Search This Blog

Loading...

Quotable Quotes



The best of people are those that bring most benefit to the rest of mankind

My Loyal Readers

Tuesday, March 31, 2009

Bertudung sebab takut botak?

Tertarik dengan entry Kak Non bertajuk headcover dan entry Cik Fid tentang berdakwah.
Sehingga umur saya mencecah 13 tahun, saya adalah seorang yang anti-tudung. Ini adalah pengakuan yang jujur dan ikhlas. Saya cuma memakai tudung ketika pergi mengaji Al-Quran setiap hari Isnin hingga Rabu bermula jam 8 malam hingga 9 malam dan untuk acara-acara rasmi sekolah yang mewajibkan murid-murid bertudung. Contohnya sambutan Maulidur Rasul. Selain daripada 2 perkara di atas – tak pernah terdetik langsung dalam sanubari untuk bertudung.

Pendek kata, sehingga ke Tahun 6 – saya masih memakai pakaian seragam pengawas yang berkemeja dengan skirt paras lutut. Saya berbaju kurung pada hari Isnin dan Jumaat sahaja.

Alasan pertama saya ialah – pakai kemeja dengan skirt lagi cun! Nampak rapi dan kemas. Bila memilih stoking, saya lebih suka stoking pendek – cukup takat buku lali saja. Tak mau yang panjang-panjang sampai boleh tarik takat bawah lutut. Peduli apa, betis aku bukannya ada kudis pun. Mari menayang betis putih gebu yang bebas daripada cela dan noda. Ah ah ah.

Alasan yang kedua – kebanyakan kawan-kawan lain yang bertudung teramatlah comot penampilannya. Dengan sambal nasi lemak selalu terpalit pada tudung putih. Dengan lencana sekolah yang bertampal senget pada tudung. Dengan rerambut yang tergedik-gedik keluar dari anak tudung. Dengan tudung yang tidak dikelepet elok-elok dan nampak penyet-penyet. Ada juga yang pakai stail tudung kulup. Oh, sangat tidak menawan! Dan tidak membangkitkan selera saya sehingga terpanggil untuk memakai tudung ke sekolah.

Alasan yang ketiga – semacam ada satu reputasi buruk yang dikaitkan dengan murid-murid yang bertudung. Selain comot, hampir kesemua murid-murid yang bertudung tidak menonjol. Baik dalam akademik mahupun ko-kurikulum. Tak cemerlang. Tak sukalah!

Alasan yang keempat – diorang pakai tudung sebab terpaksa. Bukan atas kerelaan sendiri. Sama ada kena paksa dengan ibu bapa ataupun tekanan daripada para ustaz dan ustazah di Sekolah Agama. Itulah yang saya paling tak suka - hipokrasi tahap satu. Kebanyakan kawan-kawan yang bertudung ke Sekolah Kebangsaan memang bersekolah petang di Sekolah Agama. Saya memang tidak ke Sekolah Agama, setakat pergi belajar mengaji Al-Quran di sebelah malam saja. Jadi, sukati sayalah.

Suatu hari, Ustaz A masuk ke kelas saya menggantikan guru yang mengambil cuti sakit. Tinggi lampai orangnya. Bila berjalan sedikit bongkok, dan nampak melayang-layang – memang kurus betul! Berkumis nipis dan botak ala-ala orang baru balik umrah. Ustaz-ustaz di sekolah saya semuanya tak pakai songkok kecuali Ustaz A ini.

Ustaz A baru saja sebulan mengajar di sekolah saya untuk latihan praktikal. Jadi apabila Ustaz praktikal baru masuk ke kelas, memang kecoh-kecoh la jadinya. Maklumlah, Ustaz baru wey! Tapi saya tidaklah teruja sepertimana kawan-kawan yang lain sebab Ustaz A tak sehensem mana. Ah ah ah.

Seperti biasa, bila Ustaz baru masuk – mesti ada sesi berkenalan gitu. Dijamin tak ada sesi belajar. Yes, I likeee! Lepas sesi berkenalan tamat, biasanya kita akan cerita-ceriti pasal latar belakang Ustaz la pulak kan. Mana aci, Ustaz dah berkenalan dengan kita, kita tak tau pasal Ustaz. “Tak ada apa-apa yang menarik pasal saya”. Pulak.

Untuk aktiviti seterusnya Ustaz A suruh semua murid perempuan yang tak bertudung bangun. "Beri sebab kenapa kamu tak pakai tudung". Hanya boleh duduk selepas giliran tunjuk sebab. Lenguh lutut menunggu! Perghh, masa ni mulalah murid-murid lelaki mula kecoh-kecoh. Kedengaranlah suara-suara sumbang yang mengutuk – "tu la, kenapa tak pakai tudung, kan Ustaz dah suruh berdiri tu". Cet!

Bila sampai giliran saya – Ustaz A tak bagi peluang untuk saya bercakap. Apa kes kan? Ketidakadilan sejagat di situ. Orang lain boleh cakap alasan masing-masing, kenapa saya tidak?

“Ha, awak. Saya tak mau dengar alasan awak. Semua alasan serupa je. Awak ni Ketua Murid kan?”

“Ya, saya”

Nama awak bukan main Islamik lagi. Tapi macam tak kena dengan awak. Nama awak tak sesuai langsung dengan awak. Baik awak pergi tukar nama lain la. Dahla jadi Ketua Murid, tunjuklah contoh sikit. Ini pakaian pun tak boleh nak diikut”

(apa hal Ustaz ni. nak kena belasah apa)

“Saya akan pakai tudung bila saya rasa saya nak pakai. Saya pakai tudung atau tak, takde kena mengena dengan sesiapa”

(masa ni kelas sunyi-sepi. oii, Zufa melawan cakap Ustaz? ini memang isu panas)

“Besok, saya nak awak pakai tudung. Saya tak mau terima alasan. Kalau awak taknak botak, baik pakai tudung. Yang lain-lain pun sama. Siapa tak pakai tudung besok, Tuhan jadikan dia botak baru tau”

(ah, lantak. nak botak, botaklah. aku peduli hapa)

Keesokan harinya SEMUA murid perempuan yang pada asalnya tidak bertudung – tiba-tiba hegeh nak pakai tudung. Kecuali saya – masih pakai uniform kemeja dengan skirt macam biasa. Memberontak. Nak tunjuk degil. Tak makan saman.

Seperti yang dijangka, Ustaz A datang menjenguk kelas kami. Nak tengok keberkesanan dakwahnya barangkali. Saya ingatkan tentu Ustaz A akan memalukan saya lagi. Saya bertekad dalam hati, “Kau malukan aku depan kawan-kawan sekelas, aku malukan kau habis-habisan kat Bilik Guru depan cikgu-cikgu”

Nasib baik, Ustaz A tak cakap apa-apa, cuma senyum-senyum saja. Sewaktu berpapasan dengan Ustaz A di kantin ketika waktu rehat, Ustaz menegur saya “Kalau awak pakai tudung, lagi cantik”. Apakah?!

Esoknya, sapa yang dah pakai tudung tadi – bukak tudung balik.
Mungkin sebab saya tak botak, kot?

Monday, March 30, 2009

Kita cuma ekor ikan saja......

Akhirnya, Perhimpunan Agung UMNO sudah selesai. Ketua sayap masing-masing sudah dipilih dan telah pun memulakan tugas. Saya boleh katakan yang kebanyakan calon yang telah memenangi jawatan masing-masing memenuhi citarasa saya, kecuali satu kejutan yang begitu mengejutkan itu. Cerita ini sudah basi. Tetapi saya ingin menyatakan pilihan saya:)

Untuk kedudukan Presiden – semua sudah maklum dengan Najib Tun Razak yang tidak ditandingi oleh sesiapa.
Untuk kedudukan nombor 2 iaitu Timbalan Presiden – Muhyiddin Yassin telah dipilih. Alhamdulillah. Saya sangat berpuas hati dengan pemilihan beliau.

Untuk Naib Presiden – pemilihan Hishamuddin Tun Hussein dan Zahid Hamidi sudah saya agak dari awal. Tetapi saya agak terkilan kerana Rais Yatim tidak tersenarai. Saya sukakan personaliti Rais Yatim. Setiap kali beliau memberikan pandangan, kata-katanya jelas dengan ayat-ayat tersusun kemas dan berisi.

Untuk ketua sayap Pemuda – ah, memang mengecewakan apabila yang mendapat undian tertinggi jatuh kepada Khairy Jamaludin. Saya lebih sukakan Mukhriz Mahathir. Saya menjangkakan beliau akan menang dengan bergaya. Tetapi ya, sudah suratan. Adalah sesuatu yang memeranjatkan juga apabila seorang calon yang telah terbukti bersalah dalam politik wang – masih memenangi undian terbanyak!

Untuk ketua sayap Wanita – saya agak berbelah-bagi dalam hal ini. Sebetulnya, kalau mengikut pelan peralihan kuasa, memang itu adalah hak Shahrizat Jalil. Tetapi oleh kerana pelan peralihan kuasa itu terganggu – maka Rafidah Aziz telah mengambil keputusan untuk bertanding dengan bakal penggantinya itu. Ya, para perwakilan telah menyatakan sokongan terhadap Shahrizat dengan kemenangan yang besar. Ah, mana-mana pun bolehlah. Tetapi saya rasa Rafidah Aziz masih bertaring. Mungkin perwakilan inginkan perubahan setelah sekian lama jawatan itu disandang oleh Rafidah Aziz.

Untuk saya yang bukan ahli politik dan bukan juga perwakilan, saya rasa saya ada sebab sendiri untuk lebih sukakan sesetengah pemimpin berbanding sesetengah pemimpin yang lain. Saya tidak ada kepentingan peribadi. Saya juga tidak perlu merisaukan projek-projek yang ada kaitan dengan pemimpin tertentu. Saya juga tidak mempunyai kabel untuk kesenangan mendapatkan jawatan tertentu hanya kerana saya ‘mengenali seseorang’. Sebagai rakyat biasa, saya memandang seseorang pemimpin berdasarkan imej yang bersih, bebas dari skandal dan rasuah – ini adalah saringan pertama. Saringan kedua – pemimpin mesti bijak, cekap dan serba mendahului.

Sepertimana yang ada disebutkan oleh salah seorang perwakilan: Pemimpin di atas ibarat kepala ikan. Kita yang di bawah ini ibarat ekor ikan, bakal menurut saja ke mana hala si kepala ikan. Maka apa saja kerosakan yang berlaku adalah berpunca daripada kepala ikan.

Eh, kalau kepala ikan sudah salah – matilah kita semua wey!

