi antara tugasan-tugasan terawal yang dibuat tidak terhad kepada melukis secara manual a.k.a free hand sketches dan mewarna dengan pelbagai medium semata-mata. Banyak sekali pendedahan yang diterima.

Untuk tugasan The Sacred Garden, memangla saya jadi ala-ala seniman – terasa macam pelukis jalanan kat Central Market. Abstrak siot. Penghasilan yang mengagumkan – pada kacamata Bapak saya la. Bapak siap tayang kat ruang tamu rumah kitorang dengan bangganya. Tapi saya dah buang masterpiece pertama saya itu. Memalukan! Tak sanggup saya mendengarkan penjelasan Bapak kepada tetamu-tetamu di rumah berkenaan lakaran ala Picasso versi saya itu. Sudah-sudahlah, Bapak. Ah, kamu lukisan yang bangang – ke rumah sampah kuhumban kamu!

Untuk tugasan Sculpture, kami diberi sebatang kayu berukuran 1’ X 1’ sepanjang lebih kurang semeter dan dikehendaki menghasilkan satu hasil seni agung lagi gilang-gemilang daripadanya. Ya, mak benar-benar bertukang, nyah! Ha, masa tu lah saya jadik ala-ala Michaelangelo kan? Yes, peeps – saya siap bawak kayu tu tidur bersama demi mendapatkan ‘feel’ dan ilham. Begitulah petua yang dititipkan oleh pensyarah saya yang berotak geliga itu. Kahkahkah. Tak berkesan langsung petua tu. Kesian Ayin – mesti dia ingat roommate dia ni sewel.

Untuk tugasan Tapestry – saya menyulam segala-mala benang yang ada di dunia – dan tadaaaaa – itulah Tapestry paling hodoh pernah saya nampak di maya pada ini. Lantak kaulah labu. Dapat B+. Dengan teknik menenun yang entah hapa hapa tu – kira okeylah. Bak kata pensyarah saya, apa saja penghasilan jari-jemari yang dilakukan dengan seni dan perasaan – kaca pun boleh bertukar menjadi permata. Poyo. Itu memang dusta semata-mata!

Yang paling berkesan di hati saya – tugasan membuat khemah. Ohohoho. Ini memang betul-betul kerja gila. Kami diberikan kain kanvas 4 meter seorang. Kami dikehendaki mereka khemah masing-masing bermula dengan rough sketches – menjana lukisan terperinci – siap sedia dengan presentation on mounting board – mula mengukur dan menjahit - serta menghasilkan objek sebenar. Cabaran paling getir ialah menguji ketahanan khemah tersebut di Jason Bay. Ya, kami dikehendaki mengangkut khemah masing-masing dalam bas untuk ke ‘percutian’ 2 hari satu malam menghadap Laut China Selatan.
Petang tu, setibanya di Jason Bay – angin sangat kuat! Beberapa kali khemah saya runtuh. Terkial-kial saya pasang semula khemah saya berkali-kali. Rasa nak menangis, okey. Malam itu pula, kami bermalam dalam khemah buatan sendiri masing-masing dalam keadaan hujan lebat tak hengat donia punye! Ya Allah, mujur saya selamat – dan khemah tidak masuk air. Esoknya – selepas khemah saya berjuang dengan angin kuat dan hujan lebat – barulah para pensyarah datang untuk penilaian. Oh, khemahku masih berdiri teguh, walaupun designnya bangang nak mampos. Takpe, yang penting – functional & practical.

Itu baru cerita masa Tahun Satu. Cukuplah setakat itu saya bercerita mengenainya.

Adakah kami diberikan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugasan-tugasan tersebut? Tidak sama sekali. Pandai-pandai kaulah nak hidup.

Adakah latihan-latihan awal itu sudah memberikan saya serba-sedikit gambaran tentang Jack of all trades?

Adakah cabaran-cabaran itu telah menjadikan saya manusia yang berguna hari ini?

Entahlah.

Apa yang pasti, saya tak jadi Arkitek pun. Bahkan saya tak terlibat langsung dengan apa jua aktiviti yang melibatkan bangunan atau binaan.

Tapi ya, saya bukan penganggur – tentang yang ini, pensyarah saya memang tepat sekali.

Wednesday, April 15, 2009

Bos sentiasa betul!

Allow me to begin this post with thousand apologies. By this time, I think you might tag me as a workaholic. Kahkahkah. Tak habis-habis dengan topik kerja, kerja, kerja.

Berbalik kepada kisah-kisah di tempat kerja yang terdahulu – seperti biasa, setiap kali mengalami konflik dalaman sebegini, aku akan menjalankan bedah siasat dan muhasabah diri. Yes, I’ve been thinking about this matter seriously. A lot of thinking. Tentang hala tuju kerja ini.

Hai, perlumbaan tikus – sampai bila pun takkan habis. Tamat satu perlumbaan, akan ada lagi perlumbaan yang lain. Tidak akan ada penamatnya. Adakah ini yang dikatakan survival di tempat kerja?

