Saya dan Mr Daddy mempunyai satu agenda murni yang telah menemui kegagalan.
“Rumah kita nanti akan berkonsepkan bumiputera. Kita akan beli barang orang Melayu sahaja. Perkhidmatan orang Melayu”
“Okeh. Saya sokong. Sapa lagi nak tolong orang kita kalau bukan kita sendiri”
Berteraskan niat itu, kami menjelajah ke seluruh pelosok demi menjayakan wawasan rumah baru. Inikan Tanah Melayu? Kami ingatkan senang. Rupa-rupanya susah.
Awal-awal lagi Mr Daddy telah berkata,
“Untuk lampu dengan kipas, kita bagi projek kat kawan saya – Nabil. Dia dah berhenti kerja. Sekarang buat kerja-kerja wiring ni”
Apabila dibuat kajian harga antara kontraktor Cina dengan kontraktor Melayu, perbezaan harga yang ketara dapat dilihat.
“Eh, takkanlah jauh sangat bezanya harga Yang? Takkan takde harga kawan-kawan?”
“Saya dah tanya. Saya cakap Kontraktor Cina bagi harga gini. Kalau dia boleh adjust sikit harga dia, kita proceed”
“Abih tu? Dia cakap apa?”
“Dia kata kalau dengan Cina, dia memang takleh lawan”
“Haihh. Bukannya kita tawar harga barang. Kita tanya harga perkhidmatan. Mahal sangat ke harga tulang 4 kerat dia?”
“Entah. Saya ingatkan kalau dia bagi harga bagus bolehlah kita rekemen kat jiran-jiran”
Menurut ceritanya, si Nabil sudah biasa mendapat tender pemasangan di Pejabat Gomen. Harga yang diberikannya itu adalah “harga standard”. Mungkin kerana sudah sedap makan ikan besar, ikan bilis macam kami tak dipandang sebelah mata.
Dan kami pun berakhir dengan Kontraktor Cina kerana harga titik peluh dan tulang 4 kerat si mata sepet itu lebih murah. Kami bukannya tak nak tolong. Kalau kami kaya, tak perlulah kami berkira.
Lu pikirlah sendiri Nabil.
Walau apapun, berhati-hatilah. Kadang-kadang ada juga kes bila bincang harga dengan Kontraktor Cina bukan main murah, tiba-tiba bila siap pasang bagi harga lain pula. Tambah hook kira lain la. Tambah ini la. Tambah itu la. Ini wayar kena tarik la. Haihh. Macam-macam!
Yang penting, pertahankan hak anda sebagai pengguna dan pembeli. Jika terdapat perbezaan harga semasa rundingan dengan harga selepas pemasangan, suruh saja Kontraktor Cina tu bukak balik. Pedulik hapa. Customer is always right.


16 comments:
mio, akak bernasib baik sbb kwn akak ramai yg boleh wat grill & piping (melayu), lampu hubby psg senirik jer..jimat kos.
kabinet buat member gak, tp w/pun murah, lembab nk mampos..kengkdg elok gak kalu wat dgn org yg x kenal, nak marah pun tara hal..
nur,
aisey! sy lupa nk open tender kat blog pasal pasang grill dn lampu bagai. lagi satu sebab suami sy ni manjang nak express aje, sy blum sempat pikir habis dia dah decide byk benda.
sy setuju bab nak marah suka-suki tu. actually ada cousin suami yg bleh buat built-in cabinet. tp sy kata baik kita toksah libatkan family. papehal kang kalo tak puashati seumur hidup bermasam muka. payah jugak!
klo family sy takpe, sebab sy memang belasah cukup2. kahkahkah!
betul la, bab perbelanjaan ni kadang2 ada kita menang di sini, ada kalah di sana. yg pasti tak semua benda kita dapat harga terbaekkk. nasib badan la....
tp mmg betul zufa. bkn sbb yg melayu ni dh biasa dgn ikan besar (itu pun 1 sbb jgk) tp sbb walaupun guna perkhidmatan cina, supplier brg2 pun cina so diorg dpt harga murah compare dgn melayu yg terpaksa beli dgn harga lebih tinggi sbb dia melayu. mcm wokshop keta, cuba tgk harga wokshop melayu & cina, jauh murah dgn cina sbb diorg dpt spare parts dr kedai cina. just my 2 cents ;)
m-i-o
ada bnyk kemungkinan
1. Nabil bukan sebelah mata pandang u..tak pandang pun
2. nabil mmg beli barang harga mahal..kalau kurangkat LE maka tak de untung le dia
3. memang depa jual mahal kat m3layu
4. ohh LE cin4 memang murah
ramai kat tanah besar..eh apa aku ni?