Cepat membaca

Seperkara yang sering saya lihat terutamanya ketika mengunjungi Pesta Buku ialah kecenderungan sesetengah pihak yang ingin mengambil kesempatan ke atas ibu bapa yang mempunyai anak kecil. Ayat-ayat penjual yang sering menggamit perhatian ibu bapa ialah “dijamin boleh membaca seawal 3 tahun!”. Sangat menyampah mendengar ayat itu. Kalau promoter produk cuba memancing saya dengan helah sebegini – maaf ya, anda sudah tersilap orang! Buang masa dan tenaga saja kalau anda ingin mendapatkan perhatian saya. Sila cari orang lain untuk ditipu, wokeh? Dan jangan buang masa dan tenaga saya juga. Saya sudah ada matlamat sendiri apabila datang ke Pesta Buku. *kenyit-kenyit mata*

Saya bukanlah anti-penjual produk begini. Cuma sesuatu yang saya rasakan hilang di sini ialah penghayatan dalam proses mengajar anak-anak membaca. Adakah membaca itu perlu dipaksa? Dengan mengikut modul atau produk tertentu? Pada hemat saya, minat dan kecenderungan untuk membaca itu perlu dipupuk terlebih dahulu. Bukannya matlamat untuk cepat membaca semata-mata.

Apa pun alasannya, setiap orang ada pandangan masing-masing. Tetapi bagi saya – proses membaca itu datang dengan sendirinya. Ibu dan Bapak saya TIDAK PERNAH mengajar saya membaca sebagaimana yang saya lakukan terhadap Ziyad. Pendek kata Ibu saya tidak pernah sekali pun duduk dengan saya dan melihat-lihat saya membaca! Tetapi Ibu sangat rajin membelikan saya buku-buku yang tidak kurang banyaknya, sesuai dengan peringkat usia saya. Sedikit demi sedikit koleksi buku saya ditambah. Saya juga dibelikan kerusi dan meja sendiri. Ada papan putih dan pen marker juga untuk menconteng. Dan kanak-kanak yang diberikan peluang dan pendedahan kepada buku serta elemen-elemen penggalak seperti ini sudah tentulah secara semulajadinya akan tertarik kepada buku. Pujian juga harus diberikan kepada Bapak, yang sangat rajin dan berlapang dada menjawab pertanyaan-pertanyaan saya ketika kecil. Bapak saya bolehlah digelar sebagai Homeschool Dad kalau mengikut istilah kini walaupun beliau tidaklah segiat dan seghairah saya mengajar Ziyad. Ah ah ah.

Sesuatu yang pasti – saya sudah mula membaca hanya dengan memerhatikan gelagat kedua ibu bapa saya yang suka membaca. Bapak saya – dahulunya mempunyai tabiat melanggan kesemua suratkhabar yang ada di pasaran untuk bacaan pada hari Ahad. Oh, jangan bayangkan lantai ruang tamu rumah saya pada pagi Ahad. Memang bersepah-sepah dengan suratkhabar! Nasib baiklah Bapak saya hanya faham Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Jika tidak, mungkin beliau akan membeli suratkhabar Cina dan Tamil juga. Pada zaman kecil saya dahulu, kami sekeluarga akan menghabiskan pagi Ahad kami dengan ‘menelaah’ suratkhabar-suratkhabar yang dibeli. Kadang-kadang berlarutan sampai ke petang! Oh ya, pada masa itu sudah tentulah saya belum benar-benar membaca. Saya cuma konon-konon ‘sibuk membaca’ macam orang lain jugalah adanya. Ah ah ah.

Bagaimana dengan anda? Adakah anda merupakan pengguna produk tertentu yang terkenal di pasaran? Grolier, contohnya? Atau ada produk-produk lain yang tidak saya ketahui?

Sudi-sudikanlah berkongsi. Mungkin saya akan mengubah persepsi saya selepas mendengar cerita anda:)

Friday, March 27, 2009

Bukan salah ibu mengandung

Sekarang kan musim Perhimpunan Agong UMNO. Maka selalulah terlihat logo ini di mana-mana. Dalam suratkhabar. Dalam televisyen pun logo ini kerapkali kita nampak - ini bagi yang mengikuti Persidangan UMNO yang disiarkan secara langsung mahupun rakaman setiap malam.
.
.
.
.
.
~ini logo UMNO~
.
.
.
.
.
~ini kalimah ALLAH dalam tulisan Arab dan Jawi~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Apa kaitan antara keduanya? Saya sendiri pun tak nampak sebarang perkaitan antara keduanya!
.
.
.
.
.
Untuk kita yang dah tua bangka ni, tak ada apa-apa yang menarik pun. Satu logo UMNO. Satu tulisan ALLAH. Itu sajalah. Tapi kedua-kedua perkara ini telah membuatkan mak hampir terloncat semalam wokeh!
.
.
.
.
.
Alkisahnya, mak tengah makan malam. Si Ziyad duduk depan televisyen sambil membalik-balik suratkhabar. Sambil makan mak jeling-jeling juga si Ziyad dan sempat menangkap biji butir mulutnya yang sibuk berceloteh, "Allah, Allah, Allah" sambil tunjuk-tunjuk kat suratkhabar tu. Mak kompius kejap. Mak pun gi tengok dekat-dekat. Alamak, dia tunjuk logo UMNO - dan sudah tersilap menganggap logo tu sama bentuk dengan kalimah Allah. Oh no, bukan salah ibu mengandung!!
.
.
.
.
.
.
Selaku ibu yang bertanggungjawab, mak telah menegur Ziyad,
"Itu UMNO. Bukan Allah la baby!"
.
.
.
.
.
Mak ulang lagi,
"Umno, Umno, Umno"
sambil tunjuk kat logo-logo tu.
.
.
.
.
.
Ziyad pun mulalah buat muka tak puas hati, sambil ulang kat mak,
"Allah, Allah, Allah"
sambil tunjuk kat logo-logo tu jugak.
.
.
.
.
.
Ah ah ah. Degil betul. Macam Mama dia jugak. Takmo kalah! Oh, mak rasa macam melihat diri sendiri masa tengok riak muka si Ziyad masa tu. Memang tak salah lagi, memang betul-betul anak aku dia ni!
.
.
.
.
.
Jadi mak telah masuk bilik, keluarkan flashcard Jawi dia. Mak tunjuk dan sebut,
"Allah"
.
.
.
.
.
Dan mak tunjuk kat suratkhabar yang penuh dengan logo UMNO tu pulak,
"Umno"
"Kan ada beza tu. Tak sama pun?"
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ah, Si Ziyad sengih-sengih.
"Heeee.....ta ta ta ta"
sambil tepuk-tepuk tangan. Serius tak paham - baby tepuk tangan sebab Mama pandai ke?
.
.
.
.
Mak rasa dah sampai masa mak perkenalkan silibus logo dan simbol dalam pembelajaran Ziyad ni, sepertimana yang pernah disyorkan oleh Kak Rizza. Ececewah, poyo je mak - berangan nak jadi macam Kak Rizza wooo! Untuk tulisan jawi dan abjad Arab, setakat ini mak dah perkenalkan Alif-Ba-Ta dan beberapa perkataan yang mudah-mudah dan selalu dilihat seperti kalimah Allah dan Muhammad. Sementara Ziyad tengah menunjukkan minat ni, mak rasa eloklah mak lencongkan minat itu ke arah perkara-perkara yang boleh dimanfaatkan. Macam mana Kak Rizza? Okey tak?
.
.
.
.
.
.
Reaksi mak selaku Mrs Mama kepada Ziyad - wah, mak sangat seronok dengan idea homeschool ini. Bukan saja untuk Ziyad, tetapi lebih kepada untuk diri mak sendiri. Kepuasan diri. Sangat menggembirakan hati!
.
.
.
.
.
Reaksi Mr Daddy pulak ialah,
"Okay, tahun depan baby bolehla bersiap sedia amik UPSR"
.
.
.
.
.
A P A K A H ? ? ! !
.
.
.
.
.
Mak tak tau nak klasifikasikan ayat Mr Daddy tu sebagai PUJIAN atau PERLIAN. Eeee....nyampah!
.
.
.
.
.
Adakah mak kelihatan POYO?

Thursday, March 26, 2009

Cabaran 15 bulan

Sedikit catatan tentang perjalanan penyusuan susu ibu. Pengalaman setakat ini – 15 bulan. Yeay! Tepukan untuk diri sendiri. Bersyukur yang teramat . Tetapi, 15 bulan pengalaman bukanlah apa-apa nak dibandingkan dengan pengalaman ibu-ibu lain. Kan Cik Fid, kan?

Untuk ibu-ibu yang gigih menyusukan anak-anak sekalian – kami juga akan menerima Ijazah Penyusuan dalam masa 9 bulan lagi. Ah ah ah. Jauh lagi perjalanan. Sama-sama kita ke garisan penamat! Selepas itu, saya akan menyahut cabaran gandingan Cik Fid dan anaknya Cik Gedebi yang sudah 3 tahun bergantungan bersama. *Ziyad angguk-angguk tanda setuju*.
Errr, Ziyad belum nak jadi abang lagi, kan? *Ziyad kan baby!* Marilah kita sama-sama menjadi pasangan beregu campuran untuk melayakkan diri ke peringkat akhir. Ke bintang!

Kepada anakku Ziyad – teruskan menjadi reverse-cycler. Walaupun Mama terasa begitu lunyai dan melepet persis tayar pancit dari jam 6.45 petang hingga 8.00 pagi setiap hari Isnin hingga Jumaat, sejujurnya Mama rela, daripada terpaksa bertungkus-lumus mencukupkan stok. Atau mentensenkan diri bila bekalan merudum. Cukup-cukuplah Mama tensen dengan perkara-perkara lain di dunia ini di samping kepenatan melayan ke’shallow’an manusia-manusia yang berkeliaran di mana-mana.

Di kala hujung minggu – Mama adalah milik baby sepenuhnya – kilang susu beroperasi 24 jam tanpa henti. Berpeluklah baby di bawah ketiak Mama semau-maunya. Bergantunganlah selagi baby masih belum jemu. Daripada gaya berbaring, gaya berdiri, gaya bertelangkup, gaya kambeng men3t3k, gaya mengganyang – Mama sambut dengan senyum, ketawa dan kadang-kadang Mama juga naik baran! Tapi tak mengapa – Mama akan cuba bersabar.

Mama juga sangat bangga dengan keprihatinan dan kepekaan baby kerana walaupun sudah mempunyai 8 batang gigi dan lagi 4 batang yang bakal menyusul – baby hanya sekali sahaja tergeget toot toot Mama. Itupun sebab terlelap lalu TERgeget. Oh baby, baby ni mempunyai kemahiran mengawal gigi yang cukup mantop. Efisyen! *tepuk-tepuk tangan* Mama berharap teknik kawalan kaki dan imbangan badan baby sewaktu berjalan juga dapat diperbaiki setaraf dengan ketangkasan baby mengawal gigi itu. Berusahalah anakku!