At first, I thought - My Boss Is An Idiot. I mean, why a typical Chinese man like him would waste his money by hiring a new employee? Selepas episod demi episod berhadapan dengan pekerja-pekerja kelas C yang hampeh dan tidak membawa keuntungan melainkan mengabihkan bogheh – adalah sesuatu yang bangang untuk mengulangi tindakan yang sama – dan mengharapkan keputusan yang luar biasa. Lagi pulak, akhirnya yang tukang siapkan semua kerja tu akuuuuuu jugak. Orang lain punya berak, aku tukang cuci. Nyampah!

I think – My Boss Is Brilliant ONLY if he invests the money to the good, able and talented people around him. Double up the salary and you can expect a double speed result in return. The logic is simple. Furthermore, like KNV said, “Great human capital can never be cheap”. Oh, I love her line very much! Appropriate incentives can be strong motivating factors in many situations, no doubt.

Berhenti sejenak. Tiba-tiba aku tersedar kenapa aku terasa cuak dan berdebar tak tentu hala apabila Bos Kecik mengambil keputusan untuk mengadakan temuduga hari ini. Dan di kala aku sepatutnya menerima khabar ini sebagai berita gembira, sebaliknya aku rasa ini berita duka. Dan di saat aku sewajarnya ceria menyambut seorang rakan setugas, sebaliknya aku rasa tertekan dengan kedatangan seorang pesaing baru. Sangat tertekan.

Aku gagal melihat bahawa - Bos Kecik sebenarnya sedang merencanakan pembahagian tugas yang efektif. Betapa bagusnya apabila aku tidak dibebankan dengan tugas-tugas remeh ini. Dengan adanya seorang rakan setugas, aku boleh menumpukan perhatian kepada tugas-tugas lain yang lebih besar. Mempelajari sesuatu yang baru. Meningkat setapak lebih tinggi.

Selama ini aku sentiasa ingin memonopoli. Justeru, kehadiran orang baru aku anggap sebagai ‘mengambil hak’ aku yang sedia ada. Musuh dan seteru yang utama. Ya Allah, betapa bodohnya aku! Sebentar tadi, barulah aku terfikir - "untuk membolehkan kaki kanan melangkah naik setapak lebih tinggi, kaki kiri harus bersedia meninggalkan tapak terdahulu untuk melangkah ke tangga seterusnya". Bukan begitu? Untuk apa Bos Kecik membiarkan Pekerja Berdedikasi dan Berpotensi Besar ini terus terperosok di takuk lama, kan?

At work, there is only one rule – “The Boss is Always Right” or “The Boss is Never Wrong”.

I finally agree. *wink*

Tuesday, April 14, 2009

Perlumbaan baru akan bermula esok

Berita tergempar. Lagi?

Rentetan daripada kisah yang pernah aku coretkan di blog ini tempoh hari, akhirnya Mr N a.k.a Bos Kecik membuat keputusan untuk menjalankan sesi temuduga untuk jawatan macai pangkat rendah pada esok hari. Sekiranya calon pekerja itu berjaya, maka calon tersebut yang aku namakan sebagai Iz bakal menjadi rakan setugasku yang ke-4 dalam masa 2 tahun 7 bulan aku berada di sini.

Jauh di sudut hati, aku akui bahawa aku sangat gentar menanti hari esok. Setiap kali munculnya rakan setugas baru, aku akan jadi cuak tak tentu pasal. Terasa perlumbaan tikus ini menjadi begitu sengit. Dalam lingkup kerjaya ini yang didominasi oleh kaum lelaki, aku sebagai wanita yang memegang status “wanita berkahwin dan beranak satu” sedikit-sebanyak terasa aku perlu bersaing dengan penuh semangat. Bekerja dengan Cina, menuntut aku bertungkus-lumus untuk terus kekal di arena ini.

Persaingan. Ianya akan jadi sesuatu yang bagus apabila dalam persaingan ini, yang berjaya mengatasi rakan sepasukan itu adalah aku. Tetapi aku akan rasa depression yang teramat sangat apabila aku jatuh tempat kedua. Huh, korang boleh kata aku gila pangkat atau gila kerja atau over-acting. Whatever. Itulah aku.

Hakikatnya, walaupun hanya macai pangkat rendah, aku memang taksub untuk jadi yang terbaik. Aku suka dengan keadaan bila mana aku MC atau mengambil cuti tahunan, seluruh syarikat akan jadi kelam-kabut. Seolah-olahnya memang dunia ini akan kiamat kalau si macai pangkat rendah ini tiada di meja kerjanya. Korang patut lihat wajah-wajah yang kerisauan dan gundah-gulana bila mengetahui berita kehamilan aku hanya setelah 6 bulan aku disahkan mengandung dulu! Dan aku pernah ditawarkan gaji 2x ganda sekiranya aku sanggup datang semula ke pejabat sebulan lebih awal ketika cuti bersalin.