5. orang kitakan nak untung besaq.kawan-kawan takleh nak 'kapak'
banyak sebabnya hahahaaaa
maka pilih la mana sesuai...
tang elakkan berbisnes dengan sedara sendiri tu saya setuju.
sebab dah pernah terkena.
sampai sekarang tak puas hati. tapi apakan daya. nak tegur karang bermasam muka. saya kan orang yang menyokong keamanan. haha.
MIO, Ini adalah pengalaman mak..
Buat grille ngan orang melayu...kitchen cabinet, wall divider ngan Cin4....grille kata 2minggu siap..sampai sebulan setengah pun tak siap..harga konon murah..tiba masa salah ukurlah salah kira sampai tak cukup tingkap u know..kena tambah duit lagi....hasil hancur!selekeh je dia buat...sabor jelah...berdasarkan itu lepas tuh yang lain2 semua amik cin4..bukan taknak tolong orang melayu tapi...KC ngan wall divider kami siap on time...KC hasil sangat memuaskan especially table top...sekarang apa macam? bukan kita takmo tolong bangsa sendiri dan mungkin bukan semua tapi kalau servis sgt2 tak memuaskan...lu pikirlah sendiri...
M-I-O,
ye aku setuju ngan si mimi, almaklum le virus berumah baru kan ke lebih kurang je gayanya..
Aku punya grill itu melayu mudah lupa punya kontraktor, janji seminggu, tunggu punya tunggu jgn kata grill tak terpasang, hp pun tak berangkat.. tapi duit nak dulu.. perghhh.. berasap punggung aku tau walau bukan punggung yg mendail hp aku tu..:p Hampir2 sebulan jugak aku tggu baru siap, lepas siap pasang byk lak aku komplen, varnish nipis la senget la.. padahal harga da tambah sbb kitaorg ambik cat wrought iron..(kes nk cun tapi berbajet ketat la ni...).. Lani, sling pintu grill mcm da longgar je, huh gangen beb hangenn..
Tapi bab KC & cornish, mmg mantop.. Walaupon KC kayu...(ek mimi kan..kan.. kayu jegh..) n cornish 100% siap hanya dgn deposit rm50, tapi puas hati.. even wiring pon kemas jegh. So, mcmana?? Tepuk poket n tanya lah selera beb..
btw, good luck utk persiapan rumah baru mu ittew...;)
hmmm..so tak jadilah amik dgn si nabil tu ek? :)
zufa... kadang2 org melayu yg baru ceburi bisnes tu mungkin tak reti lagik hidup...
memang cina dpt bagi murah..tapi depa tu dah concer bisnes tu.. semua rege deppa sama depa murah.. depa le racist kan....
taapi hati2 gak ngan cina...
ni kes mak pak aku kena.. suruh tgk kat siling bocor... cina tu bantai kata 4 ribu... lepas tu kena bayar 80 sebab depa dtg tengok... bila carik2.. ade le melayu/indon yg dah lama keje sini... dia tgk kan.. betul kan apa yg bocor tu.. dia kata 300 aje.... dan satu lagik pun cina kata 2ribu.. melayu/indon buat 80 je.. dan ok je semua yg dibuat ..tak de bocor... yg cina tu kata.. ni darik rumah sebelah la.. itu la ini la.... hati2 la yek...
bab kete lak. adik aku mekanik... memang le sesapa cina dia bagi murah.. dan hati2 cini ni penipu.. adik aku pernah keje ngan cina.. cina suruh minyak hitam campur ngan air... mana boleh.. tipu org kan.. adik aku pun renti keje.. byk lagi pasal2 cinaa bengkel kete ni...
walaupun org kata susah adik berdik. tapi aku percaya kan dia ....dan dia servise kete kami ok je..
dan ari tu.. pi kedai cina tukar tayar.. sebab caarik kedai melaayu nak tuko tayar tak jumpa...