Saat-saat 2 tahun yang mendatang ini – apalah sangat berbanding hayat baby yang bakal menjalani kehidupan ini selama 70-80 tahun lagi jika diizinkan Tuhan. Sepanjang 15 bulan ini – apa jua yang terbina dalam tubuh baby – kehensemanmu, kelentikan bulu matamu, kegebuan mahupun kekurusan tubuhmu – segalanya berasal daripada setiap titik susu Mama. Ah ah ah. Boleh tahan juga hasil susu Mama ni, kan?

Suatu hari nanti, Mama pasti akan merindui saat-saat menyusukan baby. *sob sob sob*

I love u, my son!

Istafti qalbuka

Tika ini hati saya sedang meronta-ronta. Baru separuh jalan membaca Quranic Law Of Attraction. Baru mula membaca malam semalam. Teruja dengan Ms Lola yang terus melompat ke halaman 95 buku New Moon - saya juga membaca dengan kederasan optima untuk buku ini. Terima kasih atas cetakan edisi Bahasa Melayu ini. Saya membaca 4 kali ganda lebih cepat berbanding membaca dalam buku berbahasa Inggeris. Saya berkira-kira menjelang esok saya pasti akan mengkhatamkan naskah ini. Wajib!

Seperkara yang saya rasakan paling menarik mengenai buku ini ialah – penulisnya banyak sekali memetik tulisan-tulisan daripada The Secret dan Law Of Attraction. Kedua-dua buku tersebut sudah saya intai lama, tapi saya tidak berani membelinya kerana terlalu banyak buku yang sudah dibeli namun belum disentuh lagi. Mynie pasti faham perasaan saya. Ah, tertekan sungguh dibuatnya. Buku ini ternyata mengubat kempunan terhadap kedua-dua buku tersebut – sekurang-kurangnya buat seketika.

Saya tidak pernah membuat ulasan buku dalam blog. Tidak pernah! Pertamanya kerana saya takut menjadi ‘spoiler’ – terus membuka rahsia buku hingga ke kulit terakhir. Ah ah ah. Ini akan membantutkan keghairahan pencinta buku, semestinya. Yang keduanya – saya tidak bagus dalam memberikan ulasan – saya tidak pandai mengulas dalam ayat yang pendek-pendek. Ulasan saya barangkali akan tampil berjela. Itu pasti menjemukan.
Tapi kali ini, berbeza. Oh, saya ingin kongsikan satu perkara saja *sambil menahan diri daripada bercerita lebih lanjut*. Saya sudah menemukan patah doa baru untuk diamalkan hari ini. Terasa terus menusuk di lubuk jiwa saya. Mungkin anda juga boleh memanfaatkan doa ini.

“Ya Allah, berikanlah aku petunjuk. Apakah sebenarnya keinginan yang ada dalam hatiku ini. Bukakanlah pintu hatiku ini, ya Tuhan”

“Ya Tuhan, apa sebenarnya yang Engkau inginkan dalam kehidupanku ini. Berilah aku petunjukMu”

Istafti qalbuka. Berdialoglah dengan diri anda. Kenalilah keinginan-keinginan yang tersembunyi.

Wednesday, March 25, 2009

I can drive!

Dulu, saya pernah berikrar dalam hati - kalau ada sesiapa yang bertanyakan kepada saya soalan ini:
.
.
.
.
.
"Eh, anak ko dah setahun lebih, tak jalan lagi ke?"
.
.
.
.
.
Ya, memang soklan yang membuatkan mak tensen. Maka mak akan jawab:
.
.
.
.
.
"Anak aku belum jalan lagi. Dia baru drive jer"
.
.
.
.
.
Ah ah ah. Memang dasar anak kepada mak minah rempit katanya, kan?
.
.
.
.
.

~yes Aunty-Aunty kepochi sekalian, I can drive!~
.
.
.
.
.
Nasib baik, at 15th months - Ziyad AKHIRNYA telah berjalan. Ya, telah memecah rekod mak yang berjalan pada umur 13 bulan. Dan memecah rekod Cik Gedebi yang berjalan pada umur 14bulan. Oh, oh, oh, Adib pun mula berjalan pada umur 14 bulan. Vavava!
.
.
.
.
.
I'm proud of you, my son! *sob sob sob*


Wajah-wajah kempunan

Untuk mengubat kesedihan - mak tempek jugalah gambar versi kempunan sempena kunjungan kami bertiga ke Hot Air Balloon Fiesta di Putrajaya. Oleh sebab kepenatan - KOSER mak nak tunggu sampai 530 petang tengok belon panas, kan? Lepas tu....MENYESALnya tak tunggu!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~ini muka budak yang teruja banget tengok helikopter remote control~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~ini pulak muka budak yang kempunan - tunggu-tunggu-belon-panas-tak-sampai~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
NEXT TIME, kalau ada lagi kita tunggu ya?

Jalan yang tidak dipilih

Mari berbicara tentang kerja. Kerja lagi? Yes, babeh. Kerja. Dan tentang hidup, mungkin?

Korang pernah kerja macam-macam tak? Maksud aku kerja yang takde kaitan dengan kelulusan akademik korang? Ala, macam kerja sampingan gitu. Pernah?

Aku rasa kalau tak banyak, mesti ada sekurang-kurangnya satu kerja yang pernah korang buat. Contohnya, macam kerja kat Mc Donalds lepas SPM. Atau kat 7-Eleven. Atau jadi promoter kat Watson. Atau jadi cashier kat Giant. Ada tak?

Percaya atau tidak – Mr Daddy tak pernah ada kerja-kerja ala buruh a.k.a macai pangkat rendah. Langsung tak pernah! Masa praktikal pun, bukannya Mr Daddy menyingsing lengan kat kilang-kilang kicap taraf Balakong - tapi kilang ternama taraf multinasional. Aduh. Empuknya hidup. Lepas tamat pengajian, bergelar graduan – tup tap tup tap terus jadi Engineer - pun kilang multinasional juga. Bertukar angin dengan kerja kedua – juga kilang multinasional. Hebat tak hebat la kan jodoh aku tu. Jalan Mr Daddy lurus selurusnya. Terus ke puncak. Yes, he is my BETTER half - no doubt!

Nak dibandingkan dia dengan aku – bagai langit dengan bumi.

Walaupun belajar di sekolah menengah rendah yang sama – jalan yang kita lalui ternyata terlalu berbeda. Dididik oleh guru yang sama, bahkan pernah sekelas masa Tingkatan 1 dan Tingkatan 3 – tetap tak sama!

Kadang-kadang aku rasa aku telah tersilap langkah dalam percaturan hidup ini. Kadang-kadang dalam aku hanyut dalam perlumbaan hidup yang tiada penghujungnya ini, aku sempat berhenti di persimpangan – menoleh ke belakang – dan berkata – patutkah aku berpatah balik?

Tetapi untuk berpatah balik dan bermula dari titik pertama akan memakan masa. Perihal masa – bak kata Robin Sharma dalam The Monk Who Sold His Ferrari adalah komoditi yang tidak dapat diperbaharui. Yang dah lepas, memang melepaslah. Tidak ada apa yang boleh kau buat dengan masa yang telah berlalu. Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. Adakah aku juga tergolong dalam kelompak yang tidak beruntung?

Untuk aku terus melangkah maju dan percaya diri bahawa ini adalah jalan yang betul sememangnya menuntut keberanian. Kadang-kadang aku rasa aku bukanlah berani – melainkan buat-buat berani sajalah adanya. Ah ah ah. Tapi tak apa. Redah jer!

Kadang-kadang ini bukannya soal jalan itu jalan yang betul atau jalan yang salah. Tetapi cara aku mengendalikan jalan yang aku pilih. Aku teringatkan zaman aku jadi pengguna tren yang setia. Saban hari aku turun naik LRT, turun naik ERL. Dan puisi ini, yang aku catat sambil berdiri dalam kesesakan tren adalah azimat yang aku pegang kemas. Hingga kini. Nostalgia, tak?
.
.
.
.
.
.
.
The Road Not Taken ~ Robert Frost (1915) ~
.
.
Two roads diverged in a yellow wood,
And sorry I could not travel both
And be one traveler, long I stood
And looked down one as far as I could
To where it bent in the undergrowth.
.
.
Then took the other, as just as fair,
And having perhaps the better claim,
Because it was grassy and wanted wear;
Though as for that the passing there
Had worn them really about the same.
.
.
And both that morning equally lay
In leaves no step had trodden black.
Oh, I kept the first for another day!
Yet knowing how way leads on to way,I doubted if I should ever come back.
.
.
I shall be telling this with a sigh
Somewhere ages and ages hence: Two roads diverged in a wood,
and I--I took the one less traveled by,
And that has made all the difference.
.
.

Ya, aku rasa puisi ini masih relevan untuk digunapakai dalam hidup aku. Ditulis pada tahun 1915 dan sekarang sudah 2009. Ternyata masih relevan!

Tuesday, March 24, 2009

Transformasi

Untuk pertama kalinya dalam sejarah, aku rasa teruja untuk mencetuskan komentar tentang Transformasi di AF7. Ini sudah masuk 2 minggu berturut-turut aku tengok Konsert AF7. Setakat ini, tidaklah mengecewakan sangat seperti yang sudah-sudah. Masih berjaya menggamit minat aku dan Ziyad. Selain Sehati Berdansa – aku rasa Konsert AF adalah platform yang bagus untuk aku dan Ziyad buat acara Sehati Melalak. Kan Ziyad kan? *Ziyad angguk-angguk tanda setuju* Ah ah ah.

Pertama sekali aku nak ucapkan tahniah kepada AF7 yang telah menerima pimpinan daripada Principal Tiara. Aku rasa pemilihan Pengetua kali ini sangat bertepatan. Kalau nak buat transformasi, harus dimulai dengan Pemimpin teratas. Salah pilih Ketua – alamatnya yang jadi Pengikut memang ke laut la gamaknya. Jadi jangan salahkan perwakilan tertidur waktu persidangan kalau ketua segala ketua pun ikut lalok sama. Relevan? Opsss….aku tak makan cili. Tak pedas pun? Ah ah ah.

Berbalik kepada AF7. Masa mula-mula Tiara bagi ucaptama – wah siap ada slide show bagai. Hebat, beb - bagi aku la. Biasanya yang pakai slide ni orang korporat je. Orang seni aku rasa tak pakai. Eh, Bos Besar aku pun tak pernahnya pakai slide ni. Takat bagi hands-on approach je. Jadi masa tengok Diari AF tu – bab Tiara bagi input tentang halatuju beliau kepada pelajar-pelajar Akademi – aku agak berdebar-debar gitu. Yeah, akan benar-benar berlaku Transformasikah nanti?