Selaku orang yang selalu ingin jadi yang terbaik, aku paling takut dengan keadaan apabila aku tidak lagi diperlukan. Memang mimpi ngeri wokeh! Keadaan di mana kalau aku ada pun tak mendatangkan hasil, kalau tak ada pun tak mendatangkan rugi. Fuh, itu sangat menakutkan.

Bermula esok, kredibiliti aku sekali lagi akan teruji dengan kedatangan orang baru ke syarikat ini. Sejauh mana sengitnya persaingan ini, semuanya akan ditentukan oleh kehebatan bakal rakan setugasku itu kelak. Ternyata, dalam kamus menjadi kuli batak Cina, zon selesa tidak wujud sama sekali!

Bermula esok juga, aku sudah menjangka kegiatan blogging dan bloghopping akan merudum seketika kerana perlumbaan di sini menuntut lebih perhatian dan fokus yang lebih daripada biasa. Kebelakangan ini, aku juga sudah tidak berkesempatan membalas komen kawan-kawan apatah lagi membuat kunjungan balas. Ya, persaingan ini tidak boleh dipandang enteng!

Apa yang pasti, aku akan bersaing secara sihat, tentunya.

Chaiyok, chaiyok!



Kepercayaan

Soal kepercayaan adalah sesuatu yang unik. Dan kompleks, mungkin. Sukar untuk menjelaskan tentang kepercayaan dalam bentuk kata-kata. Kepercayaan – menurut aku, lebih condong ke arah sesuatu yang berkaitan dengan intuisi. Sesuatu yang terasa di hati. Gerak hati. Naluri dan perasaan.

Pernahkah korang terjumpa dengan seorang asing untuk kali pertama, dan terus berborak sakan dengannya seolah-olah telah kenal begitu lama?

Pernahkah korang mengenali seseorang begitu lama, tetapi apabila bertemu – pada firasat korang, terasa seolah-olah begitu asing?

Sekali lagi, korang takkan bertemu dengan jawapan kepada soalan di atas bilamana otak kiri yang berfikir mengikut fakta dan logik cuba membuat kiraan congak dalam persoalan yang melibatkan kepercayaan. Soal kepercayaan, harus dibuat timbang tara dengan otak kanan, kerana otak kanan melibatkan intuisi. Bukan begitu? Entahlah, aku main bantai je ni. Aku tak ambil subjek Biologi. Dan aku tak pernah bedah katak. Jadi, aku tak tau. Kahkahkah. Relevan?

Soal kepercayaan, intuisi dan otak kanan mungkin dapat menjelaskan kenapa kebanyakan orang lebih selesa mencurahkan perasaan di blog atau di forum berbanding bercakap-cakap dengan orang di dunia nyata. Sekali pandang, terasa semacam ada ciri-ciri orang gila di situ. Tersenyum-senyum dan ketawa berdekah-dekah sambil menutup mulut di depan PC bila membaca tulisan orang yang lawak banget. Berkerut-kerut dahi dan menggigit bibir menahan geram bila membaca tulisan orang yang menyakitkan hati. Turut sama merasakan kesayuan bila membaca tulisan yang berbaur emosi. Tak ke gila namanya tu? Kahkahkah.

Yang menulis pun sama gila jugaklah kekdahnya. Yang kau pergi tulis untuk tatapan orang yang tak tau hujung pangkal tu apehal, kan? Sama-samalah gila. Kahkahkah.

Satu artikel di akhbar yang pernah aku baca dulu pernah membicarakan soal kepercayaan ini dengan panjang lebar. Menurut penulisnya, kepercayaan adalah sesuatu yang datang secara semulajadi. Apabila kita memberikan ruang untuk seseorang menjadi dirinya yang sebenar – tanpa prejudis atau kecenderungan untuk mengkritik – kepercayaan akan terbina. Asas kepercayaan yang kukuh akan membenarkan sifat-sifat positif lain bertapak di atasnya; kejujuran dan amanah serta sifat-sifat baik yang lain. Sedar atau tidak, setiap orang memerlukan kumpulan sokongan yang boleh dipercayai untuk meneruskan kelangsungan hidup di dunia ini.

Kalau orang kata sesiapa yang menulis permasalahan peribadi di blognya itu melampaui batas – sila fikirkan kembali. Orang itu mungkin sedang mendambakan kumpulan sokongan yang tidak diperolehi di dunia nyata. Memang sukar untuk memahami motif seseorang. Sedangkan di dunia nyata kita masih gagal menafsir bahasa tubuh seseorang, inikan pula dengan hanya membaca tulisannya di blog.

Tidak ada salahnya untuk memberikan sedikit ruang untuk orang lain bernafas, kan?
I Love to Talk About Ideas
I like my conversations to be deep and meaningful. I am not a big fan of small talk.
I am open to all sorts of conversation topics, especially if they are unique or interesting. I love it when a conversation takes me somewhere unexpected.

I will talk about anything, even if it's controversial or weird. I'm not shy about speaking my mind.
I may shock people with what I'm willing to talk about, but at least it's more interesting than discussing the weather.