cina tu tgk je.. semua part kete ok je.. sibuk cina tu nak suruh tuka rim kete...siap cakap.. tukar le rik kasik cantik... laki aku kata.. tukar rim makan minyak.. kalau salah tukar kat sebrg kete.. teruk le minyak makan... cina tu tak terkata apa la.. sebab betul ...dan dia mengiakan... dia tak leh nak cong laki aku....laki aku bab kete/engineering..jgn nak main tipu le... org lain boleh lee cina nak tipu... hahhaha.... bila dia tanya.. sapa buat servis kete kami.. laki aku kata adik ..cina tu terkedu ko... hahah.. dia ingat cina je leh ...kami hanya pi kat cina kalau tak de pilihan....
bab harga mahal.. kita kena tgk mana sumber tu dpt.. biase nye.. cina2 dah pegang satu bisnes tu.. sampai ke supplier.. jadik kita org melayu susah nak tembus...
no worry aku akan jatuhkan bisnes kek cinaa yg aku rasa tak halal kandungan nya.... demi islam...
apa la aku merapu ni....
bab wiring.. adik aku sorg laagik ngan bapak aku yg bise buat kat umah2 ni...
masing2 ada pro & cons. pokoknya kena berhati2. org melayu biasa buat bisnes bermodal ciput. tu yg nak duit cpt laaa... amik untung lebey laaaaa... etc.. tapi cina modal beso, tu yg x berkira sgt psl duit pendahuluan ke hape.. tp mmg cina slalu menipu jugak.. so kena beware. kalo blh carik yg ada testimoni lah, yg member2 biasa guna perkhidmatannya
ok lah, kalau semuanya bolis down to the supplier level. maka, org2 melayu semua, pakat2 lah start perniagaan membekal barang2. dah, senang citer.
kalau org lain boleh tekan org lain yg lain dgn kuasa membekal, kenapa kita tidak buat benda yg sama?
apa kata kita menilai hasil kerja seseorang itu mengikut professionalisme dia bukannya bangsa dia? kita amik dia kerja sebab harga dia paling bersesuaian dgn kualiti yg kita nak
bab2 kerja kontaraktor rumah ni saya tgk satu rancangan tv ni dia bagi tips sebelum pilih kontraktor mesti buat 3 benda dulu iaitu:
1. ask around (biasalah ni kan)
2. view his previous work---ni wajib kalau nak puas hati
3. reliability check--ni macam apa2 sijil sirim ke quality control yg dia ada
baik bayar lebih sikit kalau terjamin hati senang 4-5 thn kan (investment for stress free life)
Saya setuju dengan drwati. Sama je, cina ke, melayu ke, ada yang buat bagus, ada yang menipu, macam-macam la.
Tapi kalau repair kereta, Yati suka husband antor kat orang cina ni, dah la murah, kira kalau repair kat dia, mesti baik, tahun depan pulak jumpa dia. Tapi kalau hantar kat mekanik melayu, bukan sekali, 2-3 kali dia suruh buat trip kat kedai depa, saje je nak habiskan duit orang, kereta tak baik jugak. Huh... tak baik sungguh.
Bukan tak nak tolong orang kita, tapi dah kerja hampeh, hmmm... tak de la nak guna khidmat depa lagi lain kali.
yang lagi teruk. kalau harga mahal. dan kerja out pulak tu. yang itu memang sakit hati sungguh la. memang harus dikeji! dah dua tiga kali gak terkena macam tu.
kesian sungguh orang melayu. tak semua yang tak professional. tapi bila dah terkena dua tiga kali memang serik la jugak kan? pasai nila setitik, rosak susu se-kolah.
btw, kabare? :P
salam ziarah..
Ada betulnya..saya & suami baru2 ni servay grill pintu & gate..pi la jumpa 1 kontraktor tu..kt kedai dia tu dia letak satu board yang tertulis lebih kurang macam ni.."TOLONG ORANG ISLAM KERANA ORANG ISLAM ADALAH BERSAUDARA"
tapiiii..nk tgk drawing pun kena letak deposit. What da hek? Then nk kontek dia pun sikit punya susah, ada jer alasan..G kontraktor cina diorg siap draw tk bayar sesen pun..
Post a Comment