Aku kurang tahu asal-usul Tiara. Yang aku tahu Tiara dulu bekas isteri arwah Hani Mohsin yang kini jadi isteri Menteri. Sebelum Puteri Gunung Ledang yang meletup-letup, aku rasa Tiara hanyalah pelakon biasa. Itupun aku rasa dia berlakon drama terbitan syarikat dia saja – Ten On Ten Pictures kalau tak salah. Eh, kalau silap tolong betulkan ya? Lakonan Tiara sebenarnya ada potensi, cuma tidaklah sampai dicanangkan sebagai Primadona filem Melayu sebagaimana yang dilabelkan kepada Erra Fazira. Pada pendapat aku, Tiara berbakat – tetapi tidak popular. Aku juga tak pernah dengar dia menyanyi dan menari – kecuali dalam Asmaradana. Aku rasa Tiara cukup berani. Dalam Puteri Gunung Ledang memang dia kaut semua. Dia buat, dia berlakon, dia menari, dia menyanyi. Sendiri bikin. Sendiri suka hati mau buat apa. Ciri-ciri ini aku rasa cukup bagus untuk diteladani dalam hidup aku.

Aku sedang tertunggu-tunggu Konsert yang seterusnya. Saja, nak tengok penangan Tiara dalam Transformasi. Ada impak maksima ke tak, ya?

Selamat Ulangtahun Cik Yan

Lagu ini saya dedikasikan kepada Cik Yan, adik-beradik sepusat sepusing saya yang menyambut ulangtahun kelahiran ke-31 hari ini. Semoga Cik Yan dipanjangkan umur, diluaskan rezeki,dikurniakan kesihatan yang baik. Diberikan RM yang melimpah-ruah. Semoga tercapai segala cita-cita. Semoga dikurniakan anak perempuan juga. *kenyit-kenyit mata*

Kaki bola vs kaki bangku buku

Sebagaimana yang aku sendiri sedia maklumaku memang akan meroyan kalau pergi Jualan Gudang Buku. Jadi, untuk mengekalkan keharmonian sejagat aku telah berjaya menahan diri dari tergedik-gedik menyesakkan tempat-tempat kejadian Perang Buku minggu lepas. Ya, aku mengisytharkan diri aku sebagai umat yang berpuasa dari sebarang Jualan Buku. Uisyy, meleleh air liur kalau tengok sepanduk elektronik tu! Nasib baik aku tak pergi. Selamat duit aku barang seratus-dua. Sila berikan tepukan! Ini sememangnya satu kejayaan peribadi. Ah ah ah.

Aku rasa, ada hikmah di sebalik Tuhan menjodohkan aku dengan seorang yang kaki bola yang bukannya kaki buku. Kalau dua-dua kaki buku – haruslah aku kena pening berfikir kedai mana yang ada rak buku built-in paling murah. Yes, rak buku paling kuat – tapi paling murah. Ada tak? Jangan harap! Dulu aku suka rekabentuk dari Ikea. Kemas dan praktikal. Tapi aku pernah terbaca rak buku Ikea tu tak tahan lama. Cepat melendut. Ya kah?

Untuk mengelakkan kerumitan rumahtangga – maka bertemu jodohlah seorang kaki bola dengan seorang yang kaki bangku buku. Sempurna. Memang kesudahan yang baik.

Dulu aku rasa kehilangan juga. Yalah, tak bertemu jodoh dengan yang sama-sama ulat buku. Aku pernah membayangkan duduk berdua-duaan dengan yang tersayang di tepi tasik. Sambil mengulit buku masing-masing. Romantik duh! Lepas berkahwin – ah impian tinggal impian. Mimpi la nak duduk rehat-rehat. Nak makan kat restoran pun kena ambik syif. Bergilir-gilir. Eh, apa kau ingat Putera Mahkota Ziyad tu mau duduk diam-diam atas kerusi bayi? Lagipun apa kes Mr Daddy nak duduk tepi tasik sambil baca buku? Baik dia pergi stadium tengok bola. Ah ah ah. Sadis.

Aku juga rasa kekosongan bila menonong seorang diri di celah-celah rak buku. Rasa macam duduk dalam satu ruang vakum. Hanya aku dan buku. Tiada orang lain. Cuma bila dah berkeluarga ni, aku rasa alangkah seronoknya kalau kita meroyan secara berjemaah – tak gitu? Tak mengapalah, sedikit masa lagi akan aku transformasikan si Putera Mahkota Ziyad itu menjadi ulat buku. Harap-harap aku berjaya, sementelah sekarang ni Ziyad memang kerjanya ‘baca’ buku Goodnight Moon tiap-tiap malam. Tak tengok buku lain takpe, tapi kalau tak tengok Goodnight Moon - takmo tido.

Dalam pada dia menunjukkan minat terhadap buku – dia juga ralit dengan bola. Contohnya bila aku tunjuk kad imbas bertulis BALL – dia akan terus tunjuk pada bola. Dan setiap kali nampak benda berbentuk bulat – dia akan jerit ‘bo’ (bola). Bila pergi Jusco dan nampak belon diikat ke siling – dia akan jerit ‘bo’ tak henti-henti. Tengok simbol Yahoo Messenger yang bulat tu – ah, itupun ‘bo’ juga! Isy….ngeri aku!

Adakah anak aku akan mengikut jejak langkah Mr Daddy – meroyan tengok bola sampai ke stadium?!

Ah, aku dah terbayang dua beranak tu saling bertepuk sorak tengok ESPN pada hari-hari yang mendatang. Dan aku - terlepas cerita-cerita best kat Hallmark!

Emm, menakutkan!

Aku rasa aku patut buangkan kad imbas BALL dari senarai. Atau bakar saja. Macam pemerintah China bakar buku Confucius.

Psiko betul aku ni.

Dalam satu perkembangan baru yang berkaitan – ya, Mr Daddy juga dengar khabar sedang berjinak-jinak dengan buku. Aku pun terhairan-hairan. Ini memang pelik bin ajaib. Bukan penyakit kaki tangan dan mulut saja yang boleh berjangkit – penyakit kaki buku juga boleh menular daripada isteri kepada suami rupanya.

Huh. Aku mati-mati optimis boleh merubah seorang kaki bola kepada kaki buku.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
F A C E B O O K.
.
.
.
.
Buku juga, kan?


Kerja, kerja, kerja

Ah, sudah lama kutinggalkan blog ini - ada dalam 3 hari lebih kurang. 2 hari di rumah – memang tak ada peluang untuk menghadap kotak skrin. Semalam hari Isnin – juga tiada ruang untuk menyelitkan sepatah dua kata. Rindu pula. Rasa kehilangan. Hari ini – tidak dapat tidak mesti menulis juga!

Kali ini mau bercerita tentang hal-hal di pejabat. Topik yang menyampah. Kadang-kadang, meluat pun ada. Korang suka kerja korang?

Aku suka kerja aku. Aku rasa penting untuk kita semua suka apa yang kita lakukan. Hey, aku habiskan masa sekurang-kurangnya 5 hari seminggu, bermula jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang. Kalau tak suka – lebih baik berhenti. Adalah sangat bodoh menjerumuskan diri dalam kurungan yang membosankan seumur hidup.

Dalam pada keghairahan bekerja tu – macam biasa – adalah juga bab-bab yang aku tak berapa suka. Berurusan dengan ‘benda’ tak ada hal. Benda kecil. Agak-agak komputer aku sewel tiada kesudahan, aku tekan saja punat ‘restart’. Agak-agak mesin pencetak mula ngenggg – aku keluarkan katrijnya, ketuk-ketuk sikit – masukkan semula – nah, selesai – mencetak bagaikan juara! Agak-agak plotter tu bengong semacam – aku tutup bukak suis – tendang kaki dia barang sekali dua – yes babeh – mau je dia ‘makan’ kertas A1 tu.

Kelemahan aku ialah berurusan dengan orang. Acapkali aku bingung. Nak cakap Bahasa Sanskrit – aku pulak tak tau. Kalau aku dah kata aku akan bagi esok – tunggulah esok. Mintak hari ni apa kes? Kalau boleh mintak bila-bila masa secukup rasa – baik tak payah berunding tetapkan tarikh akhir. Oh ya, untuk mengatasi masalah ini – aku siap cetak senarai kerja – tarikh mula, tarikh hantar – segala-galanya – dan aku tampal pada dinding CPU. Senarai ini aku perbaharui setiap hari. Ya, setiap hari! Sesetengah orang boleh faham bahasa hitam putih sebegini. Bagus, sebab aku malas menerangkan konsep 4W 1H tu (What, When, Where, Why & How). Tapi, manusia ini memang dijadikan Tuhan pelbagai ragam dan karenahnya. Maka jangan sekali-kali mencarut kalau ada sesetengah manusia ini yang memang cetek akal. Tak paham-paham juga. Kesian, kan? Aku bersimpati.

Hmmm, aku perlu kembali ke ruang lingkup kerja sekarang. Nanti aku datang sini lagi. Daaaa……

Friday, March 20, 2009

Asal usul blog saya

Saya telah ditag oleh Umi Sufira, yang telah dilabel sebagai pengetag tegar Cik Yan. Saya juga akan memasyhurkan beliau sebagai Pengetag Tegar Diraja saya secara rasmi hari ini, berkuatkuasa serta-merta. Walaupun beliau lebih sukakan orang yang kelakar berbanding orang yang serius – tetapi saya enggan memenuhi kehendak beliau itu. Ah ah ah. Jam ini saya mahu jadi orang yang serius. *sila putar ke mode serius*
Updated: Owh, owh, owh - telah ditag oleh Mrs Noba juga! Terima kasih kerana mengingatiku dalam senarai tagmu. Isk....terharu seh!
.
.
1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
Nama blog saya My Internal Outlet.

Orang kata, apa ada pada nama? Tetapi bagi saya, pemilihan nama blog adalah langkah pertama sebelum saya mula menulis. Nama blog akan mencerminkan saya. Nama blog memberikan tanggapan pertama dan memperlihatkan isi blog saya secara kasar.

Apakah imej yang ingin saya tampilkan? Inilah soalan pertama yang saya tanyakan kepada diri sendiri. Saya tidak mahu menulis tentang Ziyad semata-mata. Saya tidak mahu dikenali sebagai seorang wanita. Atau seorang isteri. Atau seorang ibu. Saya juga tidak mahu menulis tentang riwayat hidup saya yang sememangnya tidak menarik untuk dibaca sama sekali. Tetapi saya ingin menulis apa yang terbuku di hati saya. Saya ingin jadi neutral – tidak tersekat dengan apa-apa status sekalipun. Saya cuma ingin bebas menulis.

Blog ini adalah saluran keluar untuk apa juga hasrat dan keinginan yang tidak dapat saya curahkan. Tulisan tentang kenangan-kenangan yang indah. Juga tentang pengalaman-pengalaman yang tidak menyeronokkan. Tentang cita-cita yang tidak kesampaian. Juga tentang impian untuk masa depan. Dan maklum balas terhadap apa yang berlaku di sekitar saya. Kadang-kadang saya terfikir, blog ini mungkin akan jadi saluran yang bermanfaat walaupun dalam kebanyakan masa, blog ini hanyalah saluran longkang untuk kata-kata kesat yang tersengkang di kerongkongan saya.
.
.

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
Inilah link untuk ke blog saya - http://my-internal-outlet.blogspot.com/

Saya adalah seorang yang sukakan keseragaman walaupun ada sesetengah orang menganggap itu sesuatu yang membosankan. Atau sekurang-kurangnya sesuatu yang senada. Sebab itu saya suka apabila nama dan pautan blog menggunakan nama yang sama. Dulu, saya gunakan nama sendiri ketika menulis dan meninggalkan jejak di blog-blog lain – sehinggalah Mrs Noba memberikan saya gelaran M-I-O. Ya, nama singkat kepada My Internal Outlet. Saya sukakan idea beliau. Mulai saat itu saya kekalkan nama saya sebagai M-I-O sehingga kini.
.
.
3) Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
Kaedah penulisan saya bergantung sepenuhnya kepada musim yang melanda jiwa saya. Kalau jiwa saya dilanda musim ketujuh tengkujuh, anda akan membaca tulisan saya yang melirih dan meruntun-runtun. Bila saya dilanda demam strikethrough, anda akan melihat pangkah-pangkah di sana sini perkataan yang sebenarnya tak perlu dipangkah pun akan saya pangkah cukup-cukup. Jika jiwa saya sedang kilat sabung-menyabung, perhatikan gaya bahasa saya – mungkin anda akan mendengar bunyi guruh berdentum-dentam di cuping telinga anda. Ketika saya sedang dalam episod mengimbau kenangan silam aku dan dirimu – oh pasti saya akan terbawa-bawa watak Kak Non Sigaraga juga. Ah, awas jika ada isu bahasa diperbahaskan – saya akan berhujah panjang lebar dengan lagak seorang yang begitu arif dengan keadaan semasa. Dan kalau anda tiba-tiba membaca tulisan saya dalam Bahasa Inggeris dan speaking London ke laut – itu bererti jiwa saya sedang mengalami Winter Sonata musim salji.
.
.
4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
Setiap masa. Setiap ketika. Saya memang terasa ingin buang saja blog ini. Lenyapkan identiti M-I-O selamanya. Mulakan blog baru. Wujud dengan identiti yang baru. Tetapi adakah itu akan membantu dalam pencarian diri saya sendiri?

Seperti yang saya katakan tadi – blog ini tidak ubah seperti saluran longkang – tempat laluan melampiaskan perasaan sewenang-wenangnya. Kadang-kadang saya buka semula tulisan-tulisan lama saya. Membacanya satu-persatu. Termenung seketika. Selepas itu terdetik di hati saya – Ya Allah, apa ke benda aku tulis ni? Aduhai, menyesalnya! Kata pepatah Melayu - ikutkan hati, mati. Ikutkan rasa, binasa. Tetapi ya, itulah perasaan saya sejujurnya ketika menulis.

Orang Melayu kata lagi, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Ah, kalau terlajak tulis, padam sajalah – anggap saja saya tak pernah langsung menulis sedemikian. Ataupun saya wujudkan entry dengan kata laluan. Ataupun saya lenyapkan pautan ke entry-entry lama saya seperti yang dilakukan oleh Ms Lola.

Tetapi setelah difikir-fikir, ini sebetulnya bukan tentang orang lain. Ini tentang diri saya. Saya mesti bertanggungjawab terhadap apa yang saya tulis. Biarkan saja mereka yang ingin membaca – itu kan atas tanggungan sendiri. Kalau ditakdirkan orang yang saya perkatakan itu membacanya – itu kira nasib kaulah labu! Sekurangnya-kurangnya orang tersebut tahu pendirian dan perasaan sebenar saya – walaupun di hadapan beliau mungkin saya tidak menyatakannya secara terus - demi menjaga keharmonian sejagat.

Harapan saya semoga satu hari nanti saya akan menoleh lagi ke belakang lalu berkata – ya, itulah sisi diri saya yang dulu – dan kini saya telah mengubahnya ke arah yang jauh lebih baik.
.
.
5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ni?

Beliau muda setahun daripada saya. Tetapi dalam banyak hal saya merasakan beliau lebih banyak pengalaman daripada saya. Sungguhpun demikian, saya masih memandang beliau sebagai adik perempuan yang naĆÆf – pengalaman dan pandangan beliau tentang realiti hidup kebanyakannya manis-manis belaka. Sesekali beliau mengingatkan saya kepada Mynie – yang juga hanya saya kenali menerusi dunia blog.

Beliau telah mempunyai 2 orang anak perempuan dan pernah belajar di Jepun. Saya agak, ini adalah antara faktor yang mendorong mematangkan pemikiran beliau. Walaupun saya hanya mengenali beliau di alam maya tetapi entah kenapa jauh di sudut hati saya merasakan beliau ini sebenarnya seorang yang manja dan lemah-lembut. Sifat singa terhadap Sufia (ketika mengajar Bahasa Inggeris) sekadar melindungi sifat dalamannya yang cepat cair itu. Satu-satunya persamaan saya dengan beliau ialah kami masih tinggal bersama kedua orang tua masing-masing.
Updated: Pemilik blog When Blogaholic Writes?
Kalau tak salah, beliau sebaya dengan saya:) Yakah? Owh, saya ingat betul tarikh lahir beliau 14 Jun 1980. Ha ha ha! Beliau juga saya kenali selepas terjahan saya ke atas entrynya mengenai novel Ayat-Ayat Cinta tu. Fuh, terus saya meroyan pergi MPH hujung minggu tu jugak. Jika diimbas kembali - banyak sekali jangkitan penyakit yang disebabkan oleh beliau. Hmm....tudung Munawwarah, kasut sepak anjing, Jalan Silang, kegilaan menyanyi, mekap dan beg tangan - ini semua mengingatkan saya kepada beliau. Oh ya, Mrs Noba juga menyebabkan saya teringatkan bekas kenderaan idaman saya iaitu Nissan Murano.
Apalagi ya? Beliau adalah seorang yang sangat suka memasak. Ah, resepi agung Mamanya ialah Daging Goreng Cili yang empuk. Anak teruna beliau, si Aniq Yang Kacak Lagi Menawan itu berkongsi tarikh lahir dengan Mr Daddy dan berkongsi kegemaran makan Koko Krunch. Lagi satu, Mrs Noba adalah penghidap OCD dan suka mencuci tandas - seperti saya juga! Ah ah ah:)
.
.

6) Senaraikan 5 orang yang akan anda tag.
Siapa ya? Ada sesiapa yang sudi buat tak? Angkat tangan tinggi-tinggi! Nanti saya datang ke blog anda untuk membacanya. *kenyit mata*

Thursday, March 19, 2009

Get to know yourself better

I saw this at Sha's blog and Ms Lola's too. Hmm...interesting! - I always love personality quiz:)

1. Go to http://www.quizbox.com/personality/test82.aspx
2. Do the personality test
3. Paste the result in your Facebook Note or blog
4. Tag a few lucky friends you think might need some fun today.

Your view on yourself:
Other people find you very interesting, but you are really hiding your true self. Your friends love you because you are a good listener. They'll probably still love you if you learn to be yourself with them.

The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You like serious, smart and determined people. You don't judge a book by its cover, so good-looking people aren't necessarily your style. This makes you an attractive person in many people's eyes.

The seriousness of your love:
Your have very sensible tactics when approaching the opposite sex. In many ways people find your straightforwardness attractive, so you will find yourself with plenty of dates.

Your views on education
Education is less important than the real world out there, away from the classroom. Deep inside you want to start working, earning money and living on your own.

How do you view success:
Success in your career is not the most important thing in life. You are content with what you have and think that being with someone you love is more than spending all of your precious time just working.

What are you most afraid of:
You are afraid of having no one to rely on in times of trouble. You don't ever want to be unable to take care of yourself. Independence is important to you.

Who is your true self:
You like privacy very much because you enjoy spending time with your own thoughts. You like to disappear when you cannot find solutions to your own problems, but you would feel better if you learned to share your thoughts with a person you trust.

5 bloggers that I would like to tag:
Mrs Noba
Umi Sufira
Cik Yan
MamaDhea
Mommydania

Merungkai misteri

Ya, pagi ini - niat mak yang pertama ialah menerjah blog Cik Yan. Ah ah ah. Saja - nak tau keputusan Misteri Nusantara tu kan. Dan mak temui ini....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
~yes people - it's positive! Cik Yan, congratulations babe:) Mak tumpang gembira:)~
(gambar hasil ujikaji Cik Yan untuk kenangan)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Pastu mak pun apalagi - tak bleh jadi ni, harus mak gedik-gedik nak tau Misteri Nusantara versi mak pulak la kan. Adakah mak sekapal dengan Cik Yan? Atau sekapal dengan miz_eda? Jadi mak pun cepat-cepat ambik kunci kereta - mesti pergi Farmasi paling dekat untuk membeli test kit lunch hour ini jugak. Ah ah ah;)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aisey rasa nak kena gi jamban dulu nih. Kang ter'emergency' pulak di tengah jalan. Saspen, saspen.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

~yes people - ENOUGH SAID. tetiba jumpa ini. Ah ah ah:)~
....phewwww....

Pengalaman bersalin

Sebenarnya, aku hari ni tiba-tiba rasa nak berterima kasih yang tidak terhingga kepada Ibu aku yang telah bersusah payah melahirkan dan membesarkan aku selama ini. Ibu tak mungkin akan membaca blog aku. Dan aku pulak – nak ucapkan terima kasih secara berdepan ni – isy – malu! Tak reti nak cakap “Ibu, terima kasih ya”. Tak terucap! Tersekat di kerongkong. Kelu lidah.

Pernah tak korang tanya macam mana pengalaman ibu-ibu korang melahirkan korang dulu?

Kalau tak pernah – cubalah tanya.

Aku dulu selalu tanya. Masa kecik aku tanya. Masa mula sekolah aku tanya. Masa nak kahwin aku tanya. Masa aku mengandung aku tanya. Masa nak dekat bersalin aku tanya lagi. Sama je jawapan Ibu. “Mana ada sakit? Tak ada rasa apa pun. Tau-tau aje dah keluar. Pelepup, pelepup gitu”. Wah, kondifen jek jawapan Ibu aku. So aku pun apalagi – kondifen la jugak, kan?

“Alah, berjuta-juta umat manusia dah beranak. Tak ada apa pun. Kalau sakit, takkanlah bini Tok Kasbi tu boleh beranak sampai 22 orang. Lagi la beranak kat umah je. Tak ada pegi hospital pun”. Wah, lagi aku double kondifen beb!

Hanya selepas aku sendiri bersalin – dah sampai tahap berjejeran air mata bagai – dan terasa terseksa macamlah aku sorang je yang beranak di maya pada ini - dan setelah 2 minggu umur si Ziyad – baru Ibu bukak mulut. Kisah sebenar. Misteri nusantara terbongkar. Apakah?!

Ibu aku mula bercerita.

Masa bersalinkan aku. Ya Allah, baby orang lain semua makin kita teran – meluncur ke bawah. Tapi aku tak. Naik ke atas. Pastu takde pergerakan. Ibu kata, aku relaks je – macam takde apa-apa berlaku. Maybe masa tu aku rasa syok la pulak berenang-renang ke atas, kan. Doktor siap ingat aku dah nak mati. So – vacuum la. Apalagi kan.

Ibu aku kata, dia tak tau pulak benda tu namanya vacuum. Forsep tu dia tau lah. Eh, ada beza ke forsep dengan vacuum? Aku pun tak tau. Ibu cakap, tau-tau je rasa bergegar. Siap bergoncang-goncang lagi badan Ibu. Aku tanya “Sakit tak?”. Ibu kata “Entah. Dah mada (lali). Apa nak jadi, jadila”. Fuh, memang jawapan pasrah tu!

Pastu, Ibu kata dia kena tahan kat wad sampai 3 hari. Untuk pemantauan. Lagi pulak Ibu masa tu kerja di Kementerian Kesihatan. Chewah, manja la sikit kan. Semua kat situ geng-geng jugakla kekdahnya. Tapi Ibu nak balik. Rimas duduk hospital. Walaupun Kelas 1.

Seminggu kat rumah. Sakit jugak lagi. Ibu tak berani beritahu arwah Nenek. Takut kena paksa pergi hospital. Tapi sebab dah tak tertahan sakit – dan dah tertangkap dengan Nenek sebab menangis tengah-tengah malam kat belakang pintu – maka Nenek pun pergi panggil jururawat desa datang rumah. Check la apa-apa yang patut. Apa kes kan, dah seminggu macam ada yang tak kena je. Yes, memang ada yang tak betul di situ. Jahitan terbuka. Kena pergi hospital balik – bukak jahitan lama pastu jahit balik.

Apakah??!

Err…dapat korang bayangkan?


Aku takleh imagine, beb. Ngeri!

Tersentap seluruh saraf otak kalau kufikir-fikir.

Gitulah adanya cerita nak mengeluarkan aku dari perut dan menghadap dunia ni. Kenapa Ibu merahsiakan daripada aku selama ini? Aku pun tak tau. Padahal banyak kali aku tanya. Barulah sekali itu Ibu bercerita.

Setiap Ibu memang aneh, kan?



**nota untuk Ziyad: Sila jaga kelakuan. Sakit tau bersalin!


Wednesday, March 18, 2009

Sisterhood award

Ha, saya baru saja turun padang sambil melawat-lawat kawasan dan mengutip anugerah ini. Baru ada kelapangan nak menempek logo ini di blog. Hihihi. Sangat teruja, okeh? Terima kasih kepada pemberi anugerah yang telah bermurah hati mengambil saya sebagai adik angkat dan kakak angkat.
.
.
Pemberi anugerah yang pertama ialah Cik Yan. Terima kasih daun keladi Cik Yan. Menurut Cik Yan, saya adalah adik-beradik sepusat sepusing beliau. Apakah maknanya? Saya pun kurang arif. Tapi layankan ajela. Oh, saya banyak belajar selok belok shooting daripada beliau. Hihihi.
.
.
Pemberi anugerah yang kedua ialah Cik Fid. Wah, saya sangat terharu berkakakkan beliau. Apa tidaknya, bukankah beliau otai Susuibu.com yang serba boleh dalam bidang DIY? Nanti kalau saya mengidam itu pasta carbonara, saya akan minta kakak saya ini masakkan. Hihihi.
.
.
Pemberi anugerah yang ketiga ialah Kak Non vogue. Oh, memang saya melopong tahap dewa! Selepas ini saya kenalah berusaha bersungguh-sungguh. Kalau tidak, saya pasti akan memalukan kakak Demi Moore saya itu. Ini sememangnya tanggungjawab yang maha berat. Tapi saya akan berusaha untuk menjadi adikmu yang dapat dibanggakan, Kak Non! Saya juga amat kagum dengan Kak Non yang menjadi pojaan ramai jejaka tampan. Saya akan cuba menjadi wanita rebutan seperti beliau.Hihihi.
.
.
Pemberi anugerah yang keempat ialah Zety Zin. Owh, terima kasih yang terhingga kerana menganggap blog saya adalah blog yang best. Tak pasal-pasal kembang kempes hidungku membaca statement mu ittew! Sama-samalah kita menjadi adik-beradik. Nama bapak dah memang sama pulak tu. Uishhh...memang telah ditakdirkan menjadi adik-beradik seblog gitu:)

--------------------------------------------------------
The rules:
*Place the award logo on your blog.
*Nominate 10 other blogs which show “Attitude and/or Gratitude”
*Link to the nominees on your blog post.
*Comment on their blog that you have nominated them.
*Share the love and link to the person who nominated you.
--------------------------------------------------------

~tadaaaa....this is the award~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

~this note is hadiah iringan from Kak Non di samping Piala Toh Puan Kak Non vogue yang saya menangi...Ngeeee~
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Okay, giliran saya pulak nak bagi anugerah. Theeeee.....*saspen*
.
.
.
.
Aha, nak memudahkan otak - saya bagi semula award ni kepada Cik Yan, Cik Fid, Kak Non dan Zety Zin. Anggaplah ini sebagai hadiah balasan daripada saya. Oh, saya juga menyokong usul agar Kak Non dilantik sebagai Presiden Adik-Beradik Blog. Chewah, melobi tu!
.
.
.
.
.
Oh, ada lagi 6 penerima anugerah. Baik, kepada nama yang tersenarai, silalah terima saya sebagai adik-beradik anda okey. Kahkahkah! . Ah, anda memang dah kenal saya dari dunia nyata lagi - bahkan bertahun-tahun sebelum saya mula blogging. Penerima anugerah disusun mengikut abjad ya, jadi jangan berkecil hati jika turutan anda berada di bawah. Heeee....
.
.
.
.
Ayin
~my roommate in KTR~
.
Datin Sally
~my collegue in my former office~
.
Kak Zura
~my senior in STJ~
.
Mast
~my junior at TIKL~
.
Meczar
~my classmate in TIKL~
.
.
.
.
dan kenalan baru saya di blogosphere:
Umi Nawfal
dengan ucapan Selamat Berkenalan:)

Hak itu mesti dihormati

Mari merujuk kembali bab ini.

Hak-hak yang dipertanggungjawab ke atas anak lelaki:
1. Ibu DAN ibu mertua
2. Bapa DAN bapa mertua
3. Isteri

Para isteri sekalian, sila terima dengan sepenuh jiwa raga berkaitan kedudukan diri masing-masing. Ya, anda di kedudukan paling bawah di situ. Sudah jelas, terang dan nyata. Jangan sekali-kali pertikaikan. Redha.

Namun demikian, satu berita baik! Sebagai ibu, anda BERHAK ke atas anak-anak anda, bahkan 3 kali lebih berhak berbanding suami anda sendiri. Sekiranya menghadapi perceraian sekalipun (minta dijauhkan), lazimnya hak penjagaan akan diberikan kepada ibu. Hak penjagaan anak yang diberikan kepada bapa adalah kes-kes terpencil. Sila abaikan kes-kes kecil itu.

Ibumu, ibumu, dan ibumu. Selepas itu barulah bapamu.

Ringkasnya, sesiapa pun tidak wajar mempertikaikan HAK ibu ini – hatta nenek, datuk, nenek saudara, datuk saudara, makcik, pakcik bahkan bapa kepada anak anda sekalipun. Sudah jelas, terang dan nyata. Jangan sekali-kali pertikaikan. Redha.

Demi keharmonian sejagat, cukuplah AGAMA itu sebagai panduan hidup!
Semoga kita saling menghormati hak masing-masing.

Tuesday, March 17, 2009

Episod mengidam

Mari mengimbau nostalgia sewaktu bergelar wanita hamil.

Anda ada mengidam apa-apa? Saya tak ada langsung! Tetapi ramai orang bertanyakan saya kot-kot ada apa-apa yang saya terasa ingin makan? Saya yang baik hati telah menjawab “Tak ada, terima kasih ya”. Apakah?! Kalau saya ditakdirkan hamil lagi, saya akan sediakan satu senarai yang siap bertaip. Emm, Donat Epal Besar 12 bijik, Gardenia Butterscotch 2 bantal…..ahhaaa.…2 keping Chocolate Indulgence dari Secret Recipe, Onion Rings Burger King – large size please…..Ah, nanti saya fikirkan lagi, ya.

Ada suatu ketika Mr Daddy bercerita tentang rakan beliau yang sanggup bermotosikal dari Bangi ke Jalan TAR selewat jam 12 tengah malam kerana kerana isterinya kepingin makan burger Jalan TAR. Tak mahu burger lain. Nak burger Jalan TAR jugak. Wah, gila betul si Budin tu – errr, maksud saya, sayang sungguh si Budin pada isterinya. Kalau saya – saya beli je burger kat Bangi. Bukannya isterinya tau pun. Kahkahkah. Gelak jahat di situ.

Lalu sehabis bercerita tentang si Budin, Mr Daddy pun dengan penuh kerelaan menyerah diri untuk berkhidmat kepada isteri terchenta sebagaimana yang dilakukan oleh rakannya si Budin itu. Saya berkata jujur – saya memang tak mengidam pun! Tetapi Mr Daddy beria-ia mendesak. Maka saya kata “Ok, nak makan Lamb Chop Presint 8”. Sebenarnya saya tak pernah cuba pun Lamb Chop Presint 8 tu. Tapi saya teringatkan rakan saya yang pernah makan Lamb Chop di sana. Nampak macam sedap.

Hasilnya? Ah.…si Ziyad sudah masuk 15 bulan – sampai ke sudah saya tak merasa pun Lamb Chop tu. Ceh, sila jangan beri harapan pada wanita hamil – terutamanya jika wanita itu isteri anda. Eeeee mencik! Kalau saya tau takkan dapat, takdela penat saya fikir nak buat-buat mengidam makan apa.

Oh ya, Ibu saya pula sewaktu mengandungkan saya mengidam nak minum air perigi Nek Esah. Apakah?! Lalu Ibu bertanya kepada Pak Long saya “Perigi Nek Esah tu berair lagi ke?”. Pak Long saya jawab, “Mana ada, dah ditimbus dah”. Kempunan Ibu saya. Ibu saya kata, air perigi dulu-dulu sejuk je. Sedap! Oh, saya teringatkan Cik Fid – tiba-tiba je! Cik Fid panggil perigi tu koq. Yakah? Saya pun ingat-ingat lupa.

Eh, apa kes nak mengimbau cerita-cerita wanita hamil ni?!

Tetiba berdebar lagi. Buleh?

Suratan atau kebetulan

Mengingatkan entry Cik Yan - Suratan atau Kebetulan dan entry Ms Lola - Bersedia atau Tidak.....Ya - JANGAN bolos dinding itu!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Aku sebenarnya dah tak sanggup hidup diselubungi misteri Nusantara ni....ceh, tak sampai seminggu lambat aku dah huru-hara nih....iskkk...

Gynae of of your choice?

Tulisan ini adalah sebagai maklumbalas kepada pertanyaan Kak Non vogue di blog beliau.

Saya pernah terbaca di sebuah laman web tentang perkara ini. Puas saya fikir-fikirkan laman web yang mana tetapi sungguh saya terlupa!

Jawapan daripada Ustaz tersebut lebih kurang begini. Ini berdasarkan ingatan saya semata-mata. Saya ringkaskan dan permudahkan mengikut bahasa saya ,ya. Jika ada salah dan silap saya harap anda dapat menegur dan memperbetulkan mana-mana yang berkenaan.

Menurut Ustaz tersebut, sekiranya seorang wanita Muslim sakit – hendaklah wanita tersebut berusaha untuk mendapatkan rawatan daripada doktor yang sejantina dengannya. Ini turut merangkumi lelaki Muslim – seboleh-bolehnya dapatkanlah rawatan daripada doktor lelaki.

Kes ini juga perlu dilihat daripada jenis penyakit yang dihidapi. Adakah kes itu melibatkan penyakit kritikal atau sakit-sakit biasa seperti demam, selsema, batuk dan sebagainya?

Dalam kes kehamilan yang memerlukan seorang wanita Muslim menjalani pemeriksaan berkala, adalah wajib baginya dirawat dan diperiksa oleh ahli perubatan wanita. Saya rasa bab ini tidak jadi masalah kerana pemeriksaan sebegini lazimnya dilakukan oleh jururawat wanita sahaja di klinik bantuan kerajaan. Kenapa jatuh hukum wajib? Ini kerana keadaan kesihatan wanita Muslim yang hamil ketika pemeriksaan tersebut dilakukan biasanya tidak memudaratkan.

Melainkan ketika sakit untuk bersalin – yang mana keadaan tersebut melibatkan 2 nyawa iaitu nyawa ibu dan nyawa bayi dalam kandungan, maka adalah wajib baginya untuk mendapatkan rawatan yang terbaik – tidak kira daripada doktor wanita atau doktor lelaki. Kadangkala sesetengah tempat tidak mempunyai tenaga pakar wanita. Sebab itulah menjadi doktor wanita bagi seorang wanita Muslim adalah fardhu kifayah. Dalam hal kecemasan seperti ini, sikap berlengah-lengah tentunya akan memudaratkan keadaan ibu dan bayi – maka adalah penting untuk menyelamatkan 2 nyawa ini tanpa mengira siapakah doktor yang akan menyambut kelahiran bayi tersebut; sama ada doktor lelaki atau doktor wanita.

Saya harap kemusykilan Kak Non itu sedikit sebanyak akan terjawab dengan penerangan saya yang tidak seberapa ini.

Baiklah, sekarang saya ingin menyatakan pendapat peribadi saya ya. Saya sedia maklum bahawa kupasan ini sedikit sebanyak pasti akan mengguris hati sesetengah pihak. Saya harap tidaklah sampai ke tahap itu. Ini pendapat saya saja, ya.

Saya rasa, kalau kita ada kemampuan kewangan dan kemampuan untuk memilih – cubalah sedaya upaya untuk mendapatkan rawatan daripada doktor wanita. Kecualilah kalau kita memang tidak mempunyai pilihan sama sekali. Dalam kes saya dulu, untuk pemeriksaan rutin saya lakukan pemeriksaan di klinik kesihatan kerajaan – di sana, pemeriksaan berkala dan bekalan vitamin diberikan secara percuma. Di klinik kerajaan, saya diperiksa oleh Jururawat wanita saja – melainkan kalau ada kes-kes yang meragukan barulah dirujuk kepada Pegawai Perubatan yang majoritinya memang wanita. Contohnya kes saya pada minggu ke-20 (kalau tak salah) yang masih tidak merasakan ‘tendangan’ kandungan saya – saya dibawa ke Pegawai Perubatan wanita serta-merta agar ujian imbasan dapat dijalankan untuk memastikan status kandungan.

Ketika kandungan saya mencecah usia 32 minggu, barulah saya ke Hospital Swasta kerana pihak hospital terbabit meletakkan syarat – setiap ibu yang merancang untuk bersalin di hospital terbabit perlu hadir sekurang-kurangnya 3 kali temujanji dengan doktor berkaitan. Saya pilih Hospital Perubatan Islam yang memang saya ketahui mempunyai doktor wanita beragama Islam. Polisi syarikat saya hanya meluluskan tuntutan bil kesihatan sebanyak RM100 sahaja setahun! Ini sudah tentulah tidak merangkumi bil bersalin sedangkan simpanan saya teramatlah ciput kalau nak dibandingkan dengan bil Hospital swasta yang tinggi. Tetapi, Al-Hamdulillah Allah memakbulkan doa saya dan diberikanNya jalan keluar melalui Mr Daddy yang menanggung sepenuhnya bil perubatan tersebut. Oh, saya juga bernasib baik kerana Mr Daddy sependapat dengan saya - menurut beliau anak kami mestilah disambut oleh Doktor Wanita Islam sahaja.

Saya berpandangan, dalam apa jua keadaan sekalipun – yang penting ialah niat anda. Yang lain-lain, Insya-Allah akan dipermudahkan olehNya.

Do you REALLY know him?

A tag from Cik Fid. Thank you, sistah:)

-------------------------------------------------------
Rules:
Here’s a chance to see how well you really know your husband/boyfriend/lover.
Cut, paste and fill in the answers, then shoot, you know what to do.
The real challenge is to send it to your husband/boyfriend/lover to see how right you really are.
-------------------------------------------------------


1. He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?
ESPN
.
.
2. You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
Everything that they put on the table – thousand island, lots and lots of mayonnaise, mustard and even chili sauce – you named it. Only after he taste it, he’ll question himself, “Apa ke benda yang kuning-kuning ni – rasa semacam?” It’s mustard, dear:) “Eh, apekehe mat salleh panggil benda ni misai?” Itu moustache la! "Oh?"
.
.
3. What’s one food he doesn’t like?
Honestly, I have no idea. But he used to hate coleslaw before I gave him a lengthy lecture on the goodness of cabbage.
.
.
4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
At mamak stall, he’ll order roti bom and hot milo.
At McDonald’s he’ll order nothing but Big Mac Value Meal. Carbonated drink is a no-no!
.
.
5. Where did he go to high school?
STJ
.
.
6. What size shoes does he wear?-
6 to 6 ½ - depends on the cutting.
.
.
7. If he was to collect anything, what would it be?
He has a huge candid photos collection of his loved ones. He’ll stare at those pictures thousands of time with endless chuckle. He thinks candid photos display genuine characters.
.
.
8. What is his favorite type of sandwich?
Stuffed EVERYTHING between the 2 slices of bread: be it scramble eggs, tunas, double cheese, cucumber, tomatoes – the more the merrier, the ‘higher’ the better!
.
.
9. What would this person eat every day if he could?
Fried siakap. Steamed siakap. Sweet sour siakap. A true siakap lover he is!
.
.
10. What is his favorite cereal?
Koko Krunch with Marigold HL Fresh Milk
.
.
11. What would he never wear?
Short pants above knee length - aurat!
.
.
12. What is his favorite sports team?
Arsenal The Gunners and N9 Naza
.
.
13. Who did he vote for?
You mean for the election? Any candidates from Barisan Nasional – Dulu, Kini dan Selamanya.
.
.
14. Who is his best friend?
K-Zack, a friend whom he known since in UIA
.
.
15. What is something you do that he wishes you wouldn’t do?
He wishes I won’t buy or read too many books because that makes me thinks too much. He can’t stand looking at my face when I’m in my 'thinking mode' – he feels as if there are too many unsettled matters in my head. He is curious - what the hell is his wife thinking about? The fact that I rarely share what I think makes his curiosity grows even bigger!
.
.
16. What is his heritage?
Minangkabau from his mother and suku Tanah Datar from his father
.
.
17. What is his favourite colour?
Red
.
.
18. What is his habit?
He likes to print EVERY single photo that he took WITHOUT screening! Eeee…rasa nak koyak-koyak je gambar aku yang tengah ternganga lah, tengah buat aksi mata juling la, tengah kembangkan hidung la. It’s very embarrassing!
.
.
19. What is he proud of?
HIS son. It’s always Ziyad, Ziyad and Ziyad.
.
.
20. Lastly, do you think he will read this?
How is he going to read a blog that he doesn’t even know its existence? *wink*
.
.
.
.
.
.
3 selected bloggers to do the tag:
nelcy

Monday, March 16, 2009

Sebelum dan selepas - Episod Akhir

*Sebelum bergelar isteri kepada seorang kaki sukan*
.
.
.

Saya memegang kuat konsep “opposite attracts”. Sungguhpun saya agak fobia dengan eksperimen-eksperimen di makmal ketika di bangku sekolah dahulu – tetapi saya cukup tahu bahawa magnet berlainan kutub akan menarik satu sama lain dan akhirnya melekat! Maka saya gunapakai kaedah ini dalam kehidupan seharian. Ini termasuklah dalam memilih jodoh. Kahkahkah. Ya, saya tidak berapa gemar dengan sukan – kerana tidak ada satu pun pencapaian peribadi yang dapat saya banggakan kecuali menghias rumah sukan sehingga dinobatkan Khemah Sukan Paling Cantik dalam Sukan Tahunan Sekolah. Maka saya sebenarnya cepat benar “terjatuh chenta” dengan atlit-atlit sukan di sekolah. Ya, tidak dinafikan, antara ciri-ciri yang dimiliki oleh Mr Daddy ialah bergiat aktif dalam kegiatan padang. Beliau sangat menyinar dalam arena hoki, bola tampar dan ragbi. Saya rasa beliau sangat memanfaatkan keempat-empat tangan dan kakinya itu ketika beraksi di rumput. Selaku minah yang biasa-biasa saja dalam sukan, saya merasakan kebolehan Mr Daddy itu melengkapkan diri saya. Setidak-tidaknya bolehlah saya berlagak dengan kehebatan beliau – walaupun hanya bersorak dari tepi padang itu. Kahkahkah.
.
.
.
.
*Selepas bergelar isteri kepada seorang kaki sukan*
.
.
.

Adalah sesuatu yang agak mengganggu bebola mata saya apabila kaca televisyen saya tak habis-habis memaparkan siaran 811 atau 812 atau 813 atau RTM1 – Siaran Langsung Bolasepak Liga Perdana. Seakan tiada penamatnya. Bukanlah saya tidak cuba menyokong minat Mr Daddy dalam sukan – bahkan saya sudah cuba sedaya upaya. Masakan tidak, saya yang dahulunya memang kaki bangku kini sudah mengenali nama-nama seperti Sagna dan Drogba serta jurulatih Arsenal yang bernama Arsene Wenger itu. Wah, pengetahuan saya ini cukup hebat juga, kan? Tetapi, harus saya akui betapa penatnya melihat segerombolan laki-laki berlari-lari ke segenap sudut padang untuk mengejar sebiji bola. Letih, okay? Sekali sekala saya ingin juga melayan perasaan dengan drama-drama dari rangkaian Hallmark. Atau tenggelam dalam kisah-kisah penyiasatan CSI. Oh, lupa – malam tadi sepatutnya kami melayan cerita The Adventures Of Merlin tetapi terpaksa memberi laluan kepada Lee Chong Wei yang menentang Lindan. Eeee, menyampah! Nasib baik kau menang, Chong Wei – kalau tidak memang nahas kene kutuk dengan aku, tahu?! Oh ya, saya sebenarnya sedang berkira-kira untuk menamatkan langganan Astro Sports – saya mahu ambil pakej minima saja. Untuk apa saya membayar lebih untuk siaran yang tidak saya tonton? Agak-agak, kejamkah tindakan saya ini? Sila kemukakan pendapat.
.
.
.
.
Ya, sudah tamat akhirnya tag ini. Tiada sambungan lagi. Sudah cukup 5 isi. Kahkahkah.

Friday, March 13, 2009

Sebelum dan selepas - Episod 4

*Sebelum gawat*
.
.
.
Saya sangat suka bergonjengan ke Pesta Buku dan Jualan Buku Penghabisan Stok. Wah, sangat seronok! Walaupun bersesak-sesak, saya tidak serik. Kadang-kadang saya berebut buku. Kadang-kadang saya menyorokkan buku kerana tidak menang tangan mahu menggapai semua sekali. Saya juga pernah memborong untuk mencukupkan pembelian RM300 sekaligus ke atas buku-buku yang telah lama saya idamkan untuk mendapatkan penghantaran percuma ke rumah. Kahkahkah. Memang tindakan gila untuk macai pangkat rendah seperti saya, kan? Tapi saya tak peduli sebab nafsu sudah menguasai diri. Kisah kegilaan yang kedua ialah ketika memborong buku-buku sewaktu Jualan Gudang MPH tahun lalu. Wah, memang berlagak macam anak dara – jalan menonong lenggang-kangkung terus ke depan. Tiba-tiba terkena sindrom hilang-ingatan-jangka-pendek. Lupa Mr Daddy yang penat bahu, lenguh lutut segala mala mengendong Ziyad. Lupa pada si Ziyad yang dijamin meragam dengan keadaan yang panas dan dipenuhi orang ramai. Kalau tidak diingatkan oleh Mr Daddy, mungkin saya jadi lupa daratan. “Beli jangan sampai tak terbaca” – ini ayat kegemaran Mr Daddy untuk menamatkan sikap lupa diri saya itu.
.
.
.
*Selepas gawat*
.
.
.
Saya belajar untuk membeli buku-buku terpakai. Membeli buku-buku terpakai sangat berbaloi – naskhah asal yang berharga puluhan ringgit boleh dimiliki serendah RM3.00 sahaja! Tetapi faham-faham sajalah, namanya pun buku terpakai maka wajah luarannya agak comot. Dalam Jualan Penghabisan Stok Payless Book yang saya pergi baru-baru ini, saya terjumpa buku sebuah buku lama Men Are From Mars, Women Are From Venus berkulit keras dengan harga RM10.00! Satu-satunya yang tidak saya gemari apabila melawat jualan lambak seperti ini ialah saya harus meneliti setiap buku di meja kerana stok buku biasanya terhad. Senarai buku-buku yang ada juga tidak dinyatakan. Buku-buku yang dipamerkan rata-ratanya adalah buku-buku lama – maklumlah, buku terpakai! Saya melilau juga memerhati kalau-kalau ada buku-buku keluaran baru yang terselit – ah jangan harap, memang tak jumpa! Dalam pada tak jumpa buku yang dihajatkan, melayang juga RM60.00. Tapi tak mengapalah – melabur untuk otak sendiri – kehkehkeh!
.
.
.
.
.
.
.
akan disambung lagi....heeeee

Sebelum dan selepas - Episod 3

*Sebelum saya berpindah rumah*
.
.
.
Saya membesar di sebuah daerah yang terletak kira-kira 30km dari ibu kota. Sungguhpun masa kecil saya banyak dihabiskan di Perpustakaan Daerah yang boleh dikatakan agak lumayan besarnya dan mempunyai koleksi buku yang banyak namun saya harus akui bahawa saya jauh ketinggalan. Kasihan, kan? Ketika itu, saya memilih buku berdasarkan topik semata-mata, bahkan saya tidak mempunyai penulis kegemaran sama sekali! Kadang-kadang saya jadi sesat kerana tidak ada buku yang benar-benar menambat citarasa. Minda dan jiwa saya begitu dahagakan bahan bacaan, tetapi tidak ada naskhah yang dapat menghilangkan kehausan saya. Ini barangkali disebabkan saya telah dijamu dengan buku-buku pendek tentang Mahathir Mohamad, Florence Nightingale, Pendeta Za’aba, Michaelangelo, Dr Sun Yat Sen, Ungku Aziz, Thomas Alva Edison (sekadar menamakan beberapa tokoh) seawal usia 7 tahun maka kisah-kisah seperti Nancy Drew hanya mampu menarik perhatian saya buat seketika. Saya juga pernah mabuk kepayang dengan kisah-kisah Enid Blyton edisi Bahasa Melayu yang berjudul Pulau Rahsia, Si Kembar di Sekolah Yang Baru, Tahun Kedua di St Claire, Tahun Ketiga di St Claire dan 2 buah buku lagi daripada siri yang sama – saya rembat kesemuanya dari Kedai Buku cikai di daerah saya dengan mengorek simpanan tabung belanja. Selepas itu saya tidak jumpa lagi edisi Bahasa Melayu Enid Blyton yang lain. Saya pernah cuba membaca karya Enid Blyton edisi Bahasa Inggeris, tetapi saya tidak begitu memahaminya lantaran penguasaan Bahasa Inggeris saya yang lemah. Terkulat-kulat saya merujuk kamus. Berpinau-pinau mata saya melihat perkataan-perkataan yang kebanyakannya tidak pernah saya ketahui. Pernahkah anda merasai penderitaan sebegini? Anda teringin sungguh nak baca tapi tak paham? Memang tertekan! Sebab itulah saya sokong PPSMI dengan harapan budak-budak sekolah itu akan didedahkan dengan bahan-bahan bacaan berbahasa Inggeris sejak dari awal lagi. Saya berkesudahan dengan mengorek fail-fail yang berisi keratan akhbar yang disusun mengikut topik di Perpustakaan Daerah. Ini sajalah yang menjadi santapan saya kerana saya dapati pembacaan tentang isu semasa banyak membantu dalam mata pelajaran Penulisan Bahasa Melayu di sekolah.
.
.
.
*Selepas saya memasuki alam pekerjaan*
.
.
.
Beberapa bulan selepas saya memegang duit sendiri, barulah saya berani berjinak-jinak dengan kedai-kedai buku yang terkenal seperti Kinokuniya KLCC dan MPH Midvalley. Itupun kerana saya menjadi pengguna tetap pengangkutan rel sehari –hari maka saya agak arif selok-belok laluan dan stesen hentian yang boleh saya jejaki. Disebabkan saya memiliki pas bulanan, maka penggunaan tren yang tiada had saya gunakan sebaik-baiknya. Pertama kali melangkah masuk ke kedai buku sebegini membuatkan saya ternganga-nganga bagai rusa masuk kampung. Wah, saya jadi rambang mata dibuatnya melihatkan kedai yang seumpama gudang simpanan buku – ini memang syurga dunia! Nasib baik saya belum pernah ke The Borders - mungkin saya akan bertapa di situ berhari-hari. Pada masa yang sama, saya sekeluarga telah berpindah rumah ke tempat baru - Perpustakaan Kejiranan di kediaman baru ini benar-benar hebat! Tentu sekali jauh lebih hebat jika dibandingkan dengan Perpustakaan Daerah saya yang lama itu. Di sinilah saya baru mengenali penulis-penulis yang terkemuka dalam bidang masing-masing seperti John Gray dan Tony Buzan. Buat permulaan, saya menghabiskan masa membaca penulisan kedua-dua penulis ini kerana saya sangat berminat dengan perhubungan antara 2 jantina yang kompleks oleh John Gray dan soal-soal berkaitan kuasa minda oleh Tony Buzan. Selepas itu saya menemukan naskhah Sulalatus Salatin dan beberapa Hikayat Lama yang saya pening nak baca kerana menggunakan bahasa gaya lama yang berbelit-belit. Maka saya baca separuh jalan saja. Saya sedikit terkilan kerana buku-buku ini tidak didedahkan kepada saya lebih awal sewaktu mempelajari Sejarah ketika di menengah rendah – mungkin para pelajar akan lebih menghargai subjek Sejarah sekiranya mereka diperlihatkan dengan salinan naskhah sebenar. Tidak lama kemudian koleksi Chicken Soup for The Soul pula menjadi kegemaran saya. Kunjungan ke Kinokuniya dan Perpustakaan Kejiranan jadi rutin mingguan saya silih berganti. Setelah agak berduit, saya mula tercari-cari buku yang boleh dijadikan koleksi. Saya mulakan dengan mencari buku A Walk To Remember dan Memoirs Of A Geisha tetapi sayangnya buku-buku tersebut sudah kehabisan stok – maka saya membeli Sushi For Beginners dan sebuah buku biografi tentang J.K. Rowling. Dua buku inilah koleksi permulaan saya.
.
.
.
.
akan disambung lagi.....heeeeee
I Love to Talk About Ideas
I like my conversations to be deep and meaningful. I am not a big fan of small talk.
I am open to all sorts of conversation topics, especially if they are unique or interesting. I love it when a conversation takes me somewhere unexpected.

I will talk about anything, even if it's controversial or weird. I'm not shy about speaking my mind.
I may shock people with what I'm willing to talk about, but at least it's more interesting than discussing the weather.